CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikna99

Bloggers Gardening Member (Ver.4)

 Close [Copy link]
Post time 28-7-2009 11:00 AM | Show all posts
Pulau Sapi, saya pergi bulan 3 yg lalu. Pulau Sapi salah satu pulau yg paling kecil di dlm Tunku Abdul Rahman Marine Park. kat sebelah dia Pulau Gaya dan blh jalan kaki ke sebelah merentas laut/selat waktu lowtide.


air laut nampak jernih dari permukaan, tapi dlm tak berapa jernih tapi still boleh tgk hidupan laut. bnyk corals kat sini musnah dipijak tourist dan dipukul ombak. kalau nak tgk corals yg banyak dan cantik kena berenang jauh lagi ke tempat yg lebih dalam.

peralatan snorkeli ng yg blh disewa. flippers, rm10 kalau tak silap. jacket, rm15 (pakai jacket supaya blh pergi jauh lagi dan kalau tak nak dive) dan goggles rm10 (kalau tak silap lah!).


Purple Star

gambar ni nampak clear sebab aku dah auto-correct warna dia, kalau tak mmg kabur. so jgn tertipu yek, air dia mmg tak sejernih gambar2 hidupan laut ni tapi mcm gambar pertama kat atas.

Sea cucumber


Ikan






ada sea games mcm parasailing dan flyfish seperti dibawah ni jugak:


lifeguard pun melepak je kerja sebab life is slow and aman dekat sini:


bnyk biawak kat pulau ni:


org2 yg tgh belajar diving/amik diving course. ni peringkat awal2 kot, air tak dalam.


masa pergi mmg panas terik, masa nak balik, hujan lebat dlm perjalanan dan juga di KK. kami pun basah kuyup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 11:13 AM | Show all posts
sambung dgn sedikit gambar2 bandaraya KK

nampak tak viewing point kat atas bukit tu, itulah Signal Hill Observatory.


pemandangan dari Signal Hill Observatory



Sabah Tourism HQ


Atkinson Clock Tower - kalau tak silap, the only surviving original building dari zaman Jepun/bombing.


Sayap bakar tersangat popular di Sabah!! mana mana pergi pun ada jual.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 11:46 AM | Show all posts
439# alifinara

Ok lah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 12:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by sofiera at 28-7-2009 12:21

Post Last Edit by sofiera at 28-7-2009 12:18

Post Last Edit by sofiera at 28-7-2009 12:16







Semasa kenduri sebelum berangkat ke umrah....(ayam redang,sayur campur cendawan n tembikai)
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 12:21 PM | Show all posts
442# Paradox11

Nice photos paradox...and beauuuutiful scenery too..especially the marines...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 12:31 PM | Show all posts
442# Paradox11

Bestnya, terima kasih sudi share gambar di sini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2009 12:32 PM | Show all posts
Saya sedang mengumpul kekuatan untuk menulis sesuatu perkara/masalah yg sedang dihadapi oleh kita di sini.

Ya Allah....jari jemari saya dah rasa bergetar untuk terus menaip.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 12:55 PM | Show all posts
welkem back kak sofie.. alhamdulillah semuanya selamat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 01:39 PM | Show all posts
Cantiknya ciptaan tuhan, Padox..

terasa aman dan tenang sangat bile melihatnya. Thanks for sharing Padox..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 01:41 PM | Show all posts
447# alifinara

alif,

yang baik itu selalunya akan di lorongkan oleh Allah.
Moga DIA beri awak kekuatan. amin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 01:47 PM | Show all posts
447# alifinara

lama tak menjengah kemari... ada masalah apa kiranya disini?
sang kelembai mengamuk nak makan nasik tak dapat ke lalu habis disumpahnya semua orang jadi bukit bukau????
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 01:51 PM | Show all posts
432# alifinara

pesta buku selangor start dr minggu lepas lagi... hingga ahad ni kalau tak silap
sape nk beli buku bleh la datang.. mcm2 buku ada, novel lama2 creative adalah sasaran sy kali ini

alif... sy ada kat sana hari sabtu ni.... sampai kul 2-3 kot sbb nk terbang balik nek kunang2

btw sape tahu dr subang ke shah alam naik teksi berapa hengget??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2009 02:24 PM | Show all posts
pdox...
thanx for sharing for e lovely scenery....

