|
Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 4-1-2017 01:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Fuhhhh fuhhh fuhhhh.
*tiup habuk jap*
Lama nya tak jejak kaki kat sini. Busy sikit hujung tahun haritu. Ni baru ada masa jengah forum. Ada ke orang sudi nak baca cerita saya ni lagi? Takpa lah. Ada tak ada, saya update jugak harini |
|
|
|
|
|
|
|
ada-ada..sila sambung ye...
|
|
|
|
|
|
|
|
ada jer....
sila sambung dgn kadar kecepatan cahaya....hihihih
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-1-2017 01:13 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
KISAH 10 : Sihir (Episod 2)
Pergaduhan demi pergaduhan tak putus putus dalam hubungan aku dengan Remy. Pernah satu hari, baru je kitorang nak masuk highway dalam 5min lepas keluar rumah, kitorang dah bergaduh dalam kereta.
Aku pun tak perasan keadaan aku masa tu, tapi aku perasan yang aku tak suka kat Remy lah senang cakap. Dalam seminggu ada 7hari, 6hari setengah memang dihabiskan untuk bergaduh je. Cuma yang peliknya, Remy ni taknak pulak putuskan aku ke apa. Aku rasa kalau orang lain, lama dah angkat kaki.
Penghujung Disember 2015, kawan kitorang Melissa, kahwin kat Perak. Melissa adalah Kawan Remy masa diorang sama sama bertugas di daerah yang memiliki Istana Inggeris tak siap dan menyeramkan yang famous di Malaysia. Melissa jugak adalah kawan aku, kitorang mengenali Melissa ni secara berasingan dan masa kitorang sendiri belum berkawan.
Rumah Melissa tak jauh dari rumah Ustaz yang ubatkan awek Wan kena tinggal kat atas Gunung Kledang dalam kisah haritu. So lepas settle kat kenduri tu Remy plan nak pergi rumah Ustaz pengamal perubatan Islam tu, yang terletak kat bandar.
Balik kenduri kitorang terus pergi, sebab dah alang alang aku pakai jubah. Tak segan lah nak menghadap Ustaz. Buat pengetahuan korang, Ustaz ni ubatkan orang tak ada meracau racau. Time mengubat beliau akan sebut di permulaan sesi, mohon Allah lindung aib pesakit, jangan bagi meracau, menjerit jerit apa semua. Kalau tak, tak memasal jubah aku tertarik ke atas.
Lagi 100m nak sampai rumah Ustaz tu tiba tiba Remy dapat sms dari Ustaz tu mengatakan beliau takda di rumah. Ada hal kat luar kawasan. Remy berhentikan kereta tepi jalan.
"Alah, Ustaz tak ada kat rumah pulak sekarang. Malam nanti baru boleh dia ubatkan orang"
Remy mengeluh sambil membalas sms Ustaz.
"Oh takpe lah. Pergi lain kali je lah"
Aku cakap bersahaja je. Takda niat lain pun.
Lepas je aku cakap tu, Remy pandang je aku lama lama. Then terus dia buat U-turn nak keluar dari taman tu. Kitorang kena cari port untuk spend time sementara tunggu waktu malam. Kitorang plan nak berubat malam tu jugak.
Menurut Remy lepas dia cakap Ustaz takda siang tu, dia pandang aku lama sebab dia nampak aku tersenyum lepas tahu tak jadi berubat. Dia kata mungkin 'benda' tu suka tak jadi pergi berubat. Sebab aku rasa aku takda senyum pun. Aku time sakit tu jenis serius punya orang. Takda nak senyum senyum.
So malam tu lepas Isyak kitorang pun menuju lah ke rumah Ustaz tu. Rumah Ustaz tu corner-lot. Tudiaaaaaa! Punya lah ramai sampai kitorang kena park kat lorong sebelah. Rumah dia bila malam macam orang datang kenduri. Depan gate bersusun kasut. Bukan yang sakit je datang, family yang sakit pun datang jugak. Pesakit dah ramai, tambah keluarga pesakit lagi, tak ke macam orang datang kenduri.
Ustaz ni buat seluruh kawasan corner lot beliau sebagai tempat berubat. Ada satu bilik dengan pintu terbuka luas dan ruang menunggu. Aku datang lepas Isyak dapat no 45. Bukan lah no formal, aku sendiri kita pesakit yang beratur atas kerusi tunggu giliran tu.
2 tahun sebelum aku berubat tu, aku pernah datang rumah Ustaz ni, berubat untuk sakit kes rumah sewa berhantu. Siapa yang follow thread lama aku tahu lah. Tapi dalam thread tu aku tak bagitahu aku datang berubat kat Ustaz ni. Masa aku datang corner lot beliau belum dibina untuk bilik berubat lagi. Kitorang berubat dalam rumah je.
Pesakit duduk keliling dalam rumah. Sebelum sampai turn aku, aku perhati Ustaz tu asyik pandang aku je. Bukan dia pandang sebab aku cantik ke tidak, bukan. Dia pandang mungkin dia nampak sesuatu.
Sampai je giliran aku, Ustaz tu scan guna ayat al-quran. Dia scan 2kali untuk kepastian.
"Tak ada apa dik"
Ustaz tu cakap kat aku.
"Haa, betul ke Ustaz?"
Aku musykil, sebab ada tempat lain aku berubat cakap aku ada sesuatu menumpang. Ustaz ni memang dah serasi dengan keluarga aku. Sebab tu aku pergi kat dia.
