CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuaya

Ustaz Asha'ari Arqam (merged: dess40, FaiQ_FeuhRer)

 Close [Copy link]
Post time 27-9-2005 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by grenbara at 27-9-2005 03:29 PM
:dia:Baca jangan tak baca

Keluarga saya musnah kerana menyertai arqam. Segala wang dan harta keluarga dilaburkan oleh Ayah demi syurga yang dijanjikan ashaari. sekarang kami sekeluarga hidup men ...


laaa..cerita cam ni ke yg dikatakan hujah kuat.....hehehe....cerita basi dalam internet..dalm redtailcanyon kan?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2005 01:04 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 27-9-2005 07:47 AM


Di manakah penyelewengan Aurad Muhammadiah itu wahai si gravedigger...


Oooo sorry ler.....makcik tatie ni katanya duduk diluar negeri dengan bertutur Inggeris loghat Scottish. Takper...mungkin tak tahu perkembangan dalam negeri Malaysia ni.
Cuba baca fatwa-fatwa yang dikeluarkan dari seluruh negeri di Malaysia ini....
Fatwa.

"A. Bahawa-
i. buku yang bertajuk "Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan" yang ditulis oleh Ustaz HJ. ASHAARI MUHAMMAD dan isi kandungannya; dan
ii. "Manaqib (riwayat hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi" yang ditulis oleh Mohamad Taha As-Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahasa dan isi kandungannya,
adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta mengelirukan masyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.
B. Bahawa Kumpulan Darul Arqam@Al-Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam buku bertajuk "Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan" dan "Kitab Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi" adalah diharamkan.
C. Bahawa pengharaman ini meliputi:
i. apa-apa variasi,versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran tersebut di A di atas, dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi kesemua tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan iaitu suatu pegangan,ideologi,falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah;
ii. apa-apa bahan publisiti Kumpulan Darul Arqam@ Al-Arqam termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan, termasuklah suatu gambar,gambarfoto,logo,poster,rajah,surat edaran,gelansar filem,iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain yang bertujuan untuk membuat publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di A di atas;
iii. apa-apa terbitan,ertinya apa-apa buku, majalah,pamplet,risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak,ditaip,ditulis tangan,atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya,dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar,sebuah pita rakam, atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam,fotografi,pita-pita rakaman,cakera laser dan cakera padat, yang mana dirakamkan rakaman suara manusia, untuk dibaca,dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di A di atas;
Oleh itu, orang-orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran,pegangan dan fahamanKumpulan Darul Arqam@ Al-Arqam, menjadi ahli,mengetuai,memimpin,memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi,sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan lain-lain aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menghidup dan mengembangkan kumpulan ini.
Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki,menyimpan,mencetak,menjual termasuk mengedarkan filem,rakaman audio,pamplet,buku-buku,majalah atau apa-apa terbitan,risalah dan apa-apa dokumen;menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan Kumpulan Darul Arqam@Al-Arqam kepada mana-mana harta alih atau tak alih,dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan"



Rujukan Pewartaan :  Swk. LN. 46
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 01:09 AM | Show all posts
Apakah sebab ulama-ulama dan mufti-mufti keluarkan fatwa ini wahai makcik Tatie? Kenal tak siapa dia ulama-ulama dan mufti-mufti yang mengeluarkan fatwa ini? Depa ni Syiah ker ataupun Wahabi?

Oooo...lupa plak sebab Tatie ni bukan ahli Kafaru...oops sori, ana maksudkan Rufakak so tentu dia tak boleh nak jawab bagi pihak Rufakak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 07:59 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 28-9-2005 01:04 AM


Oooo sorry ler.....makcik tatie ni katanya duduk diluar negeri dengan bertutur Inggeris loghat Scottish. Takper...mungkin tak tahu perkembangan dalam negeri Malaysia ni.
Cuba b ...


huk alok grave....tatie tanya pasal penyelewengan dlm aurad muhamdiah bermula dari bacaan fatihah...yg pegi ke fatwa tu napa? Setakat fatwa yg dijatuhkan secara rambang tanpa ulasan terperinci berkenaan apa yg kesesatan yg terkandung dlm aurad muhammdiah...tak boleh pakai. Sesiapa pun terdorong utk pertikai.

