|
~MERGED~ Parti Komunis Malaya/Komunis Malaya
[Copy link]
|
|
Aku heran sorang mamat nih.. tak ada pengatahuan/pengalaman lampau, hanya dapat dari sumber baru yang keliru.
Komunisnya ni mula-mula berjuang dengan cita-cita tersembunyi nak komuniskan Tanah Melayu. (Takkan komunis yg berjuang kemerdekaan dengan bantuan tanah besar China nak beri kat parti lain selain komunis andainya merdeka) Yang nanya adalah orang melayu yang menyertainya tanpa sedar diperalatkan untuk cita-cita komunis.
Sebab itu setelah merdeka 'perjuangan komunis' diteruslkan, sebab kemerdekaan yang dicapai (1957) belum memberi laluan cita-cita untuk meng'komuniskan' malaya. Sehingga 1989, komunis masih dengan cita-citanya dengan bantuan negara China. Hasratnya hanya satu, komuniskan Malaya. Sayangnya 1989 China memberhentikan bantuan.
Zaman perjuang komunis ini sangat ganas, tak payah aku ceritakan, betapi ganasnya komunis yang dimuliakan oleh mamat sorang ni.
Di China sudah hampir lenyap Islam, begitu juga di Russia, dan jika komunis berada di Malalysia, habis keturunan si mamat sorang ni tak kenal apa itu islam macam gulungan muda keturuan islam di Albania, Russia, China dan negara sewaktu dengannya.
Dan mengapa masih dipuja akan komunis itu kerana tak ada satupun negara komunis yang berjaya. Dalam teori memang hebat. Tapi kenyataannya, anak muda di China pun memang menyampah dengan komunis. Begitu juga di Kesatuan Russia, Korea Utara, Jerman Timur dan banyak lagi.
Indah sangat ka komunis ni sampai begitu sekali dipuja bacaannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #118 wqe1922\ catat
betul tu....tak pon duduk kat korea utara.....
baru dia tau macam mana duduk dalam pemerintahan komunis......
tv ada satu channel jer....tu pon channel propaganda
tak leh pakai handphone...kalau ada pakai handphone....hukuman tembak
tak der computer.....ps2 jgn harap ler.....
try ler pi duduk sana....best ker tak best |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya chin peng tak perlu blk malaysia unless dia wat aku janji tak kn sebar fahaman komunis lg. Komunism mmg fail sbg state model kat dlm dunia. tgk la cina ngan rusia, sejak dasar terbuka diorg bertambah maju dan bkembang pesat.
takde reason kita patut layan fahaman komunis even ade kena mengena ngan history kita. tak payah nk bernostalgia. blog komunis tu pon asyik nostalgia jer. what past is past. bury up in mind.
p/s: karl marx buat idea ni hasil drpd kesusahan masyarakat zaman dia, klu dia tgk zaman skang konpem dia tarik blk ideologi dia tuh. tak relevant utk zaman nih, dan kita boleh kata geli bila memikirkan komunism nih. |
|
|
|
|
|
|
|
abih sume bod cite komunis da nih...
belum chin peng balik pun dah huru hara..
kalau dia balik yang anti pkm buat demo..
yg pro pkm buat majlis karpet merah..
habis huru hara jadi negara. duk main betumbuk2
kalau macam nih tak payah balik... |
|
|
|
|
|
|
|
'Ayah saya diseksa sebelum disembelih'
BANGI 27 Mei - "Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.
"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya."
Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor.
Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.
Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis.
"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.
"Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati.
"Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.
"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.
Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah ditolak.
Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.
"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura pada masa itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak! Chin Peng
Oleh ZULKIFLI JALIL dan ZABRY MOHAMAD
[email protected]
PUTRAJAYA 27 Mei - Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng tidak dibenarkan kembali ke negara ini, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, kepulangannya jika dibenarkan hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terkorban semasa era Darurat antara 1948 hingga 1960.
''Kerajaan tidak benarkan Chin Peng balik ke negara ini sebab ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada mereka yang terkorban dan ahli-ahli keluarga mereka yang telah terkorban dalam waktu darurat dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara di pejabatnya di sini hari ini.