"2kali saya scan takda. So adik takda apa apa lah"
Ustaz tu berpaling, nak scan pesakit lain pulak.
Aku bangun perlahan lahan menuju ke pintu dengan mak, sepupu dan makcik aku. Masa berjalan keluar, dengar Ustaz tu cakap sesuatu kat mak aku.
"Kadang kadang 'dia' tahu kita nak berubat, 'dia' keluar kejap kak. Nanti kita dah balik, 'dia' masuk balik"
Ustaz tu bercakap sambil pandang mak aku.
Tercekik aku dengar Ustaz tu cakap macam tu. Aku dimaklumkan, ramai pesakit yang mengalami macam ni. Seba tu kalau boleh nak bawak orang sakit berubat jangan bagitahu awal awal. Bawak terus je. Syaitan ni licik. Macam macam cara dia ada untuk kekal menyesatkan manusia.
Berbalik pada cerita asal. Sebelum sampai turn aku, ada sorang makcik umur baya baya mak aku. Penghujung 40an dengan anak gadis dia 2-3orang semua lawa lawa. Makcik ni bergaya lagi, tapi tak seksilah. Melihatkan anak anak dia yang cantik, aku syak makcik ni masa muda pun mesti cantik jugak.
Makcik ni kena sihir dengan bekas suami, merangkap bapa kepada anak gadis yang cantik cantik ni tadi. Difahamkan bekas suami dia nak kembali pada dia, tapi atas beberapa sebab dia taknak rujuk kembali. So bekas suami hantar sesuatu untuk ganggu bekas isteri dan anak anak beliau serumah.
Sorang lagi iaitu orang terakhir sebelum turn aku, lepas makcik tu pulak adalah seorang gadis muda. Dia adalah pelajar semasa sebuah universiti terkemuka di Utara tanah air. Difahamkan beberapa minggu kebelakangan tu, dia kena gangguan macam macam. Dia tak pasti dari mana. Solat jaga, pergaulan pun terbatas, semua dia jaga.
Rupa rupanya, budak perempuan ni lemah semangat. Rumah family dia tak jauh dari kem, maktab perguruan dan satu hospital yang selalu kita sebut bila nak kata orang tu ada masalah mental. Difahamkan, budak ni terkena sesuatu di kawasan taman rumah dia. Kawasan tu area jin bertendang, dia pulak meronda taman petang petang adalah 'benda' yang tersangkut ceritanya.
Sesuatu yang buat aku tertarik bila Ustaz tu tanya dia pasal buah hati. Pelik jugak aku pada mulanya, tapi budak tu mengaku lah di ada boyfriend dah. Tapi dia jaga adab lah semua, takda buat bukan bukan. Budak tu pun memang nampak baik baik punya orang.
"Saya nak bagitahu sesuatu ni, harap awak terima lah denga hati terbuka ye.."
Ustaz tu tujukan pada budak perempuan tu.
Note : perbualan Ustaz ni perlahan je. Dia bukan menjerit bagi satu kawasan berubat tu dengar. Siapa yang terdekat je boleh dengar. Aku ni jenis telinga cepat tangkap. Aku senang dengar percakapan orang. Nak pulak dalam tu tak buat apa, dengar je lah. Boleh juga ambil pengajaran.
"Kawan (boyfriend) awak yang sekarang ni bukanlah pilihan yang terbaik untuk awak. Dalam diam, dia ada niat tak baik pada awak. Saya taknak lah sebutkan apa niat nya. Awak boleh fikir sendiri. Awak pun masih baru dengan dia, tak terlambat lagi nak jauhkan diri"
Panjang lebar Ustaz tu bagi penerangan. Budak perempuan tu cuma menunduk je. Sedih ke, marah ke tak tahu lah.
Lepas budak tu beredar, sampai lah giliran aku. Ustaz tu tak ingat aku ni siapa, sebab dia terlampau ramai pesakit.
"Awak sakit apa?"
Ustaz tu tanya aku yang duduk di depan dia.
"Ni perempuan yang Ustaz suruh saya bawak datang haritu. Saya bagi nama kat Ustaz mintak Ustaz scan kan nama tu"
Remy mencelah nak menjelaskan sakit aku.
Aku lupa episod lepas aku dah inform atau tak. Tapi sebelum datang berubat, Remy dah pergi rumah Ustaz tu hantar nama aku mintak scan. Lepas scan, Ustaz suruh Remy bawak aku datang rumah dia secepat mungkin. Tapi kitorang masih masing takda kelapangan. Hampir sebulan baru kitorang datan. Sebab tu Ustaz tu pun lupa dah.
"Oh yang saya scan nama tu ye. Awak lunjur kaki mengadap saya"
Ustaz tu bagi arahan pada aku untuk perbetulkan posisi.
"Jangan tutup mata. Nanti awak meracau"
Ustaz ingatkan setiap pesakit dia, semasa sesi berubat jangan tutup mata kecuali disuruh.
Difahamkan bila kita tutup mata, kita akan bagi super focus kat benda tu dan senang je kita akan emosional dan meracau. So kita kena duduk melunjur dan buat biasa je. Biar Ustaz tu buat kerja dia.