kak sofie..
welcome back...kita jumpe sabtu nie ehh...
huhu..dangdut lagi ke lepas tu shida...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 02:27 PM | Show all posts
451# nazurah

kak naz, mintak maap...huhu
br terbaca post akak dan kak shida
saya mintak adik amik kan sblm g ganu tu..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2009 02:45 PM | Show all posts
447# alifinara
luahkan sahaja...
adakah org itu terpijak kepanasan??? lalu merengek meminta simpati tapiiiii....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 03:00 PM | Show all posts
455# cikna99

naper?? kepanasan...naper lak ngan shida tue...apa citer....sy ketinggalan ketapi nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 03:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by Paradox11 at 28-7-2009 15:30

sambung tepek gambar2 Mesilau pula, ada bnyk lagi kat Flickr aku. enjoy!



On d way dari Kundasang. Jalan dia curam, 30 darjah ada kot. Kancil mmg susah nak naik, dua org terpaksa turun kereta dan jalan kaki. Tapi tak apa, sebab along the way ke atas mmg cun giler pemandangannya. Kami pun bnyk berenti sebab nak enjoy the view, tangkap gambar etc. esp kat area waterfall tu, cun giler! Tapi air pun sejuk giler tak dpt nak mandi atau berendam haha.


Buah hutan ni nampak mcm strawberry hutan jek tapi pokok renek.



Very scenic, udara segar nyaman, mmg turun kereta jalan kaki lagi best.




dah sampai Mesilau Nature Resort, bayaran masuk RM3 unless ada booking utk bermalam di sini.


dah sampai kami terus pergi ka restoran dia, the Renanthera Restaurant (sounds familiar? utk warga HG for sure tau).





harga makanan kira standard lah tapi RM8 for a bowl of soup and about RM15 utk nasi goreng. masalahnya, mmg tak sedap langsung. cuba tgk gambar sup yg kami order:

Ni sup sayur apatah, lupa dah. sekali dtg, rasa mcm soup pakai kiub maggi jek.


ni lagi teruk, sup jagung. sweet corn. tapi... rupa dan rasa tak mcm sweet corn soup pun. instant maggi soup lagi sedap kot.


Nasi goreng. Org Malaysia, makan pun makanan asia betul tak. rasa so so saja.



lepas makan, jalan jalan kat area chalet dia. wow tempat ni mmg aman, kedengaran bunyi unggas dan waterfall jek... so peaceful and beautiful!



nak stay sini mahal wor! satu unit mcm ni ada dlm RM600. Ada yg RM1000++.


unit kosong so sempat intai ke dlm:


dlm beberapa bulan lagi aku dan geng nature/kaki jalan nak stay kat unit2 ni pula, tak sabar!! stay 2 malam, nak pergi hiking + enjoy nature.


Bnyk jenis flora kat sini, okid pun ditanam sebagai garden plants and hedge plants.
Coelogyne -


Yg ni Eria kot, tak pasti -


Spatho -



Kiri kanan pun ada okid dan tumbuhan epifit, pokok2 sini semuanya berlumut, mcm dlm mossy forest -


Then cuaca pun berubah, mcm nak hujan. So it's time to say goodbye. Lain kali dtg lagi!

lalu Sabah Golf Course


Kawasan Kundasang mmg bnyk vegetable farms.


Jalan dia curam gile siot, dah lah curam, satu slope tu blh tahan jauh jugak. Jadi, kalau bawak keter kecik hati2 dan kena pandai lah handle.


Masa turun slope yg curam dan jauh, kami terbau bau getah terbakar. sekali tgk kat luar ada asap! Gabra jugak saat tu. Terus pull over dan call rental company tanya nape leh jadi camtu. Dah lah dari first day sewa pun dah berbunyi klong klong klong masa tekan brek, mmg rasa nak tukar keter tapi pihak rental bagi assurance is no problem. Pasal asap tu pulak, rupa rupanya sebab brek tak blh handle slope yg curam tu so kena bnyk rehat. tgk, brek yg berasap:


Kalau nak ke sini, elok bawak keter yg at least 1.3 or 1.5cc mcm proton saga or wira dan seelok-eloknya kereta manual. tgk trak ni, sampai sarat penumpang masih boleh nikik tanpa masalah.


