|
Originally posted by awangbok at 15-3-2007 04:34 PM
tu la yang selalu aku kata ilmu itu cahaya jahil itu merbahaya.
semuga di beri hidayah.
bila hati kita tak bersih segala tindakkan kita pun akat ikut sama.
aku harap bersangka baik la sesama ...
......setuju |
|
|
|
|
|
|
|
Berkenaan dengan halilintar, kalau benar ia berlaku
ketika gambar Asaari diturunkan ketika serbuan JAIS,
maka kesimpulan ini boleh
diambil iktibar dengan jelas dari ayat suci Al Quran
dan dari kitab hadith:
Surah Ar-Ra抎 ayat ke 13: Guruh (bunyi dentuman kilat)
itu memuji Allah.
Surah As-Saaffat ayat 6 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 18-3-2007 05:05 AM
Berkenaan dengan halilintar, kalau benar ia berlaku
ketika gambar Asaari diturunkan ketika serbuan JAIS,
maka kesimpulan ini boleh
diambil iktibar dengan jelas dari ayat suci Al Quran
dan da ...
hal ini perkara khilafiyah sahaja...ada ulamak membenarkan ada ulamak tidak membenarkan...
janganlah kita cenderung membawa perpecahan ke atas saudara sesama islam hanya sebab perkara2 khilafiyah ini....
lebih teruk lagi menjadikan ia satu bahan utk menyesatkan sesama islam...
(klau cam tuh, JELAS haram, aku pk bukan gbr Abuya ajer yg kena tanggal, semua gbr2 apa bentuk apapun dan dimana2 sahaja seluruh tempat milik org islam kena tanggalkan....hhehhehehe....baik ler kau buat usulan ni kat JAKIM utk dikuatkuasakan....jihab beb...dpt pahala tuh...)
aku rasa dah pernah dlm thread ni dibincangkan hal ini....
[ Last edited by rainbows at 18-3-2007 01:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Saya setuju, menyatukan ummat adalah sangat penting. Penting juga kita berpegang teguh pada AL Quran dan Sunnah. Ahli Rufaqa ramai yang baik-baik. Itu tidak dinafikan. Maka sesama Islam mari kita ajak kepada ajaran Islam yang lurus dan berpegang teguhlah kepada Al Quran dan Sunnah, sekadar yang mampu sebanyak-banyaknya
Kalau kita tak pasti dalil dari Al Quran dan Sunnah, rujuklah mereka yang belajar dan berilmu, jangan cepat buat kesimpulan itu dan ini. Kita umat Islam, kita percaya apa yang Nabi sampaikan.
Manusia memang ada kelemahan, cenderung mempertahankan sesuatu yang dia rasa benar, tambahan bila nampak ada kebaikan. Jadi adalah molek mereka yang cenderung kepada kebaikan, mengingatkan antara satu sama lain tentang saranan-saranan dari Al Quran dan Hadith.
Kalau kita tak setuju dengan sesuatu, kita boleh kaji, tanyalah kepada ramai Ulama. Bab gambar memang dah sebati dengan umat manusia, sampai kita tak mampu mengiyakan apa yang Nabi sampaikan. Ulama khilaf pendapat tentang bolehkah kita simpan gambar, tetapi sudah jelas dari hadith yang malaikat tak akan masuk rumah yang ada gambar (benda hidup) di dalamnya. Banyak lagi kegunaan gambar sebagai identiti dan keselamatan, ini bukan kita yang nak (dalam agama). Kalau yang dalam rumah itu kita gantung memang kita yang nak, takke gitu?
Pejabat-pejabat yang ada gambar di dalamnya, tidaklah dikira penting sangat sebab itu bukan rumah kita. Namun kepada yang pilih jalan taqwa dari ilmu Al Quran dan Sunnah, tentu mereka tak setuju.
WAllahu a'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 18-3-2007 02:51 PM
Saya setuju, menyatukan ummat adalah sangat penting. Penting juga kita berpegang teguh pada AL Quran dan Sunnah. Ahli Rufaqa ramai yang baik-baik. Itu tidak dinafikan. Maka sesama Islam mari kita ...