Aku pun melunjur dan menjalani sesi berubat tu. Takda pulak rasa bergelojak dalam hati, rasa pening marah ke apa. Semua baik baik je. Betul lah orang cakap, Ustaz ni ubatkan orang dengan cara menutup aib. Dengan izin Allah korang takkan histeria, menjerit jerit berlari ke pintu ke apa ke.
"Sophea. Mulai harini saya harap awak lepaskan semua yang bukan datang dari diri awak. Lepaskan semua yang awak rasa bukan sifat asal awak, bukan perasaan awak, bukan diri sebenar awak. Jangan simpan dia lagi"
Perlahan je Ustaz tu bercakap. Tapi aku boleh dengar dengan jelas sebab dia duduk di sisi kiri aku sambil tangan diapungkan atas kepala.
Aku mengangguk tanda faham kena buat apa. Tapi aku tak faham apa benda yang nak dilepaskan. Apa yang bukan diri aku dan apa yang nak dibuang. Aku cuma angguk simbolik keizinan je. Mungkin Ustaz tu minta aku buka hati aku untuk bantu dia ubatkan aku.
Ustaz tu mengensot dari sisi kiri aku ke depan kaki aku pula. Kaki pesakit akan ditutup dengan sejadah separas lutut. Aku pakai stokin masa tu, tapi Ustaz still tutup. Aku rasa dia pegang jari kaki aku dan kumat kamit baca ayat suci al-quran. Aku biasa dengar ayat tu. Dalam cerita Munafik pun Syamsul pakai ayat tu.
"Okay dah"
Ustaz bercakap serentak menarik sejadah dari menutupi kaki aku.
Aku kembali bersila dan duduk bersimpuh di depan Ustaz. Ada benda yang nak disampaikan katanya. Aku hanya menunduk je. Remy di kiri aku, lebih kurang satu langkah.
"Sophea, mulai hari ini berpisahlah kamu dengan dia. Kau pula tak boleh bersama dia, lepaskan dia. Dia tak bersalah. Biarkan dia hidup di alam ni tanpa gangguan kau"
"Saya tahu Sophea, kamu berubah sikap tanpa kamu sedar. Kamu jadi baran tak bertempat. Kamu jadi penyendiri. Kamu tak suka bercampur dengan orang. Bila keluarga kamu ada di ruang tamu, kamu akan berkurung dalam bilik. Bila orang semua dah tidur, kamu akan turun untuk makan dan tengok TV sorang diri"
"Kamu berubah dengan orang terdekat kamu. Hanya mereka je yang perasan perubahan kamu. Kamu menjauhkan diri dari semua orang. Berat kamu turun mendadak, kamu makan tapi kamu tak dapat khasiatnya. Muka jadi cengkung, setiap malam lepas pukul 12 kamu akan batuk teruk sampai subuh"
"Sebab tu saya suruh kawan kamu bawa kamu cepat ke sini. Benda tu dah lama bersama kamu. Dia dah sayangkan kamu melebihi kamu sendiri sayangkan diri kamu. Dia nak kamu luangkan masa berdua dengan dia je. Bila kamu duduk sorang diri, sebenarnya kamu tak keseorangan. Kamu sedang luangkan masa dengan makhluk tu. Sebab tu kamu jadi macam ni. Mulai harini, saya akan pisahkan kamu dengan dia"
Ustaz tu meletakkan tangannya terapung di atas kepala dan bahu aku. Sambil bercakap seorang diri.
"Mulai harini, tinggalkan Anak Adam ini. Kembali ke tempat asal kamu!"
Tak semena mena air mata aku turun mencurah curah. Aku rasa sebak yang teramat. Tak pernah aku rasa perasaan sebak macam tu. Apa yang Ustaz tu cakap memang semua yang aku buat tanpa aku sedar. Aku tak pernah cerita kat sesiapa pun pasal benda tu, kat Remy pun tak pernah. So macam mana Ustaz tu tahu? Melainkan Allah beri keizinan untuk Ustaz tu tahu semua tu. Semua yang Ustaz tu cakap memang gambaran diri aku.
"Kamu nampak dia menangis?"
Ustaz menyoal Remy dan Remy memandang aku sambil mengangguk.
"Bukan dia saja saja menangis tu. Benda tu sedih kena tinggalkan badan perempuan ni sebab diorang dah lama berkawan. Dia dah sayang perempuan ni"
Ustaz tu bercakap sambil mencapai air botol mineral dari kotak di sebelah kanan aku.
"Boleh saya tahu Ustaz, benda tu bertuan ke tak bertuan?
Remy mengerutkan kening bertanya pada Ustaz.
"Bertuan"
"Tapi saya takkan bagitahu siapa tuan nya"
Ustaz tu cepat cepat matikan ayat.
Remy mengeluh. Dia nak tahu sangat siapa tukang sihir tu. Aku difahamkan, sebenarnya seseorang Ustaz tu bukan setiap orang dia takkan bagitahu si pelaku. Ustaz ni pun pandai tengok orang. Kalau orang tu baran, pendendam kau ingat Ustaz tu nak bagitahu ke? Silap silap esok masuk paper, penyihir dibunuh oleh si mangsa.
Yang wajib dibayar kat rumah Ustaz tu hanyalah harga air mineral. Sebab air mineral tu dia beli, bukan nya ambik air paip kat rumah je. Ni aku jelah yang assume, Ustaz tu tak cakap apa pun. Lepas berubat pesakit akan dibekalkan dua botol mineral 1.5L. Satu untuk minum, satu lagi untuk mandi. Perlu dihabiskan 3hari berturut turut. Tiada caj untuk berubat, seikhlas hati je korang boleh selit bawah sejadah.
