|
[V43] ~ ALL ABOUT NUR FAZURA ~ HAPPY 1ST WEDDING ANNIVERSARY
[Copy link]
|
|
bila dah bosan sangat, baca balik artikel2 lama faz. tetap best sbb she's such a fascinating person with a wry sense of humour.
“Saya berdoa agar ditemukan jodoh bila saya betul-betul bersedia untuk berkahwin.” – Nur Fazura
HIBURAN · 21/07/2016
FARHANA FUAD
Oleh : Khairul Abidin
Gambar : Aaron Lee (Lenswork Studio)
“Yeahhhh cun sangat,” balas kiriman Whatsapp Nur Fazura sebaik saya memberi tahu Khir Khalid dan David Shaw yang akan mencantikkannya untuk penggambaran muka depan EH! kali ini.
Sememangnya dua insan dengan jemari emas ini yang kerap mencantikkannya selama ini. Dan saya sendiri sudah faham akan kemahuan Nur Fazura.
Dan di hari penggambaran sedikit pun tidak terasa bagai bekerja kerana semuanya sudah bagaikan satu keluarga. Biar bermula lewat petang dan berakhir hampir jam 12 malam, semuanya gembira dengan hasil penggambaran kali ini (seperti selalu).
Kali terakhir wajah jelita ini menghiasi edisi EH! pada 2013, dan selepas tiga tahun kini Nur Fazura kembali ‘duduk’ di muka depan kami. Saya menghubungi Fazura yang mesra saya panggil Faz beberapa minggu sebelum berbangkitnya isu KimK, jadi kalau ada yang fikir kami sengaja ambil kesempatan atas kontroversi itu, anda silap.
Malah tiada sedikit pun soalan berkaitan isu tersebut dalam temu bual saya dan pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ini. Malah peminat-peminat setia Fazura sendiri sudah masak benar, Fazura tidak akan melayan hal remeh-temeh begini.
Jadi mengapa kami mahu meletakkan Fazura sebagai penghias edisi Februari? Mudah saja, kerana bagi kami dia Malaysia’s Ultimate Single Girl. Ketika ramai rakan seangkatannya sudah berkeluarga, dia masih senang hidup sendiri, dan memang kita semua ternanti-nanti siapakah jejaka yang bakal memiliki Nur Fazura sebagai suri hidup.
Dia cantik, punya personaliti, pandai berdikari, penuh keyakinan, tahu apa yang dia mahukan dan berjaya dalam kerjayanya. Tapi siapa jejaka yang berjaya menawan hatinya? Semuanya masih rahsia.
IMPIAN JADI NYATA
‘Busy-Building My Empire’, itu status profil Whatsapp Fazura. Dan dia seakan mengotakan objektifnya itu. Dua tahun kebelakangan ini memang sudah nampak usahanya.
Bermula dengan pembukaan butiknya di Bangsar, House of Doll, langkahnya dalam dunia fesyen dipanjangkan ke pentas KL Fashion Week tahun lalu, yang mana buat pertama kalinya dia mementaskan koleksinya di minggu fesyen utama negara kita.
Kemudian Fazura turut melancarkan makanan tambahan untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan dan yang terbaru dia melancarkan semburan badan (body mist) yang dinamakan sebagai Mystical by Fazura. Khabarnya semburan badan tersebut laris dibeli, malah sering saja sold out.
Kerjaya seni Fazura juga terus berkembang mekar. Tahun lalu dia dianugerahkan trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia hasil lakonan hebatnya menerusi Manisnya Cinta di Cappadocia. Malah, lebih manis dia turut dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi aksi mencuit hati dalam Kami Histeria. Biar tewas Fazura mencatat sejarah pabila dicalonkan dalam dua kategori lakonan.
Dulu saya pernah bertanyakan impiannya dalam dunia lakonan, dia sendiri memang mengidamkan trofi pelakon terbaik, dia tidak mengejar anugerah bersandarkan populariti. Dia hanya mahu jadi yang terbaik, bukannya paling popular. Dan terbaru dia membuat kemunculan istimewa untuk filem Indonesia, malah bakatnya juga diintai produksi Amerika.