Terima kasih kerana bersetuju. Kalau ramai ahli2 Rufaqa yang baik bermakna kepimpinannya juga adalah orang baik. Mungkin sorang dua saja yang tak tahu matlamat yang merosakkan nama baik Rufaqa sebab terlalu ghairah atau bersemangat so jangan salahkan yang ramai. Kepimpinan Abuya sudah terbukti lengkap dan cukup cuma sorang dua pengikut inilah yang membawa tahi merosakkan perjuangan Abuya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 18-3-2007 02:51 PM
Saya setuju, menyatukan ummat adalah sangat penting. Penting juga kita berpegang teguh pada AL Quran dan Sunnah. Ahli Rufaqa ramai yang baik-baik. Itu tidak dinafikan. Maka sesama Islam mari kita ajak kepada ajaran Islam yang lurus dan berpegang teguhlah kepada Al Quran dan Sunnah, sekadar yang mampu sebanyak-banyaknya
orang Arqam memang nampak baik. tapi akidah terpesong. orang jepun pun perangai baik, tapi sayangnya mrk sembah matahari. yg baik kita contohi, yg tak betul kita tetap kena kata tak betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shahgti at 20-3-2007 07:40 AM
orang Arqam memang nampak baik. tapi akidah terpesong. orang jepun pun perangai baik, tapi sayangnya mrk sembah matahari. yg baik kita contohi, yg tak betul kita tetap kena kata tak betul.
Akidah terpesong ?...Aku setuju...tetapi cuma nak tolong perbetulkan, akidah terpesong dari fahaman WAHABI .....tetapi tidak terpesong dari fahaman ASWJ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #427 rainbows's post
orang rupakak ni tak de kambing hitam lain lah .. asyik2 wahabi wahabi wahabi...
Yg dok malaysia ni sume aswj bukan wahabi yg tolak geng2 rupakak ni... kuarga aswj malaysia ni sendiri tak mengaku rupakak dalam kerangka aswj. Klu tak tak kan kena haram kot. Apa cite beb
[ Last edited by jingaros at 20-3-2007 05:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #426 shahgti's post
Yang tak betul tu tanggungjawab kita bersama untuk sampaikan yang betul dengan cara hikmah dan bijaksana, dakwah dan doa, berpesan-pesan kepada yang haq, berpesan-pesan dengan kesabaran.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jingaros at 20-3-2007 05:05 PM
orang rupakak ni tak de kambing hitam lain lah .. asyik2 wahabi wahabi wahabi...
Yg dok malaysia ni sume aswj bukan wahabi yg tolak geng2 rupakak ni... kuarga aswj malaysia ni sendiri tak menga ...
cuba hang cerita kat aku bilamasa nyer ASWJ tolak tarekat dan tasawuf ?.....klau bukan WAHABI yg tolak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 18-3-2007 05:05 AM
lagi berita:
[url=http://www.rufaqa-sesat.blogspot.com/
Kalau awk org berilmu dan benar2 mahu cari kebenaran, sy nasihatkan tak perlulah nak rujuk blog pemfitnah tersebut. Byk lagi website dan blog yg memaparkan kebenaran berkenaan rufaqa dan abuya yg boleh awk rujuk dan buat perbandingan.
Antara yg terbaik ialah http://www.rufaqadaily.com
Awk nilai sendirilah ilmu2 di dlm web tersebut, adakah ianya mengambarkan kesesatan spt yg difitnah oleh blog yg awk beri linknya tu.
Lagi satu elok awk jenguk juga blog ini supaya knowledge awk seimbang....http://www.heliconia.wordpress.com
[ Last edited by Mawar Merah at 21-3-2007 11:26 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 20-3-2007 06:58 PM
Yang tak betul tu tanggungjawab kita bersama untuk sampaikan yang betul dengan cara hikmah dan bijaksana, dakwah dan doa, berpesan-pesan kepada yang haq, berpesan-pesan dengan kesabaran....