Tak boleh jwb tu mengaku je le tak payah nak selindung di sebalik lalang sehelai.hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 10:49 AM | Show all posts
yg ni ker  Tarikat Aurad Muhammadiah.....


Berikut ialah wirid2 yg terkandung dalam Tarikat Aurad Muhammadiah.

1) Baca intro dulu utk hadiah kpd nabi, roh para wali, org soleh dll.. ila hadratin nabi..
2) Surah Al Fatihah (baca 1 kali)
3) Syahadah + Perakuan (baca 10 kali)
4) Surah At-Taubah ayat 128-129 (Laqadd ja akum..) (baca 10 kali)
5) Surah Al-Anbiyaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 10:55 AM | Show all posts
Yg jadi kontroversial ialah Syahadah + Perakuan terhadap 5 Khalifah Allah (Abu Bakar, Umar, dll termasuk Imam Mahdi). Yg lain2 tuu semua ayat Al Quran. So apa yg peliknya?.

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2005 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by matjan at 28-9-2005 10:55 AM
Yg jadi kontroversial ialah Syahadah + Perakuan terhadap 5 Khalifah Allah (Abu Bakar, Umar, dll termasuk Imam Mahdi). Yg lain2 tuu semua ayat Al Quran. So apa yg peliknya?.

Wallahu a'lam



Tq matjan...sebab berikan detail pakej bacaan dalam aurad muhammadiah....alhamdulillah .....

pasal kontroversi syahadah tu dah dijawab oleh Ustaz AM...tapi nanti insyaAllah tatie akan berikan di sini jawapan terhadap persoalan itu.

Tak der masalah sepatutnya. Sebab syahadah adalah syahadah. Bukan disambung dengan Perakuan terhadap 5 khalifah Allah tu. Al Mahdi adalah khalifah Allah juga kerana ada hadis yg menyebut sedemikian. Hadis yang mutawatir dan ditafsirkan oleh ulamak yg muktabar...

Kalaulah ayat al quran itu menjadi kepelikan, maka memanglah tuduhan pelik ni kembali kepada org yg mengatakan aurad muhammadiah ini meragukan...Adakah membaca ayat Al quran adalah satu perbuatan yg meragukan?...

Memang bacaan ini banyak...paling kurang ndak habiskan sekali harung dekat 30 minit juga...tapi kalau dah biasakan diamalkan, tak jadi masalah....lebih baik berwirid 30 minit dari berborak berjam-jam kat kedai kopi tu..hehehe...
Reply

Use magic Report

grenbara This user has been deleted
Post time 28-9-2005 02:56 PM | Show all posts

Mamat kg. pilin di Yaman .. oppsss sori negeri 9 .. yo, dokek yo ..

Baca jangan tak baca


:cakahir kat Kg Pilin .... negeri 9, tak de langsung bunyi arab

:dia:*Ntah camaner buleh dia berangan keturunan bani tamim. heran sesungguh. Buleh :blah:


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


grenbara This user has been deleted
Post time 28-9-2005 03:33 PM | Show all posts

Pengakuan mamat kg. pilin ... ni hah

Dialog Pengharaman Al-Arqam
20 Oktober 1994
8.45 malam


Jemaah Al-Arqam dimulakan pada tahun 1968. 2 wakil drp Majlis Fatwa, kita namakan X dan Y.

X: Syeikh Suhaimi, pengasas aurad Muhammadiah tidak mati dan akan timbul sbg Imam Mahdi. Adakah ini betul?
:agr:Ashaari Mohamad (A.M): Ketika ditahan, diajak muzakarah. Slth meneliti, Al-Quran, Hadith tidak ada menyebutkan.

X: Syeikh Suhaimi bertemu Rasulullah utk menerima Aurad Muhammadiah dalam kaabah secara terjaga.
AM: Melalui firman Allah, Islam telah selesai, barulha Rasulullah diwafatkan. Segala ajaran Islam yang baru selepas itu adalah tak betul.

