menyirap tul aku baca..
http://beautifulnara.com/perangk ... na/#comment-1136851
Perangkap Apa Jika Ditangkap Di Dalam Bilik Tidur Di Atas Katil Saya, Jawap Isteri Ejump Kepada Tuduhan Putri Mardiana
Seperti yang dijanjikan, inilah penjelasan daripada isteri Ejump (bukan bekas isteri seperti yang ditulis oleh Putri Mardiana) terhadap dakwaan Putri Mardiana yang menyatakan dia memerangkap pelakon tersebut buat kali kedua dengan suaminya. Untuk makluman, isteri Ejump bernama Nor Hasni, masih belum bercerai dengan suaminya. Kes mereka masih lagi dalam perbicaraan. Banyak fakta-fakta menarik yang didedahkan oleh Nor Hasni tentang penangkapan khalwat Putri Mardiana kali kedua ini. Terkejut Abang Nara dibuatnya. Putri Mardiana dan Ejump, suami Nor Hasni
Paling menarik ialah fakta Putri Mardiana dan Ejump ditangkap khalwat kali kedua di atas katil di dalam bilik tidur Nor Hasni. Pergh!!! Parah sungguh. Kalau itu yang dinamakan perangkap, tak tahulah Abang Nara nak cakap apa. Malah, selepas tangkapan pertama dilakukan, Putri Mardiana dan Ejump terus tinggal bersama seperti pasangan suami isteri. Tulis Nor Hasni menerusi Facebooknya:-
Jelas Nor Hasni lagi:- Lebih menyedihkan, Putri Mardiana menerusi laman Facebooknya telah menggelar Nor Hasni sebagai kerbau tua. Tidak mahu diambil kesempatan, Nor Hasni juga memberi jawapan kepada semua kata-kata Putri Mardiana di Galaxy TV9. Rasanya semua orang boleh tahu siapa bersalah dan siapa yang benar di dalam hal ini. Tak perlulah tegakkan benang yang basah. Takkan nak tunggu kena tangkap khalwat sejuta kali baru nak insaf? Kalau duit dah cukup, hati memang cinta, ajak je lah si Ejump tue kahwin. Takut-takut Putri Mardiana pun kena main dengan Ejump. Kalau dah sampai kena tangkap atas katil, takkanlah tak tahu buat apa. Mana maruah sebagai seorang ibu dan wanita? Sedih!!!
|