|
Cerita Makyong
Puteri Timun Muda
Raja Bongsu Sakti
Comic Artist : Abdullah Ibrahim
|
|
|
|
|
|
|
|
Dunia Pendekar
Artwork : MF Ajif Moksin
Pusaka Angkasa
Artwork : MF Ajif Moksin
|
|
|
|
|
|
|
|
assalamualikum.
saya ingin membeli komik2 lama terpakai dari dibuang,dibakar atau dijual pada apek besi buruk,saya beli pada harga pasaran[bukan rm0.40 sekilo tu ye].
tajuk2 yg di cari:-
-alam perwira -dewata raya
-raja rimba -pedang setiawan
-jejak wira -lingkaran terkunci
-dendam kesumat -wira sakti
-pendekar laut -pendekar sakti
-wira golok -juara wira
-mutiara naga -slamdunk
-ultraman -captain tsubasa
kalau ade selain dari tajuk diatas pun saya beli juga.
sekiranya tuan2/puan2 ingin letgo boleh terus pm saya atau terus hantarkn gambar di whatapp saya 0179826607 angah.
segala kos pos(kalau jauh saya tanggung).
kalau dekat kita set masa sy datang sendiri.
dan kalau tuan2 berminat untuk tukarkn komik2 tersebut dgn mainan saya boleh singgah di page rasmi saya untuk koleksi mainan2 saya.
https://m.facebook.com/gobokburokrare/ |
|
|
|
|
|
|
|
Si Tora Harimau Jadian - Tribute
Artwork : Walid Muhammad
|
|
|
|
|
|
|
|
Selepas Comics House, Syarikat Terjemahan Komik ‘Tora Aman’ Pula Akan Gulung Tikar
oleh : Amirullah Ismail
Komik yang kini boleh dibaca secara online sememangnya memberi impak kepada jualan buku komik terjemahan yang sedang berada di pasaran.
Selepas Comics House, sebuah lagi syarikat terjemahan komik negara, Tora Aman akan mengikuti jejak langkah syarikat Comics House kerana permintaan yang semakin berkurangan untuk setiap judul yang mereka terbitkan.
Tora Aman ditubuhkan sekitar tahun 1993 dengan pelepasan manga Doraemon.
Saya tahu, ramai yang membesar dengan komik Doraemon dan tanpa Tora Aman, tiadalah komik ini dalam versi bahasa Malaysia.
Selain Doraemon, karya manga epik lain yang dihasilkan Tora Aman adalah Detektif Conan, Great Teacher Onizuka, Slam Dunk dan Captain Tsubasa.
Cabaran buat Tora Aman adalah mereka perlu mencetak sekurang-kurangnya minimum 5000 unit untuk setiap volume untuk membolehkan mereka menjual pada harga RM5.90 untuk setiap unit.
Saya sempat pergi melawat kilang Tora Aman yang terletak di Puchong tempoh hari.
Sayu juga hati melihat keadaan di sana kerana hanya ada 3 orang pekerja yang sudah tua.
Setibanya saya di sana, terdapat bertimbun-timbun komik yang bakal dilelong dengan harga RM2.00 per komik. Ya, hanya RM2.00 berbanding harga asal iaitu RM5.90!
Kebanyakan komik yang ada adalah siri komik popular seperti Doraemon dan Detektif Conan.
Menurut pekerja ini, mereka akan mulakan lelongan bermula 11 April hingga 26 April 2017.
Namun bagi sesetengah pengumpul tegar komik termasuk saya, kami terlebih dahulu pergi ke sana agar dapat grab komik yang dikehendaki sebelum kehabisan stok.
Di bawah ini gambar-gambar saya ketika membuat lawatan membeli koleksi komik-komik yang ingin disimpan.
Jadi bagi yang mungkin mahu mencukupkan koleksi komik keluaran Tora Aman kegemaran anda, inilah peluang anda sebelum Tora Aman berkubur selamanya. Emosi jugalah bila dapat tahu yang mereka akan tutup operasi.
Terima kasih kerana menggembirakan aku sewaktu kecil dengan komik-komik awesome ini. Alamat untuk ke kilang ini anda boleh lihat di bawah. Sayonara, Tora Aman.
KLK Press Sdn Bhd,
No. 9, Jalan BK 1/18, Kinrara Industrial Park, Bandar Kinrara,
47100, Puchong, Selangor, 47100, Malaysia.