Dan dua tahun lalu impian wanita berzodiak Libra ini bergelar penyanyi tertunai. Single Sayangi Dirimu dilancarkan dan lebih manis pabila dia memilih pentas Konsert Ulang tahun EH! ke-15 sebagai debut.
Disusuli dengan single kedua, Bangun, dan penghujung tahun lalu dia sempat menyudahkan dua buah lagu baru juga video muzik, Hancur Aku bersama Estranged dan Bulan Terbelah Di Langit Amerika untuk runut bunyi filem yang menggunakan judul yang sama bersama Ridho Rhoma. Melihatkan butiran rencana kerjayanya dapat saya konklusikan Fazura pantas membuka langkah merealisasikan rencana juga cita-citanya.
“Apa yang pengikut Faz boleh jangkakan daripada Faz tahun ini?” soalan pembuka saya.
“Saya akan busy dengan penggambaran filem-filem baru. Bulan ini saya akan ke Indonesia untuk penggambaran Warkop DKI. Jika ada yang tak tahu, Warkop DKI adalah legenda Indonesia, mereka bagaikan 3 Stoogers, dan kalau di Malaysia kita ada Bujang Lapok. Mereka mahu remake karakter Warkop DKI.”
“Faz sebagai heroinnya?”
“Yes,” jawabnya ringkas.
Fazura menambah dia juga ditawarkan berlakon disamping Shaheizy Sam untuk sebuah filem arahan Profesor Razak, tapi itu semua masih di peringkat perbincangan.
“Bagaimana tawaran-tawaran dari produksi luar ini datang?”
“Apabila saya memasang niat, jadi macam-macam tawaran datang. Saya percaya niat kita mesti sentiasa betul. Dan syukur rezeki datang, saya hanya perlu membuka ‘pintu’.”
Saat ditanyakan tentang strategi juga resipi untuk dia kekal relevan sehingga ke hari ini, jawab Faz semuanya bergantung bagaimana dia menyeimbangkan banyak perkara.
“Sejujurnya tak ada resipi khusus. Tapi saya percaya pada keseimbangan. It’s all about balancing, kita perlu tahu batas berapa kerap kita muncul di kaca TV, di pawagam, majalah ataupun mana-mana saja. Bila mana saya rasa muka saya di mana-mana jadi saya rasa itulah waktunya untuk saya ‘larikan’ diri sekejap. Jangan terbawa-bawa dengan arus popular. Sebagai manusia kita perlu ada masa rehat untuk diri sendiri.”
“Faz tak risau jika Faz ‘lari’ seketika dari dunia seni Faz akan terlepas banyak peluang?”
“Saya tak pernah risau fasal peluang kerana saya percaya pada rezeki. Semuanya di tangan Tuhan. Pada saya, peluang ‘lari’ atau bercuti seketika dari dunia lakonan juga nyanyian juga adalah satu rezeki sebenarnya. Itulah masa yang Tuhan beri untuk kita berehat. Saya percaya Allah ada perancang terbaik.”
Kita semua tahu Fazura sangat menjaga hal-hal peribadinya, lebih-lebih lagi kisah keluarga. Sebelum ini jarang sekali dia berkongsi foto-fotonya bersama keluarga.
Namun penghujung 2014 dia seakan membuka sedikit ruang membenarkan penggemarnya menyelak sedikit tabir kehidupannya pabila muncul menerusi siri realiti mini Facing Up To Fazura di saluran E! serata Asia. Biar ada yang kurang senang dengan siri tersebut ternyata ia tidak menjadi faktor penghalang buat siri tersebut bersiaran untuk musim kedua tahun lalu.
“Mengapa Faz kata ‘yes’ untuk Facing Up To Fazura?” tanya saya.