Awk nak membetulkan sesuatu dgn cara hikmah...mmg dituntut oleh agama kita, tapi menyebar2kan lagi link blog pemfitnah ternyata bukan satu cara yg berhikmah. Bersengkongkol membarakan lagi api fitnah adalah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #431 Mawar Merah's post
Kalau awk org berilmu dan benar2 mahu cari kebenaran, sy nasihatkan tak perlulah nak rujuk blog pemfitnah tersebut. Byk lagi website dan blog yg memaparkan kebenaran berkenaan rufaqa dan abuya yg boleh awk rujuk dan buat perbandingan.
Antara yg terbaik ialah http://www.rufaqadaily.com
Awk nilai sendirilah ilmu2 di dlm web tersebut, adakah ianya mengambarkan kesesatan spt yg difitnah oleh blog yg awk beri linknya tu.
Lagi satu elok awk jenguk juga blog ini supaya knowledge awk seimbang....http://www.heliconia.wordpress.com
=====================================================================
Wahai saudari Mawar Merah, saya tidak mempunyai banyak masa untuk menerangkan segala-galanya dengan terperinci dalam forum yang saya sekali-sekala jengok. Saya tidak bermaksud kepada sesiapa yang nak mencari kebenaran supaya rujuk laman web yang saudari kata blog pemfitnah. Saya bermaksud, carilah kebenaran dengan berpandukan Al Quran dan Sunnah (dari Al Hadith), rujuk ramai Ulama yang telah setuju dan berilmu berpandukan Ijtihad Ulama-Ulama Mujtahid yang berpegang teguh kepada Sunnah Nabi (S.A.W), dan para ikutan Sahabat-Sahabat (R.Anhum), dan juga Salafussoleh (Tabi'in) dan inilah yang dikatakan Ahli Sunnah wal Jamaah. Saya dapati lawan web tersebut adakalanya atau banyak juga 'mencemari' ketua/pendukung/pejuang Rufaqa'/Al Arqam, namun yang saya cuba sampaikan adalah cuba tengok dalil-dalil dan nas-nas yang diberikan. Kalau belum kaji dah kata fitnah, itu taksub namanya. Taksub adalah salah satu punca terhijabnya kebenaran. Taat kepada pemimpin adalah tuntutan agama selagimana ia tidak bercanggah dengan Syariat Islam.
Taat adalah mengikuti tuntutan Al Quran dan Sunnah yang sebenarnya, kalau kita tahu kita ada melakukan amalan yang bukan dari Al Quran dan Sunnah, kita cuba elakkan beramal dengannya. Kalau kita tak mampu, kita jangan mempertahankan perkara yang dilarang Allah dan Nabi. Akal, hati, roh dan minda tidak akan melebihi Al Quran dan Hadith. Kalau minda atau roh sudah dikatakan menguasai Al Quran dan Hadith, tentu tidak ada percanggahan dari alaman dan ajaran yang dibawa.
Saya juga telah melayari web yang saudari berikan (sebelum tu lagi). Pujian haruslah juga saya berikan kepada Rufaqa' atas dasar memperjuangkan agama melalui kasih sayang, lebih tepat lagi saya rasa menerusi ilmu tasawwuf yang merangkumi jiwa dan perasaan kehambaan kita kepada Allah. Ada juga kenalan saya bekas Al Arqam yang awal, menyatakan pada awal perjuangan Haji Asaari, pegangannya banyak berpandukan ilmu dari kitab-kitab tawassuf terutamanya Ihya Ulumuddin. Jika ini benar, memang kita nampak kesan hebatnya tasawwuf Islam dalam menangani masalah-masalah kehidupan seharian. Yang benar saya tetap katakan benar. Inilah anatara satu sebab pejuang/simpati Rufaqa' masih mempertahankan Rufaqa'.