Perdana Menteri mengulas permintaan Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan baru-baru ini agar kerajaan membenarkan bekas pemimpin PKM itu pulang ke Malaysia.
Hock Nan membuat permintaan itu atas alasan kemanusiaan di samping mendakwa Chin Peng bukan lagi ancaman keselamatan kepada negara.
Kenyataan pemimpin Gerakan itu mendapat bantahan keras daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang berasakan permintaan tersebut tidak tepat.
Kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terbunuh di tangan PKM diketuai Chin Peng semasa era keganasan kumpulan pengganas itu antara 1948 sehingga mereka meletakkan senjata pada 1989. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #449 Syd's post
Bagi generasi kini yang tak pernah merasa penderitaan semasa di zaman komunis tak perlu laa mengagungkan Chin Peng dan perjuangan komunis....kalau mereka ikhlas berjuang 1957 mereka dah letak senjata tapi kenapa tak letak? Jawapan die satu aje.....Tamak dan gila kuasa!! :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #450 rurouni_khairul's post
Kalau 1957 mereka masih tak letak senjata...saya paham sebab kata mereka 'itu semua tipu daya British'. Masalahnya tahun 1968...dah 11 tahun Merdeka, mereka lancarkan semula gerakan bersenjata mereka dan hanya letak senjata 1989.
1. Pasal Rundingan Baling 1955...mereka hanya bersetuju nak berunding setelah agak tertekan dengan polisi Jeneral Templer dan juga kejayaan Rancangan Briggs.
2. Mereka timbul balik 1968 setelah melihat kejayaan Tet Offensive Viet Cong, yang menjadi titik tolak kekalahan AMerika di Vietnam.
3. Mereka hanya setuju letak senjata 1989 sebab supply dari PRC dihentikan setelah kita menjalin hubungan baik dengan PRC.... |
|
|
|
|
|
|
|
apa beza kominism, kapitalism n sosialism? tgh konpius ketiga2 nih...mcm saling berkait...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #451 alphawolf's post
Yup, org yg ikhlas takkan berdalih-dalih....katakanlah mereka terus menerus dapat suply sampai skrg, sejujurnya ko rase la bro diorg nak ke letak senjata? |
|
|
|
|
|
|
|
komunism dan sosialism tuhh macam Soviet Union...
Kapitalism tuhh macam blok US masa dulu tuhh..
tanye saudara Alphawolf.. dier pakar bab2 macam ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #453 rurouni_khairul's post
Tak...terutama jika Soviet Union masih tegak berdiri |
|
|
|
|
|
|
|
p://media1.malaysiakini.com/185/3cc389305d82eab9ff828d7247dfe618.gif
Chin Peng |
|
|
|
|
|
|
|
Peristiwa hitam Tanah Melayu 16 Jun 1948
Oleh Jamhariah Jaafar
[email protected]
KESAN kemusnahan akibat perbuatan anggota PKM.
RAKYAT tempatan terutama generasi selepas merdeka sudah pasti tidak meletak sebarang keistimewaan kepada tarikh 16 Jun, walaupun mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3 ada mencatat tarikh berkenaan dan peristiwa yang tercetus pada hari terbabit 61 tahun lalu.
Tanggal 16 Jun 1948 adalah hari bermulanya komunis Tanah Melayu mengganas tanpa ampun dan Kerajaan British ketika itu, menjalankan gerak gempur secara habis-habisan dengan mengisytiharkan darurat di bumi tercinta ini.
Pada pagi hari malang 61 tahun lalu itu, pengganas komunis menyerbu ke Estet Elpil, di Sungai Siput, Perak, dan tanpa teragak-agak menembak mati pengurusnya, Arthur E Walker, 50.
Pada masa sama, satu kumpulan lain menyerang ladang getah bersebelahan dengan membunuh pembantu pengurus, Ian Deare Christian, yang baru berusia 21 tahun, sebelum menembak mati pengurusnya, John Mun Allison.
