CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
Post time 25-12-2013 10:32 AM | Show all posts
Saje je nicki NIH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2013 10:44 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 24-12-2013 04:23 PM
Zareen kelihatan menundukkan muka. Zack menggigit bibir. Rasa serba salah pula mengeluarkan ayat beg ...

Tiba tiba muncul kate
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Smakin best la plan nicki..wah zek dh jatuh hati...Yeay Yeay..haha ai lak terlebeyy teruja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 12:00 PM | Show all posts
Salam

Saja je buat saspen. Ala2 sinetron gitu...

@khaizarina Kate tak muncul malam tu sebab dia bukan staff..hehehehe

@kakZue Bukan ke KakZue vote Amy?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 12:01 PM | Show all posts
Episode 21

Seminggu telah berlalu. Kemeriahan staff party juga semakin hilang.

Yang belum hilang adalah rungutan Jay. Dia masih tidak berpuas hati kerana hanya mendapat anugerah The Most Celebrity-Me. Jay mengatakan dia sepatutnya turut memenangi MS Got Talent.

Seperti biasa, tiada siapa yang sudi melayan kerenah Jay. Kalau ada pun, sekadar mahu mengambil hati.

Bolly Bolly Dance memenangi tempat pertama. Strategi mereka untuk menukar rentak tarian daripada Bollywood ke Kpop membuahkan hasil. Sepuluh ribu ringgit menjadi milik mereka.

Tempat kedua dimenangi oleh Willy Beatbox. Persembahannya memang mendapat tepukan gemuruh pada malam itu.

Taufan Band tetap berpuas hati walaupun hanya mendapat tempat ketiga. Syukurlah dari tak mendapat apa-apa.



Zack membancuh dua peket Nescafe 3 dalam 1 sekaligus. Sejak dia berhenti merokok, semakin kuat pula Zack minum kopi atau Nescafe. Sistem sarafnya mahukan lebih kafein.

Sambil mengacau minuman, fikirannya melayang kepada malam Staff Party minggu lepas. Zack menghela nafas dengan perlahan.

Lain macam keberaniannya malam itu. Entah kegilaan apa yang merasuk hingga dia tiba-tiba saja nekad mahu meluahkan perasaan pada Zareen. Memang gila punya kerja!

Namun, belum sempat dia mahu meluahkan rasa, nombor Zareen dipanggil untuk cabutan bertuah. Niat Zack untuk meluahkan perasaan terus terpadam. Perbualan mereka juga terhenti setakat itu.

Zack terfikir juga, bagaimana agaknya reaksi Zareen  kalau dia tahu bahawa orang yang Zack maksudkan adalah Zareen sendiri?

Adakah Zareen akan menerima?

Entah-entah, terus Zareen mengadu kepada teman lelakinya. Sudah jadi satu hal pula.

Zack menghembuskan nafas lagi. Rasa kelakar pun ada. Masa dia angaukan si Liana dulu pun, tak adalah teruk begini.  Jampi apalah yang Zareen pakai agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 12:13 PM | Show all posts

laaa..usu dah terlepas show ke...



baru nak suggest lagu jiwangs karats kat taufan band...


mmm....next yearlah yer zack...ada setahun utk practise lagu ni...



eh...tp..maybe next year lagu ni dah tak sesuai lagi...  

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-12-2013 12:21 PM | Show all posts
UsuFie posted on 26-12-2013 12:13 PM
laaa..usu dah terlepas show ke...

Lagu apa?

Iols nak pakai lagu omputeh sebenarnya. Baru urban gitu kannsss *tangan di bahu, mata ke atas*




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 12:22 PM | Show all posts
“Zack. Buatkan aku satu.” Joe Zulkifli muncul di pintu pantry lalu membuat pesanan.

“Kau ingat sini kedai mamak? Main order je…” Tempelak Zack.

“Alang-alang kau tengah buat air, buatkanlah aku satu. Bukan selalu aku dapat rasa air tangan kau.”

“Piiiigiiiidaahhh!”

Joe Zulkifli tersengih dan terus meninggalkan pantry.




