CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: princebrunei

Kejadian Pelik Rumah Sewa Di Seremban 2

 Close [Copy link]
Post time 20-9-2008 09:13 PM | Show all posts
heheh.prince,nanti aku ingat nak gi tengok2 tempat tu.kalo ko kate ade tokong dekat2 area smk bukit kepayang tu.tu la die kot.ke smk seremban 2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2008 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by izzati at 17-9-2008 09:35 AM
siyez seram citer ko, tuan rumah.. salute ahhh

ini citer boley jual kat david teo nihh, buat film..huh bukan kata david teo, aku rasa m. night shyamalan pon berminat nehhh..
nak tambah lagi a ...



david teo???...or cannot..x seswai. stakat jdk penerbit orait, tp director tu klau nak kasi ummph, bg kat director thai...confirm box office nyer!
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 12:43 PM | Show all posts

Balas #440 JUSTcircle\ catat

eh ade die kat sini..
hehe..
tgh tggu kalo ade org yg akan upload picture rumah tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by misskeen at 21-9-2008 09:58 AM



david teo???...or cannot..x seswai. stakat jdk penerbit orait, tp director tu klau nak kasi ummph, bg kat director thai...confirm box office nyer!


haha... itu laa.. aku pon rase...
citer tuan rumah ni terlampau hebat utk standart david teo...mwahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 02:19 AM | Show all posts
wah bagus bnyk pembaca  cerita best..no doubt lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 09:41 AM | Show all posts
tgh tunggu pic ni.. ade ke takde..
ade ke takde..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2008 10:07 AM | Show all posts
kalau dapat tacang bagi kat tuan umah bagus gak MOD.............

dah berjela-jela orang post dan thread ni makin meriah disamping citer yangad umpphh..he deserve to get somethin'.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 12:37 PM | Show all posts
agree..agree..agree..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2008 03:08 PM | Show all posts
waaaah! aku pon khatam dh bace tread ni..huhuhu..mmg best....aku gak nk kongsi crite jugak la berkenaan umah horror yang dialami oleh aku dan jugak famili aku suatu masa dahulu...macam ni ceritenye...

        Masa aku darjah 3, kami sekeluarga berpindah la dari Sarawak ke semenanjung (al maklumla..bapaku ni orang kerajaan..biasalah kene transfer2 ni..) so, nak dijadikan cerita, bila kami pindah semenanjung, tak tau macam mana nak cari rumah yang dekat dengan tempat kerja bapak aku..jadi, cari punya cari..adalah satu rumah kampung tu..rumah tu kepunyaan mak mertua bapak sedara aku juga (sekarang dah arwah dah..)..mak mertua bapak sedara aku tu pada masa tu taknak duduk rumah tu lagi sebab nak duduk dengan cucu dan anak-anak dia kat KL...so, rumah pusaka tu tinggal kosong je..daripada xde siapa yang duduk, moleklah kiranya kami semua duduk rumah tu sementara mencari rumah yang baru...Disebabkan dah terdesak, masa pun semakin suntuk...kami sekeluarga pun tanpa banyak bicara pindah la ke rumah pusaka tu untuk sementara..rumah tu rumah lama, rumah kayu...Rumah tu lengkap dengan perabot-perabot style lama..katil lama, almari lama, meja solek lama dan juga novel-novel lama dalam tulisan bahasa melayu klasik dan jawi...jamban rumah mengikut style lama..iaitu di luar rumah berdekatan dengan pokok kelapa dan sebatang pokok jambu ball yang besar dan tua..Kebetulan, perpindahan kami jatuh pada bulan puasa...Jadi pada bulan puasa tu kami berpindah masuk ke rumah tu....

