CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remy_3D

Tourism Brunei

[Copy link]
Post time 26-12-2006 10:17 PM | Show all posts
wokey ni few pics hom amik semasa berkunjung ke Karnival Hujung Tahun 2006 semlm kat Indoor Stadium, Berakas....mostly books, IT accessories, laptops, barang2 dapur...kain2 etc...yg dijual..
hom sempat beli USD LED LIGHT...costs me B$9 jerk...


see the guy at the back (on stage) wearing black Tshirt and a bit white colour ...tu pelakon/penyanyi terkenal Indonesia citer My Heart  AndyIrwanshah ngan Acha...kebetulan berada kat situ...buat promosi kot..














Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2006 10:23 PM | Show all posts
just to share few pics hom amik kat kawasan Gadong...Landscape NBT Toyota dihiasi semcm kawasan yg ada salji...siap ngan karektar kartun apa ntah...sempena perayaan Krismas..











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

eyenee This user has been deleted
Post time 5-1-2007 12:45 PM | Show all posts
my friend want to visit brunei for honeymoon. any suggestion for her?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 08:08 PM | Show all posts

Reply #443 eyenee's post

waaaaaaaa eyenee.... welkam welkam :tq:

tunggu sat gik cik_kak2 kita dari brunei jawab....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 11:38 PM | Show all posts
Originally posted by eyenee at 5-1-2007 12:45 PM
my friend want to visit brunei for honeymoon. any suggestion for her?


honeymoon ekk...:hmm:

well...rasanya kalo tak visit the World largest Kampung Air ngan menaikki boat tak sah le..
a boat ride slalunya costs B$10 per person....tapi kalo nak experience the life of people in Kg Air tu..
bagus amik Kg Air package tour tu...depa bawak trus melawat rumah kat Kg Air tu...kalo tak silap lunch is provided and trus dpt merasa mknan tradisi Brunei that is Ambuyat with the host.

then perhaps melawat Bangunan alat2 Kebesaran DiRaja yg terletak kat city...
Tamu Kianggeh, Jerudong Park, Masjid Sultan Omar Ali saifuddien, Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah,
kalo berminat ngan sejarah...bleh visit muzium di Jalan Kota Batu...kat situ ada Muzium Teknologi Melayu gak berdekatan jerkkk..then there is Brunei History Centre...the Arts and Handicraft Centre, Istana Nurul Iman...Lapau dan Dewan Majlis...
kalo larat leh travel some 100km go to visit the Oil town, Seria...sbb kat sana letaknya the ODGC (Oil and Gas Discovery Centre)..

Tmpt2 rekreasi pong ada..Tasek Lama Recreation Park, the famous Bukit Shahbandar...kalo minat trekking..bleh lihat beautiful scenery from top of the hill 9...

kalo nak soping.....then suggest go to the Mall, Gadong...Gadong area itself is a commercial centre so bnyk kedai kat situ...centre point, restaurants etc..then there is Jalan Tutong soping area gak...kedai textile bnyk kat situ...serupa gak ngan kawasan Delima...or even Kiulap..and Jalan Muara..

Kalo pasal mkn takde masalah...restaurants mostly serve HALAL food...pasar mlm or kat Brunei call it gerai mlm...pong bnyk kat kawasan Bandar tu...food normally sold at B$1 per pack...varieties ada...bleh pilih :bgrin:

souvenir shops pong merata...nanti hom post nama2 shops tu kat sini ekk...not now...hom busy.

Err...suggest bagus contact any Licensed Travel Agent...utk menguruskan jadual perjalanan visiting semua tu...:ah:

List of Travel Agents pong nanti hom paste kat sini...sabar yer...

hope that helps a bit.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 01:29 PM | Show all posts
Originally posted by holmes at 26-12-2006 10:23 PM
just to share few pics hom amik kat kawasan Gadong...Landscape NBT Toyota dihiasi semcm kawasan yg ada salji...siap ngan karektar kartun apa ntah...sempena perayaan Krismas..


http://i23.phot ...




Holmes, kat brunei pun ada benda2 gini ek?   aku ingat cam low profile gitu kalo krismas....