“Nah.” Zack meletakkan satu mug berisi Nescafe 3 dalam 1 di atas meja Joe Zulkifli. Joe Zulkifli mengangkat tangan sebagai tanda terima kasih.

“Zack…”

Zack menoleh apabila namanya dipanggil. Zareen tersenyum ke arahnya. Zack senyum sumbing. Setelah hampir-hampir meluahkan perasaan tempoh hari, Zack menjadi agak segan bila berhadapan dengan Zareen. Mujurlah Zareen juga tidak bertanya apa-apa lagi tentang identiti gadis yang telah membuatkan dia jatuh hati.

“GM dah approve newsletter. Can you proceed for printing?”

Zack menganggukkan kepala.

“Thanks Zack.”

“No problem.”

Zareen berlalu, sempat mengukir senyuman kepada Joe Zulkifli. Zack memandang hingga Zareen masuk ke dalam bilik pejabatnya.

“Usha awek nampak?” Joe Zulkifli bersuara. Zack memandang Joe Zulkifli dengan kening berkerut.

“Apa dia?”

“Aku dah lama perhati perangai kau, Zack. Sejak Cik Reen masuk kerja…sampai sekarang. Lain macam cara kau pandang Cik Reen…” Komen Joe Zulkifli.

“Nampak sangat ke?” Soal Zack sambil mengurut tengkuknya. Joe Zulkifli mengangkat kening.

"Sangat." Jawab Joe Zulkifli.

"Jarang aku tengok kau macam ni. Kau memang dah ada hati ke kat Cik Reen?" Joe Zulkifli menembak soalan.

Zack mendiamkan diri. Rasa janggal hendak bercerita dengan Joe Zulkifli. Bukanlah dia nak kata Joe Zulkifli tak ada perasaan. Cuma sikap Joe Zulkifli yang kadangkala seperti sengal-sengal ubi begitu, membuatkan Zack kurang yakin hendak bercerita tentang hati dan perasaan dengan Joe Zulkifli.

Sengal-sengal si Joe Zulkifli pun, dah ada awek. Dia?

“Kalau dah suka, jangan tunggu lama-lama, Zack. Melepas nanti…”

Zack senyum sumbing. “Dia dah ada boyfriendlah…”

“Boyfriend? Iya ke?" Joe Zulkifli meminta kepastian. Zack angguk.

"Mungkinlah kot. Tapikan, setahu aku…Cik Reen tu ja…”

“Dah… buat kerjalah.” Belum sempat Joe Zulkifli menghabiskan ayat, Zack pantas memotong. Malas hendak memanjangkan topik tentang Zareen dengan Joe Zulkifli.

Joe Zulkifli tersengih. Terus menyanyi lagu Fantasia Bulan Madu. Joe Zulkifli sedang stress nampaknya.

Zack kembali ke meja.

Kerja. Kerja. Kerja. Last edited by Nicki_Meow on 26-12-2013 04:29 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2013 12:31 PM | Show all posts

sengal-sengal ubi tu cemana nicki...





lapar...ujan2 ni..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 02:03 PM | Show all posts
Waktu kerja telah tamat.

Zack sedang menunggu Kate di Lobi. Beriya-iya Kate mengajak Zack untuk makan malam bersamanya pada hari ini. Siap berjanji untuk belanja makan lagi. Bersandarkan kepada pepatah ‘rezeki jangan ditolak’, Zack bersetuju.

Sebiji Mentos berperisa pudina dimasukkan ke mulut sebagai cara untuk menghilangkan rasa gian merokok. Nak makan Chupa Chups, terasa segan pula. Terasa seperti kanak-kanak Ribena makan gula lollipop begitu.

Bila ada Kate saja baru Zack makan gula-gula Chupa Chups. Sekurang-kurangnya, tidaklah segan sangat jika ada yang yang meneman.

Dari jauh, Zack nampak Zareen keluar dari pintu lif. Dan seperti biasa juga, Zack memandang dalam diam sambil berkira-kira sama ada mahu menegur Zareen atau tidak.