     
    Rumah tu memang cantik..luas...pada hari pertama, mak dan bapak aku masuk ke rumah tu untuk bersihkan rumah tu...ada sesuatu yang pelik tentang rumah tu..tak tau kenapa tapi kalau diikutkan, rumah tu tertutup rapat..semua tingkap tertutup rapat dengan pintu terkunci..tapi, keadaan didalam rumah penuh dengan tanah-tanah macam bekas lecak dan juga daun-daun kering...pelik..nak dikatakan masuk dari mana kesemua daun kering tu memang tak dapat diteka..tapi, mak bapak aku tetap kemaskan dan cuci bersih-bersih dan kemudiannya kitaorang semua berpindah masuk...ketika ini masih di bulan puasa..tinggallah kami sekeluarga mak bapak aku, 4 orang adik beradik aku dan juga atok dan nenek aku..semua sekali 8 orang...semuanya ok..rumah luas, selesa...sehinggalah bulan puasa berakhir dan syawal pun menjelma....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 03:32 PM | Show all posts
Raya pada tahun tu disambut di dalam rumah tu sebab atok dan nenek aku ada sama-sama duduk kat rumah tu..Jadi, ketika tu masih ok lagi rumah tu..masuk minggu ke dua raya, berlaku kejadian pelik dalam rumah tu... Ia bermula dengan kejadian pada setiap malam, atap rumah kiteorang akan berbunyi..seolah-olah ada orang sedang berjalan atas atap..kadang kala, keadaannya makin ligat..macam orang berlari, melompat dan bermacam-macam lagi..atap rumah tu daripada zink..jadi, sudah tentu la bising jadinya..ditambah pulak rumah kampung...takda siling..jadi, dengan jelas sekali nampak atap rumah tu terpenyek seolah-olah memang ada orang atas atap..aku time tu masih budak, bila aku tanya nenek aku ape tu? nenek aku akan cakap kucing...tapi kejadian ni memang berlaku tiap-tiap malam ketika malam semakin larut...


    Kemudian, atok aku tidur kat tingkat atas rumah...aku dan famili aku yang lain termasuk nenek aku tidur kat tingkat bawah (selalu kan rumah kampung ade 2 tingkat, half kayu..half atas tanah) atok aku cerita, die selalu dengar ada bunyi orang berjalan keliling kawasan rumah...sebab, dia tidur dekat dengan dinding kayu dan berdekatan la dengan tingkap rumah..setiap malam atuk aku selalu dengar orang berjalan (bunyi orang pijak daun kering) keliling rumah..Lagi satu, atuk aku juga cerita, kalau atuk aku bangun tengah-tengah malam untuk sembahyang..habis sembahyang, tengah dia baca doa..tiba-tiba dia akan rasa dicuit..bila pandang takda siapa..sambung balik berdoa..dicuit lagi...


   Seterusnya, pintu umah kami selalu kene ketuk..pada mulanya, 'benda' tu ketuk macam biasa-biasa orang ketuk pintu datang rumah..bila bukak takda siapa...ada sekali tu, dia ketuk pintu..atuk aku bukak...bila tutup balik..dia ketuk..atuk aku bukak balik..kali ketiga dia ketuk, atuk aku tengking..."Heh! ko kalau nak main-mainkan aku, baik toksah...orang berjalan siang, ko berjalan malam...pergi ko jauh-jauh"...terus benda tu senyap..tapi selepas tu, pada malam-malam lain 'benda' tu ketuk pintu lagi...tapi kali ni lagi kuat..dan kadang kala sampai gegar-gegar pintu...rumah kampung kan ade dua pintu utama, satu pintu tingkat atas, satu lagi tingkat bawah...gegar pintu atas, dah penat..gegar pulak pintu bawah...Ada sekali tu, sepupu aku datang, tidur la beramai-ramai kat tingkat atas..tengah-tengah malam tu, 'benda' tu gegar pintu atas depan...aku terbangun... dalam mamai-mamai tu aku cuba kejut sepupu aku..tapi dia tak bangunlah pulak..risau aku, mana tau memang ada orang nak datang aku pun bangun nak bukakkan pintu tu..yelah, masa tu budak-budak lagi...aku blur, tak terfikir apa-apa pun...sekali mujur masa aku nak bukak pintu tu atok aku rupenya tersedar..dia  jerkah aku..kemudian suruh aku tidur balik...aku tak dapat bayangkan kalo malam tu aku bukak pintu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 03:40 PM | Show all posts