Y: Sumber yang mengatakan mengenai perjumpaan dgn Rasulullah.
AM: 1952, darjah 6 mengambil  pelajaran Aurad Muhammadiah. Pakcik beri ilmu, tapi tak kenal lagi siapa Sheikh Suhaimi. 1954-58, Madrasah Hisyamuddin belajar. kerajaan memerlukan guru agama (berpelajaran senawi), lulus. Dihantar ke sebuah kg cucu cicit Sheikh Suhaimi. + wirid, beritahu Sh Suhaimi akan lahir skg Imam mahdi dan jumpa buku yang ditulis oleh penulis Singapura bagitua [erkara sama.

Y: Dialog antara AM dgn Rasulullah
AM: Dulu shj. Skrg tidak lagi. Rekaan.

Y: Tafsiran beberapa ayat Quran. Ayat ke-3 surah An-Nisaa (Perkahwinan harus dimulakan dgn 2, then 3 kemudian 4 dan jika gagal, baru balik kpd 1)
AM: Bukan begitu pegangan saya krn saya sendiri kawin 1. Saya mentafsir sendiri, kemudian baru sedar.

X: Dialog antara AM dgn Rasulullah dama bahasa Melayu dan dirakam.
Am: Kalau benar, tidak boleh dipercayai, Mungkin syaitan yag menipu.

X: AM ada diberi kekuasaan Allah.
AM: Berdialog dlm kereta. Dialog: Antara dialog manusia adalah ...... Allah yang paling hebat. Biasa pemimpin tertinggi, kalau Allah beri sifat baik, Allah beri banyak nikmat. Isteri saya tersilap dan telah menulis.

X: Agak luCU, GOLONGAN aL-aRQAM ADALAH GOLONGAN PEMUDA tAMIM.
AM: Constantinopol diramal akan jatuh kpd tentera Islam yang kuat. Slps 600 tahun, barulah Mohd Al-Fateh berjaya. kemudian terpengaruh dgn hadis, sblm Imam Mahdi lahir, trdpt seorang pemimpin yang membawa Islam tinggi iaitu golongan pemuda Tamim. Saya fikir, malaysialah yang dipilih. memandangkan saya memimpin Darul Arqam, saya menganggap saya golongan Bani Tamim berdasarkan peristiwa kejatuhan Istanbul.

X: Ajaran Al-Arqam menggugat kesejahteraan keluarga spt perkahwinan yang tak direstui oleh keluarga krn terpengaruh dgn Al-Arqam.
AM: tak smue begitu. bukan galakan drp kump tetapi lebih bersifat individu. Salah saya kerana tak beri nasihta hingga org beri fatwa, kami masih lawan.

X: Sdra Syuib Sulaiman (SS), tulisan Al-Arqam yang menentang kerajaan dan hebohan maklumat yang begitu banyak megata.
SS: Bertaubat pada 10 Sept 94. Hampir 15 risalah saya keluarkan di atas dorongan utk bela keyakinan saya bukan berdasarkan fatwa. Lebih kpd emosi dan masyarakat bersimpati kpd pertubuhan kami.

X: Khatijah Am (Ummu Jah), utk mengasihi perlu berwirid beribu kali dan menyedekahkan pahala kpd AbuYa Asaari
KA: Tok guru, datuk Musrsyid hadie. Keghairahan dgn kurang ilmu, terlalu emosional, membenarkan apa yang belum pasti. Bertolak dpr satu kesilapan mengenai pemuda bani Tamim, keterlanjuran emosi.

X: Sdra Jalinai Jasmani (JJ), Al-Arqam banyak melanggar undang undang dan memporak perandakan umat Islam. Pendapat.
JJ: Sepatutnya patuh kpd undang undang negara & undang undang Allah. Tidak wajar saya melanggar, saya menyesal dan kembali ke jalan yang benar.

X: Zaibi Mohd (ZM), perasaan stlh bertafakur, bertaubat dgn panjang lebar, keadaan skrg.
ZM: Di luar dugaan. Sbg peguam, saya fikir seorg tahanan akan dihukum tetapi berlainan sekali. 60 hari saya tak dapat bertemu dgn org lain tetapi saya diketemukan dgn kelaurga , ualam dan pegawai keselamatan. Saya telah berjaya disedarkan, lega. Terima kaish dan mintak maaf.