Hhmmm…

Tak payah tegur. Zareen sudah pun berjalan ke arahnya. Zack pula yang jadi berdebar-debar. Senyuman Zareen yang tak pernah lekang dari bibir itu sentiasa membuatkan dia tak keruan.

Kalau Zareen tak ada teman lelaki kan senang? Malam ini juga Zack akan telefon Puan Mariah untuk menyuruh ibunya itu masuk meminang Zareen.

Gila angau. Memang dah wajib menikah ni.

“Hi Zack.”

Zack mengangguk sambil senyum.

“Lambat Cik Reen turun hari ni? Selalunya, Cik Reen turun lagi cepat dari saya.” Zack memulakan perbualan, pura-pura berlagak tenang.

“Hari ni saya tak drive. Tunggu adik saya datang ambik. Kenalah ikut timing driver…” Zareen menjawab.

“Oohh…”  

“Kenapa awak tak balik lagi?” Soal Zareen pula.

“Saya tunggu kawan.”

Zareen terangguk-angguk. “Siapa?”

Zack menarik nafas. Tak tahu sama ada perlu atau tidak menjawab soalan itu. Dalam masa yang sama, dia benar-benar berharap Kate tak muncul pada waktu ini. Biarlah Zareen pergi dari sini dahulu barulah Kate datang. Hatinya kuat mengatakan, Zareen akan tersalah sangka jika Zareen tahu, dia sedang menunggu Kate.

Kenapa dia nak menggelabah pula ni? Bukannya dia dengan Zareen ada apa-apa hubungan pun.

Pembetulan. ‘Belum ada’ apa-apa hubungan.

Dan untuk menjadikan perkataan ‘belum ada’ kepada ‘sudah ada’, Zack perlu memastikan tiada syak-wasangka timbul antara dia dan Zareen.

Tapi, takkan nak menipu pula?

Panjangnya berfikir. Zareen itu, belum tentu ada hati dengannya.

“Awak tunggu siapa?” Soal Zareen sekali lagi.

“Saya tunggu…”

“Haaiiiiii…”

Zack melepaskan satu keluhan. Sambil memandang Zareen, Zack berkata perlahan.

“Kate.” Last edited by Nicki_Meow on 26-12-2013 02:05 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 02:32 PM | Show all posts
“Oh…tunggu Kate.” Balas Zareen.

Zack senyum sumbing.

“Hi Reen.” Kate menyapa dengan ceria.

“Hi Kate.” Balas Zareen.

“Hey Zack. I bought you this.” Dengan selamba, Kate menarik tangan Zack dan meletakkan beberapa batang Chupa Chups di atas tapak tangan Zack.

Zack mengeluh lagi.

“Thanks Kate.” Kata Zack sambil memandang Zareen. Dapat Zack mengesan riak wajah Zareen bertukar sedikit.

“So..it is Kate?” Tiba-tiba, terkeluar soalan itu dari mulut Zareen.

“Apa dia?" Zack bertanya kembali.

Kate pula terpinga-pinga apabila namanya disebut. “Me?”

“Sorry, forget it. My bad. Tak ada apa-apalah.” Segera Zareen cover-line. Namun Zack sudah dapat menangkap maksud Zareen itu.

“No, it’s not… Kate. Kate dengan saya…kawan je..”

Zareen senyum sinis. Zack tahu, Zareen tak mempercayai kata-katanya.

“Serious, it’s not Kate.”

“It’s okay. I guess… I don’t deserve any explanation from you.” Jawab Zareen, masih tersenyum.

“Zareen… I mean. Cik Reen. Bukan Kate…”

“What…bukan Kate?” Kate pula bertanya. Betul-betul kabur dengan situasi yang berlaku ketika ini.

“I got it, Zack. No worries. Saya faham.” Zareen berkata.

“No…you tak faham. Kate is just a friend. That girl is not Kate. That girl is…”

Telefon bimbit Zareen berbunyi lantas Zareen menjawab.

“I got to go now. BOYFRIEND I, dah sampai.” Kata Zareen.

“Boyfriend? Tadi, Cik Reen kata…adik..”