Dalam forum ni ada 4 golongan utama:
1) Pejuang Rufaqa' yang hanya nampak mereka sahaja yang betul
2) Pejuang lain yang nampak penyelewengan Rufaqa' dan cuba nak perbetulkan, atau sesetengahnya terus hentam
3) Para simpati Rufaqa' tapi masih dalam kekeliruan
4) Yang nak tengok atau nak tahu tapi tak ambil kisah dan tak ambil peduli kesudahannya
Kepada golongan 1), jika anda yakin anda benar, silalah kumpulkan segala bukti-bukti dari web-web anda dan dari pemimpin anda tentang amalan-amalan yang dipertahankan yang menjadi permasalahan kepercayaan umat Islam berkaitan yaqazah, tawassul, Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim, Mujaddid dan lain-lain. Bawa dalil anda dan buktikan kepada Ulama-ulama di Malaysia dan Ulama di seluruh dunia. Di sini jangan disalah-ertikan menolak perkara-perkara tersebut, tetapi kepercayaan yang bagaimana yang dipegang oleh Ahli Sunnah wal Jamaah tentang perkara-perkara tersebut haruslah diketahui bila ada permasalahan.
Kepada golongan 2), kalau nak teruskan berhujah dengan golongan 1), bolehlah teruskan. Dari pengalaman saya walau banyak mana Al Quran dan Hadith diberikan, mereka tetap berpendirian sedemikian. Sama-sama berdoa banyak-banyak pada Allah, di samping menegakkan kebenaran secara berhikmah. Golongan 1) suka menilai cara pembawakan orang yang berhujah, tetapi tidak banyak menilai ilmu kebenaran yang dibawa. Saya rasa ada forum lain lebih 'panas', namun tiada siapa dari golongan 1) dan golongan 2) yang nampak macam menerima hujah lawan masing-masing.
Kepada Golongan 3), berbanyaklah berdoa pada Allah dan rujuk ramai Ulama untuk lebih selamat. Ijtihad Ulama adalah satu hikmah untuk ummat Islam. Sesiapa yang mengatakan satu orang lain sahaja yang betul, dan yang selebihnya tak betul, atau terpengaruh dengan Wahhabi, atau kena ikut dia untuk selamat maka siasat dulu orang itu akan kebenaran yang dibawa berdasarkan Al Quran dan Hadith.
Kepada golongan 4), anda tak perlu risau banyak sangat soal ni.
Apa kata kesepakatan Ulama di Malaysia berkenaan Rufaqa'? Adakah mereka juga pemfitnah? Jika jawapannya mereka terpengaruh dengan Wahhabi, atau Ulama jahat, atau Ulama tak berilmu, pergilah buktikan kepada mereka dengan bukti-bukti yang nyata (dari Al Quran dan Hadith). Sesiapa yang menegakkan kebenaran tentunya berani macam para Sahabat, walaupun ditangkap musuh tetap Iman teguh. Maka watak rasul tentu jauh lebih hebat. Terkenal dengan Al Amin yang sentiasa amanah, Siddiq yang sentiasa bercakap benar, Tabligh yang sentiasa menyampaikan yang haq, dan banyak lagi....
'Sesiapa beramal dengan ilmu tasawwuf tanpa mendalami ilmu feqah merosakkan imannya, sesiapa yang mempelajari ilmu feqah tanpa beramal dengan tasawwuf merosakkan dirinya'
Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.
*rujukan di internet memang banyak. Penting juga kita tahu ilmu dari internet itu ada pengawasan Ulama' kalau kita sendiri tak mampu pergi jumpa Ulama.
http://www.askimam.org/
Mereka bukan Wahhabi dan juga bukan Rufaqa'. Bukan di Malaysia. Boleh cari bab-bab Imam Mahdi, ruh, tawassul, tasawwuf, ilmu ghaib dan sebagainya. Boleh juga tanya mereka kalau nak kepastian lebih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 21-3-2007 07:33 PM
Kalau awk org berilmu dan benar2 mahu cari kebenaran, sy nasihatkan tak perlulah nak rujuk blog pemfitnah tersebut. Byk lagi website dan blog yg memaparkan kebenaran berkenaan rufaqa dan abuya yg ...