“Sebenarnya saya memang selesa untuk tak terlalu berkongsi kisah kehidupan peribadi, tapi bila difikirkan sudah tiba masanya untuk saya beri sedikit ruang untuk peminat lebih mengenali saya, mediumnya sedikit berbeza berbanding berkongsi cerita di surat khabar atau majalah. Siri realiti memberi ruang secara terus kepada peminat. Saya fikir tiada salahnya saya tunjukkan siapa kawan-kawan saya.”
“Tapi ada juga yang meragui sejauh mana ‘realitinya’,” celah saya.
“Sejujurnya, I don’t have talent untuk melakonkan sesuatu yang realiti. Apa yang orang tengok memang itulah realitinya. Ramai yang sukakannya, tapi kalau ada yang tak senang dengan apa yang dipaparkan saya terima. Lumrah hidup, memang kita takkan boleh puaskan hati semua orang. Bagi saya apa saja yang kita nak buat, go and do it. Selagi tak ada niat nak sakitkan hati orang… just do it.”
“Bagaimana Faz dibesarkan?,” tanya saya mengajaknya berbicara sedikit tentang keluarga.
“Saya anak tunggal perempuan, jadi semestinya saya dimanjakan. Tapi… walaupun saya dimanjakan my mom tak pernah bagi muka. Biarpun ada pembantu, saya kena juga buat kerja-kerja rumah. Basuh dan jemur baju juga mengemas, semuanya sudah didik sejak kecil. Saya diajar untuk buat semua benda, dan semuanya mesti dibuat dengan sempurna. Dan rasanya kerana itulah saya jadi perfectionist hari ini.”
Pabila ditanya antara emak dan arwah ayahnya, karakter siapa yang mendominasi dalam dirinya, jawab Fazura kedua-duanya. Kata Fazura, emaknya seorang fighter, seorang yang kuat semangat. Begitu juga dengan dirinya hari ini, sangat kental dan kalis dengan kata-kata orang. Katalah apa saja, Fazura tetap berdiri teguh.
“Arwah ayah lain sikit, dia orangnya sangat tenang. Lagi satu yang saya perasan dia mudah kasihankan orang. Kedua-duanya ada cara mereka sendiri, kalau saya nakal atau buat kerja tak betul, my mom akan pukul. My late dad pula akan tegur baik-baik.”
“Bila ayah Faz meninggal dunia?” soal saya perlahan, bimbang pertanyaan saya mengundang sedih.
“Tahun 2000, waktu itu umur saya 16 tahun. Sepatutnya my dad rancang nak bawa saya ke Langkawi sebagai hadiah hari lahir ke-17, tapi tak kesampaian,” tuturnya dengan nada sedikit sayu.
Dari matanya saya tahu dia benar-benar merindui ayahnya. Kongsi Fazura dengan saya, dia menjalani kehidupan berdasarkan tiga prinsip yang dipupuk dalam dirinya. Pertama, mind her own business. Katanya dalam hidup buat apa sahaja yang bisa menggembirakan hati tanpa perlu sibuk hal orang lain. Kedua, dia percaya untuk berjaya dia perlu kerja keras dan jangan ada sikap mudah putus asa. Ketiga, Fazura percaya kepada nawaitu, yakni niat mesti betul dalam setiap perbuatan. Baginya apa sahaja yang mahu dia lakukan mestilah bersandarkan pada niat yang betul.
Kekesalan memang tiada dalam diari hidup Fazura. Baginya, dalam hidup ini tidak perlu disesalkan apa-apa kerana baginya setiap pengalaman adalah ilmu juga pengajaran. Walaupun katanya akan ada masa dia terfikir ‘oh ya I shouldn’t do that’ tapi semuanya diambil sebagai satu pelajaran.