Zareen senyum. “See you tomorrow…Zack…”

Zack senyum sumbing, tak menjawab.

“Bye Kate.”

“Bye Reen.”

Zareen berlalu. Zack hanya mampu memandang sehingga kelibat Zareen hilang.

“Hey.” Panggil Kate. Zack menoleh.

“Is there anything that I should know?”

Zack angkat bahu.

“Care to explain?”

“Not now…”

“Okay.” Kate terangguk-angguk. “So...makan?”

“Let’s go…”Ajak Zack, perlahan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 11:48 PM | Show all posts
Haha...cik reen cemburu lg...
Adik pun dh btukar jd BOYFRIEND! Mara punya psl

Dh bsimpang siur cite nicki ni pnjg lg lh nmpknya ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 09:48 AM | Show all posts
sarizu posted on 26-12-2013 11:48 PM
Haha...cik reen cemburu lg...
Adik pun dh btukar jd BOYFRIEND! Mara punya psl

Tulah...dah bersimpang siur jadinya....

Harap-harap tak menyimpang terus ke laut dalam....

@UsuFie @Fatehana @ismaha le ni punya pasal.... (tetibaaa...)



Last edited by Nicki_Meow on 27-12-2013 10:08 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 10:01 AM | Show all posts
Zack dan Kate berjalan kaki saja ke KLCC. Kata Kate, dia hendak melihat air pancut. Entah apa anginya si Kate, tiba-tiba pula nak tengok air pancut.

Kate memilih untuk makan di Dome. Zack tak kisah, mengikut saja. Kate yang nak belanja makan.

Setelah membuat pesanan dan minuman, Zack mendiamkan diri. Tak ada mood untuk berbual. Zack hanya memerhatikan orang yang lalu lalang dan melepak di taman KLCC ini walaupun fikirannya tidak berada di sini.

Terasa sakit hati dengan tindak-tanduk Zareen tadi. Langsung tidak mahu memberi peluang untuk dia menerangkan keadaan sebenar. Sememangnya hubungan dia dengan Kate hanyalah sebagai kawan baik, tidak lebih dari itu.

Yang Kate pun satu. Kenapalah perlu muncul saat itu? Bertambah kacau apabila Kate memegang tangannya. Nak halang pun tak sempat kerana tindakan Kate itu di luar jangkaannya.

Nak salahkan Kate seratus peratus pun tidak boleh juga. Memang dia telah berjanji dengan Kate untuk keluar makan.

Tapi, kalau Zack berada di tempat Zareen, sudah pasti dia juga akan tersalah sangka. Kate dengan dia memang nampak akrab. Sesiapa yang memandang pasti akan menyangka, dia dan Kate adalah pasangan kekasih. Hakikatnya…bukan.

Yang menambahkan sebal di hati Zack, boleh pula Zareen mengatakan, boyfriend dia yang datang. Walhal, sebelum itu, Zareen mengatakan ‘adik’.

Jadi, yang datang itu boyfriend ke adik? Kenapa perlu menipu?

Dan kenapa Zareen bertindak begitu?

Cemburu? Tak mungkin.

Tapi, kalau benar Zareen cemburu, maknanya…

“HEY!”

Suara Kate mengejutkan Zack dari lamunan. Zack memandang ke arah Kate. Keningnya berkerut.

“Anything you want to share?”

Zack menggelengkan kepala. Masih kekal mendiamkan diri. Kate memutarkan biji mata.

Keadaan sunyi begitu mula membuatkan Kate bosan. Dia mengeluarkan sebatang pen dari beg tangannya lalu mula melukis sesuatu di atas kertas tisu.

“Hey idiot.” Panggil Kate lagi. Zack memandang Kate tanpa riak perasaan.

Kate menolak tisu itu ke arah Zack.



       ZACK'S FACE



“Idiot.” Kata Zack, terus ketawa. Kurang asam punya Kate!

Kate tersengih. Last edited by Nicki_Meow on 4-1-2014 07:43 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 10:04 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-12-2013 09:48 AM
Tulah...dah bersimpang siur jadinya....