Tiga tragedi pada pagi itu bukan saja mengejutkan penghuni ladang getah, bukan saja di Perak bahkan ke seluruh ladang di Tanah Melayu, yang hampir semuanya milik Inggeris dan ia dilihat sebagai kempen keganasan komunis yang memang sengaja disasarkan kepada bangsa British yang berada di tanah air ketika itu.
Mengimbau sejarah awal, ideologi komunis tiba di Tanah Melayu pada 1920-an terutama sekitar 1925. Imigran Cina membawa buku dan risalah mengenai ajaran komunis dan disebarkan di kalangan orang Cina di Tanah Melayu.
Hasil kegiatan mereka, guru dan pelajar sekolah Cina menubuhkan Liga Belia Komunis di Singapura pada 1926 dan ideologi komunis mula disebarkan, berpaksikan Parti Kuomintang (KMT) yang bekerjasama dengan Parti Komunis China (PKC), di China.
Perpecahan KMT-PKC pada 1927 menyebabkan PKC menghantar lima wakilnya ke Tanah Melayu dan berjaya menubuhkan Parti Komunis Nanyang di Singapura pada 1927, sebelum mewujudkan Parti Komunis Malaysia (PKM) pada 6 April 1930, yang beribu pejabat di Singapura.
PKM diarah untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia, selain menjalankan kegiatannya di Tanah Melayu dan parti itu diletakkan di bawah Biro Komunis Antarabangsa Timur Jauh, yang berpusat di Shanghai.
Pada 6 Mac 1933, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM diadakan di Singapura yang membuat ketetapan bahawa matlamat utama perjuangan PKM ialah menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya.
Sejak itu, PKM melancarkan gerakan aktif, mempengaruhi kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Mereka berjaya menimbulkan kegelisahan di kalangan pekerja ketika zaman kemelesetan ekonomi 1930-an.
Antara strategi untuk melumpuhkan ekonomi dan politik Tanah Melayu ialah dengan mempengaruhi kesatuan sekerja melakukan mogok. Mogok terburuk berlaku di lombong bijih timah Batu Arang, Selangor pada 1937, di mana 6,000 pekerja merampas lombong terbabit.
Berikutan peristiwa itu, Kerajaan British mengisytiharkan Ordinan Buang Daerah (Banishment Ordinance) pada 1937 yang mengharamkan tindakan mogok. Hasilnya, ramai pemimpin dan anggota PKM ditangkap dan dikenakan hukuman sama ada dipenjara atau dihantar pulang ke China. Peristiwa ini sekali lagi melemahkan PKM.
Bagaimanapun, apabila Jepun menyerang China pada 1937, PKM memainkan peranan penting dalam membangkitkan perasaan anti-Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu.
PKM semakin mendapat ramai pengikut apabila Jepun menyerang Tanah Melayu, kerana ramai menganggap ia sebagai pelindung orang Cina daripada penindasan Jepun.
Sebelum Tanah Melayu dikuasai Jepun, anggota PKM yang dipenjarakan oleh British telah dibebaskan oleh British dengan harapan PKM yang anti-Jepun akan bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun.
PKM menubuhkan pasukan tentera anti-Jepun yang dikenali sebagai Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Mereka mendapat latihan dan bantuan seperti makanan, senjata dan perubatan dari Pasukan Berikat. MPAJA juga mempunyai hubungan baik dengan Pasukan 136 yang ditubuhkan oleh British.
Apabila Jepun menyerah kalah, anggota PKM keluar dari hutan dan mengambil alih pentadbiran sebelum ketibaan pihak British dan pemerintahan selama dua minggu itu dikenali sebagai 態intang Tiga |
|
|
|
|
|
|
|
Jejak kejam - Lubuk komunis di Perak
Oleh Mohd Azis Ngah
[email protected]
KIPAS pesawat Bristol Brigand RH755 yang terhempas di Banjaran Bintang Hijau.
Catatan, bukti kezaliman Bintang Tiga terus hantui penduduk Lenggong, Grik
LENGGONG, GRIK dan isu komunis - satu kaitan fakta sejarah yang kekal dalam ingatan dan menjadi igauan masyarakat yang menyaksikan puluhan ribu anggota keselamatan terkorban mempertahankan negara dengan pelbagai peristiwa kekejaman komunis.