“Bagi saya itulah kehidupan, kita akan lalui macam-macam, jadi buat apa nak menyesal dengan apa yang berlaku. Hidup ini macam makan buah, kadang-kadang kita dapat rasa yang manis, adakalanya kita rasa masam atau pahit. Kadang-kadang bila saya tengok cermin, saya sedar betapa bertuahnya saya. Saya seharusnya bersyukur dengan apa yang saya miliki, kerana apa yang saya ada hari ini mungkin adalah sesuatu yang orang lain idamkan.”
“Ada juga saya terfikir, kenapalah saya tak dapat apa yang saya ada hari ini masa umur saya 25 tahun. Tapi saya selalu percaya Allah ada perancang terbaik. Dia tahu apa yang patut dan tidak patut kita ada. Dia akan berikan sesuatu bila tiba masanya.”
“Apakah keputusan terbaik dalam hidup Faz?”
“Hmmm… rasanya bila saya tidak terlalu ikut apa yang orang cakap, saya lebih percaya kepada hati saya. Saya pernah cakap kat you dulu, masa mula-mula jadi artis dulu ramai orang suruh saya pergi event itu dan ini, jumpa orang itu ini untuk dapat job. Sorry, saya bukan jenis mengampu. Mujur saya tak ikut advice dia orang, kalau tak habislah Nur Fazura,” katanya sambil ketawa.
Fazura menikmati hidup sepenuhnya, baginya banyak cara yang boleh membuatkan dirinya gembira. Dia cuba untuk melihat semua perkara dari sudut positif, dan baginya diri yang dipenuhi positivity hidup menjadi lebih indah. Benda-benda kecil pun boleh buat dirinya gembira. Kata Fazura, melihat anak saudaranya tersenyum pun sudah boleh buat dia gembira sepanjang hari. Lagi satu, kata Fazura dia memang suka makanan. Baginya makanan adalah benda yang boleh buat dia gembira dengan mudah.
“All the time saya fikir fasal makan.”
“Tipulah. I tak percaya you suka makan,” sampuk saya.
“Hei betullah. Setiap hari I makan nasi, cuma saya takkan ambil makanan berat lepas pukul enam petang. That’s it,” jawabnya yang kini aktif melakukan crossfit selain masih setia dengan aktiviti pilates.
“Apa pula yang membuatkan you sedih?”
“Honestly bila saya tengok haiwan-haiwan yang kena abuse. I can be depress sepanjang minggu, teringat-ingat. Lagi satu bila ada kawan-kawan yang pernah rapat, bila baik, baik sangat. Bila dah tak kawan, saya tak sangka mereka boleh cakap macam-macam. Benda-benda macam tu memang buat saya sedih.”
Saya juga tanyakan Fazura, bagaimana dia hibernate. Memandangkan hidupnya dilimpahi dengan perhatian orang, tiap apa yang dilakukan jadi perhatian, tiap tindak-tanduk jadi bualan, dan sebagai manusia saya percaya rasa rimas atau penat pasti ada.
“Kalau saya nak cakap sembahyang orang akan kata klise pula kan (ketawa). Hmmm… oh ya saya suka duduk di rumah sepanjang hari, masih menyarung pijama, bangun pagi tak mandi hingga ke petang, bermalas-malas di rumah dan baca buku. Sekarang saya baca semula To Kill A Mockingbird dan saya juga gemar tulisan Rhonda Byrne. The Power dah saya baca berulang kali, buku tu biasanya saya baca bila ada rasa negativity dalam diri.”
THE ULTIMATE SINGLE GIRL
“Saya memang sudah memasang niat, saya minta pada Allah temukan saya jodoh bila saya betul-betul bersedia untuk berkahwin. Saya mahu kahwin bila saya betul-betul dah berjaya. Alhamdulillah banyak pula rezeki yang Allah bagi. Mungkin apa yang saya dapat hari ini saya tak dapat kalau saya berkahwin muda. Siapa tahu kan?,” ujar Fazura bila saya tanyakan padanya tentang perkahwinan.
Tambah Fazura lagi, dia tetap bersyukur walaupun jodoh belum sampai, atas tiket solo itulah juga dia punya kebebasan untuk buat apa yang dia mahukan, yakni bekerja.
