CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eazzad

★-pengalaman sebagai perawat-★

   Close [Copy link]
Post time 28-1-2011 11:33 AM | Show all posts
eazzad teruskan la usaha merawat pesakit..

usaha eazzad ni kira berjihad jugak la kan?
contohnya memerangi sihir.. bukan senang nak pulihkan orang kena sihir.. mau2nya kena 'berperang'
dengan penyihir2 ni saban hari..

dan bukan semua orang yg ada kebolehan sanggup nak merawat org lain..
sebab nanti famili pun boleh terkena tempias kan..
macam pakcik cloudy n abg sepupu la..  stop sebab dah ada anak isteri..
banyak pahala eazzad..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2011 11:50 AM | Show all posts
kisah aku sebelum nakjadi perawat tu.. sehingga aku dah abis politeknik... aku dah rasa lain macam terasa ada sesuatu.. kat aku... bila aku baring je kat atas katil terasa ada jari yang membelai aku... setaip malam macam tu.. aku xnak toleh kebelakang.. dan aku tahu memang ada sesuatu kat aku... bila aku mula syok kat orang tu.. ada je yang cuba marah2 aku tiap2 malam.. pernah sekali aku pikir nak kawin.. malam tu aku tetiba dalam tido dipukul 3 orang.. 1 tinggi lampai 1perempuan 1 pendek... pukul badan aku.. aku xleh buat ape2.. last aku roh aku terkuar dari jasad.. aku nampak badan aku dipukul 3 orang... pastu aku masuk balik tubuh aku lalu aku menjerit dan tendang semua ada kat aku tu... pastu aku buka je mata diam.. tetiba kat tingkap terdengar ketukan tok..tok..tok.. akuu pandang arah bunyi tu aku nampak ada 1 lembaga berbaju terlungkup bermata merah pandang ke arah aku.. dan dia bagi isyarat tangan... menunjukan jangan.... aku paham mesti benda tu marah kat aku yang aku ni pikir nak kawin... tapi kenapa???

aku mula terasa sakit.. aku bagitahu kat mak aku kenapa aku selalu nampak benda2 ni dan ada benda yang selalu datang ke arah aku... mak aku tuduh aku bukan2 katanya aku ni suka merayau malam macam budak jantan... pastu perangai pun lebih kurang je... abis aku sorang je perempuan.. pada malam tu aku berdoa pada Allah berikan petunjuk kenapa aku jadi macma ni.. makin lama makin benci dengan benda yang menganggu aku... aku pun terjumpa seorang kawan ni.. tetiba dia melihat aku muka aku pucat... tangan pulak biru... dia tanya aku kenapa...?? aku lagilah kata ape dia...?? xada ape pun... kaki aku mula berkudis xbaik... aku pikir mungkin perkara biasa je.. kudis sebab aku pakai kasut... kawan aku tu macam xpuas hati... dia cuba bawa aku jumpa dengan pakcik ni tok seguru dengan dato' harun din lagi pun diorang memang kawan baik...

aku pergi cadangnya nak berubat macma biasa... elok je aku masuk badan aku macam lain macam... tergetar2.. aduh apsal pulak ni lemah ke... pastu pakcik tu cakap kat aku ape senyum2... terkejut aku.. apsal pulak marah aku ni..?? aku pun disuruh duduk... aku terpingga2... apelah pakcik ni nak buat kat aku... susah hati dah ni... pakcik ni tanya kat kawan aku tu.. kenapa datang sini... kawan aku tu orang jawa dia pun cakap bahasa jawalah aku diam je xpaham ape pun... last dia pegang kaki aku ambil garam dengan lada hitam... dia tengeh kat kaki aku.. aku diam je... kata xsakit... pakcik tu tengeh lagi... aku diam lagi.. pastu pakcik tu cakap ooo melawan ye... dia pun tah aku pulak xingat dia pegang kat mana tah tetiba aku terjerit melolong macma cik pon.. ahhh sudah.. aku xleh kawal.. apsal diri aku ni.. ape dah jadi...??? tetiba kaki aku ditarik.. dan kaki aku diusung ke arah pintu... aku minta tolong.. pakcik tu pun tarik tangan aku.. dan kawan aku pun tarik juga... anak2 pakcik tu terkejut dan tolong juga tarik aku... aku dah menangis.. akuu terkejut sebenarnya... dan pakcik tu baca ape tah dia hembus kat kaki aku baru aku leh bangun balik... benda tu masih dalam badan aku... pakcik tu [pun pelik kenapa susah sangat nak lawan ni... dah datang pulak yang lain kat badan aku... dia tarik balik kaki aku... aku pun minta tolong lagi... teruk memang teruk... dan memang xpercaya.. aku sendiri alami pun susah nak percaya... akhirnya pakcik tu xbenarkan aku balik.. dia kata bahaya.. takut nanti aku akan hilang nanti... hari kedua dia cuba ubat aku lagi... sama juga... macma tu... tetiba aku jadi benci sangat dan marah dengan benda tu... tetiba aku macam terpikir nak buat sesuatu untuk benda tu kuar dari badan aku... aku pun buka rentak silat aku.. dan akhirnya cik pon tu terjerit pekek xnak kuar.. dan aku cuba kuarkan dengan cara batin... akhirnya terkeluar cik pon tu... baru aku rasa lega.. pakcik tu pun terkejut.. macam mana aku leh buat macam tu.. dah banyak2 pesakit inilah kali pertama pesakit buat macma tu... aku pun xtahu mcam mana tergerak hati ni nak buat... aku pun pelik.. datang buattmcam tu sebab ada perasaan benci yang mendalam dan marah sangat... akhirnya pakcik tu cuba kuarkan badna aku yang ada rumah2 tu Ya Allah banyaknyadalam tubuh aku.. dalam masa seminggu lepas tu aku diubat untuk kuarkan sisa2 dalam badan... dan aku sendiri yang melawan benda tu jangan dekati diri aku... masa tulah aku tahu yang aku boleh mengubat..

