CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: somtam

Guna Pembantu sampai 3 ?

  [Copy link]
Post time 7-11-2011 12:14 AM | Show all posts
lets speku uols.. perabot mewah jenama apakah yg telah dibeli oleh kak yan? {:4_185:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2011 12:46 AM | Show all posts
aku nak bersangka baik... mungkin kerusi recliner.. atau pun katil adjustable bed tu... kemudahan utk beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 01:11 AM | Show all posts
Reply 442# tuberose

yup...sebenarnya katil tu lam kategori perabot.tapi bukan ke sepatutnya katil tuh dah lama dia kene beli.lagipon katil manual kalo  pandai cari,bargain leh dapat takat 2-3k je sekali ngan air mattress....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 01:16 AM | Show all posts
Reply  tuberose

yup...sebenarnya katil tu lam kategori perabot.tapi bukan ke sepatutnya katil tu ...
alesandra Post at 7-11-2011 01:11



    nk ku lahar kesian plak.

doa smoga sembuh jela
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 02:12 AM | Show all posts
bg aku senang jerk..kalu xmampu wat care xmampu..kalu ader duit lbey tu terpulang la..rmai lgi yg lbeh memerlukn..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 10:35 AM | Show all posts
acik baca je walaupun acik tak setuju dengan cara primadona ni...kalo tak mampu buat la cara tak mampu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2011 10:53 AM | Show all posts
alaaaa...tak suke btol aku ngan cite2 mcm ni. tageh simpati kemain....eeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 01:03 PM | Show all posts
hmm..media juz papar kan ape yg dialami oleh k.yan ni..kalau ade yg simpati nk derma2 tapi kalau ade yg rasa lagi bgus anta duit tu kt org lebih memerlukan up-to-u...
kite pon tak taw penderitaan sebenar die alami cmne..tgk kuarga die pon tgg tbalik skrg..mungkin Allah byr cash.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2011 01:25 PM | Show all posts
akak ni walaupun dia sakit....saiz fizikalnya boleh tahan juga yer...
apakah disebabkan ubatan yg beliau makan...
semoga bersabar dgn dugaan hidupnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 02:05 PM | Show all posts
Mengikut article versi inggeris, wartawan menggunakan perkataan "mistreated" manakala versi bahasa melayu, ditulis "tidak melayan saya dgn baik". Aku bukan pandai cakap inggeris ni, so aku check apa makna mistreated. Katanya mistreated bermaksud "treat animal or person badly/cruelly...." jadi aku tak rasa hospital gomen salah bagi ubat kaa, salah cucuk kaa sampaikan diva ini merasa jeran, langsung tidak memandang hospital gomen. Jadi kesimpulan berdasarkan pembacaan di benang ini, aku rasa kak yan mahu dilayan first class walaupun kurang berkemampuan. Semoga kak yan cepat sembuh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 07:09 PM | Show all posts
lps ni orang mesti pk 2 3 kali nk bagi bantuan...... kak yan mgkn fikir beli perabot utk kemudahan die tp bg kite ianya boross...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 08:28 PM | Show all posts
moga kak Yan cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 08:30 PM | Show all posts
Reply 354# arti5


    dari post ni nampak ko anak yg baik...tahniah kerana berjaya menjaga ibu sebaik mungkin...syurga ganjarannya..amin..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 09:29 PM | Show all posts
ingatkan dah abis citer kak yan nih..
rupa2nya ada sambungan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 09:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by sya_sugar_sugar at 7-11-2011 21:36
Kredit : Rotikaya

Gossip: Tagih Bantuan Puluhan Ribu Ringgit, Masih Beli Perabot Hiasan Mewah
Kredit : Rotikaya

Gossip: Tagih Bantuan Puluhan Ribu Ringgit, Masih Beli Perabot Hiasan Mewah
         
Sebenar’nya kami berfikir dua kali juga untuk menulis perkhabaran kurang baik yang kami terima baru baru ini.

Kami tidak akan menyebut nama kerana ia’nya terlalu obvious untuk anda semua teka siapakah gelaran selebriti yang kami maksudkan dalam artikel pendek ini.

Baru baru ini heboh di media cetak & elektronik yang selebriti memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk menampung kos perubatan beliau yang mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan.

Lantaran itu, sekumpulan artis berhati mulia telah berkunjung ke rumah selebriti tersebut baru baru ini untuk menyampaikan cek sumbangan bernilai RM20,000 — pihak media turut di’jemput serta.

   ...
juliez Post at 7-11-2011 00:11


Aku tengok dalam Metro paper Ahad. len macam muka Makcik Yan. Tudung tak pakai dah. Rambut panjang.

   Hati Hero Malaya       Oleh NOR AKMAR SAMUDIN
akmar@hmetro.com.my
                       [url=][/url]    [url=][/url]    [url=][/url]       

   
                 
WALAUPUN kini disahkan menghidap tumor di tulang belakang sehingga menyebabkan pergerakannya terbatas dan tidak mampu berjalan, ternyata Azean Irdawaty mempunyai semangat juang tinggi untuk melawan penyakitnya, malah mengingatkan rakan artis yang datang melawatnya supaya jangan menangis.
  Khamis lalu, kumpulan selebriti lelaki yang menggelarkan diri mereka Hero Malaya diketuai Aznil Nawawi melawat primadona itu di rumahnya sambil menghulurkan sumbangan RM20,000. Sumbangan itu bagi meringankan beban Azean yang terpaksa menjalani rawatan dengan kos tinggi.

