1. Kim Hye Ja - Dear My Friends dengan membawakan watak sebagai orang tua yang ditinggalkan anak-anaknya. Emosinya semakin menyedihkan apabila dia terkena penyakit nyanyuk. Antara, watak yang sukar pada tahun ini.
TRIVIA: Kim Hye Ja pernah memenangi Best Supporting Actress pada tahun lepas melalui drama Unkind Ladies, dan ini merupakan pencalonan ke-2 beliau untuk dua tahun berturut.
2. Nana - The Good Wife : Nana tampil mengagumkan melalui lakonan debut nya sebagai Kim Dan, pembantu peguam yang menjalankan risikan secara rahsia.
TRIVIA: Ini merupakan pencalonan pertama beliau dalam kategori acting #carikdramaawards. Beliau turut tercalon dalam kategori Popular Rookie Actress.
3. Ra Mi Ran - Reply 1988 Menggunakan nama sendiri sebagai wataknya, Ra Mi ran menampilkan sisi lakonan komedi yang memukau dan mampumembuatkan penonton ketawa melihat aksinya. Antara lakonan 'supporting' paling menyerlah, beliau dijangka akan merebut trofi ini.
TRIVIA: Ini merupakan pencalonan pertama beliau dalam kategori acting #carikdramaawards. Beliau turut tercalon dalam kategori Popular Ahjumma. Tahun ini merupakan tahun Ra Miran apabila berjaya menyapu anugerah "Supporting Actress" di Paeksang, Grand Bell, KBS drama Awards dan SBS drama Awards melalui 3 watak berbeza.
4. Shin Rin Ah - Marriage Contract Calon paling muda sekali dalam kategori acting. Lakonan bubbly yang dijangka merebut anugerah ini. Turut tercalon dalam Popular Child Actress.
5. Song Yun Ah - The K2 antara calon kuat supporting yang bakal menggugat kedudukan yang lain. Beliau membawa watak sebagai isteri politikus yang menjadi 'mastermind' disebalik kejayaan suaminya. Dengan lakonan hati kering, tak berperikemanusian, dan seorang yang 'sharp-minded' , Song Yun Ah meninggalkan impresi yang sukar dilupakan
TRIVIA: Ini merupakan pencalonan pertama beliau dalam kategori acting
|