Kawasan itu yang dulunya dikelilingi hutan belantara dan banjaran di situ diakui kawasan hitam kerana menjadi laluan komunis menghubungkan utara ke Pantai Timur serta bersempadan dengan Thailand.
Ketika banyak pihak berbicara mengenai soal kemasukan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, sewajarnya generasi muda yang ada insaf dan sedar bahawa bantahan suara rakyat menghalang kemasukan ketua komunis itu berasas, bukan sekadar gimik politik.
Di Lenggong saja sudah banyak peristiwa berdarah berlaku, pembunuhan anggota keselamatan dan penduduk yang enggan bekerjasama. Bahkan, lebih 100 bekas Konstabel Khas (SC) di Perak berhasrat membuat perarakan bantahan besar-besaran jika hasrat membawa pulang Chin Peng diteruskan. Pendirian itu memang tepat pada masanya, kerana mereka yang bersabung nyawa mempertahankan negara dan jika hasrat itu diteruskan, ibarat luka lama berdarah kembali.
Di perkampungan kecil Changkat Berangan, kira-kira 15 kilometer dari pekan Lenggong, tinggalan kesan aktiviti dan kekejaman komunis masih jelas kelihatan. Cuma, ia tidak dipelihara dan terjaga yang memungkinkan dua persoalan mengenai kedudukannya sekarang.
Demonstrasi membantah kekejaman komunis.
Pertama, kemungkinan penduduk langsung tidak mahu mengingati kekejaman komunis, keduanya memang tiada sebarang usaha mana-mana pihak mahu memelihara tinggalan sejarah itu sebagai tatapan generasi muda untuk menyedarkan pentingnya hidup dalam keadaan aman.
Antara secebis tragedi berdarah yang berlaku di situ ialah 慞eristiwa Bechah Kemahang |
|
|
|
|
|
|
|
Papan tanda bagi ingati pembunuhan Henry Gurney
KUALA KUBU BHARU 21 Jun |
|
|
|
|
|
|
|
Kekejaman Bintang Tiga
Oleh Bennie Zie Fauzi
[email protected]
Bau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan
DITANGKAP dan disembelih hidup-hidup, darah menyembur keluar dari leher yang hampir putus, tubuh terangkat ke atas dan menggelepar menahan seksa sakratulmaut. Bunyi geruh menarik nafas akhir amat gerun dan memilukan. Tidak cukup dengan itu, walaupun batang tubuh sudah tidak bergerak dan basah bermandi darah, dagingnya ditakik pula sebelum dibakar dan dihumban ke dalam lubang sedalam paras paha.
Perbuatan kejam dan di luar peri kemanusiaan itu adalah gambaran kekejaman komunis yang bermaharajalela ketika era darurat dari 1948 sehingga 1960.
Bagi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri menyifatkannya sebagai tindakan membalas dendam Parti Komunis Malaya (PKM) yang juga dikenali Bintang Tiga terhadap individu yang disyaki menjadi tali barut tentera Jepun. Tentera Jepun menguasai negara ini untuk tempoh tiga tahun lapan bulan.
“Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom pada 6 Ogos 1945. Sebaik mendapat khabar, komunis keluar daripada tempat persembunyian di hutan dan menunjukkan kekuatan dengan membunuh sesiapa saja yang dipercayai bersekongkol dengan Jepun,” katanya.
Gambaran kekejaman Bintang Tiga dijelaskan beliau pada ceramah program Bicara Tokoh Darurat sempena pameran Darurat-Rentetan Sejarah 1948-1960 anjuran Muzium Negara yang berlangsung dari 30 Jun hingga 30 Ogos lalu.
Shafie berkata, keadaan huru-hara di Malaya ketika itu menyebabkan hubungan antara kaum tegang biarpun keanggotaan PKM bukan di kalangan kaum Cina saja.
“Hubungan antara kaum ibarat paku berselirat. Mereka terlalu berhati-hati baik dalam pergaulan mahupun percakapan kerana takutkan musuh dalam selimut.