selepas je aku balik.. mak aku terkejut dengan cerita aku.. mak aku macma xpercaya.. bawa aku jumpa dengan tok silat aku.. akhirnya barulah mak aku tahu rupanya aku ada lagi ilmu keturunan belah mak aku... yang dulu memang boleh mengubat orang sehingga menjadi orang2 besar sultan perak....

selepas tu aku sentiasa diserang... mulalah orang2 yang ada ilmu cuba nak hantar2 ilmu diorang kat aku dan ajak berlawan.. bayangkan sampai cicak pun aku leh dengar dia bercakap... rupanya cik pon yang bercakap dengan aku... pastu kebetulan kawan mak aku tu sebelum jadi geng ubat aku masa tu... dia sakit kena hantar orang dah seminggu xleh keje... aku pergi dan tengok dia.. aku tengok ada 2 ekor jin datang cuba sakitkan badan dia... kuku dia jangan cakaplah panjang sangat... cuba tikam setiap badan dia... aku halau benda tu balik ke tuan dia... pastu aku nampak syaitan pulak datang dengan tuannya... maah kat aku sebab ganggu urusan dia.. syaitan tu mula serang aku dan gigit bahagian perut aku... dan aku tarik dan aku kurung... tuan syaitan marah kat aku dan nak syaitan dia balik... aku pun bersilat dengan orang... bersilat2 pastu aku cuba tumbangkan orang tu... rupanya orang tu adalah tok imam surau depan umah kawan mak aku tu.. masa tulah mak aku dan kawan mak aku yakin dengan aku dan cuba pujuk aku untuk mengubat.. masa tu aku belum bersedia nak mengubat... aku tengah keliru kenapa diri aku macam ni... dan aku masa tulah aku cuba buka klinik kat kamunting....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 11:57 AM | Show all posts
sebab tulah aku dah nekad kat diri aku nak mengubat orang... dan aku tahu semua tu jihad.... dan suami aku pun benarkan aku mengubat orang... insyaallah aku bantu korang yang sakit.. dan aku akan merawat korang dengan sedaya upaya aku nanti...

aku mula nak mengubat sebab aku dapat tahu sesuatu yang membuat aku nak mengubat.. puncanya seorang budak tu xleh mengucap akhirnya aku ubat dia baru leh mengucap.. Ya Allah besarnya kuasaMu itu...

masa tu aku mula nak mengubat... aku rasa serba salah sangat sebab aku tak bantu orang lain yang dalam kesusahan sedangkan aku ada ilmu ni.... aku harap aku dapat tolong korang nanti insyaallah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 12:21 PM | Show all posts
sebenarnya yang membuat aku xmengubat orang dulu... dan merasa benci tu meluak2 sebb aku dipergunakan oleh orang2 yang inginkan kesenangan... aku dipergunakan untuk mengubat kawan mak aku tu kuarkan syer dia nak dapat keuntungan.. bayangkan aku yang penat sampai nak mati kena hentam macma tu.. diorang pikir nak duit.... xikhlas.. aku geram dengan cara macma ni... sampai aku mengubat aku snediri xada ape pun.. bukan aku meminta ape2 dari pesakit... tapi duit ubat2an tu semua pada ornag2 yang tamak nakkan duit....

