CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: af_mania

[SARANG AF2015 V3] Konsert 8 - Tema: Pilihan WPH. Lagu2 duet #2042

[Copy link]
Post time 15-9-2015 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Puas hati aku cikta berambus.
Ko mmg x layak jd juri. Bimbo kuat sentap. 2x5 mcm laki sdri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk juri panggil Nadia Nissa or abam haron ajis OK x? Mintak laa org2 astro baca komen iols nih, zizan tu boleh x dia tunjuk yg dia buat keje sket.Jgn LA mkn gaji buta mcm bahabi Sgt. Cer laa google latarbelakang pelajar, wat homework, kdg iols tgk lagu budak2 nyanyi mlm konsert pon dia tercanggak2 terpaksa tengok cue card. Mcm x prepare, yg dia tau lawak2 retarded spastik, lawak membahan org je modal dia. Wpun tok nil kertu n hover tp superb sbg pengacara, AC pon not bad. Plsss laa klu pengacara x BG semangat kt bdk2 mcm mna diaorg nk Ada semangat perform. Ingat lg mcm mna AC dok every time rehearsals mesti kaw2 BG semangat nsupport. Zizan dgn muka can bagos, baca twitter pon sangkut2 plsss laa. Bosannya AF tahun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 05:00 AM From the mobile phone | Show all posts
kelakar siot thread ni.iolss thibur sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 07:21 AM | Show all posts
tak tahu dan x de kena mengena dengan AF2015..tak yah nak pm aku k


tentang cik ta..

aku suka cik ta..

tindakan cik ta tarik diri  aku setuju.
pengetua season2 dulu pun ada yang x puas hati dengan pengkritik..tapi mereka profesional tak de emosi..

ok lagipun aku  busy dengan unit/jabatan lain so tak de masa nak layan konsert dan diari...



off topic...dapat info dari member aku

Aman AF2014 dah ada second single..tunggu nak masuk studio & baru2 ni pergi casting untuk sebuah Filem
Ewal AF2014 sedang recording second single

Firman AF2014 aku tak tahu .. 1st album masih dalam proses rakaman rasanya

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni berani tak che ta pegi singapore?  Tak takut kena boo ke..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 astro jangan ambil juri yg ada kena mengena dgn mana2 pelajar....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2015 08:23 AM | Show all posts
miszaimi replied at 14-9-2015 11:49 PM
Panggil je adlin  balik.membina je komen  die .lg pun die mcm takde job je.hehe

Afdlin masuk hospital kena denggi
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 08:50 AM | Show all posts

hahahahaha.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
sam_survivor replied at 15-9-2015 08:23 AM
Afdlin masuk hospital kena denggi

Rasanya i type adlin .bukan afdlin.btw.semoge cepat smbuh to afdlin.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 09:23 AM | Show all posts
apa yang edry jerit eh..
aku tgk lepas che ta komen,s emua org pandang arah edry..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 09:40 AM | Show all posts
sepitsiput replied at 14-9-2015 03:24 PM
Somehow meols rasa kritikan che ta tu xde salahnya..cuma pemilihan perkataan je yg buat ramai butt ...

Kaka siput membuat iouls teringat anak ikan iouls yg sekarang diulit bahagia bersama Datin Velvet.. Menchikk. Antara contestant yg me paling suka
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 10:58 AM | Show all posts
dah macam transgender lak aku baca kuikui
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:10 PM | Show all posts
miszaimi replied at 15-9-2015 09:03 AM
Rasanya i type adlin .bukan afdlin.btw.semoge cepat smbuh to afdlin.

Haha dah tua, mata rabun adlin pun ok. best dia komen, bernas dan jujur.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:25 PM | Show all posts
harap2 ambik Ogy

pastu Ogy belasah teruk2 budak2 AF kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:28 PM | Show all posts
minggu ni Che Ta & Edry bermaaf2an di pentas AF

sumber: orang kuat astro

semua itu drama king jer

dah plan awal2
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
santubung replied at 15-9-2015 12:25 PM
harap2 ambik Ogy

pastu Ogy belasah teruk2 budak2 AF kali ni


Tgk ig , Kak Ogy sibuk biz sambal goreng
Nampak sedap plk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 12:48 PM | Show all posts
Drama lebih la che ta ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2015 12:51 PM | Show all posts
Edited by af_mania at 15-9-2015 12:53 PM

Sempena tema IKON muzik negara, i nak post some info tentang 7 ikon negara. Uols kalau rajin boleh la tambah2. Dimulakan dengan ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid.

BIODATA SHEILA MAJID



Nama penuh: Shaheila binti Abdul Majid
Tarikh lahir: 3 Januari 1965 (50 tahun)
Tempat Lahir: Kuala Lumpur, Malaysia
Keturunan: Mandailing-Jawa
Genre: Jazz, R&B
Tahun aktif: 1985-kini
Label     Titra Industries Sdn. Bhd.
Roslan Aziz Productions (RAP)
EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.
Pasangan: Hashridz Murshim Hassim atau Acis

BAGAIMANA SHEILA MAJID MEMASUKI INDUSTRI SENI SUARA?