“Si penjual sayur yang berjaja setiap pagi menjadi pembelot pada malam hari apabila membawa PKM mengepung kediaman penduduk yang lancang mengkritik komunis,” katanya. Disebabkan tidak mahu ditimpa kesusahan, masyarakat ketika itu rela bergelap dan berkurung di rumah biarpun Maghrib belum menjelang.
Shafie berkata, ancaman PKM tidak dihadapi orang Melayu saja, bahkan ada kaum Cina terutama suku Tionghua selalu menerima ugutan, diganggu malah harta mereka dirampas menyebabkan mereka memilih mendiami kawasan pinggir hutan.
Perang Vietnam memburukkan keadaan kerana memberi ilham untuk menghasilkan jerangkap samar atau bobby trap kepada pengganas komunis. Pemberontakan komunis ketika ini di seluruh dunia melalui fasa kedua dengan melakukan serangan lebih agresif dan membunuh.
“Permatang (laluan) tentera dan polis dipasang jerangkap samar menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban, kudung kaki dan tangan. Pemilik ladang dan lombong dikelar, tanaman getah ditetak, manakala kereta api yang membawa hasil komoditi itu diserang, diterbalikkan dan dibakar. Hakikatnya, ini cara komunis melumpuhkan ekonomi negara,” katanya.
Namun, kata Shafie, kekejaman komunis meragut kesabaran rakyat, terutama orang Melayu apabila balai polis diserang, dibakar dan menagih korban bukan saja di kalangan anggota bertugas, bahkan anak isteri dibunuh tanpa belas kasihan.
Balai Polis Bukit Kepong, Kuala Krai, Simpang Pertang dan Pekeliling musnah dihujani peluru dan bom tangan membangkitkan kemarahan masyarakat,” katanya ketika mengenang semula keganasan dicetuskan anak buah Chin Peng itu.
Sehubungan itu, katanya, Chin Peng tidak patut diberi peluang kembali ke negara ini biarpun perancang utama dan tulang belakang PKM itu sudah lanjut usianya.
“Bagaimana kita boleh memaaf dan melupakan kekejaman Chin Peng ketika itu. Dia bukan saja pencetus huru-hara bahkan menyebabkan ramai pejuang negara kehilangan anggota. Betapa menyedihkan keadaan tanah air ketika itu hingga tanah berbau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan dan mereput sendiri. Jelas kelihatan hutang darah dibayar darah, jika masih ada usaha membawa pulang pengkhianat itu, kami anggota keselamatan tidak akan berdiam diri,” katanya penuh semangat.
Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Zaini Mohd Saidi walaupun ketika darurat masih kecil dan berusia dua tahun, namun beliau mengerti kesengsaraan dan ketakutan yang ditanggung orang sekelilingnya.
“Saya membesar dalam kekalutan, hilang kebebasan bahkan lebih teruk, melabelkan suku kaum tertentu sebagai komunis. Keadaan ketika itu sangat menekan perasaan sehinggakan untuk pulang ke kampung saya di Lenggeng, Negeri Sembilan dari Kuala Lumpur harus melalui tidak kurang 10 sekatan jalan raya, perintah berkurung dikenakan selepas jam 6 petang, manakala permit diperlukan bagi beras dan gula mempunyai berat lebih sekati,” katanya.
Namun, paling dikesali beliau ialah kesan pemberontakan komunis yang mencipta sentimen benci di antara kaum, khususnya Melayu dan cina.
“Angka korban darurat dianggarkan mencecah 2,542 orang membabitkan semua kaum terutama Melayu dan Cina. Pantang silap sikit ketika itu, akan tercetus perkelahian kaum yang berakhir dengan kematian,” katanya.
PKM di bawah pimpinan Chin Peng membiak ke angka 10,000 anggota pada akhir 60an berbanding 400 anggota asal. Matlamat awal untuk memerangi kuasa Jepun sebaliknya melahirkan gerombolan gerila yang berniat jahat menimbulkan huru-hara.