Sources : https://www.thevocket.com/tora-aman-tutup/
|
|
|
|
|
|
|
|
Majalah Gila-Gila No 32 15 Disember 1979
Mingguan Malaysia 30 Oktober 1983
|
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Nenek Meniup Api Semangat Kemerdekaan
Artwork : Rossem
|
|
|
|
|
|
|
|
Kartunis Lengkuas meninggal dunia
Asrizal Aris
[email protected]
KARTUNIS Lengkuas yang popular dengan karya Mat Despatch majalah Ujang dan Yob Peon majalah Lanun meninggal dunia di Hospital Selayang, 10.30 pagi, hari ini.
Adik ipar, Sabri Sab, 30, berkata, Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi darah tinggi dan buah pinggang selepas dua hari dimasukkan dalam wad pesakit hospital berkenaan.
"Dia kelihatan sihat sebelum dimasukkan ke hospital untuk menjalani dialisis dan tiada perubahan sikap yang ditunjukkan.
"Dia mengalami masalah buah pinggang kira-kira tiga tahun lalu namun dia memang seorang yang takut untuk ke hospital," katanya ketika ditemui di rumah Allahyarham di Taman Batu Muda, Gombak, hari ini.
Menurutnya, Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak berusia 10 tahun dan kembar 15 tahun.
Jenazah Allahyarham Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Saleh, 53, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda selepas Asar, hari ini.
Allahyarham mempunyai pengalaman berkarya sebagai kartunis selama lebih 30 tahun.
Pengurus Operasi Majalah Bekazon, Azrul Izar Abd Wahab, berkata, pemergian Lengkuas disifatkan sebagai satu kehilangan yang sangat besar dalam industri kartunis.
"Arwah antara kartunis kegemaran bagi peminat komik sekitar tahun 1990-an dan seiring dengan kartunis terkenal seperti Gayour, Sukun, Bendi dan Nik.
"Semalam, sepatutnya arwah ke Kedah untuk menyempurnakan satu karnival keusahawanan di sana namun dia ditahan di hospital.
"Allah SWT lebih menyayanginya dan dia kembali ke Rahmatullah pada hari yang mulia pada hari Jumaat," katanya yang turut hadir.
- Harian Metro -
|
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian (30/9/2014) - Komik Bukan Sekadar Hiburan
|
|
|
|
|
|
|
|
Profail Pelukis Majalah Rina
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah Gamit Nostalgia Komik, Kartun Malaysia
Diterbitkan: Isnin, 3 April 2017 10:00 PM
Oleh: DARYL GOH
[email protected]
Tulang belakang Rumah Kartun dan Komik Malaysia, (dari kiri): Mohd Desa Omar (pengasas), Tazidi Yusof (kurator) dan Azhar Adnan (pengurus galeri).
RUMAH Kartun dan Komik Malaysia yang baharu dibuka di Taman Botani Perdana di Kuala Lumpur bakal menjadi tarikan utama buat peminat buku komik.
Bangunan itu kini menjadi tempat untuk karya kartunis tanah air memenuhi segenap dinding dengan gambaran buku komik yang asal, kartun editorial, lakaran papan cerita termasuk majalah-majalah lama yang dedikasikan untuk sejarah dan budaya buku komik Malaysia.
“Tidak ada kekurangan bahan untuk dipamerkan apabila menyentuh tentang komik dan kartun tempatan. Persoalannya adalah bagaimana kita mahu mempersembahkannya dalam bentuk seni yang sebelum ini tidak diambil begitu serius atau terlepas pandang,” kata kurator Rumah Kartun dan Komik Malaysia, Tazidi Yusof, 58 mengenai inisiatif rumah berkenaan, baru-baru ini.
“Kini, wujud penghargaan yang lebih baik untuk nama-nama kelahiran Malaysia yang membentuk komuniti kartun dan komik. Nama-nama berpengaruh seperti Allahyarham Rejabhad, Datuk Lat, pengasas majalah Gila-Gila, Jaafar Taib dan Ujang (Ibrahim Anon), antara yang begitu dikenali.
“Penubuhan Rumah Kartun dan Komik Malaysia turut bertujuan untuk memperkenalkan dan meraikan komuniti ini secara keseluruhan dari perintis awal, legenda, artis-artis dan mereka yang bersandarkan ‘one hit wonder’,” katanya.
Karya Datuk Lat (kiri) dan Ali Sanat (kanan).
Pengurus galeri, Azhar Adnan, 45, berkata, idea menubuhkan Rumah Kartun dan Komik Malaysia untuk mewujudkan tumpuan orang ramai terutamanya pengumpul komik, pengikut budaya pop, pelajar dan juga menarik pelancong di kawasan sekitar.
