|
Neelofa Perkenalkan Skaf Terbaharu Diterbitkan: Rabu, 19 Julai 2017 7:02 AM
PETALING JAYA: Pengacara dan ahli perniagaan Neelofa melebarkan lagi perniagaan apabila melancarkan koleksi terbaru Naelofar Scarf Maya.
Hadir dengan dua edisi termasuk Naelofar Scarf MAYA bertatahkan Swarovski (edisi terhad) yang menjadikan ia tudung satin pertama diperkenalkan butik Naelofar Hijab.
"Naelofar Scarf Maya menggabungkan elemen moden namun masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan seperti koleksi Naelofar Hijab sebelum ini.
"Dihasilkan dengan empat variasi warna iaitu Maya Ivory (putih), Maya Slate (kelabu), Maya Azure (biru) dan Maya Fuschia (merah jambu), koleksi ini dijual dengan harga mampu milik.
"Untuk koleksi Naelofar Scarf Maya dijual pada harga RM75 manakala untuk edisi terhad Naelofar Scarf Maya - Swarovski dijual dengan harga RM95 di mana koleksi eksklusif ini hanya dikeluarkan sebanyak 1,000 unit sahaja," katanya kepada mStar Online.
Neelofa ditemui di majlis Pelancaran Koleksi Satin Naelofar Scarf MAYA bertempat di The Harlequin Room, Royale Chulan, Damansara, pada Selasa.
Pada majlis itu turut diraikan pemenang pertandingan bertuah Lady Lofa Luxe yang berakhir pada Mei lalu sekali gus membawa pulang hadiah beg Christian Dior bernilai RM22,000.
Dalam pada itu, kenapa nama Maya dipilih, Neelofa memberitahu, perkataan itu melambangkan kelembutan selain ia agak menarik untuk disebut.
"Istimewanya Naelofar Scarf Maya ini, selain coraknya yang bermotifkan flora tropika dengan gabungan seni kontemporari, di bahagian dalam skaf pula materialnya agak kesat.
"Ini sekali gus tidak akan memberi masalah kepada si pemakai seperti susah dibentuk dan licin," katanya.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... wsLbJUC1DX8q4yQg.99
|
|
|
|
|
|
|
|
Teruja berganding dengan Neelofa Syanty Octavia Amry
[email protected]
Bakal bergandingan bersama pelakon cantik Neelofa menerusi drama bersiri Red Velvet, Alif Satar akui tidak ada masalah apabila ada peminat mula mewujudkan hashtag nama mereka iaitu #alofa.
Bagi Alif, dia tidak ada hak menghentikan apa yang peminat lakukan sebaliknya gembira kerana peminat menghargai apa yang dia lakukan untuk industri.
“Tidak ada isu untuk saya marah dalam soal ini. Tidak saya nafikan ada peminat sampai bergaduh membuat hashtag nama artis kesayangan mereka.
“Bagi saya, sebagai artis kita perlu mengajar mereka supaya lebih faham ini hanya drama dan tidak perlu terlalu emosional,” katanya.
Setakat ini, Alif selesa kerana apa yang peminat lakukan hanyalah untuk watak lakonannya saja.
“Saya lihat apa yang peminat lakukan lebih kepada menyukai watak yang saya lakonkan. Oleh itu, saya tidak ada masalah soal hashtag ini.
“Bukan saya saja, mana-mana artis akan mengalami keadaan yang sama. Saya juga bersyukur isteri memahami malah sangat teruja apabila mendapat tahu saya bakal bergandingan dengan Neelofa,” katanya.
Drama bersiri 20 episod arahan Michael Ang itu akan menampil­kan Alif sebagai pembuat bakeri.
Dalam pada itu, Alif turut memegang watak sebagai cef menerusi filem TV berjudul Memori Pajeri Nanas bergandingan dengan Tiz Zaqyah dan Siti Saleha yang disiarkan di Astro First Ekslusif bermula 20 Julai ini.
Alif akui teruja dan gembira kerana hasrat berlakon bersama Tiz akhirnya terlaksana menerusi filem ini.
