CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Jenayah] KEMAS KINI - Kes bunuh Nur Farah Kartini: Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah.

[Copy link]
 Author| Post time 18-7-2024 03:37 PM | Show all posts
  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah takde so tiada siapa boleh backing dia. Suspek atau keluarga dia masa ni boleh keluar macam2 statement. Tak mustahil kalau suspek nak tuduh arwah macam2. Kita yang tak kenal arwah pun rasa sedih. Tengok tiktok arwah bukan sejenis gedik2 tak semenggah pun. Semoga Allah rahmati rohnya dan keluarganya tabah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2024 03:40 PM | Show all posts
Berita Semasa

Pengebumian jenazah Nur Farah Kartini di Pahang keputusan terbaik
-Pengurus jenazah


Salihin Rusydi Saiful Bahar

2 hours ago
1 minute read

PUTRAJAYA – Keputusan mengebumikan jenazah arwah Nur Farah Kartini Abdullah di Pekan, Pahang, adalah disifatkan keputusan yang terbaik oleh keluarga arwah.

Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata, beliau memuji keputusan tersebut dan menjelaskan beberapa sebab yang perlu untuk jenazah dikebumikan di Semenanjung dan bukan di kampung arwah yang berada di Sarawak.





“Keputusan keluarga arwah untuk mengebumikan jenazah di Pekan, Pahang yakni di Semenanjung sahaja tanpa perlu melalui proses perjalanan udara dan proses pengawetan itu adalah keputusan yang terbaik.

“Sebab pertama, mengikut sunnah sebaik-baiknya seseorang itu meninggal dunia maka di situlah tempat dia disemadikan,” katanya dalam video yang dimuatnaik di Facebooknya.

Muhammad Rafieudin turut menjelaskan sebab utama jenazah perlu dikebumikan di Semananjung kerana keadaan jenazah tersebut yang ditemui dalam keadaan mereput.

“Kita sudah maklum mayat yang ditemui dalam keadaan yang sudah mulai mereput. Mayat yang sudah mulai mereput tidak boleh diawetkan,” katanya.

Katanya, mayat yang ditemui di kawasan paya di ladang kelapa sawit lebih cepat mereput di atas permukaan tanah berbanding dalam kubur.

“Proses pereputan mayat di atas permukaan tanah lebih pantas daripada proses pereputan mayat di dalam kubur.

“Mayat akan mula mereput (di atas tanah) dalam tempoh dua hari sehingga 10 hari boleh jadi tulang rangka. Adapun di dalam tanah memakan masa di antara 21 hari sehinggalah hari yang ke-40 ataupun dua bulan lah,” jelas Muhammad Rafieudin.

Beliau juga mengingatkan jenazah yang mereput tidak boleh diawet, maka akan menyulitkan proses membawa pulang jenazah ke kampung asalnya di Miri, Sarawak.

Sebelum ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menyatakan kesediaan untuk menaja segala kos penghantaran pulang jenazah ke kampungnya di Miri, Sarawak.

Namun, keluarga arwah memutuskan untuk jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di kampung isteri kepada abangnya di Pekan, Pahang.


https://malaysiatribune.news/202 ... k-pengurus-jenazah/
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 03:52 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 18-7-2024 05:02 AM
Masalahnye sis, lelaki Iban lagi ramai yang hensem dari mamat tak semenggah mane tu. Batang Malaya ...

Ye, dalam kita kondem suspek, mangsa pon ada silap langkahnya. Semoga menjadi pengajaran. Bahaya main cinta suami orang ni, kalau bukan kat tangan laki tu, mesti kena ganyang dengan isterinya pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 03:52 PM | Show all posts
ngin sejuk lalu sejurus penemuan telefon bimbit Nur Farah - wartawan[size=0.8]Noor Atiqah Sulaiman[email protected]








Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menemukan telefon pintar dalam operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di sebuah parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini. FOTO BERNAMA




Kuala Lumpur: Beberapa pengamal media yang membuat liputan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah melalui kejadian yang disifatkan aneh sejurus telefon bimbit mangsa ditemukan dalam parit ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, semalam.
Melalui perkongsiannya dalam video di aplikasi TikTok, wartawan TV3 , Fareez Azman berkata sebelum telefon bimbit itu ditemukan, dia bersama rakan petugas lain duduk tidak jauh daripada parit berkenaan.
Katanya, tiba-tiba anggota polis yang melakukan selaman bagi mencari bahan bukti itu menjerit sambil menunjukkan telefon bimbit di tangannya.

Fareez berkata semua pengamal media bergegas untuk mengambil gambar dan tidak mahu melepaskan detik penemuan telefon bimbit berkenaan.
[size=1.35]Disyorkan










"Sambil kami ambil gambar, ada angin berlalu. Rasa sedap… sejuk je. Tempat tu tak ada angin tau. Lepas tu kawan saya dekat belakang cakap, seronoknya ada angin macam ni sebab kami duduk dekat bawah pokok. Jadi angin ketika itu tak menentu la.