Lepas tau yg brek dia tak blh handle, aku pun kena pakai teknik lain utk turun bukit. Instead of bnyk tekan brek, aku terpaksa pakai gear 1, 2 dan 3 utk turun. Kalau slope yg tak curam sgt, pakai gear 3. Kalau nak turun cerun yg sgt curam, terpaksa pakai gear 1 dan 2 dan brek sikit2. Masa tu kami mmg banyak berdoa! We prayed and prayed! Fuh... thank God tak ada apa apa yg tidak diingini berlaku. On the way turun ke KK pun pakai teknik sama dan kami nampak ada accident berlaku antara kenari dan viva. cuak juga sebab time turun ke KK tersangatlah berkabus.

Ingat tiga org (tanpa luggage berat) je boleh sewa kancil jek... tapi in future mmg tak berani lagi. First time dulu aku sewa keter Waja, tapi underpower sebab auto. At least tak ada lah masalah dgn brek.

orait, nanti sambung lagi dgn gambar2 Kundasang dll.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 03:38 PM | Show all posts
pdox buah hutan tu byk kat kiri kanan trek ke laban rata. my mt guide kata buah berry. sy mkn dgn byk masa hiking. rasanya masam...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 03:40 PM | Show all posts
Tak ambil batang ke bijinya balik ke anggerikrimba?...mana tau kalau tanam dia hidup...bertambah lagi koleksi berries...hehehe......
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 03:46 PM | Show all posts
Saya kira sudah tiba masanya untuk saya menulis mengenai masalah yang sering berlaku tak kira di mana sama ada di tempat kerja kita, di dalam komuniti setempat atau juga di alam siber ini.

Masalah ni kadang2 kita pun muak nak dengar. Dalam drama yang dipertontonkan kepada kita pun ada unsur2 dengki mendengki, menghasut serta memfitnah serta menjaja cerita aib orang lain. Kalau drama cerita begitu, terus terang memang muak saya nak tengok.

Dengki mendengki sesama manusia boleh terjadi dalam perlbagai situasi. Contoh, mungkin saya mencemburui kejayaan seseorang di dalam perniagaannya sedangkan saya lebih lama berkecimpung di dalam perniagaan itu. Apatah lagi saya yakin, ilmu pengetahuan saya lebih berbanding si polan yang baru setahun jagung berada di bidang yang sama. Cemburu saya itu telah mewujudkan hasad dengki saya pada si polan. Lalu saya pun mengaturkan strategi dalam diam supaya si polan akan give up dan berundur dari bidang ini.  Supaya saya boleh menguasai semula empayar perniagaan yang telah sekian lama saya bina.

Dengan perasaan dengki itu, saya mula meracuni fikiran orang lain supaya tidak mendekati apatah lagi membeli barangan si polan. Pada peringkat ini saya bukan setakat dengki tetapi telah mula menghasut serta menabur fitnah terhadap si polan.

Tapi saya heran, semakin kuat dengki saya pada si polan, semakin saya menghasut orang ramai tapi rezeki si polan makin murah. Makin maju pula perniagaan dia....kenapa?

Kerana saya lupa, doa hamba Allah yang teraniaya itu dimakbulkan oleh Allah. Si polan yg teraniaya dengan perasaan dengki, cemburu hasutan saya langsung tidak terjejas dengan segala usaha jahat saya itu. Penat saya mengumpul dosa selama ini tapi apa yg saya dapat. Dahlah perniagaan saya tidak maju, musuh pula semakin ramai..sebenarnya mereka bukan musuh saya cuma saya yg memusuhi mereka.....

Kawan-kawan yang saya sayangi,
Sebenarnya saya sedih sekiranya situasi di atas berlaku di antara kita. Mungkin ada pertambahan cerita untuk menyedapkan cerita karangan saya itu cuma saya ingin menyampaikan mesej kepada semua, hadirnya kita di sini bukan untuk bermusuhan. Hadirnya kita di sini untuk saling bertukar pendapat, bertukar cerita kegembiraan, suka duka kita. Tetapi apabila adanya perasaan mencemburui orang lain lalu kita saling bermasam muka (di dalam konteks begini bermasam apabila melihat avatar forumer lain) (walaupun mungkin ada antara kita yg tidak bernah bersua muka) lalu mewujudkan ketegangan serta ketidakselesaan untuk orang lain berposting, sedangkan tujuan sebenar kita hanyalah untuk suka2 sahaja....... tentunya ia bukan situasi yg harmoni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.065309 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list