Rasanya mnm ni masih baru di sini, sebab persoalan tentang tawasul, yaqazah, PBT dan Imam Mahdi dah diberi pjg lebar bukan sahaja ikut pendapat Abuya tetapi juga dengan merujuk kepada ulamak2 muktabar ASWJ yg lain...berdasarkan Al Quran, As Sunnah, Ijma dan Qias...
tetapi sdra nampaknyer pandai mengilas dlm berkata2, kelihatan sekali pandang seperti tidk BIAS, tetapi ada maksud tersembunyi yg hanya dpt difahami oleh segelintir org sahaja..... tetapi aku yakin, as time goes by, kilasan ini akan terserlah jua....
to mawarmerah,
aku cadangkan terus sahaja beri info kerana ia semakin menakutkan mereka yg ADO dengan jemaah rufaqa....
aku rasa mawarmerah dah boleh kenal saper yg BERKILAS, sape yg IKHLAS.... daripada posting2 mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
cetusan rasa dari kwn saya disalah satu blog
Puisi Karamah Melayu
Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Togkat Ali jamu khasiat.
Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu bumi bergegar.
Bangsa Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Umat Melayu, jihad sabilillah!!
Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
7 bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat.
Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi(SAW) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.
Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi(SAW) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.
Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi laziman.
Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
'Wa'ad' Melayu jangan disanggah,
Sanggah 'wa'ad, mendapat 'tulah'.
Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak sangat dihormat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.
Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah, pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.
Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi(SAW), itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi(SAW), penuh keramat.
Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.
Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana dunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.
Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratanya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya,
Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.
Orang Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu 6 kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.
Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan 'Melayu lemah' semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.
Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.
Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musunhya bertalu-talu,
Sehinga bangsa menjadi terkelu.
Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu mendapat 'tulah'.
Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?
Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?
Ingatlah pesan junjungan Rasulullah(SAW),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.
Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak.
Laksamana Hang Tuah gagah orangya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya,
"MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA!"
HIDUP MELAYU!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
isu ni sampai bila2 pun tak settle... anywhere kat mana saari skrg? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elbecks at 22-3-2007 12:06 AM
isu ni sampai bila2 pun tak settle... anywhere kat mana saari skrg?
Dia sekarang berada di perkampungan wali-wali di kepulauan Jawa Tengah, mengadap wali agung bagi menerangkan kedudukan Daulah di Malaysia.
 |
|
|
|
|
|
|
|
YB Abdul RAHMAN PALIL mendakwa ajaran dan amalan plaintif (Rufaqa) bercanggah dengan syariat Islam apabila mendakwa
sembahyang Jumaat tidak wajib kerana kerajaan yang ada sekarang bukan kerajaan Imam Mahadi.
Kenyataan ARP nih memang buat aku RASA nak gelak guling2, sebab aku rasa kat mana hilang kecerdikan dia nih sampai buat fitnah macam tu sekali pasal RUFAQA...tak leh ker dia fikir benda2 lain yang lebih mantap utk dijadikan dakwaan.
Lagi satu dosa dia kerana fitnah ini bukan KECIL2 punya DOSA nih...aku kdg2 kesian kat org2 cam nih, penyakit dan virus apa lah yg dah menular pada depa...
[ Last edited by rainbows at 26-3-2007 08:42 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #436 elbecks's post
Memang takkan habis. Geng AWSJ & wahabi tak ngam sampai kiamat. Org wahabi yakin geng AWSJ ni sesat sebagaimana kristian yakin Islam tu sesat.
Cite Rufaqa nih, aku rasa sebab isu glamer, ramai gak yg tumpang join. Sejauh mana ilmu, tataula. Ramai org mesia yg masih jahil; bab taharah basic pun ramai tak selesai (cuba tengok kat masjid, berapa ramai yg jaga kesucian kaki bila keluar dari tandas ke kawasan masjid).
Kalau tak cukup ilmu, tawakuf ajela... itu lebih baik.
Just my 2 sen |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #437 Amir's post
huii, tere ko sampai tahu tempatnya. Kat mana exactly? Atau klentong sebab nak tambah kedit? |
|
|
|
|
|
|
| |
|