“Pastinya saya gembira apabila diberi peluang bergandingan dengan pelakon hebat seperti Tiz dan Saleha.
“Saya gembira apabila diberi cabaran baru menerusi watak yang jarang saya lakonkan. Jika ada peluang saya mahu berlakon dengan Fasha Sandha.
“Rasa seronok apabila melakukan perkara yang saya suka dan dapat pula bergandingan dengan pelakon yang hebat seperti mereka ini,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Julai 2017 @ 4:53 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
lofa....maya'
@neelofa
Thank you to the media who covered the #mayabyNH launch! Reading all the write-ups makes me all warm inside! ❤
|
|
|
|
|
|
|
|
with nabila
[quoteShout out to the beautiful and amazing @noornabila ! Thank you for your hard work and your determination, you're THE #girlboss ! ❤[/quote]
|
|
|
|
|
|
|
|
soooo pretty
congrats Lofa!
@neelofa
Hmmm, you need a reason to get #mayabyNH in all colors? Well, one for you, one for you, one for you and one for you. Okay? 😅 #whoneedsareasonforshopping
|
|
|
|
|
|
|
|
maya
Starting this #mayabyNH collection, I was inspired to come out with something that feels bold and feminine at the same time, so here it is, the collection boasts bold strokes of tropical flowers in 4 soft colors, this collection is just stunning! So, which color is your favorite? 😍 📷 @hazmiljapilus-lofa
|
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya
orang nya dan tudungnya....
|
|
|
|
|
|
|
|
yes.....lets do it!!
@neelofa
Always pray to have eyes that see the best in every situation. Salam Jumaat guys! ❤
|
|
|
|
|
|
|
|
@chami Cepat nya dah sold out!
|
|
|
|
|
|
|
|
harap lofa kuat semangat dan ignore all the haters. pelik betul bila orang tuduh lofa macam2 seolah2 dorang saksi waktu kejadian. semoga lofa terus sabar dan tabah and bertambah berjaya di masa hadapan. |
|
|
|
|
|
|
|
itulah....baru masuk ..dah lama tak sempat menjengah..
baru tau ad tudung baru lofa....
dah sold out....mmg marketing strategy A++ lofa ni kan ....
|
|
|
|
|
|
|
|
nonpartisan007 replied at 19-7-2017 09:40 PM
harap lofa kuat semangat dan ignore all the haters. pelik betul bila orang tuduh lofa macam2 seolah2 ...
It's ok, time will tell. I suka sebab sekarang most of her fans keep quiet. Coz something's brewing |
|
|
|
|
|
|
|
Sewaktu sidang media ini, Neelofa sempat berkongsikan jadualnya yang cukup padat untuk bulan-bulan akan datang. “Saya sepatutnya memulakan penggambaran drama bersiri Red Velvet bersama hero, Alif Satar pada 8 Julai tetapi disebabkan ada rombakan skrip, Astro dan pihak penerbit perlu melalui proses untuk mendapatkan kelulusan buat skrip itu. “Saya akan mulakan penggambaran itu nanti pada 26 Julai akan datang dan Red Velvet bakal ditayangkan pada 6 Oktober nanti di Astro Ria dan Astro Ria HD dalam slot Mega Drama,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa akan ke Manila, Filipina pada 24 Julai depan bagi menghadiri Forbes Asia Summit untuk menjadi sebahagian panel berkongsi pandangan mengenai Breaking The Era of Women Stereotype di mana akan menyentuh topik wanita hari ini yang lebih memberi inspirasi dan memiliki kerjaya.
Selepas itu, dia akan ke Los Angeles, Amerika Syarikat bagi penggambaran kempen Swarovski bagi stor global pada 29 Julai.
Daripada situ, Neelofa akan ke New York untuk memulakan kursus di bawah Program Belia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selama 16 hari bersama belia daripada seluruh dunia. “Saya amat berharap ianya menjadi platform untuk memberi inspirasi kepada anak muda Malaysia supaya lebih aktif dan memberi semangat untuk menyertai program sebegini,” katanya.