Holmes nanti chinese new year ko snap banyak2 tampal sini ek, kaler2 merah tu smua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2007 01:33 PM | Show all posts
Originally posted by eyenee at 5-1-2007 12:45 PM
my friend want to visit brunei for honeymoon. any suggestion for her?



wei eyenee, welkam welkam '
kawan ko ke ko yang nak honeymoon? malu2 kucing lak


anyway, ko kalo boleh ko tanya kawan ko, the couple minat macam mana? kalo minat nak shopping2, nak nengok musium ke, atau minat nak duk kat tempat yang hutan2 belantara ke trekking, duk kat sungei ke pancing2....

ko specify sikit, jadi nanti forumners brunei bleh advise lagi detail
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 01:45 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 9-1-2007 01:29 PM




Holmes, kat brunei pun ada benda2 gini ek?   aku ingat cam low profile gitu kalo krismas....

Holmes nanti chinese new year ko snap banyak2 tampal sini ek, kaler2 merah tu smua


Ada tapi its not a big thing le....yg ni jerk agak obvious...but memang this area slalu buat all sorts of deisgn utk festive seasons...

definitely kalo musim Tahun Baru Cina...memang hom nak snap bnyk gambar...kalo kat sini bnyk le decorations merah2 tu :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2007 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 21-11-2006 10:48 AM



dia dapat gi brunei pe, aku ni ntah kot dapat tak gi borneo tu....

ooo interesting eh, aku learn something new tu kg air tu largest water village in the world ek

Soalan - aku nengok b ...

Holmes dulu aku ingat Brunei ni kan, most boring place in the world, korang nye only aktivity is main badminton je kat depan rumah..
sorry holmes tu la dulu aku nye mindset.





waaaa..kejam nya minda ko...hehhee, tak per.. cub dulu pn, slalu pikir, sporean main kat bawah flat jer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 03:26 PM | Show all posts
baik plang ku layan ja thread ani dari melayan bod gosip ah... byk ja dusa disana ah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 03:34 PM | Show all posts
guys.. aku kan nambah saja ni ah...

Peristiwa dan Tempat Bersejarah
  
Jambatan Edinburgh
Jambatan Edinburgh adalah mengambil nama sempena lawatan pertama kali Yang Teramat Mulia Duke of Edinburgh ke Brunei dalam tahun 1959. Jambatan ini menyeberangi Sungai Kedayan yang menghubungkan dari Bandar Brunei ke Tutong dan Kuala Belait. Pembukaan rasminya telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Duke of Edinburgh selaku Tetamu Diraja itu sendiri pada 28 Februari 1959 jam 3.26 petang. Ia merupakan salah sebuah daripada empat buah jambatan yang dibina oleh Kerajaan yang menelan belanja sebanyak $2,219,000.00 di bawah peringkat pertama rancangan jalan dan jambatan yang menelan belanja kira-kira $70,000,000.00.  
Ianya adalah antara usaha baginda Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien dalam membaiki dan mempertingkatkan lagi perkhidmatan sosial di Negeri Brunei pada tahun 1950-an.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 03:43 PM | Show all posts
Pintu Gerbang Sempena Peruspaan


Pintu Gerbang sempena Istiadat Perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-29 pada 1 Ogos 1968 telah disembahkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Di-Gadong Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusuf.
Pada asalnya Pintu Gerbang ini didirikan di kawasan Kampong Sultan Lama tapi telah dipindahkan ke sebelah dalam sedikit setelah Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dibina pada bulan Oktober 1993


Jam Peringatan


Jam Peringatan adalah merupakan sebuah tugu yang diperbuat daripada simen. Di bahagian keempat penjuru sebelah atasnya diletakkan sebuah jam Seiko. Ianya terletak di Simpang Jalan Sultan dengan Jalan Elizabeth Kedua iaitu di antara bangunan Setiausaha Kerajaan dengan Pejabat Pos Besar, Bandar Seri Begawan.
      Istiadat perletakkan batu asas bagi Jam Peringatan ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong Malaysia yang pertama, Persekutuan Tanah Melayu, Tuanku Abdul Rahman pada 11 Julai 1959 bersempena dengan lawatan keberangkatan baginda ke Negeri Brunei bermula dari 6 hingga 12 Julai 1959. Dengan terbinanya Jam Peringatan ini ianya melambangkan keteguhan dan keeratan perhubungan antara Negeri Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 03:44 PM | Show all posts
Bubungan Dua Belas