X: Khairul Anuar, Al-Arqam adalah satu kelompok yang ditakuti iaitu sesat dan menyesatkan. Tolong lebih penjelasan.
KA: Latar blkg, tak adaasas agama langsung kecuali di universiti. Di Uni, rdpt jemaah di UM 1973/74. Tidak suka tabligh krn terpaksa pikul periuk. Suka Asaari ynag bersifat keayahan (mengambil berat). Awal 78, dianugerahkan Aurad Muhammadiah, hendaklah sentiasa bersangka baik thdp gurunya. Semasa tahanan, jumpa Asaari hari ke-5 dan dgr pengakuan, umpama bangunan kaya terhempas. Kita harus berpegang kpd Al-Quran dan Sunnah.

X: Pengalaman saudara (Ibrahim Mohd) begitu taksub dgn pemimpin?
IM: Tak memujuk kpd org lain hanya kpd Asaari.

X: Hassan Mokhtar (HM), pendapat mengenai fatwa pengharaman Al-Arqam oleh kerajaan.
HM: memang berlaku penyelewengan dalam Al-Arqam . Penjelasannya: 1. imam Mahdi 2. Perjumpaan dgn Rasulullah 3. Aurad Muhammadi ang memang kitab trujukan. 4 Keselamatan.

X: AM apakah pandangan saudara, asas pendakwah mungkin masih tdpt ahli al-arqam yang membantah
AM: Berpegang pada 4 perkara: Akhlak baik, menjadi medel, penuh berhikmah. Akan membaiki anggota Al-Arqam. Pohon maaf dan boleh lah hidup spt biasa, satu agama.

X: pndpt saya, saudara dan rakan bersetuju dgn fatwa yang dikeluarkan dan bertaubat kpd Allah.
- ciri ciri taubat nasuha: menyesal, mengubah pegangan kpd yang lebih soleh dan berazam utk tidak menulangilagi.
- Tanggungjawab memulihkan keadaan Al-Arqam kpd jalan yang benar.
- Adakah perubahan ini disebabkan oleh paksaan

AM: Stlh diajak berbincang, tak pernah dilakukan di tempat  lain. memang lain, begitu terperinci membezakan hak dan batil.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 05:35 PM | Show all posts
sdr. grenbara,

bole bagitau dari mana dpt sumber Dialog di atas?
dari polis? bukit aman? dr Majlis Fatwa?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 06:33 PM | Show all posts
Originally posted by Kopi-Topi at 28-9-2005 05:35 PM
sdr. grenbara,

bole bagitau dari mana dpt sumber Dialog di atas?
dari polis? bukit aman? dr Majlis Fatwa?






Mungkin sembang-sembang dari kedai kopi kot? Dah nak jadi Fatwa......





:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2005 10:20 PM | Show all posts
Originally posted by Kopi-Topi at 28-9-2005 05:35 PM
sdr. grenbara,

bole bagitau dari mana dpt sumber Dialog di atas?
dari polis? bukit aman? dr Majlis Fatwa?


alahai dari buku Zabidi..Tersungkur di Pintu Syurga..hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2005 12:02 AM | Show all posts
Originally posted by matjan at 28-9-2005 10:55 AM
Yg jadi kontroversial ialah Syahadah + Perakuan terhadap 5 Khalifah Allah (Abu Bakar, Umar, dll termasuk Imam Mahdi). Yg lain2 tuu semua ayat Al Quran. So apa yg peliknya?.