Selepas selesai urusan di Amerika Syarikat, dia akan kembali ke Malaysia untuk menyambung penggambaran Red Velvet sebelum ke Milan, Itali selama seminggu untuk acara Swarovski.
Kembali semula ke Malaysia untuk Red Velvet dan ke Boston, Amerika Syarikat pula bagi menghadiri Forbes Summit di sana selain menantikan peluang projek duta terbaru yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Sedia maklum yang Neelofa adalah antara belia bawah usia 30 tahun yang disenaraikan dalam Forbes 30 Under 30 di Asia bagi 2017.
|
|
|
|
|
|
|
|
washere2 replied at 20-7-2017 04:24 PM
Sewaktu sidang media ini, Neelofa sempat berkongsikan jadualnya yang cukup padat untuk bulan-bulan a ...
alhamdulillah, seronok dengar plan lofa. u go girl. harap lofa walaupun makin tinggi pencapaian dan kejayaan, tapi tetap tak mendabik dada dan meninggi kan diri. stay humble and stay grounded.
kadang x faham bila orang kata lofa show off, apa sangat dia show off, pakai pun swarowski, bukan barang tiffany or chopard or cartier pun. beg tangan pun tak pernah tunjuk birkin padahal ramai yang tayang birkin bagai. semoga peminat2 lofa x terpengaruh dengan cemuhan haters. |
|
|
|
|
|
|
|
nonpartisan007 replied at 20-7-2017 08:54 PM
alhamdulillah, seronok dengar plan lofa. u go girl. harap lofa walaupun makin tinggi pencapaian d ...
Takde istilah terpengaruh you. Siapa nak suka, ada reason sendiri, silakan. Siapa tak suka, cakap dia begitu begini, silakan jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
nonpartisan007 replied at 20-7-2017 08:54 PM
alhamdulillah, seronok dengar plan lofa. u go girl. harap lofa walaupun makin tinggi pencapaian d ...
yg hari2 duk sebut lofa itu,lofa ini, nama pun sweetie H kan?bila dicakap lofa cantik pun dorang nk marah,cakap lofa bijak pun tak puas hati..sepatutnya walk the talk, buktikan dorang lg bijak & cantik dr lofa..
cukuplah kita di blkg lofa utk jd penguat semangat dia..go lofa! she is so brilliant, no worries aciks! |
|
|
|
|
|
|
|
chami replied at 20-7-2017 04:44 AM
itulah....baru masuk ..dah lama tak sempat menjengah..
baru tau ad tudung baru lofa....
dah sol ...
hai acik chami..rindu gambar2 chami..hats off utk marketing team nh! brilliant idea, mmg nampak sweet & feminin & berjaya pengaruh ramai org..dgn stokis pun dh bnyk sold out |
|
|
|
|
|
|
|
Koleksi Terbaru Naelofar Hijab Bakal Jadi Fenomena
Sebut je Naelofar Hijab, mesti ramai dah tahu siapa pemilik jenama tudung tersebut. Siapa lagi kalau bukan usahawan berjaya Noor Neelofa.
Baru-baru ini NH Prima International Sdn Bhd memperkenalkan koleksi baru yang bakal menjadi fenomena iaitu Naelofar Scarf – MAYA.
Tudung satin keluaran eksklusif oleh Naelofar Hijab mengabungkan elemen moden namun masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan seperti koleksi Naelofar Hijab yang lain.
Istimewanya koleksi Naelofar Scarf – MAYA ini menampilkan kelainan dengan mainan corak bermotifkan flora tropika bersama rekaan seni kontemporari berbeza dengan jenama lain. Pemilihan warna yang terang serta kilauan lembut dari fabrik satin membuatkan si pemakai sesuai mengayakan untuk fesyen kasual atau formal.
Koleksi Naelofar Scarf – MAYA terdiri dari 4 variasi warna pilihan. Naelofar Scarf MAYA dijual pada harga RM75 dan Naelofar Scarf MAYA Swarovski (Edisi Terhad) pula hanya RM95 sahaja. Jom tengok. Mana satu pilihan hati??
|
|
|
|
|
|
|
| |
|