Dalam perjalanan balik, Remy kena kacau dengan sesuatu. Dia mengadu tercekik. Rasa macam leher dicengkam tapi tak nampak siapa. So aku bagi dia minyak wangi yang sorang pengamal perubatan islam ni bagi kat aku 3tahun sebelum tu. Minyak wangi tu dah dibaca ayat al-quran tertentu. Kira macam kita ikhtiar air yassin untuk jawab exam lah.
Sebenarnya aku syak aku terkena sesuatu kat Thailand. 2bulan sebelum berubat aku dah start batuk. Bilik aku pakai aircond, aku pulak ada asma. Aku syak aku tak tahan aircond lah kot. Tapi sebelum tu elok je takda masalah.
Sebulan lepas batuk pulak, aku pergi holiday dengan adik beradik je kat Thailand. Danok - Hatyai - Krabi dan last ke Phuket. Kitorang pergi naik kereta. Sebab transport sendiri, merata lah kitorang bebas nak pergi. Time tu hujung tahun ramai lah Malaysian pun bercuti. Aku suka merayap sorang sorang sebab confirm terjumpa orang Malaysia jugak. Aku ingat aku dah tersalah langgar kawasan orang, so terbawak balik Malaysia benda bukan bukan ke kan.
Hari ke 5 or 6 time kat Night Market Krabi, kakak aku beli nenas kecik yang viral dulu tu. Aku cakap aku batuk, taknak. Kakak aku paksa jugak makan, bagi merasa konon nya sebab benda tengah viral, rugi tak rasa.
Malam tu aku tak boleh tidur. Batuk setiap 20saat. Setiap kali batuk pulak aku akan termuntah. So bila batuk je aku akan berlari masuk toilet lah nak muntah air. Sampai lembik aku dibuatnya. Siap dah off aircond pun tak berhenti jugak batuk. Aku syak sebab nenas.
Lepas Krabi kitoran pergi Phuket pulak. Aku dengan abang aku lepak betul betul kat pantai. Tempat kena Tsunami besar 2004 tu. Bila kitorang jalan jalan area disco kat Patong Beach tu, tak mustahil lah kalau Tsunami bantai. Tempat maksiat. Malam tu yang bertudung kat situ cuma aku dengan kakak aku je. Kitorang sampai terfikir, kalau lah Tsunami malam tu, orang jumpa mayat perempuan bertudung mesti orang heran. Buat apa lah yang bertudung kat tempat maksiat ni.
Resort kitorang pun port yang pernah kena Tsunami 2004 jugak. Berhadapan Patong Beach. Boleh nampak kat dinding tambak resort tu kesan paras air Tsunami. Aku lupa dah apa nama resort tu. Aku syak aku kena apa benda ke, yelah bekas orang pernah mati bergelimpangan kan. Rupanya takda kena mengena pun.
Lepas berubat tu aku dah okay sikit. Takda mengamuk lagi dah. Tapi sekejap je lah. Orang kalau busuk hati kau ingat dia nak diam ke kalau tengok kau bahagia? Nak nak pulak kitorang ni ada family business. Aku ni tunggak utama dalam business tu. Mesti lah aku yang kena aim dulu kan.
Bersambung...
(Sorry sebab lambat. Aku dah taip separuh haritu, then aku terdelete habis semua kat notes. Kena taip balik. ) |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-1-2017 01:21 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
AnggunSophea replied at 8-1-2017 01:21 AM
@BONDAFAD @Rainrein @addina3606 @woody
Happy New Year Forumer
Tq shopea... teringat lagu sefia.. jangan pernah panggil namaku... |
|
|
|
|
|
|
|
Hey bro! Hi kawan2!!
30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!
Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit
cepatlah sertai kami!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ipoh
bandar hipster tapi bila malam penuh dengan misteri |
|
|
|
|
|
|
|
happy new to u too...
best cerita...xsabar utk sambungan
|
|
|
|
|
|
|
|
best best... another topik yang mampu membuatkan saya LLB di opis yang sangap ini. hahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2017 10:44 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by AnggunSophea at 7-5-2017 07:09 AM
KISAH 10 : Sihir (Episod 3)
Lebih kurang 2bulan lepas berubat, hubungan aku dan Remy berjalan baik. Anniversary kitorang Remy hadiahkan aku seekor kucing. Kalau aku bagitahu nama sebenar kucing aku ni, aku syak penggemar kucing mesti kenal. Sebab Remy beli kucing ni dari kawan dia yang pernah viral di social media. So aku namakan kucing aku ni dengan nickname Mike je lah. Hehehe
Aku anak bongsu. Aku ni suka menyendiri. Tak tahu lah whether semua anak bongsu macam aku, atau aku je yang macam ni. Actually, aku memang suka gila kat kucing. Dari kecik memang rumah family aku sentiasa ada kucing. Bila aku stay dengan kakak aku, takda kucing, aku rasa bosan.
Sebab tu aku suka merayap sorang sorang kat area kedai family aku untuk cari kucing. Takpun habis kerja, aku main dengan kucing yang suka datang kat kedai area aku kerja tu dulu. So aku selalu balik rumah lambat sebab main dengan kucing. Bila dapat hadiah anniversary seekor kucing, aku jadi happy gila lah, sebab dah tak home alone.