Bubungan Dua Belas merupakan antara bangunan dianggap bersejarah di negara ini. Bangunannya terletak di lereng Bukit Subok, Jalan Residency dan jaraknya dari pusat bandar ialah kurang lebih 1
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 03:45 PM | Show all posts
Lumut Lunting [Dan Pulau Pilong-Pilongan]

http://i60.photobucket.com/albums/h39/deliima/pic-peristiwa-lumut-s.jpg
Lumut Lunting terletak di antara Pulau Sibungur dengan Pulau Berambang di kawasan Sungai Brunei. Lumut Lunting adalah merupakan legenda yang dikaitkan mengenai dengan kisah persabungan ayam di antara Brunei dengan Majapahit seperti yang terdapat dalam Syair Awang Semaun. Cerita persabungan ayam ini telah menjadi cerita lisan yang terkenal di kalangan masyarakat Brunei dan dipertuturkan daripada satu generasi ke satu generasi.
         Menurut Syair Awang Semaun, ketika Brunei diperintah oleh Awang Alak Betatar, Batara Majapahit yang bernama Raden Angsuka Dewa telah datang ke Brunei untuk mengadakan perlawanan bersabung ayam. Raden Angsuka Dewa mempunyai seekor ayam sabung yang perkasa diberi nama Asmara dan telah banyak mengalahkan ayam sabung dari negeri-negeri yang lain. Mamandangkan di Brunei juga terdapat ayam sabung yang perkasa, dipunyai oleh Awang Senuai iaitu anak saudara Awang Alak Betatar. Ayam tersebut diberi nama Mutiara, maka Ratu Majapahit telah menyatakan kepada Raja Brunei untuk mengadakan perlawanan bersabung ayam.
          Dalam perlawanan itu Betara Majapahit telah membuat pertaruhan iaitu jika ayamnya kalah, baginda akan menyerahkan 40 buah kapal serta isi harta di dalamnya kepada Raja Brunei dan sebaliknya jika ayam Raja Brunei kalah, Raja Brunei hendaklah menyerahkan sebahagian daripada wilayah kekuasaan baginda kepada Majapahit.
         Dalam persabungan itu ayam Ratu Majapahit telah kalah dan terbang melarikan diri, lalu jatuh ke laut berdekatan dengan Pantai Muara dan seterusnya menjadi batu, dikenali dengan nama Pilong-Pilongan. Kekalahan ini menyebabkan Ratu Majahapit merasa malu dan murka lalu menyumpah Mutiara menjadi batu. Akibat sumpahan itu, Mutiara yang sedang terbang telah jatuh ke Sungai Brunei dan menjadi batu yang seakan-akan menjadi sebuah pulau kecil dan dikenali dengan nama Lumut Lunting. Kedua-dua tempat ini, Pulau Pilong-Pilongan dan Lumut Lunting masih kekal dan dapat dilihat sehingga sekarang.  
Menurut cerita orang tua-tua, Lumut Lunting ini dipercayai boleh menjadi satu tanda alamat kepada Negeri Brunei, iaitu sekiranya akan berlaku sesuatu peristiwa yang mendukacitakan menimpa Negeri Brunei, menurut kepercayaan, pulau ini tiba-tiba akan ghaib atau hilang. Menurut cerita lain pula jika Lumut Lunting dilanda banjir, adalah juga dipercayai sebagai petunjuk bahawa sesuatu peristiwa yang mendukacitakan akan berlaku ke atas Negeri Brunei.
Bagaimanapun itu adalah sebagai kepercayaan sahaja semata-mata. Sesungguhnya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui



Cendera Lambang Kenangan


Cendera Lambang Kenangan adalah sebuah gerbang yang dibina khas dengan ketinggian 10 meter, yang telah direka khas bagi Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Penukaran Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan. Ianya terletak di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Pembinan Cendera Lambang Kenangan menelan belanja lebih $60,000.00 dan ianya telah disumbangkan oleh Syarikat Brunei Shell. Sementara itu rekabentuknya pula adalah ihsan daripada Arkitek Idris dan jurutera tempatan. Cendera Lambang Kenangan yang tersergam indah ini terukir dengan perkataan Bandar Seri Begawan 1970 - 1995. Pembinaannya dihasratkan untuk membangun dan mengindahkan serta mencantikkan lagi Bandar Seri Begawan. Struktur lambang ini memperkenalkan satu elemen struktur taman tiga demensi.