“Faz rasa offended jika saya kata Faz The Ultimate Single Girl kat KL? Ala-ala Carrie Bradshaw, dapat gelaran The Last Single Girl dalam Sex & The City.”
“Kenapa mula mahu rasa offended. Thank you atas gelaran itu. Ya, saya tahu saya masih sendiri sedangkan kawan-kawan yang sama–sama masuk ke dalam industri ini rata-ratanya dah berkahwin. Tapi ini soal jodohkan, kita tak ada kuasa. Semuanya ditentukan Allah.”
“Macam saya cakap tadi, Allah is the best planner. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. You don’t have have to get married to be successful. Bagi saya perkahwinan itu bukan satu achievement. Sesiapa saja perlu betul-betul bersedia jika mereka nak berkahwin. Adatlah, orang sentiasa punya benda yang nak mereka perkatakan. Bila dah kahwin, orang akan tanya bila pula nak ada anak. Dan bila your husband tak ikut atau temankan you pergi event orang mula fikir rumah tangga you bermasalah. Jadi, buat apa nak fikir cakap-cakap orang, sebab orang takkan berhenti bercakap. I live by my own rules. Tiada siapa boleh tetapkan bila saya perlu berkahwin,” tegasnya.
Sebagai manusia biasa, Fazura juga tidak lepas daripada pengalaman jatuh dan putus cinta. Perasaan kasih dan sayang itu adalah satu fitrah, tidak ada sesiapa mampu menghalang daripada perasaan itu hinggap. Dan pengikut setia perjalanan hidup Fazura sendiri maklum akan percintaan juga perpisahan Fazura dengan beberapa lelaki sebelum ini.
Saya tanyakan Fazura bagaimana dia melalui detik-detik perpisahan, apa pula yang dia lakukan untuk melenyapkan kedukaan itu. Sama seperti jawapannya tadi, dia sentiasa percaya pada hatinya.
“Kalau you putus cinta percaya pada kata hati you, bila Allah tarik seseorang dari dalam hidup you maknanya dia mahu gantikan dengan seseorang yang lebih baik untuk you. Selain itu, keep away barang-barang yang boleh mengingatkan you pada dia.”
“Lagi satu bila you rasa lonely percayalah Tuhan itu selalu ada di sisi. Dia memerhati, dia sentiasa bersama you. You’re not alone. Lagi satu mintalah apa yang you nak pada Allah. Itulah yang my parents selalu ingatkan. Dan kerana benda-benda inilah saya boleh sekuat hari ini.”
Dalam memilih lelaki dalam hidupnya, Fazura meletakkan tiga perkara sebagai asas penting. Lelaki yang mahu mendekatinya mestilah seorang yang penuh dengan keyakinan, bebas perasaan cemburu dan paling penting memahami dirinya. Fazura menambah lagi, mana-mana lelaki yang mahu mendekatinya juga perlu sedar dia juga manusia biasa, ada kelebihan dan punya kelemahan.
“Okey, let’s talk about beberapa orang lelaki yang dikaitkan dengan Faz hari ini. Boleh? Kita mulakan dengan Randy. Siapa sebenarnya dia dalam hidup Faz?,” soal saya dalam nada memujuk.
“Randy is my best friend. Dia sangat positif orangnya. Dia adalah orang yang boleh saya ceritakan 1001 masalah dan dia akan cuba cari jalan penyelesaian terbaik.”
“Piolo Pascual pula?”
“Kami mula kenal sejak April tahun lalu. Dan memang sudah lama merancang mahu berlakon bersama. Jika apa yang dirancang menjadi, tahun ini kami akan ada projek bersama.”
“Jadi Faz betul-betul single?” tanya saya lagi.
“Oh no! You tak tahu ke I dengan Ryan Gosling sekarang,” jawabnya ketawa.
“Pada Faz apa itu LOVE?”