Kucing aku macam kucing indoor lain. Memandangkan Mike tu kucing aku, bukan kucing owner rumah, toilet dan makanan dia semua dalam bilik aku. Kiranya taknak mengacau privacy orang lain lah. Dalam bilik aku sendiri memang ada toilet, so senang lah dia tak payah nak buang air kat luar. 3-4bulan pertama Mike memang jarang duduk luar bilik. Dia suka memerap macam tuan dia jugak.
Mike ni masa awal awal aku jaga, dia tidur sekali dengan aku. Atas katil. Dalam selimut, siap berbantal lagi macam manusia. Mike ni persian yang bulu macam karpet tu. So dia nak sentiasa dalam suasana sejuk. Sebab tu dia akan duduk dalam bilik je untuk sejukkan badan. Aku pulak tak suka sangat aircond, sebab effect dari sihir tu aku allergic dengan aircond. Bila kena aircond lama sikit je, aku akan batuk sampai semput. So aku on kejap kejap je aircond, sejak tu Mike ni dah pandai merayap dalam rumah. Cari tempat sejuk.
Mike ni macam manusia lah senang cakap. Penakut gelap, tak suka panas, ada benda pelik takut, geli dengan benda busuk. Aku jugak pakaikan dia loceng sebab dia ni suka merayap dan tak pandai mengiau. Dia selalu hilang, bila panggil tak menyahut. Nak kesan dia guna loceng tu je lah. Mike ni jantan tapi bunyi macam betina. Shemale gamaknya.
Suatu hari aku balik kerja lewat sikit. Aku singgah pasar malam, setiap Khamis malam Jumaat ada pasar malam tak jauh dari kedai family aku. Aku sampai rumah dah pukul 8 lebih. Aku kalau tak boleh solat, aku suka buang masa mengadap phone. So malam tu aku balik kerja, aku tengok rumah kosong. Sebab abang ipar aku pergi ambik kakak aku balik kerja. Anak diorang sorang je, lelaki umur 5tahun masa tu. Aku pun apa lagi, tak mandi, tak cuci toilet Mike, aku mencampakkan badan aku atas katil sambil layan phone.
Jarak rumah aku dari hospital tempat kakak aku berkerja adalah 40-50minit kereta standard dan 25-30minit untuk kereta modified. Ini dah termasuk kemungkinan traffic jammed. Kakak aku seorang nurse di hospital famous di ibu negara. Dan salah seorang pesakitnya adalah jutawan kosmetik muda yang viral sekitar hujung tahun lepas. Korang boleh agak lah kot hospital mana. Memang 24/7 busy je.
If kata end shift pukul 9malam. Belum tentu sharp pukul 9malam boleh balik. Mungkin lepas settle semua 9:10 or 9:15 baru boleh keluar. So dia akan sampai rumah selepas 9:30 malam tapi still sebelum 10malam.
Bergantung pada jenis kereta. Aku cakap bergantung jenis kereta sebab abang ipar aku ada kereta laju dan kereta biasa. Ikut mood dia lah nak ambik wife dia pakai kereta mana. Teori ni jugak aku guna pakai untuk kira masa perjalanan diorang sampai rumah.
Malam tu aku sampai rumah, tinggal kereta standard je. Means abang ipar aku pakai kereta modified dia untuk pergi ambik kakak aku. Cepat sikit sampai. Sebab kakak aku bila balik shift petang, mood kacau sikit. Sebab shift petang letih, nak cepat je sampai rumah rehat.
Kalau abang ipar aku takda kat rumah, aku ambik kesempatan yang ada untuk berpakaian menjolok mata untuk diri sendiri. Means, aku akan pakai pakaian yang tak sesuai untuk menghadap abang ipar lah. Kalau dia ada kena lah jaga aurat kan, dia bukan muhrim even dah kahwin dengan kakak aku pun. Sebab tu aku suka kira masa perjalanan diorang balik, kang tak memasal kantoi bersinglet dan bershort pants tengah landing kat hall. Cehh.
Pintu bilik aku dan bilik utama menghadap antara satu sama lain dan dipisahkan oleh mini hall yang agak luas. Mini hall yang aku cerita dalam episod 1 ada 'kakak' aku iron baju dan jalan mundar mandir malam malam tu.
Masa ni aku terlentang atas katil dengan pintu bilik ternganga sambil mengadap phone. Sejak balik, satu kerja aku tak buat lagi, duduk online je. Kucing aku kat tingkat bawah masa ni, sebab aku ada belikan dia mainan kat pasar malam sebelum balik. Dia menghadap mainan lah kot.
Tiba tiba aku dengar bunyi alarm pintu kat tingkat bawah. Aku tengok jam. Baru pukul 9:25malam! Bapak laju nya abang ipar aku ni bawak kereta. Agak agak lah laju pun. Selalunya paling cepat dalam sejarah pun 9:30malam baru sampai. Tu pun sebab keluar hospital awal dari 9:15malam. Sebab taman kitorang ni atas bukit, jauh sikit dari perumahan lain.
Alarm kat tingkat bawah berbunyi menandakan ada orang berjaya bukak pintu. Maknanya tuan rumah lah yang masuk. Kalau alarm salah kunci, lain bunyinya. Then bunyi gugusan anak kunci berlaga dengan lubang kunci. Bunyi pintu kayu terkuak dan bunyi gugusan kunci dicampak atas kotak sebelah akuarium.