Istana Darusalam


Istana Darussalam yang terletak dengan megahnya di tepi tebing Sungai Kedayan merupakan contoh sebuah bentuk bangunan Melayu asli yang terbaik di zamannya. Ianya telah dibina daripada kayu dalam tahun 1947 dan kemudian beberapa bahagian seperti tiang dan pak-pak telah diganti dengan konkrit. Bangunan Istana Darussalam ini berwarna hijau dan coklat dengan bentuk sebuah rumah Melayu yang unik. Hingga ke hari ini bangunan istana tersebut dapat dilihat tersegam indah berbeza dengan kelompok rumah-rumah kampung yang terdapat di sekitarnya.  
          Pelbagai upacara negara telah disempurnakan di istana ini, antaranya Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan telah diarak menjadi Bendahara pada 15 Julai 1947 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzddien Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah diputerakan pada 15 Julai 1946.
Istana Darussalam tidak lagi digunakan oleh keluarga Diraja pada ketika ini tetapi pada tiap-tiap hari Jumaat majlis tahlil diadakan di ruang utama oleh pegawai-pegawai dari Masjid Omar 'Ali Saifuddien.  
            Dalam tahun 1951 keluarga Diraja telah berpindah dari Istana Darussalam ke Istana Darul Hana dan untuk seketika Istana Darussalam telah sempat digunakan untuk menempatkan tetamu-tetamu terdiri daripada rakan-rakan sedarjah Duli Yang Teramat Mulia Seri Begawan Sultan ketika menuntut di Malay College, Malaysia.  


Taman Haji Sir Muda Omar' Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.


Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien terletak di pusat Bandar Seri Begawan ialah sebuah taman tempat berlangsungnya upacara-upacara negara seperti Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Hari Kebangsaan, Musbaqah Membaca Al-Quran, Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam dan sebagainya. Sesuai dengan kegunaannya bagi upacara-upacara yang besar, taman ini juga terdapat dua buah pentas yang dibuat daripada konkrit di samping taman bunga sebagai usaha untuk menyerikan dan mencantikan lagi kawasan berkenaan dan juga ibu negara.  
Sebelumnya taman ini dikenali dengan nama Padang Besar, setelah ianya siap diubah suai dan diperindahkan dalam tahun 1983 maka ianya telah ditukar nama menjadi Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien sempena men0gambil nama AlMarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Taman ini juga merupakan tempat yang bersejarah kerana di sinilah juga berlangsungnya Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984.

[ Last edited by  kecubung at 10-1-2007 04:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 03:46 PM | Show all posts
Makam Sultan Sharif Ali

Makam Sultan Sharif Ali bertarikh TH 836 bersamaan TM 1432 terletak di Perkuburan Islam Kota Batu, Bandar Seri Begawan. Sultan Brunei ke-III memerintah dari TM 1425 - TM 1432.
Menurut Salasilah Raja-Raja Brunei, Sultan Sharif Ali yang menjadi menantu kepada Sultan Ahmad dan termasyhur dengan nama Sultan Berkat adalah berasal dari Taif, keturunan daripada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam menerusi Sayidina Hasan. Baginda datang ke Brunei sebagai mubaligh Islam yang bersungguh-sungguh menjalankan dakwah Islamiah. Perkahwinan baginda dengan puteri Sultan Ahmad, Puteri Ratna Kesuma adalah menjadi suatu ikatan yang mengukuhkan kedudukan baginda sebagai mubaligh Islam di Brunei.
Tatkala Sultan Ahmad (Sultan Brunei II) lindung, berkebetulan baginda tidak mempunyai putera, maka dengan permintaan orang Brunei baginda telah dijunjung untuk menjadi Sultan Brunei Ke-III yang memerintah dalam TM 1425 - TM 1432.  