masa tu aku jadi benci... dan jiran2 aku tu mula membuat fitnah bukan2 kat aku.. memalukan aku dan sebagainya... aku betul2 malu... kenapa aku xmacam orang lain yang normal... kenapa aku macma ni.. aku menangis setiap hari... masa tulah aku nekad nak bawa diri ke shah alam.....

korang bayangkan bila aku cakap aku boleh mengubat dan nak tolong.. aku kena cemuh dengan orangg lain.. orang lain akan kutuk aku... aku rasa merendah diri dan malu....

dulu aku pernah buka kat parit raja... kat taman U.. memang aku buka klinik... tapi orang macam merendah2kan aku... dan sebenarnya aku nak membantu... akhirnya aku tutup buat sementara ikut suami aku ke parit sulong.... apabila aku kat sini aku terasa pelik sangat diorang macma sokong aku buka klinik ni.. bantu orang... aku rasa semangat aku datang... pastu pulak dapat pulak sokongan dengan korang dalam cari ni... lagi aku bersemangat... betul2 bersemangat...

sebenarnya aku betul2 nak tolong korang semua... insyaallah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 12:31 PM | Show all posts
aiseymen... ari tuh mintak cik kak ajar terpanggil saudara lak...ingatkan lelaki...sori puan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 12:33 PM | Show all posts
Reply 448# eazzad


    selama nih aku silent reader je, tapi aku kagum ngan semangat kau.. usaha lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2011 12:51 PM | Show all posts
ermm eazzad...kalo kita mimpi kita tgk org tu mati, last2 actly kita rupanya yang kena kapan? huu..camner tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 12:55 PM | Show all posts
tahun lepas aku duduk kat kuarter guru.. sebab suami aku cikgu... akuu dapat tahu jiran sebelah umah aku kena kacau dengan benda tu.... aku sendiri cakap dengan jiran aku.. bagilah aku tolong ubatkan ko... insyaallah mungkin aku boleh tolong... pastu aku dapat kata2 yang menyakitkan telinga aku... jiran aku cakap macam ni.. " eazzad.. xnyahlah ko nak ubat aku... elok aku cari je ustaz mana2... kalau ko nak ubat pakai kemenyan ke jin2 ke baik xpayahlah... batal je hajat..." aku diam.. aku cakap balik dengan diorang tu.. " ida.. aku bukan bomoh yang ko cakap... insyaallah aku boleh tolong... macam2 aku leh tolong orang yang sakit... apatah lagi ko..." kawan aku diam... dia tenung aku... aku merayu bagi aku je mengubat.. akhirnya dia bagi aku test ubat dia... last dia percaya kata2 aku.. dia terus minta maaf kat aku.. kesilapan dia tuduh aku bukan2... alhamdullilah dia dah xkena sihir lagi... pastu mulalah aku mengubat suadara2 jiran aku ni...

kebetulan pulak kuarters guru tu ramai yang cerdik pandai... aku bagitahu aku boleh bantu diorang dengan kuarters yang bermasalah... diorang gelakan aku... dan aku bagi diorang carilah imam mana yang diorang nak cari.. kalau xjadi juga aku akan buatkan untuk kuarters tu... memang imam tu dah tangkap 7 ekor.. tapi banyak lagi dalam kuarterstu mengganggu penduduk situ... dengan hinaan aku dapat.. aku kuatkan semangat aku... dan aku bersihkan kuarters tu.. dan aku pagarkan rumah kawan aku.. cikgu2 lain aku xtolong... kat tangki air yang cik pon tu dudk dia dah xada lagi.. kami terasa aman sekali... pastu aku dengar jiran2 bawah umah aku kena ganggu... bunyi bising dsan sebagainya... aku diam je.. aku xnak tawarkan diri aku untuk bantu diorang... aku nak diorang sendiri rasa macma mana orangg lain selama ni rasa....

sebab tulah aku dulu xnak mengubat orang... aku ni bukanlah ustazah ke ada belajar ilmu2 kat UIA ke... xada pun... aku biasa2 je.. mcma korang semua... gila2 gak aku ni... tapi bukan senang nak jadi perawat... kutukan dan hinaan akan terjadi dimana2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2011 12:57 PM | Show all posts
kalau mimpi kita yang kena kapan maksudnya panjang umur...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 01:12 PM | Show all posts
tuan syaitan marah kat aku dan nak syaitan dia balik... aku pun bersilat dengan orang... bersilat2 pastu aku cuba tumbangkan orang tu... rupanya orang tu adalah tok imam surau depan umah kawan mak aku tu..
eazzad Post at 28-1-2011 11:50


eazzad, tok imam bela syaitan??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 01:15 PM | Show all posts
ye... memang tok imam bela syaitan.. gelaran haji pun sebab dia nak ambil syaitan tu kat mekah... dia gunakan syaitan dan jin2 ni untuk membuat ubat orang kat kampung dia... dengan cara menghantar jin dan syaitan ni untuk sakitkan diorang.. pastu diorang akan panggil dia.. jadi dia ubatkan pesakit tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 01:17 PM | Show all posts
wa ilah dah datang melawat..  
bolehla bertukar2 pengalaman..

