A: Tepung hijau
250gm tepung beras
700ml santan cair
secubit kapur sirih (campur dalam santan cair)
secubit garam
sedikit pandan paste/pewarna hijau
B: Santan pekat
1500ml santan pekat
80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)
secubit garam
C: Pulut merah
1 cawan pulut
1 cawan santan cair
sedikit pewarna merah
D: Air gula
300gm gula melaka
3 cawan air
sehelai daun pandan
Cara-cara
Campur kesemua bahan A dan tapis
Masak atas api hingga pekat
Umie masuk dalam microwave tapi kena sentiasa dikacau setiap 2mins)
Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A) >>> (umie masuk microwave je - cepat)
Cuci beras pulut kemudian masak dengan air dan sedikit pewarna merah (umie masuk microwave je - cepat)
Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.
Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap dari nya dan curahkan air gula secukupnya
3 biji telur gred A
90 gram gula (boleh tambah sedikit lagi jika suka manis)
160 gram suji @ semolina
250 ml santan pekat
235 ml air
200 ml susu segar
1 camca teh warna kuning
1 camca teh garam
90 gram mentega
30 gram tepung gandum
Sedikit bijan untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Alas tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci lenser dengan mentega pada dasar dan tepinya Panaskan juga oven pada suhu 190C.
Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega. Kacau rata dan tuang dalam bekas tahan panas, kemudian tenggekkan atas air mendidih dan kacau dengan whisk sehingga bancuhan pekat seakan2 bubur . Alihkan dari dapur dan masukkan mentega, kacau rata hingga sebati.
Tuang dalam tin yang telah disediakan. Tabur bijan rata dan bakar dalam oven selama 1 jam, 5 minit sebelum akhir waktu membakar, tukar api oven pada fungsi grill. Ini akan menghasilkan permukaan kueh bingka perang keemasan. Biar betul2 sejuk baru dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang...
Bahan2 cream cheese:
250gm philadelphia cream cheese
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur gred B
cara:
cara membuat brownies: ayakkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat. ketepikan
griskan tin 10"x10" dan lapikkan dengan parchment paper. ketepikan
masukkan mentega ke dalam mangkuk tahan panas dan cairkan
kemudian masukkan serbuk koko dan kacaukan rata (pastikan adunan tidak berbentil)
matikan api oven dan ketepikan
sementara itu pukul gula dan telur dengan menggunakan whisker sehingga sebati
tuangkan ke dalam adunan koko tadi dan kacau rata
masukkan susu cair dan kacaukan sebati
setelah itu masukkan tepung dan kacaukan sebati
akhir sekali masukkan esen vanila dan kacaukan rata
ketepikan beberapa sudu besar (agak2lah) adunan untuk di paipkan ke atas cream cheese
tuangkan ke dalam tin kek dan ratakan
bakar pada suhu 175C selama 20-25 min
cara membuat cream cheese: pukul cream cheese sehingga gebu
kemudian masukkan gula dan pukul lagi
akhir sekali masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati
setelah brownies masak keluarkan dari oven dan tuangkan adunan cream cheese ke atasnya
ratakan
kemudian paipkan adunan brownies yang telah diketepikan tadi ke atas cream cheese dan buatkan line seperti di dalam gambar
lorekkan dengan menggunakan batang mancis ikut pattern yang disukai
setelah siap bakar lagi selama 15 min atau sehingga masak
keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuka barulah dipotong