|
Ramai yang sudah mengetahui pelakon dan penyanyi popular Alif Satar bakal membintangi drama Red Velvet bergandingan bersama Noor Neelofa. Malah Neelofa sendiri yang memilih Alif sebagai hero terbarunya.Alif sewaktu ditemui berkata beliau sangat teruja apabila mengetahui Neelofa sendiri yang mahukannya sebagai hero.
“Alif tak sabar untuk memulakan penggambaran, kami ada bertemu di Publika untuk membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk drama berkenaan”, katanya. Menurut Alif, sebelum Neelofa berlakon drama Suri Hati Mr Pilot, pengacara Meletop itu pernah menghubunginya untuk meminta pendapat selepas melihat kejayaan Alif menerusi drama Dia Semanis Honey. Baru-baru ini kecoh sebentar di media sosial apabila peminat sudah mula menyatukan nama Alif dan Neelofa dalam satu hashtag. Ada yang berpendapat perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana Alif adalah seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga.Saat ditanya tentang isu itu, Alif berkata beliau tiada masalah langsung dengan peminat yang cuba menghasilkan hashtag nama mereka berdua. “Anda tak boleh menghentikan mereka dari melakukan itu, Neelofa ada 4.2 juta pengikut di Instagram. Peminatnya sangat ramai. Lagipun ia hanyalah sekadar hashtag”, terangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hak Peminat Untuk Wujudkan Hashtag #Alofa - Alif Satar13 Julai 2017. 5.02 PM
Pelakon Alif Satar mengakui tidak kisah apabila ada peminat yang sudah mula menyatukan namanya dengan Neelofa dan mewujudkan hashtag #Alofa.
Menurut Alif, dia teruja apabila dapat bergandingan dengan Neelofa dalam drama bersiri Red Velvet dan bersedia untuk menerima kritikan daripada penonton.
"Itu adalah hak peminat kerana saya tidak boleh menghentikan mereka daripada melakukannya.
"Lagi pun itu hanyalah sekadar hashtag dan ia tidak ada membawa maksud apa-apa pun.
"Sekurang-kurangnya dengan adanya hashtag itu akan memudahkan orang ramai untuk bercakap mengenai drama tersebut.
"Jadi saya tidak ada isu, nak letak...letaklah kerana jika dilihat pada sudut positif ia akan memberikan banyak kebaikan kepada drama tersebut," katanya kepada Astro Gempak.
Alif berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Memori Pajeri Nanas, di GSC Signature @ The Gardens, Petaling Jaya, pada Rabu.
Bercerita mengenai filem Memori Pajeri Nenas, Alif berkata, watak yang dibawakan oleh dia sangat mencabar ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
"Dalam filem ini saya akan membawa watak sebagai chef dan ia sangat mencabar kerana saya harus belajar bagaimana cara sebenar seorang chef memotong dan memasak dengan betul." katanya.
https://www.astrogempak.com.my/artikel/5696/hak-peminat-untuk-wujudkan-hashtag-alofa-alif-satar
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by washere2 at 13-7-2017 11:49 PM
Neelofa artis Malaysia paling popular di Instagram[size=0.75]13 Julai 2017 4:06 PM [size=0.75] [size=0.75]
[size=0.75]
KUALA LUMPUR 13 Julai- Pengacara popular, Neelofa berjaya menjadi artis Malaysia paling banyak pengikut sekaligus menewaskan pelakon, Nora Danish yang selama ini memegang rekod tersebut.
Neelofa berjaya mengumpul jumlah 4.9 juta pengikut mengalahkan Nora yang kini mempunyai 4.8 juta pengikut berkata, perasaan gembira itu semestinya ada tetapi tanggungjawab yang harus dipikul juga bertambah besar. “Media sosial bukan satu pertandingan jumlah pengikut paling banyak sebaliknya perkongsian kita itu sebenarnya merupakan satu tanggungjawab yang besar khususnya kepada masyarakat.
“Saya gembira tetapi dalam pada masa yang sama, saya juga sedar impak setiap gambar dan kapsyen yang dimuat naik,” kata pengcara MeleTop ini.-UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
hello u guys...its a pleasure to b a part in this 'roof'..
Lofa terus mendonia..meolls smpai bguguran air mata...atas usaha dan doa...semoga dberkati dn dmurahkn rezeki...