Ini adalah suasana normal bila abang ipar aku balik dari ambik kakak aku balik kerja. Aku dah hafal sangat gerak geri abang ipar aku tu. Masuk je rumah, lepas campak kunci dia akan berjalan ke dapur minum air kosong. So boleh dengar lah derapan kaki dia kat tingkat bawah. Badan dia L size. Derap boleh tahan kuat. Dia jenis berjalan langkah pendek dan laju. Lantai ke dapur takda karpet, so boleh dengar setiap kali dia menapak.
Kucing aku berlari dari tingkat bawah naik ke atas terus masuk bilik. Bergemerincing bunyi loceng kat leher dia sebab berlari panjat tangga. Aku ni dengan keadaan seksi pun apalagi, bingkas bangun. Aku cepat cepat keluar bilik menuju ke hall. Takut abang ipar aku naik atas, tak sempat nak menyorok. Kat hall ada penyapu dan penyodok. Dua peralatan ni aku guna untuk cuci pasir toilet kucing. Kadang kadang kucing aku ni, pasir dia bersepah atas lantai. So kena lah sapu dulu kan. Lepas je ambik peralatan tu, aku terus masuk bilik balik dan rapatkan pintu perlahan lahan. Aku duduk kat katil kejap, sebab letih berlari.
Tak lama kemudian, dengar bunyi derap kaki orang naik atas pulak. Bunyi sederhana dan lembut. Tapi still boleh dengar sebab sepanjang anak tangga diorang pasang karpet. Even anak buah aku yang umur 5tahun (time tu dah 5tahun) menapak pun still boleh dengar bunyi derap tu.
Lepas habis anak tangga, aku pasang telinga lagi. Kaki tu menuju ke pintu bilik utama pulak. Sah lah tu bunyi derap kaki kakak aku. Badan dia S size. Dia berjalan sederhana laju. Bunyi pintu bilik terkuak dan 'dummm!' ditutup semula dari dalam. Menandakan dia dah selamat masuk bilik.
Selalunya bila balik kerja dan sampai rumah sebelum pukul 10, kakak aku ni wajib ketuk pintu bilik aku dulu. Motif, untuk tanya aku dah makan ke belum. Whether dah makan atau belum, jawapan aku tetap
"dah makan dah".
Sebab aku sejenis yang tak suka memanjang manjangkan perbualan.
Tadi cerita kalau dia sampai rumah sebelum pukul 10. Kalau dia balik selepas pukul 10 pulak, dia balik kerja terus masuk bilik, mandi dan tidur. Tu maksudnya dia habis shift lambat dan batery dia dah drain. So takda masa nak bertegur sapa dengan aku dah.
So malam tu, aku pelik sikit kenapa dia balik awal tapi tak datang menyibuk kat bilik aku. Laju je masuk bilik. Kat bawah aku dengar bunyi pintu ditutup. Bunyi macam abang ipar aku keluar rumah. Malas nak fikir, aku letak phone terus masuk toilet nak cuci toilet si Mike. Dalam 5minit je dah siap. Lepas siap, aku sambung baring kat katil hadap phone balik. Aku ingat, kejap kejap lagi lah baru mandi. Malam t rasa malas pulak.
Tengah aku gelak sorang sorang layan social media, aku dengar ada bunyi alarm pintu lagi sekali. Sebijik macam tadi. Bunyi gugusan anak kunci berlaga sesama sendiri, bunyi grill ditarik dan bunyi pintu kayu terkuak. Tapi kali ni ada special sound effect.
"Assalamualaikum..."
Kuat dan garau suara abang ipar aku bagi salam kat pintu depan.
"Takkan keluar masuk kejap kejap pun nak bagi salam"
Aku membebel sorang sorang. Sebab aku syak, abang ipar aku ni tadi kat dalam rumah dah then keluar sekejap mungkin ambik barang tertinggal ke apa ke kat kereta.
Lepas dia bagi salam, aku dengar bunyi dia campak gugusan kunci dia, pun sama macam pukul 9:25malam tadi.
"Keluar kejap kejap pun nak kunci pintu?"
Aku dilanda pertanyaan seorang diri.
Tiba tiba, selang beberapa minit kemudian ada sound effect yang lagi special dari sound effect abang ipar aku tadi.
"Bagi salam, bagi salam"
Aku dengar suara kakak aku bercakap dengan anak buah aku.
"Assalamualaikum..."
Serentak suara kakak aku dan anak dia bagi salam.
Aikk? Aku cepat cepat bangun dari posisi berbaring kepada duduk. Aku tengok jam kat dinding. Jam menunjukkan pukul 9:35malam. Aku letak phone kat tepi dan pasang telinga.
"Umi, umi, umi! Ni aaaa. Dacu punya!"
Aku dengar anak buah aku menjerit pada kakak aku. Menjerit menunjukkan sesuatu.
"Haaa dacu punya. jom jom"
Kakak aku membalas pada anaknya pulak.
*Dacu = panggilan anak buah aku untuk aku. Dia suka tambah huruf D pada setiap perkataan yang dia sebut*
Kepala hotak aku bertambah pelik. Aku tahu, anak buah aku menjerit kat bawah tu merujuk kepada 3biji mainan yang aku baru beli untuk kucing aku. Tapi apasal baru sekarang anak buah aku nak menjerit excited. Boleh je masa balik pukul 9:25malam tadi dia bukak pintu terus nampak mainan Mike. Dah 9:35mala baru dia nak menjerit. Lewat 10minit pulak.