terasa ilah ngan  ...
cloudy_83 Post at 27-1-2011 12:35



    salam cloudy...

alaaa....jangan cakap cam gitew.....ilah bukan srikandi .kalau si eazzad nie layaklah......dan ilah bukannya perawat seperti eazzad... ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 01:28 PM | Show all posts
salam Eazzad..

mesti awak nak tahu kan kenapa dulu dorang suka usik awak..sebab dorang leh nampak warna aura yg kuar drpd badan awak...awak special ..jadi warna aura yg kuar drpd awak sangat terang dan menarik perhatian mereka...dan sampai hari nie warna aura awak masih terang dan bercahaya....semakin awak menerima hakikat tentang keupayaan awak semakin terang aura tersebut,...dan satu lagi...yup..setiap hari akan datang ilmu2 yg akan menguji ilmu awak (terutama dr "mereka" yg ingin menguji kekebalan ilmu memasing)

dan secara tidak langsung akan mengasah bakat awak.yg tersembunyi ...

ermm dikeji dan dihina..malah akan dituduh bela jin.....ermm biasalah nie...sebab masyarakat kita kalau kita ada keistimewaa pasti akan dikata kita nie ada sakalah..ada jinlah....tu biasalah dah adat dan budaya masyaratkat melayu....

buat tak reti jer..asalkan niat awak untuk menolong org yg dalam kesusahan kerana ALLAH

.alhamdullilah ada juga pelapis di malaysia nie...kira seribu dalam satu....alhamdullilah..teruskan usaha awak.yek...

dan satu lagi awak leh nampak 'mereka" bermakna awak juga tahu apa kelemahan setiap species drpd mereka...ermmm awak nie kuat yek dan sangat tabah dan sangat berani..

teruskkan usaha awak mengubati
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 01:32 PM | Show all posts
kita dulu  sewa kondo kat tepi townhouse tu......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 02:13 PM | Show all posts
ilah.. bab aura tu aku paham sebabb aku pun belajar cvt... dan terima kasih ko bagitahu pada aku.... bab semua tu tanpa aku sedar....

sebenarnya dulu tu membuat aku diam sebab aku nak jaga nama aku dan suami aku... aku xnak orang gelar aku ni bomoh.. dan memalukan suami aku... tapi sekrang aku tetiba terima semua tu balik.. dan cuba nak ubat macam kat perak balik... entah tetiba aku dapat sokongan pulak kat johor ni....  mungkin tempat sini kot untuk aku mengubat korang balik kot... ketentuan hanya Allah sahaja yang tentukan... jadi dengan izinannya tu aku buka dengan berani pulak dan secara terang aku bagitahu kat korang... kalau x.. aku memang mendiamkan diri je.... sama gak kat kamunting tu aku diamkan je.. cuma orang je yang datang cari aku....

siap ada yang nak panggil wartawan lagi dalam majalah mastika untuk aku ditemuramah aku tolak aku xnak.. aku xnak orang tahu siapa aku.. entah aku pun xtahu kenapa... sekrnag ni macmaberanii pulak... mungkin dah tiba masanya kot aku mengubat secara terang...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 02:49 PM | Show all posts
baca cerita2 eazzad nih tetiba je  semangat aku nak belaja membuak2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2011 02:53 PM | Show all posts
myseba2u: ooo dulu ko dduk kat situ gak... sebelumaku pindah ke town house tu aku duduk kat kondo gak ting 3... blok 16 xsilap... aku suka mandi kat kolam renang best xnyah bayar... hehehehhee dengan masakan cafe dia sedap sangat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 02:54 PM | Show all posts
boleh belajar tapi kena sanggup tanggung risiko....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 03:04 PM | Show all posts
Reply 462# eazzad


    insyaAlah... makin banyak baca makin sedia... mula2 tak yakin tapi bila lama2 dah mula confident...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 03:29 PM | Show all posts
baguslah macam tu.. insyaallah... cuma nak tanya sanggup xterima sakit nanti...??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.447680 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list