“Love for me is universal. Klise kan jawapan I? But yes, love itu adalah perencah dalam hidup yang mesti orang guna dalam hidup. Love makes me happy. Love make your life happy. Saya orangnya sangat romantik. I love surprises. And I’d love to do surprises too. Saya pernah terkedek-kedek in heels bawa custom made cake untuk my ex.”
“Oh yang itu I pernah dengar sebelum ni?” sahut saya. Kami sama-sama ketawa. |
|
|
|
|
|
|
|
tqsm @sora13 sbb tepek articles ne..
muaahhh
really made my day tau
siap baca all the dialog ikut tune classy faz bcakap..
hiihiiihhi
p/s: oooh ya i pun penah baca dah part faz tkedek2 pki hells bawa cake tu
|
|
|
|
|
|
|
|
sora13 replied at 4-12-2018 10:56 AM
bila dah bosan sangat, baca balik artikel2 lama faz. tetap best sbb she's such a fascinating person ...
Sangat consistent statement dia dari dulu lg... she knows what she wants... and dia dpt hubby yg dia inginkan... l like want she said... kalau x ada jodoh tu means bukan tu jodoh kita n Allah is the best planner... satu lg sedih pulak yg ... kawan bila baik, baik sgt, bila dh x baik... mcm2 ckp ... kan... (mesti Faz x sangka perkara ni terjadi -MUA)dats why she ni choosy berkawan... |
|
|
|
|
|
|
|
kaka sora ni pic lama kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
sora13 replied at 4-12-2018 10:56 AM
bila dah bosan sangat, baca balik artikel2 lama faz. tetap best sbb she's such a fascinating person ...
Thanks sora.. Ioll pon suka baca and dengar balik iv Faz..
"Bila mana saya rasa muka saya di mana-mana jadi saya rasa itulah waktunya untuk saya ‘larikan’ diri sekejap. Jangan terbawa-bawa dengan arus popular. Sebagai manusia kita perlu ada masa rehat untuk diri sendiri.”
Buat fan2 kat IG yg kadang tanya kenapa Faz senyap jer..Faz tak pernah berubah pun..Sebelum dan selepas kawin sama prinsip dia
Teringat dulu lama jugak dia senyap.. Ada yg ingat dia nak bersaa.. Masa dia muncul balik tu...seronoknya lahai.. |
|
|
|
|
|
|
|
sora13 replied at 4-12-2018 10:56 AM
bila dah bosan sangat, baca balik artikel2 lama faz. tetap best sbb she's such a fascinating person ...
Tq sora share artikel nie. Sayang faz. |
|
|
|
|
|
|
|
Best baca artikel ni
Faz memang a happy person, she chooses to be happy tak kisah single or dah kawin
Walaupun badai menghempas kiri kanan, dia tenang saja
Patutlah ramai BFF
Bila dah kawin dgn Fattah, life dia yang dah indah jadi semakin indah
|
|
|
|
|
|
|
|
sora13 replied at 4-12-2018 10:56 AM
bila dah bosan sangat, baca balik artikel2 lama faz. tetap best sbb she's such a fascinating person ...
Tq sora tepek artikel ni..Faz yg dlu xda sgt berubah smpai skrg..malah makin bertambah baik..statements/sikap semua sama dr dlu..penampilan bertambah baik, gaya2 seksi semakin berkurangan..mgkin status isteri yg mengubahnya utk jadi semakin sopan.. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks sora tepek benda ni. happy to know yg fazz konsisten betul when it comes to statement. makin syg fazzy now.
|
|
|
|
|
|
|
|
sora13 replied at 4-12-2018 08:56 AM
dah tukar tajuk filem ke?
Cinta Pontianak
Aiyarkkk tajuk dia.. kurg mengujakan.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Mengimbas kenangan semua artikel tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
kan, legend of pontianak tu macam dah best dah. cinta pontianak sounds so bbnu.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols suka lak si alvin ni. kak long dah declare over protective tu. hehehe. siap borang pencalonan kena scan by dulu. hehehe.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|