"Saya pun cakap, best la duduk bawah pokok macam ni sebab kami duduk menggunakan kerusi 'healing'. Jadi kami buat 'bodoh' je la," katanya.
Dalam pada itu, Fareez berkata selepas kejadian itu dia ada menemui seorang individu dan turut bertanyakan mengenai tiupan angin berkenaan.
Fareez Azman berkata, individu itu berbisik kepadanya dan mengatakan bahawa sekiranya perkara itu berlaku, kebiasaannya itu adalah ucapan terima kasih mangsa.
Tambahnya, individu itu turut mendedahkan, itu bukan pengalaman pertamanya merasakan tiupan angin sejurus menemui bahan bukti.
"Dia kata, pengalaman sebelum ini juga begitu. Bila sesuatu bahan-bahan yang penting untuk membantu kes (ditemui) untuk selesaikan dan sebagainya, begitulah yang berlaku.
"(Selepas mendengarkan pendedahan individu itu) saya termenung, sebab saya pun tak pernah alami kejadian seperti itu.
"Saya pernah pergi kawasan pembunuhan, kawasan orang cari bahan kes dah sebagainya tetapi tidak pernah rasakan angin seperti itu.
"Mungkin itu adalah simbol ucapan terima kasih, sebab kita tahu, mereka (anggota polis) melakukan yang terbaik untuk membantu arwah," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor.
Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Susulan itu, anggota polis berpangkat lans koperal ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Polis Perak mengesahkan suspek bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.
Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 03:59 PM | Show all posts
start dah kisah mastika
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2024 04:01 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 18-7-2024 03:06 PM
Lelaki bodoh tak bertanggunjawab.

Kalau malu sangat kantoi pun...kau menyorok la dalam gua.

tu la pasal
ada tengok sorang jantan nama azizi yang viral
pompuan skandal mcm lawa la jugak
azizi anak dua ni siyes dengan gemoknya
u try search kat fb kalau masih ada la
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
toxicated replied at 17-7-2024 10:33 PM
Tgk2 phone tu takleh on langsung dh. Simkad pun kembang jahanam dh. Terendam byk hari..

Aiyooo zissss phone tu confirm2 dh arwah. Tp boleh je retrieve balik data
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 04:02 PM | Show all posts

Ada yang komen banyak tengok sinetron
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 04:05 PM | Show all posts
Edited by Mumiey at 18-7-2024 04:09 PM

deleted
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 18-7-2024 03:27 PM
iolss tercari2 jugak komen kat medsoc, kat forum ni.
Pekan tu tempat siapa? kebumikan kat situ?

Kg kk.ipar dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 05:47 PM | Show all posts
Mumiey replied at 18-7-2024 03:52 PM
ngin sejuk lalu sejurus penemuan telefon bimbit Nur Farah - wartawanNoor Atiqah Sulaimannooratiqah.s ...

benda2 cmni bole jatuh syirik bagai
percaya benda pelik2, klu org dh mati, manala bole ada kuasa bagi tiupan angin bagai,
abis sahabat nabi ramai yg mati masa perang dulu, takde plak ada hadis tiupan angin sepoi2 kene kt sahabat lain tanda terima kasih uruskn jenazah dorg..

padahal tu sahabat nabi tu...perang fi sabillillah tu....

mohon wartawan2 cmni pi masuk kelas agama sekolah rendah smula, belajar basic agama balik
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 05:50 PM | Show all posts
batmana replied at 18-7-2024 05:47 PM
benda2 cmni bole jatuh syirik bagai
percaya benda pelik2, klu org dh mati, manala bole ada kuasa b ...

Tu lah
Dah macam dalam filem pula roh dok bergentayang perati dan awasi manusia, siasatan bagai
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 05:52 PM | Show all posts
https://www.facebook.com/harianm ... qzrrMESpdm4zSDrR8nl



Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 05:55 PM | Show all posts
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Polis akan mohon sambung reman suspek[size=0.8]Raja Noraina Raja Rahim[email protected]








Suspek ketika dibawa bagi memudahkan pencarian bahan bukti di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah. FOTO Arkib NSTP/ASYRAF HAMZAH




Sungai Buloh: Polis akan memohon sambung reman terhadap suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana siasatan kes masih di peringkat awal dan memerlukan maklumat lanjut bagi melengkapkan siasatan.
"Siasatan masih di peringkat awal, polis akan buat permohonan untuk melanjutkan tempoh reman suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, seramai 26 saksi sudah dirakam keterangan termasuk rakan Nur Farah dan rakan suspek bagi membantu siasatan kes pembunuhan terbabit.





Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok nak tanya... Bukan sebab kes ni je la kan, soalan general: Kalau mangsa bunuh ni kira Husnul Khatimah ke bukan? Sebab macam selalunya bila jadi macam ni, macam2 benda aib yang tersorok masa hidup terbukak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols br bc ttg ank suspek br umur 8 bulan..sedih utk ank dia..
Drpd rahsia hbgn dorg bocor wife dia tau..bl suspek bunuh arwah hbs satu malaysia tau
Nape xpikir kesan dan akibat.
Ntah2 klu terus terang dgn wife lps tu ngaku salah..pujuk ckit..wife blh maafkan
Plg2 pun wife mntk cerai..tak perlu smp nk bunuh mcm ni
Baby 8 bln dh pndai mcm2..dh pndai bebel2 semua..nape la x pikir ank sblm buat sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 07:53 PM | Show all posts
Edited by Mumiey at 18-7-2024 07:56 PM



Deleted
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
olaklempit replied at 18-7-2024 03:38 PM
Dia dah takde so tiada siapa boleh backing dia. Suspek atau keluarga dia masa ni boleh keluar macam2 ...

Takpe . Die dah takde tp polis akan selongkar habis2an dan siasat phone beliau dan suspek. Dalam tu mesti ade semuanya. Hasil sisatan polis akan menunjukkan segala apa kesalahan. Kita doakan yg baik2. Masa perbicaraan nanti semuanya akan tersingkap.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mimi_ayu replied at 18-7-2024 06:12 PM
Iols br bc ttg ank suspek br umur 8 bulan..sedih utk ank dia..
Drpd rahsia hbgn dorg bocor wife dia  ...

Teringat kat aslamgrab. Elok je dah beristeri 2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.382503 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list