“Generasi kini patut mengenang semula pahit getir perjuangan dan kesediaan anggota keselamatan berkorban nyawa demi negara. Azab dua tiga bulan berkampung di hutan tidak terungkap dengan kata-kata, namun itu sudah menjadi tugas kami untuk melindungi keselamatan rakyat,” katanya.
Fahami sejarah kemerdekaan
KEMERDEKAAN dikecapi hari ini bukan diperoleh secara mudah tetapi dibina dengan keringat, darah dan air mata.
Penghayatan kemerdekaan tidak terhad dengan mengibarkan bendera, menganjurkan perarakan warna-warni, konsert dan menyanyikan lagu ‘Negaraku’ semata-mata tetapi sewajarnya rakyat dilatih mengenang semula perjuangan generasi terdahulu membebaskan negara daripada penjajahan, selain memahami proses bagaimana akhirnya kemerdekaan menjadi milik negara.
Kependudukan Jepun yang bertunjangkan slogan ‘Asia untuk Asia’ berjaya merubah senario politik Tanah Melayu apabila British tidak lagi dianggap kuasa imperialisme kebal. Bertujuan mengembalikan maruah peribadi, namun diuar-uarkan atas nama membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Jepun, British menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 8 Disember 1940.
Namun, British silap perhitungan apabila PKM yang sepatutnya menyebelahi mereka, sebaliknya bermaharajalela mengisi kekosongan ditinggalkan Jepun yang kalut dengan kemelut pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1946.
Pengaruh fahaman komunis semakin meluas menjelang 1948. Malah, untuk merealisasikan wawasan penubuhan Republik Komunis Malaya, PKM menukarkan namanya kepada Malayan People Anti-British Army (MPABA) sekali gus menjadi platform melancarkan serangan lebih agresif untuk melumpuhkan British.
Tiga peringkat strategi dirangka komunis untuk mengambil alih Tanah Melayu bermula dengan menghasut kesatuan sekerja mengadakan mogok. Usaha ini gagal apabila British meluluskan Trespass Law (undang-undang pencerobohan) yang menyekat kesatuan memasuki ladang bagi tujuan berceramah dan menstruktur organisasi pekerja. Ordinan persatuan yang mewakili pekerja juga dipinda dan dikemaskini pada 12 Jun 1948 iaitu mewajibkan semua kesatuan sekerja mendaftar dengan pihak berkuasa.
Strategi kedua PKM ialah menguasai bandar kecil, seterusnya mendirikan markas PKM yang diisytiharkan British sebagai kawasan putih. Bagi memastikan dasar dan rancangan mereka berjalan lancar, Gerakan Rakyat (Min Yuen) berciri serampang dua mata ditubuhkan.
Gerakan Rakyat ini bertanggungjawab membekalkan makanan kepada ahli PKM yang melarikan diri ke dalam hutan selepas pengharaman parti itu, selain mengumpul maklumat berkaitan strategi kerajaan menghapuskan mereka.
Pemberontakan bersenjata terkandung dalam strategi terakhir. Melaluinya, anggota dilatih menguasai taktik perang gerila, selain menubuhkan unit kecil berfungsi menakutkan penduduk Tanah Melayu membabitkan pertumpahan darah warga British dan sekutunya.
Kekejaman demi kekejaman yang dilakukan memaksa British mengambil pendekatan drastik mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948.
Meskipun darurat menyusahkan rakyat kerana mengekang pergerakan, mengorbankan banyak nyawa serta menyebabkan kerosakan harta benda, dari perspektif lain, insiden darurat sebenarnya mempercepatkan lagi proses memerdekakan Tanah Melayu apabila British bersetuju ia ditadbir anak tempatan.
Info
Kes keganasan komunis
# Serang hendap di Kelian Intan - 10 September 1947
Peristiwa berlaku pada jam 7.30 pagi membabitkan serangan pengganas ke atas sebuah lori dan dua bas yang membawa anggota polis. Tiga anggota polis dan enam orang awam terkorban, manakala dua mata-mata polis serta 12 orang awam cedera parah.