Aku dengar bunyi derap kaki dua manusia memanjat tangga. Sambil tu boleh dengar suara dua beranak tu berbual bual. Sebab tangga tu bercantum dengan dinding, macam terowong, kalau korang berbual sambil panjat tangga suara korang macam pakai speaker. So kalau nak mengumpat dilarang sambil memanjat tangga. Dikhuatiri bakal terkantoi.
Berbalik pada situasi aku dalam bilik. Aku diselubungi perasaan pelik yang teramat. Kali ni aku duduk tegak sambil pandang pintu. Dup dap dup dap jantung aku tunggu apa benda pulak akan dihidangkan seterusnya.
Perlahan lahan pintu aku yang rapat tapi tak berkunci tu dikuak dari luar. Terpacul lah seorang budak kecik sambil memegang sesuatu dan berdiri seorang perempuan serba putih kat belakang nya memandang aku sambil tersenyum.
"Dacuuuuu.. ni siapa punya?"
Anak buah aku tunjuk mainan kucing yang aku baru beli tadi, pada aku.
Aku diam sambil pandang je dua beranak tu sambil kerut kening. Aku masih diselubungi kekeliruan yang maha dahsyat. Aku tengok diorang atas bawah. Pakaian kakak aku tak menunjukkan dia dah mandi. Sedangkan 9:25malam tadi dia dah masuk bilik.
"Makan dah ke dik?"
Soalan biasa kakak aku akan ajukan seperti yang aku maklumkan pada korang tadi.
Aku diam je sambil kerut kening pandang je diorang yang terpacul depan pintu bilik aku tu. Badan separuh kat dalam, separuh kat luar. Melihatkan aku yang tercangak bangak tu, kakak aku suruh anak dia masuk bilik diorang dulu. Anak buah aku keluar dari pintu dan menuju ke bilik mak ayahnya.
"Kenapa ni? Ada yang tak kena ke?"
Kakak aku terus masuk bilik aku dan duduk di sebelah aku. Dia ni boleh baca air muka aku.
"Jap. Korang baru balik ke macam mana ni?"
Aku masih mengerutkan kening. Tepat anak mata dia aku lemparkan soalan.
"Haah. Baru balik lah ni. Macam biasa. Kenapa?"
Kakak aku pulak mengerutkan kening dia. Sebab dia pun macam musykilkan sesuatu.
"Tak, korang bukan dah balik pukul 9:25 tadi ke?"
Aku bertanya sambil tunjuk jam yang masa tu dah hampir 9:40malam.
"Eh tak. Masa tu atas highway lagi. Kenapa ni, cuba cerita?"
Kakak aku macam dapat tangkap sesuatu yang tak kena dalam kepala otak aku.
Masa kitorang tengah bual bual tu, anak kakak aku keluar dari pintu bilik depan sambil menuju ke tangga. Masih lagi pegang mainan kucing aku tadi.
"Rayyan, tak jadi mandi ke?"
Kakak aku menyoal anak dia. Sebab tadi dia suruh anak dia masuk bilik dulu.
"Taknak ah Umi. Ada hantu!"
Selamba je dia menjawab sambil main mainan kucing aku.
Dengar je dia jawab macam tu, cepat cepat kitorang bangun dari katil dan berdiri depan pintu. Anak buah aku berhenti kat tengah tengah hall.
"Mana hantu nya Rayyan?"
Aku soal anak buah aku.
"Tu aaaaa. Dalam bilik. Akut ahhh!!"
Dia menjawab sambil menunjukkan tangan ke arah pintu bilik.
Masa ni kepala otak aku yang ada 2-3 kemusykilan dan bertambah kepada 6-7 kemusykilan pulak. Tak paham betul aku. Apa benda pulak dua beranak ni. So aku pun start lah bukak mulut apa yang memeningkan kepala kitorang berdua sekarang ni.
Aku pun cerita dari awal yang pukul 9:25malam lagi aku dah dengar bunyi macam diorang balik. Tapi aku tak nampak dengan mata kepala sendiri. Aku cuma dengar bunyi je. Siap dengar dia masuk bilik lagi.
"Balik pukul 9:25 tu ada bagi salam tak?"
Kakak aku memecahkan kebuntuan aku.
Lepas kakak aku tanya macam tu baru aku perasan, yang diorang balik pukul 9:25malam tu langsung takda suara. Selalunya memang diorang akan bagi salam kalau baru balik. Tapi masa tu diorang senyap je, dari masuk rumah sampailah naik tangga.
Aku tersedar yang ada benda tak kena bila dengar abang ipar aku bagi salam pukul 9:35malam. Lepastu 2minit kemudian suara anak buah dan kakak aku pulak bagi salam. Then suara diorang berbual bual kat bawah. Betul! Aku baru perasan semua tu.
"Tahu tak kenapa kitorang berdua masuk lewat dari abang Riz?"
Kakak aku masih mengajukan soalan yang pelik pelik.
"Kenapa?"
Aku excited nak tahu.
Cerita dari sudut kakak aku pulak, pukul 9:25malam diorang masih lagi atas highway. Pukul 9:35malam baru diorang sampai rumah. Dan diorang masuk lewat beberapa minit sebab anak dia lambat nak pakai balik selipar. Dalam kereta anak dia tak suka pakai kasut.