Harap-harap tak menyimpang terus ke laut dalam....  ...



terima kasih diatas pujian....



kan meriah ni dah panjang berjalan plotnya...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 11:22 AM | Show all posts
UsuFie posted on 27-12-2013 10:04 AM
terima kasih diatas pujian....



Ini semua gara-gara AWEK VIOS PUTIH.


Tapi, kalau cerita ni ke laut, jangan marah ek....

Agak berasap juga otak nak fikir + susun plot baru....


Last edited by Nicki_Meow on 27-12-2013 11:25 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2013 11:35 AM | Show all posts
“So…can you at least speak something? Cause I feel so damn bored right now...looking at your silly face.” Kata Kate.

“Okay…okay.” Balas Zack.

“Good. Let’s start with…what happened in the lobby…” Sambung Kate lagi.

Zack senyum sumbing. “Apa yang you nak tahu?”

“What’s wrong with you and Reen? And why both of you keep on mentioning my name?”

Zack mengurut tengkuknya.

“She thought that… something is going on between us…”

“Woooo. Okay. That is…so...hhhmmm….never mind. Kenapa dia ingat, I and you got something’s on?” Soal kate lagi.

“Well, I did tell her…I ada suka somebody. Tapi I tak cakap siapa. So, bila dia tahu I nak keluar dengan you, dia ingat…that girl is you.”

“Oh…okay…” Kate terangguk-angguk.

Seorang waiter datang membawa pesanan minuman untuk mereka.

“Thanks.” Ucap Kate. Waiter itu mengangguk dan berlalu.

“You selalu cakap yang you suka somebody. Tapi, you tak pernah cakap siapa. Who is the girl anyway?” Tanya Kate.

Zack senyum sumbing.

“Oh come on! Kitakan kawan. Cakaplah…siapa?” Kate mendesak sedikit.

Zack menggelengkan kepala. Mata kiri Kate mengecil memandang Zack.

“Zareen?” Teka Kate.

Zack tergelak secara tiba-tiba. Kate bertepuk tangan, teruja apabila mendapati tekaannya tepat.

“I knew it. The way you look at her, talk to her... and how your face looks like when you see her… it’s so obvious that you had fall for her…”

Zack menghela nafas panjang.

“Zack..."

Zack mengangkat kening.

"Is this the first time you fall in love?” Soal Kate. Zack menggelengkan kepala. Nama Liana muncul dibenaknya.

“I’ve been in relationship before…but...” Zack tidak menyambung kata.

“Why? What happen? She dumped you?”

Zack senyum sumbing.

“We’ll talk about it after this.” Sambil melihat jam, Zack bangun dari duduknya. Azan Maghrib bakal berkumandang bila-bila masa dari sekarang. Alang-alang sudah sampai di KLCC, boleh juga singgah di masjid.

“Hey, where are you going?” Soal Kate.

“Pray.” Jawab Zack.

“Oh…okay. Do you really have to?” Soal Kate, masih kehairanan.

“Yes. Why?” Zack juga kehairanan dengan soalan Kate.

“Nothing. It’s just that, most of my muslim friends didn’t…” Kate memandang wajah Zack.

“Never mind. Go ahead.” Kate senyum setelah berkata. Zack angguk dan terus berlalu.

Kate memerhatikan Zack hingga Zack hilang dari pandangan. Last edited by Nicki_Meow on 4-1-2014 07:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 11:43 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-12-2013 11:22 AM
Ini semua gara-gara AWEK VIOS PUTIH.  



Nicki....

tukarlah plot lagi sekali...
biar zack ngan kate lah..

<motip: nnt boleh dpt anak kokesen...>


strong tak motip iols utk buatkan uols tukar plot...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 12:01 PM | Show all posts
UsuFie posted on 27-12-2013 11:43 AM
Nicki....

tukarlah plot lagi sekali...




Motippp tetiba nak sokong Kate?

Alasan nak anak kokesyen takleh blah ...okeh!




Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 01:04 PM | Show all posts
Cek ta pun ckp dia pun nk pregnant lg psl nk ank kokesen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.147815 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list