“Kita mahu mewujudkan persekitaran yang selesa, damai dan menyeronokkan di galeri, dan saya merasakan kami dapat merealisasikannya. Kami perlu mencari keseimbangan untuk menjadikannya sesuatu yang bermaklumat dan menghiburkan, dengan ruang yang agak terhad,” kata Azhar.
“Di dalam galeri, anda mungkin merasakan seperti melalui sebuah buku komik saiz A5, manakala sudut-sudut lain dipenuhi dengan khazanah terbaik dan nostagia yang tidak ternilai,” tambahnya.
Lebih 500 karya komik dan kartun yang diterbitkan dari 1930-an sehingga lewat 1990-an kini dipaparkan di galeri itu, dan Tazidi mendedahkan kurang 10 peratus daripada bahan-bahan berkenaan dipamerkan kepada orang awam.
Kebanyakan karya asli dipinjamkan daripada pengumpul koleksi persendirian termasuk Creative Enterprise Sdn Bhd (penerbit Gila-Gila) dan Balai Kartun Rossem, sebuah muzium di Kota Bharu, Kelantan.
Komik Musang Puaka di dalam majalah Rina (kiri) dan kulit majalah Murni yang dilukis oleh Jaafar Taib.
Tazidi berkata, Rumah Kartun dan Komik Malaysia mula dirancang pada 2015 (seiring dengan anugerah komik, Anugerah Kampung Boy).
Kerja-kerja arkib dimulakan dengan menghimpunkan komuniti kartunis, pelukis komik dan pengumpul koleksi bagi mendapatkan sumber-sumber editorial, kartun, buku komik, novel grafik, animasi dan karikatur.
“Kerja-kerja penyelidikan dan pemuliharaan komik disempurnakan di studio kami di Petaling Jaya. Proses membaik pulih turut dilakukan.
“Kita perlu berdepan dengan halaman yang kekuningan, komik yang rosak, salinan majalah Rina yang berusia 40 tahun yang terkoyak.
“Bagaimanapun, kerja-kerja dokumentasi yang akhirnya menjadi kerja-kerja ‘siasatan’ secara besar-besaran agak rumit kerana terlalu banyak kartun dan komik tanpa tarikh atau tandatangan (artis)... jadi kami cuba untuk mengingatinya,” kata Tazidi.
Pengasas Rumah Kartun dan Komik Malaysia, Mohd Desa Omar (juga kartunis Juragan), 52, berkata, galeri itu ditubuhkan dengan memberi tumpuan kepada kartun cetakan semula editorial Melayu dari 1930-an dan 1940-an.
“Kami meletakkan karya-karya awal di hadapan galeri bagi menekankan kepentingan mereka, dan menunjukkan kepada orang ramai bahawa jurang budaya kartun tempatan tidak terlalu jauh sebagaimana yang mungkin anda fikirkan,” kata Mohd.
Majalah Gila-Gila.
Kartun-kartun yang sarat dengan satira politik dan kritikan sosial amat popular di dalam akhbar Melayu seperti Warta Jenaka dan Utusan Zaman.
Sumber kartun yang lain adalah akhbar Majlis pada 1940-an, manakala kemunculan Berita Harian pada 1957 sebagai petanda berkembangnya penggunaan kartun dalam halamannya.
“Karya-karya nukilan kumpulan kartunis dan sumbangan orang ramai menjadikan kartun editorial begitu banyak suatu ketika dahulu,” kata Tazidi.
Pameran mengambil zaman 1950-an dan 1960-an dengan komik-komik bebas hasil karya Saidin Yahya, Halim Teh, Raja Hamzah, Sulaiman Awang dan Osman Baru.
Di tengah-tengah pameran terdapat dinding yang memaparkan legenda-legenda seperti Rejabhad, Lat, Zainal Buang Hussein, Jaafar Taib, Mishar, Nan (Zainal Osman), Rossem (Rosidi Semail) dan Azman Yusof, yang disertakan sekali dengan ringkasan biografi lengkap dan paparan karya-karya mereka.
Sementara itu, sudut Gila-Gila menjadi tarikan utama, manakala bahagian era lewat 1960-an dan 1970-an pula sarat dengan pelbagai komik serius, fantasi ringan, cerita rakyat, jenaka, sains fiksyen, pengembaraan, raksasa dan adiwira.
- MStar -
|
|
|
|
|
|
|
| |
|