Segerombolan pengganas komunis dikatakan melepaskan tembakan bertubi-tubi selama 10 minit, merampas harta penumpang dan mengacukan senapang kepada mereka.
# Pembunuhan di Sungai Siput, Perak - 16 Jun 1948
Tragedi ini mengorbankan tiga pengurus ladang berbangsa Eropah iaitu T.G Christian, A.E Walker dan J.M Allison. Pembunuhan ini menggemparkan penduduk tempatan, seterusnya penyebab kepada pengisytiharan Undang-undang Darurat di Perak.
Ia adalah pengumuman darurat pertama sebelum ia diperluaskan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Pembunuhan ini disifatkan sebagai kemuncak keganasan komunis yang mula berleluasa sejak tamat Perang Dunia Kedua di negara ini.
# Serangan ke atas kampung Jeram Choh, Johor - 18 Jun 1948
Ia dilakukan kira-kira 20 pengganas komunis lengkap bersenjata. Kemuncak kejadian ialah serangan ke atas balai polis yang menyebabkan kerajaan mengalih langkah mengumumkan perintah darurat berkuat-kuasa serta-merta.
# Tragedi lombong Batu Arang, Selangor - 12 Julai 1948
Lombong ini ditawan komunis sebagai strategi melumpuhkan ekonomi negara. Ia bukan saja mengakibatkan operasi kilang terhenti, malah seluruh kilang dimusnahkan manakala lima pekerja berbangsa Cina terkorban.
# Sabotaj ke atas kuari Sungai Gepai, Tapah, Perak - 19 Januari 1950
Serangan membabitkan kira-kira 20 pengganas itu memusnahkan beberapa kenderaan dan peralatan kuari.
# Serang hendap di Seberang Perai - 22 Januari 1950
Serangan ini mengorbankan lapan anggota polis termasuk seorang sarjan Inggeris manakala enam anggota polis Melayu cedera parah.
# Serangan di Kampung Simpang Tiga, Setiawan, Perak - 4 Februari 1950
Kira-kira 80 pengganas komunis menyerang dan membakar kampung yang mengakibatkan 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda.
# Peristiwa Bukit Kepong - 23 Februari 1950
150 pengganas komunis yang diketuai Mat Indra menyerang balai polis pada jam 4.30 pagi. Tragedi memilukan ini mengorbankan 23 mangsa membabitkan 13 anggota polis, enam pengawal kampung, tiga wanita dan seorang kanak-kanak.
# Serang hendap di Sungai Semur, Kelantan - 25 Mac 1950
Pertempuran antara kira-kira 250 pengganas komunis dengan platun Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja berjumlah 25 orang. Serangan berlaku pada jam 10.30 pagi ketika platun berkenaan menyusuri sungai. Sejumlah 17 orang anggota tentera terbunuh dengan lapan cedera.
# Pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu, Bukit Fraser - 6 Oktober 1951
Sir Henry, Pesuruhjaya Tinggi British pada 1948 hingga 1951 diberi tanggungjawab membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu. Dia dan isteri ditembak mati ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser dari Kuala Lumpur untuk bercuti.
# Serang hendap kereta api, Tampin, Negeri Sembilan - 14 November 1951
Serangan ini mengorbankan empat orang awam, termasuk pemandu kereta api, K Vettivelu. Kejadian berlaku pada waktu malam ketika kereta api berkenaan berada kira-kira sebatu dari Tebong berhampiran Tampin.
Sabotaj dilakukan dengan mengalihkan landasan mengakibatkan kereta api tersasar, manakala sebahagian gerabak terbabas serta tergelincir kira-kira 10 meter ke bawah landasan. Kereta api itu ditembak bertubi-tubi sekali gus mencederakan 20 penumpang. Antara mangsa terselamat, termasuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan isteri serta dua putera baginda.
# Pokok getah seluruh Tanah Melayu ditetak (1948 - 1951)
Ia adalah tindak balas pengganas komunis terhadap pemilik ladang yang enggan bekerjasama dengan mereka. Perbuatan menetak pokok juga bertujuan melumpuhkan ekonomi yang ketika itu banyak bergantung kepada hasil pengeluaran getah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|