And for another thread yg x sihat seblah tu,sorry to say,..hummm anggap xde rezeki je lah ye cikBam.. |
|
|
|
|
|
|
|
So summary:
- NH akan keluarkan printed shawl ke? Essaided! Nampak macam dedaunan kelapa tapi i trust NH will make it look good.
- Thank you to Aliff & his wife because their statements to reporter memang matang & on point. I think i dah ckp sebelum ni, it's just a hashtag & will help the drama. Tapi untuk kerukunan bersama, ditambah lagi mungkin fans aliff tak minat lofa, so apa2 hashtag pun boleh la labu. Iols lagi excited to see lofa on screen. You just watch akan ada 'baju helena' just like 'baju warda'.
- 4.9m followers. Lofa is at the peak as of now. Let's doa she can give quality in terms of biz, hosting, role-model, perhaps acting too. Sbg kakak lofa i tak nafikan cringe jugak kadang2 tengok her acting.. ampun lofa. But yes, for her to give more quality to stay relevant; sebab populariti tak lama. |
|
|
|
|
|
|
|
Semakin sibuk dengan dunia lakonan, Alif juga akan mula memasuki set penggambaran Red Velvet bersama Neelofa. Katanya dalam drama bersiri 20 eopisod ini juga dia akan memegang watak sebagai pembuat kek. “Bila Neelofa minta untuk berlakon dengan saya, memang rasa terharu sebab dia seorang yang popular. “Memang saya tidak sabar untuk memulakan penggambaran drama ini,” katanya. Sementara itu Memori Pajeri Nenas boleh ditonton menerusi tempahan di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 20 Julai depan. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/alif-satar-belajar-potong-bawang-demi-memori-pajeri-nenas-1.502425#ixzz4mmdcEXcV
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
Neelofa kalahkan Nora Danish
14 Julai 2017 3:00 AM
KUALA LUMPUR 13 Julai – Penga-cara popular, Neelofa bersyukur dan berterima kasih kepada pe-minat yang selama ini menyokong kerjaya seninya sehingga dia mampu mengumpul hampir lima juta pengikut di laman sosial, Instagram.
Pengacara program MeleTop itu berjaya menjadi artis Malaysia pa-ling banyak pengikut dengan jumlah 4.9 juta sekali gus mengatasi pelakon Nora Danish yang selama ini memegang rekod tersebut. Neelofa, 28, berkata, dia mahu menjadikan media sosial sebagai satu platform bagi memberi le-bih banyak motivasi dan inspirasi kepada masyarakat di luar sana khususnya golongan belia. “Saya sedar akan tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa yang perlu diberi ke-utamaan. Impak media sosial ini sangat besar. Saya mahu membantu memberi motivasi bagi melahirkan insan yang proaktif dan lebih dinamik.
“Setiap gambar dan kapsyen saya akan memberi impak. Jadi, saya perlu lebih berhati-hati dan memberi aura positif kepada pengikut yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Dalam pada itu, Neelofa juga tidak menganggap media sosial sebagai satu medan perban-dingan jumlah koleksi pengikut sebaliknya satu plat-form untuk mendekatkan diri kepada peminat. “Semestinya saya gembira tetapi media sosial bukan satu pertandingan siapa paling ba-nyak pengikut. Kita harus sedar tanggungjawab seseorang selebriti dalam media sosial. “Media sosial juga merupakan medan untuk seseorang artis lebih dekat de-ngan peminat. Interaksi bersama peminat juga penting untuk kita menjaga kelangsu-ngan kerjaya,” katanya. Dalam pada itu, Instagram Neelofa juga dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang gembira dengan kejayaan tersebut. Neelofa
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
It's on |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
washere2 replied at 16-7-2017 02:42 PM
Ahad, 16 Julai 2017 @ 1:25 PM
Isteri Alif tak cemburu gandingan dengan Lofa
semoga red velvet dijayakan dgn baik..hari2 menunggu #izzathelena on duty |
|
|
|
|
|
|
|
skrip Red Velvet, Igs Abu
Igs Neelofa - email interview with Malaysia Business Magazine and News Straits Time
|
|
|
|
|
|
|
|
#ilofayou |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lofa tak tahu rancangan percutian Fattah, FazuraOleh Farhana Ab Rahman
[email protected]
KUALA LUMPUR: Pengacara Neelofa, 28, menjelaskan beliau tidak melarikan diri sebaliknya bersikap profesional ketika terserempak dengan pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin, di lapangan terbang.
