Originally posted by iza_yuss at 22-2-2008 03:08 PM
what's hurt the most is when u have to depart when u get close wif someone u suddenly care the most...
~bro....berapa kali nak when nih....penat tau baca when jek.....bila lagi nak jadik neh.....
Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan
Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.
cinta memang indah
kengkadang kita menangis kerana cinta,
kita ketawa kerana cinta, kita muram kerna cinta
kita senyum kerna cinta,kita benci sebab cinta dan sebagainya kerna cinta
cinta... cinta... uniknya cinta.
Cinta itu seperti sinar matahari
memberi tanpa mengharap kembali,
Cinta itu seperti sinar matahari,tidak memilih siapa yang ia sinari
Cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan di hati.
cinta tak terucap dengan kata
cinta tak terungkap dengan perbuatan
cinta tak dapat di definisikan
cinta tak pasti kehadiran
cinta tak akan datang
andainya tiada kasih dan sayang.