Wallahu a'lam


Tak siapa pertikaikan ayat-ayat Al-quran yang terdapat dalam aurad Muhammadiah itu tapi yang peliknya apabila diceritakan bahawa amalan-amalan tersebut di perolehi oleh Sheikh Suhaimi terus daripada Rasulullah SAW yang dijumpainya secara jaga di dalam Kaabah. Dikelentongkan bahawa Rasulullah telah mengajar Sheikh Suhaimi wirid-wirid tersebut. Tak sempurna lagikah ajaran-ajaran Rasulullah sehingga Beliau hidup kembali dan mengajarkan kepada Sheikh Suhaimi amalan-amalan tersebut?
Bab ini saja sudah menjadikan satu bidaah yang sosek lagi menyosekkan bak kata oghang Rombau. Tak perlulah bagi dalil-dalil atau contoh-contoh kononnya wali-wali Allah pun ada mengalami peristiwa seperti itu. Semuanya itu sesat!

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2005 12:06 AM | Show all posts
Originally posted by grenbara at 28-9-2005 02:56 PM
Baca jangan tak baca


Mamat kg. pilin di Yaman .. oppsss sori negeri 9 .. yo, dokek yo ..




...


Ekau ni oghang mano Jang? Sekampung ko dongan Mamat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2005 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 29-9-2005 12:02 AM


Tak siapa pertikaikan ayat-ayat Al-quran yang terdapat dalam aurad Muhammadiah itu ..



Thank you..tatie rasa hal ini dah clear..isi kandungan Aurad Muhammadiah tidak ada penyelewengan..pakcik gravepun dah setuju...

Kalau dipersoalkan cara bgmana aurad muhammadiah ini diperolehi, itu pak grave kena baca dengan detail dulu sejarahnya. Jangan bertaklid pada kandungan buku Zabidi dan puak-puak yg sewaktu dengannya atau daripada pandangan ulamak Wahabi atau pandangan ulamak yg dapat PhD dari Yahudi...(ini nanti kak antique, mesti angin nih..hehehe)

tatie rasa dah panjang lebar ustaz Akasyah menerangkan perkara mengenai yakazah ini dalam thread M & M ni dulu, kalau tak silap hafizipun ada terangkan...tapi balik-balik kat situ juga konar nyer..tatie tahu soalan yg pak grave keluarkan itu merupakan satu soalan KLISE ajer...dah diberi dah jawapnya tetapi sama ada memang tak faham, sengaja tak ndak faham, atau dah tertutup akal ndak faham....diri sendiri ajerlah yg jawabkan...

minta tolong hafizi  atau ustaz akasyah, letakkan balik url utk akses jawapan mengenai yakazah tu..;)
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2005 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 29-9-2005 09:26 AM

Kalau dipersoalkan cara bgmana aurad muhammadiah ini diperolehi, itu pak grave kena baca dengan detail dulu sejarahnya. Jangan bertaklid pada kandungan buku Zabidi dan puak-puak yg sewaktu dengannya atau daripada pandangan ulamak Wahabi atau pandangan ulamak yg dapat PhD dari Yahudi...(ini nanti kak antique, mesti angin nih..hehehe)


Ni nak bertaklid aperlak? Ko tak baca ker buku Al-Abuaya yang diharamkan tu. Semua pengakuan-pengakuan tu ada di dokumenkan oleh Mur**** tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2005 09:36 AM | Show all posts
Laaa...silap eja Mursheet ker? Ni tentu akibat kekeramatan dia nie sampai dapat 4 bintang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2005 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 26-9-2005 12:52 AM


Depa semua ni setuju ker Abuya tu jadi PM Malaysia? Eh...makcik Tatie tentu tak boleh jawab soalan ni sebab bukan ahli Rufakak dan cuma berkempen ajer kan..kan?


hahaha! asaari jer yg tak datang..

[ Last edited by antiQue at 29-9-2005 01:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2005 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 29-9-2005 10:40 AM


hahaha! asaari jer yg tak datang..KECUT.


Tak baik buruk sangka pada Abuya.

Mungkin Abuya ada urusan lain yang lebh utama.

Macam Pak Lah, tak semua urusan dia nak buat sorang. Bagi tugasan kat Khairy, Dato Najib ker atau Datin Pidah ker.

Yang penting bertambah ceria lagij Kabinet UMNO....:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2005 12:59 PM | Show all posts
:lol hahaha..ye lah tuh.. :lol
bermusafir kunun... iza marid takallam marid... :lol iza marid karibul MAUT. :lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057179 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list