Neelofa atau pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor juga mengaku tidak tahu menahu mengenai rancangan pasangan terbabit untuk bercuti di pulau yang sama, baru-baru ini.
"Kalau saya jadi mereka, saya akan terus saja naik pesawat yang sama kerana saya takkan membuat perkara membahayakan mereka. Itu pendapat peribadi saya saja.
"Kami berselisih pada jam 6.30 pagi di lapangan terbang ketika saya hendak mendaftar masuk bagasi dan kali kedua terserempak di bahagian menunggu.
"Saya sudah lama merancang untuk bercuti, sejak 16 Jun lalu, dan segala urusan penginapan sudah ditempah pada tarikh itu. Saya meneruskan juga percutian kerana sudah lama berhasrat untuk berehat," kata bintang Suri Hati Mr Pilot itu kepada BH Online.
Pengacara Meletop yang mesra disapa dengan panggilan Lofa itu diminta mengulas mengenai isu 'mengganggu' percutian teraju utama drama rantaian Hero Seorang Cinderella berkenaan ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi satin Neelofar Scarf di Hotel Royale Chulan Damansara, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Neelofa mengakui kecewa apabila isu percutiannya itu diperbesarkan oleh sesetengah pihak dan turut kesal dituduh sengaja merosakkan 'mood' percutian Fazura dan Fattah.
"Saya terkejut bagaimana isu ini menjadi viral dengan begitu pantas. Saya menganggap perkara ini sebagai ujian Allah dan bagaimana saya berhadapan dengannya," kata Neelofa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa salahkan saya? - Neelofa
KUALA LUMPUR 18 Julai - Pengacara popular, Neelofa mempersoalkan tindakan segelintir netizen yang menyalahkan dia berhubung beberapa dakwaan mengaitkan dia dan pelakon, Fattah Amin. Menjawab dakwaan dia penyebab Fattah ‘melarikan’ ketika terserempak di lapangan terbang baru-baru ini, Neelofa mengakui, ada berjumpa dan berselisih dengan pelakon tersebut yang ketika itu dengan rakan-rakannya termasuk Fazura.
Jelasnya, dia meneruskan agenda percutian seperti yang dirancang kerana merasakan tidak akan berlaku sebarang isu atau kontroversi yang bakal terjadi disebabkan insiden itu. “Saya tak rasa pun sesiapa melarikan diri. Percutian ini sudah dirancang sejak Jun lagi. Ya, memang saya ada berjumpa dan berselisih dengan mereka tetapi itu sahaja.
“Saya dan rakan-rakan meneruskan percutian seperti biasa. Kenapa kena takut? Saya tak buat salah. Kenapa pula hendak salahkan saya? Saya bercuti untuk menenangkan fikiran. “Kalau saya di tempat mereka, saya teruskan sahaja penerbangan. Buat tak tahu sahaja. Saya tak akan buat apa-apa dan begitu juga sebaliknya. Itu pendapat saya,” katanya yang bakal memulakan penggambaran drama Red Velvet pada 26 Julai ini. Neelofa ditemui dalam majlis pelancaran produk baharu, Naelofar Scarf, Maya di sini hari ini. Produk yang menampilkan empat warna dengan rekaan unik itu bakal menemui peminat esok. Dalam pada itu, pelakon Suri Hati Mr. Pilot ini juga tidak mahu mengambil pusing kecaman atau kata-kata negatif yang dilontar netizen di laman-laman sosial. “Sebenarnya itu semua bergantung kepada fikiran kita sendiri. Kalu kita sentiasa positif dan kenal dengan diri sendiri, semua kecaman tidak akan memberi kesan kepada kita. “Kadang-kadang saya baca sahaja tapi kalau teruk sangat, padamkan sahaja. Tapi jaranglah. Selalunya apabila ada isu baharu akan ada yang mengecam,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/kenapa-salahkan-saya-neelofa-1.504346#ixzz4nBbjrPP6
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
semalam, Lofa dgn enterpreneur berjaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Aizat Amdan Retweeted
Neelofa‏ @Neelofa Jul 16More
Today, in 2014, #mh17 was shot down. Remembering the victims and their families. Sending all my love and thoughts to them. Al-Fatihah
smile bila aizat retweet Lofa about other than bila di tag ttg truelove etc. lofa artis yg ada substance
|
|
|
|
|
|
|
| |
|