Reply #443 nurchan's post

huhuh. aku meneliti cerita prince ni masa dia bukak dlu.
x sangka gak ko pun ada kat sini!!! huhuh!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 03:57 PM | Show all posts
Kejadian horror rumah tu makin menjadi-jadi..kali ni 'benda' tu mula pandai nak jelma-jelma pulak dah...tapi, bukan aku la yang terserempak..bapak aku..kisahnya macam ni, bapak aku suatu malam tu sakit perut..tak dapat nak ditahan-tahan...jadi tengah-tengah malam tu dia memberanikan diri la ke jamban belakang umah yang kene keluar rumah tu..so, dia pun melepaskan la hajat..tiba-tiba, masa dia melangkah keluar dari jamban tu, dia ternampak seekor kerbau besar dengan tanduk yang panjang kat tanah sebelah, betul-betul sebelah jamban tu...besar gila bapak aku cerita...ada lah dalam 2 kali kerbau biasa..matanya merah...masa tu kerbau tu macam tengah meragut rumput tanah sebelah, bila bapak aku pandang dia, kerbau tu pandang bapak aku balik..antara tanah sebelah dengan kawasan rumah kitaorang cuma dipisahkan dengan pagar dawai yang tajam tu je...so, ape lagi, bapak aku pon cabut la....keesokan harinya, bapak aku pergi tengok kawasan tanah sebelah tu, takda kesan tapak kaki kerbau ataupun najis kerbau...kesan rumput kena ragut pun takda..lagipon, tanah orang sebelah tu dia buat kebun, bersih....tu kejadian pertama, kejadian kedua, tengah-tengah malam gak...bapak aku memberanikan diri pegi jamban tu nak lepas hajat..bila selesai nak buang hajat..tiba-tiba terdengar bunyi macam kelapa gugur dari area kawasan pokok kelapa belakang rumah tu..Bila bapak aku kuak pintu, dia nampak pocong dekat area pokok kelapa tu...apa lagi, cabut la.....


      Kejadian lain kat rumah tu, yang lain ada la malam-malam bunyi periuk rumah macam terjatuh..tapi bila jenguk ke dapur, periuk ok je terletak...Lagi satu, kejadian yang pernah menimpa aku kat rumah tu..aku tidur atas katil (katil lama yang aku mention sebelum ni)..memang tiap-tiap malam aku tidur atas katil tu dengan adik aku...tapi yang hairannya, aku selalu 'diangkat' dari tempat tidur aku...macam ni, aku tidur atas katil tu, kemudian tangah malam sedar-sedar aku atas set kerusi rumah tu kat area tengok tv...bukan sekali..banyak kali jugak la..bila aku ceritakan kat bapak n mak aku...dieorang cakap aku mengigau..tapi, aku memang sure aku tidur atas katil, tapi bila sedar aku atas set kerusi tu...nasib baikla dia tak angkat aku keluar rumah..mau aku trauma...


    Bila keadaan makin teruk, bapak aku jumpa la orang pandai tolong tengok-tengokkan rumah tu...orang tu kata rumah tu ber'jaga'...ada 'orang' yang jaga rupanya...rupanya rumah pusaka tu ade orang halus yang ditugaskan untuk menjaga rumah tu...benda tu dah tertanam kat tiang seri rumah tu..so, kalo nak buang benda tu kena cabut tiang seri tu yang mana tak logik sebab kalau tiang utama rumah tu dicabut, maknanya runtuhla rumah..orang tu nasihatkan pindah..sebab kalau keturunan pemilik rumah yang duduk, dia tak kacau..kalau orang luar duduk, dia akan kacau...so, tak sampai 6 bulan duduk rumah tu..kami semua pindah ke rumah lain...rupanya gangguan yang kami alami sebelum ni semuanya bertujuan untuk menghalau kami semua keluar dari rumah tu, sebab kami semua orang luar yang tiada pertalian darah dengan pemilik rumah...