  Antara artis lelaki yang muncul pada pertemuan petang itu ialah Fazli Yaacob, Iqram Dinzly, Shafie Naswip, Shaheizy Sam, Imran Ajmain, Ainurizam Ainudin, Altimate, Daus AF dan Adi Fashla. Mereka melahirkan rasa simpati melihatkan keadaan Azean yang masih terlantar.
  Lahirlah berapa ramai bintang pun, dia tetap yang satu. Masih segar di ingatan lontaran ucapannya ketika dia menang Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia yang pertama (1980) menerusi filem Esok Masih Ada. Katanya: “Lihatlah Dunia...” Gemilangnya bintang Azean waktu itu dan dia terus menghambakan dirinya kepada dunia seni hinggalah disahkan menghidap kanser payudara pada 2006.

  Justeru, bagi mengenang jasa dan pengorbanannya terhadap  dunia seni, Hero Malaya berusaha mengumpulkan wang bagi meringankan bebannya.

  Mereka menyedari putaran dunia ini bulat dan sesiapa saja boleh menerima nasib seperti Azean. Lantaran itu dalam kesibukan menjalani aktiviti seni, mereka berusaha mencari masa melawat Azean.


  Iqram yang semakin dekat jiwanya dengan kerja kebajikan mengharapkan Azean cepat sembuh dan dapat berlakon semula seperti dulu.

  “Saya antara peminat Kak Yan (Azean) dan mendoakan dia cepat baik. Dalam situasi yang tidak begitu sihat, Kak Yan masih dapat tersenyum dan saya kagum dengan semangatnya.

  “Bukan calang-calang orang dapat menerima dugaan yang sangat hebat itu. Bayangkan Kak Yan yang dulunya sangat aktif kini terlantar akibat penyakit dihadapinya.

  “Meskipun wajahnya ceria menyambut kedatangan saya dan rakan artis lain, namun dalam hatinya siapa tahu. Pun begitu, siapa pun yang diuji oleh Allah SWT mesti sabar dan reda.

  “Apabila kita mendapat sakit tidak perlu bersedih, setiap dugaan yang datang adalah rahmat daripada Allah SWT supaya kita selalu mengingati-Nya.

  “Alhamdulillah, artis muda semakin menyedari mereka ada tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan bukan hanya mengejar glamor dan populariti semata-mata. Hari ini Kak Yan sekeluarga berada dalam kesusahan, siapa tahu esok atau lusa kita pula mendapat dugaan sepertinya.

  “Dalam kita mengejar kejayaan, jangan lupa kepada mereka yang memerlukan. Dengan populariti yang ada pada artis, gunalah peluang yang Allah SWT anugerahkan bagi melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain. Tidak selamanya kita akan sihat walafiat.

  “Semoga kehadiran kami hari ini dapat mengubat hati Kak Yan. Janganlah sesama artis asyik mahu bergaduh kerana kita ada banyak perkara lain yang lebih penting. Kalau kita tidak menolong kawan sendiri, siapa lagi,” katanya.

  Ainurizam Ainuddin atau Riz berkata, dia bersyukur kerana dapat bersama Hero Malaya melakukan kerja kebajikan.

  “Dengan adanya Hero Malaya, semua artis dapat berkumpul dan banyak kerja amal dapat dilakukan bersama. Kalau saya hendak melakukannya seorang diri, agak susah. Hero Malaya dianggotai lebih 20 artis dan jika ada yang sibuk dengan penggambaran, yang lain masih boleh teruskan aktiviti yang dirancang.

  “Dalam hidup ini jangan fikir untuk berseronok saja, sebaliknya kita kena berusaha mencari saham dunia dan akhirat. Kita berkawan bukan ketika dia senang saja, tetapi juga ketika dia dalam kesulitan.

  “Saya berharap lebih ramai artis tampil untuk membantu Kak Yan dan juga artis lain yang dalam kesusahan,” katanya.

  Kepada mereka yang barangkali kurang mengenali Riz, dia pernah berlakon dalam drama Berkalong Noda, Nora Elena dan Arjuna. Dia juga muncul dalam filem Janin, Hantoo Fighter dan Hooperz.

  Sementara itu, Imran Ajmain berasa sangat terharu apabila Kak Yan memintanya menyanyikan lagu popularnya, Seribu Tahun.

  “Saya menyokong usaha Aznil mewujudkan Hero Malaya kerana melaluinya kami semua dapat bersatu. Seronok buat kerja amal beramai-ramai.

  “Kami akan sentiasa  memaklumkan jika ada rakan artis, sama  ada yang lama atau baru, memerlukan bantuan. Melihatkan semangat Kak Yan, saya yakin dia akan cepat sembuh,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 09:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by sya_sugar_sugar at 7-11-2011 21:39



kredit: Syafienaswip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 07:55 PM | Show all posts
anak dia cari duit kott..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.252327 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list