Makam Sultan Bolkiah


Makam Sultan Bolkiah terletak di Kota Batu, Bandar Seri Begawan. Dalam Salasilah Raja-Raja Brunei, Sultan Bolkiah adalah Sultan Brunei yang ke-V. Baginda mula memerintah dianggarkan dalam TM 1485 iaitu setelah ayahanda baginda, Sultan Sulaiman (lindung TM 1511) menurunkan diri dari Takhta Kerajaan.
Sultan Bolkiah adalah Sultan yang gah namanya, dihormati dan dikasihi oleh sekalian rakyat dan pembesar baginda. Baginda suka belayar ke luar negeri dan kemudian membawa oleh-oleh untuk dijadikan bahan kemajuan negara dan rakyat Brunei. Setiap kali apabila baginda berangkat, baginda gemar membawa nobat (gendang) kebesaran Diraja, kerana itu baginda terkenal dengan nama 'Anakkuda Ragam' atau 'Nakhoda Ragam'.  
Dalam Brunei in the Boxer Codex, baginda disebut Sultan Salan iaitu sebutan bagi Sultan Abdul Salam Bolkiah, manakala dalam Hikayat Hang Tuah, baginda terkenal dengan gelaran Adipati Sulok.
          Dalam zaman pemerintahan baginda, kekuasaan Brunei bukan sahaja meliputi keseluruhan Pulau Borneo bahkan Pulau-Pulau Suluk, Palawan, Balayan, Mindoro, Bonbon hingga Saludang. Sultan Bolkiah yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat Brunei lindung pada TM 1524 ketika dalam pelayaran membawa permaisuri baginda Puteri Laila Menchanai ke Brunei.


Makam Sultan Muhammad Kanzul Alam  

Makam Sultan Muhammad Kanzul Alam terletak di atas sebuah bukit arah timur laut, kira-kira 200 meter dari letak kereta VIP Kubah Makam Diraja. Baginda yang terkenal dengan mana 'Pengiran Di-Gadong Ayah' merupakan Sultan Brunei ke-21 yang memerintah Brunei. Baginda dimasyhurkan menjadi Sultan dalam TM 1807 dan turun dari takhta dalam TM 1826 atas sebab kesihatan baginda yang tidak mengizinkan untuk terus memerintah Brunei dan digantikan oleh putera baginda Sultan Muhamad Alam
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 03:56 PM | Show all posts
Hom, d Blue Bldg atu u nda tau ka?? atu  bgnan Majlis Mesyuarta Negara.. kiranya mcm bangungan Parlimen la tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2007 08:59 PM | Show all posts
Woo...:clap::clap:

good info tu kecubung...tengkiu...sbb kalo kan arapkn hom sja adoi...nda larat..

more info lagi le cub..kalo ada lagi ah..sharing is caring maa...:bgriN:
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 09:00 PM | Show all posts
Originally posted by kecubung at 10-1-2007 03:56 PM
Hom, d Blue Bldg atu u nda tau ka?? atu  bgnan Majlis Mesyuarta Negara.. kiranya mcm bangungan Parlimen la tu...


Awu tau udah hom...my sibling gtau...hom ani bkn jua brpa rajin jenjalan...

skali melintas ada bangunan baru lawa lagi kaler atapnya tu...kalo siap karang musti lawa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 09:15 AM | Show all posts
hom. u rajin jenjalan bwa kamera ah.. try gmbr kubur dang Ayang  yg dkt paking TAIB bandar ah.. d stori so tragis maaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 12:25 AM | Show all posts
wow, kecubung pun rajin tampal info di sini...
fea ani balik2 udah kan join, tapi ketinggalan sana kamera atu....
esok fea kan ke tamu..i'll try and take pics esok...
lama udah nda ke tamu......

hom, nda bekirim durian?
fea sejak balik ani, makan durian ganya keraja.....nyaman.......
mana tah nda lakas baik damam....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.162499 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list