    Itula ceritanya..aku nk blah dah ni...rasenye cerita aku tak la berapa horror tapi jelaslah motif makhluk halus tu mengacau kami semua...aku pulak masa tu budak-budak lagi, blur je..cuma, bila benda-benda tu mula ganas sikit, aku baru faham dan aku dah mula jadi penakut ....mujur cepat-cepat pindah...Itu je la yang aku nk kongsikan hari ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 04:02 PM | Show all posts
Alamak Tucci, sambung la lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2008 04:04 PM | Show all posts
Originally posted by tucci at 23-9-2008 03:32 PM
Raya pada tahun tu disambut di dalam rumah tu sebab atok dan nenek aku ada sama-sama duduk kat rumah tu..Jadi, ketika tu masih ok lagi rumah tu..masuk minggu ke dua raya, berlaku kejadian pelik d ...


ni kes penunggu rumah ni..   den pon ado cerito pasal ni, tunggu pas rayo sok aku crita.. skng ni bz skng, kat kampung.. line tenet x bagus la, asik dc je.. pada sape2 area labuan, jemput la beraya kat umah aku ekk..   selamat hari raya aidilfitri..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 04:30 PM | Show all posts
perghh laris betul cerita ence pricenbrunei nihh.. sampai berbelas page dah..
sampai siap ada review dari ence nazim...

hebat2...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 05:26 PM | Show all posts
AKU DAH KHATAM DAH THREAD NIH!!!!!!!!!!!!!!!!     


YEAHOOOOOOOOOOOOOOOO  :pompom: :pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2008 06:17 PM | Show all posts
Originally posted by tucci at 23-9-2008 03:57 PM
Kejadian horror rumah tu makin menjadi-jadi..kali ni 'benda' tu mula pandai nak jelma-jelma pulak dah...tapi, bukan aku la yang terserempak..bapak aku..kisahnya macam ni, bapak aku suatu malam tu ...


  jamban kat luar rumah ni yang aku lemah sket.. dulu masa kecik2 kat umah aku pon jamban kat luar, sangup aku tahan semalaman semata2 x nak melepas malam2..

pastu kan jamban jenis cangkung tu, kat bawahnye ade ulat berhurung,   asik terpikir yg ada tangan besar menjolok dari bawah..   arghhhhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 09:41 AM | Show all posts
Originally posted by princebrunei at 23-9-2008 06:17 PM


  jamban kat luar rumah ni yang aku lemah sket.. dulu masa kecik2 kat umah aku pon jamban kat luar, sangup aku tahan semalaman semata2 x nak melepas malam2..

pastu kan jamban jenis c ...


hahaha..jamban umah atok aku dulu pun kt luar umah..ada laa dlm 100 meter dr umah..dh laa belakang jamban tu utan belukar..kalau memalam, mmg aku tahan je laa nk terbuang air besar ke..punye la takut...     dah la nk melepas kena bawak air sebaldi..

aku pun selalu terbayang ada tgn menjolok dr bawah..hahahaha..siang2 hari pun aku bleh imagine camtu     punye la horror jamban kt luar nihhhh..
pastu umah atok aku direnovate..bt jamban dlm umah..lega ati aku
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 10:24 AM | Show all posts
tahniah kt tuan tanah...best baca pengalaman seram tuan tanah.....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 10:39 AM | Show all posts

Balas #458 fariepari\ catat

huhuhu..orang dulu-dulu buat jamban kat luar rumah sbb dieorg nyer jamban dulu2 xde sistem...so, berbau...tu yg buat luar rumah..jauh sikit...

jamban skrg ni dh ade sistem..so, x hairanla rumah skrg toilet siap ade dlm bilik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.082842 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list