Lepas anak dia pakai kasut terus diorang nak masuk rumah. Kereta tu abang ipar aku parking kat depan gate sebab nak senang keluar. Rumah kitorang tu corner lot berbukit dan kat selekoh. Kalau nak reverse keluar gate ambik masa lama. Untuk mudah, parking saja kat luar.
Masa on the way nak ke parking, anak dia tunjuk kat tingkap cermin tingkat atas. Iaitu cermin bilik utama.
"Tu aaaaa. Hantu aaaa. Akot ah"
Maksudnya 'itu lah. Hantu lah. Takut lah'
"Haaaa apa?"
Kakak aku nak double confirm. Kot kot dia salah dengar mula mula tu.
"Tu aaaaa. Hantu aaaa. Akot ah"
Dia masih ulang benda yang sama sambil tangan tunjuk tunjuk tingkap bilik utama.
Cepat cepat kakak aku dukung anak dia bawak masuk rumah. Anak dia cakap pelat dan tak fluent lagi masa tu. Tapi entah siapa yang ajar dia sebut 'hantu'. Dan paling obvious, dia siap boleh lukis gambar hantu lagi. Hantu common masyarakat melayu, tinggi-rambut panjang-baju putih.
Aku dah berpandangan dengan kakak aku dah. Aku dengar bunyi kakak aku masuk bilik sedangkan dia belum balik lagi. Anak kakak aku pulak kata nampak 'hantu' kat tingkap bilik diorang. Kitorang dah meremang segala bulu dah.
Kakak aku suruh teman dia, dia nak salin uniform dia dulu. Aku pulak tukar baju sopan sebab nak turun bawah kejap lagi.
Lepas je siap salin baju kitorang turun bawah cepat cepat cerita kat abang ipar aku pulak. Reaksi abang ipar aku langsung tak mengujakan. Sebab dia lelaki kot malas nak layan sangat.
Lepas je cerita, kitorang dengar bunyi pintu bilik berdentum kat tingkat atas! Macam tahu tahu je kitorang tengah bualkan hal 'dia'. Marah marah pulak kat atas. Langsung aku tak mandi malam tu. Dah tengah malam baru naik untuk tidur.
Start daripada tu baru sikit sikit benda lain keluar. Baru lah kitorang terfikir kenapa hanya rumah tu je yang kosong untuk disewa. Sedangkan antara rumah rumah kat situ, rumah kitorang tu yang paling besar. Corner lot dia boleh bina sebiji setengah atau dua buah lagi rumah dari jenis yang sama. Siap boleh main bola lagi lah kat tepi tu. Owner time tu pun cakap, rumah tu sesatunya takda orang sewa sebab dia reserve untuk Taska atau mini sekolah or pusat tuisyen je. Yang menghairankan, lepas pulak bagi kakak aku sewa.
Penyewa sebelum ni adalah lelaki bujang yang duduk sorang. Dia cuma duduk bilik utama je. Bila kitorang check, frame pintu bilik utama tu macam pernah kena pecah. Means whether pintu terkunci dari dalam or seseorang pernah terkunci kat dalam. Sangat banyak kesan serpih dan calar balar pada frame dia. Yang mana selama duduk situ kitorang tak perasan langsung. Jiran jiran pun takda yang bertegur dengan kitorang melainkan uncle cina sebelah rumah je. Weirdo.
Bersambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2017 10:54 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
BONDAFAD replied at 7-1-2017 05:40 PM
Tq shopea... teringat lagu sefia.. jangan pernah panggil namaku...
Hehehe. Tu Sefia, kalau Sophea dia suka menyeru
Ada episod baru. Jemput baca sis |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2017 10:59 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
theflash replied at 9-1-2017 10:43 PM
Ipoh
bandar hipster tapi bila malam penuh dengan misteri
Taiko MPS singgah sini lah
Hipster sangat sampai bebudak nya suka memanjat |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2017 11:01 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
woddy replied at 10-1-2017 05:16 AM
happy new to u too...
best cerita...xsabar utk sambungan
Tq
Baru je sambung Episod 3. Cerita baru setahun lepas jadi |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2017 11:04 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
AznieBunnie replied at 10-1-2017 09:11 AM
best best... another topik yang mampu membuatkan saya LLB di opis yang sangap ini. hahahha
Tq sudi singgah dan follow thread saya sis
Baru je update Episod 3. Kemunculan hantu kurang sikit episod sihir ni |
|
|
|
|
|
|
|
selamat datang ke negeri Perak Darul Ridzuan
ole ole |
|
|
|
|
|
|
|
Hantu yang Ayish nampak tu ada kaitan ke dgn kes tt berubat? |
|
|
|
|
|
|
|
aigooo..seram cite ko
aku pulak yg berdebau-debau di sini... |
|
|
|
|
|
|
|
fuh
berat betui gelaran taiko tu
jom la lepak cafe hipster kt Ipoh
boleh cerita hantu negeri perak dari zaman 60an
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-1-2017 08:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
theflash replied at 11-1-2017 07:40 AM
selamat datang ke negeri Perak Darul Ridzuan
ole ole
Teringat tifo ultras Perak dulu.
'Ale ale.. Ale ale..' |
|
|
|
|
|
|
| |
|