Muzik merupakan sebahagian daripada kehidupan beliau dan keluarganya ketika semasa membesar. Menyanyi adalah bermula sebagai satu hobi oleh beliau. Beliau mula belajar bermain piano ketika berusia empat tahun. Beliau menyinar bersama bakatnya secara kebetulan iaitu ketika menyanyi di majlis salah seorang rakan ketika berusia 17 tahun. Pada ketika itu, bakatnya disedari oleh seorang pengeluar muzik yang tertarik dengan suaranya lantas menjemput beliau untuk satu uji bakat. Beliau telah diuji bakat oleh Roslan Aziz dan telah diberikan satu kontrak pada tahun 1982.

AWAL KERJAYA

Setelah menandatangani satu kontrak pada tahun 1982, beliau mengambil masa selama tiga tahun untuk menyerlah pada tahun 1985 dengan kemunculan albumnya yang bertajuk ‘Dimensi Baru’, yang kemudiannya memenangi pengiktirafan emas. Seterusnya, menerusi album ‘Emosi’ yang dikeluarkan setahun berikutnya, menjadi suatu kelainan yang lebih ketara khususnya pada genre muzik yang diperkenalkan olehnya. Sentuhan muzik Jazz dan R&B yang ketara telah membuka minda masyarakat ketika itu untuk meneroka genre muzik, khususnya musik Jazz yang dipelopor olehnya.

MELEBARKAN SAYAP KE JAKARTA

Menerusi album Emosi juga, Beliau telah mendapat kepakaran dari negara jiran, termasuk susunan dan ciptaan lagu. Justeru, beliau cuba untuk menguji pasaran di Indonesia. Ternyata usaha keras beliau bersama rakan-rakan yang menjadi tulang belakang kariernya menjadi tidak sia-sia kerana sambutannya sungguh di luar jangkaan. Nama beliau begitu megah di Indonesia dan menjadi idola masyarakat di negara tersebut. Walau bagaimanapun, tidak kurang juga mendapat kritikan hebat di kalangan pengamal media di Indonesia yang mempersoalkan kejayaannya. Namun, kuasa peminat adalah melebihi segala-galanya kerana beliau dapat menawan bandar-bandar utama di negara tersebut seperti Bandung, Jogjakarta, dan banyak lagi. Hasilnya, beliau telah memenangi ‘Anugerah BASF’ sebagai ‘Artis R&B Wanita Terbaik’ pada tahun 1987 yang tidak pernah sebelumnya dimenangi oleh artis bukan dari Indonesia. Kejayaannya di Indonesia telah diperkukuhkan lagi dengan konsert jelajah di seluruh negara pada tahun 1988.

TERUS TERBANG TINGGI

Kejayaan beliau tidak hanya di negara jiran tersebut. Sekali lagi, nama beliau telah mencatat rekod muzik di Malaysia apabila kejayaannya merakamkan lagu di negara Jepun. Beliau dijemput untuk membuat persembahan di Tokyo Music Festival pada tahun 1989. Pada masa yang sama, beliau telah melakar sejarah apabila mendapat anugerah platinum untuk album ‘Warna’ pada tahun 1988. Melalui undian yang telah dibuat di dalam akhbar New Straits Times, para pembaca telah memilih beliau sebagai bintang pilihan pembaca selama empat tahun berturut-turut antara 1987 sehingga 1990. Datuk Sheila Majid terus unggul dengan kelahiran beberapa lagi buah album termasuklah album Lagenda, Ratu dan Ku Mohon serta beberapa buah single yang tetap mendapat sambutan ramai terutama sekali peminat setia beliau. Kini, setelah mencapai usia 30 tahun dalam bidang seni suara, nama Sheila Majid terus unggul.

SENARAI ALBUM



Album Studio

    Dimensi Baru (1985)
    Emosi (1986)
    Warna (1988)
    Legenda (1990) Pek semula pada tahun 2008 Lagenda XVI
    Ratu (1996)
    Ku Mohon (1999)
    Cinta Kita (2004)
    Legenda XV XX (2006)

Album Pelbagai

    Hitam Putih Kehidupan (1987) (penampilan bersama Noraniza Idris, Anuar Zain dan lain-lain)
    Ikhlas (1991) (penampilan bersama Zainal Abidin Mohamad, Afdlin Shauki dan lain-lain)
    Ikhlas Live (1994)
    One Rhythm (1994)
    R.A.P. 96 (1996) (penampilan bersama Zainal Abidin, Liza Aziz, Afdlin Shauki dan lain-lain)
    Cinta Abadi (1997)
    Silat Legenda: Original Soundtrack (1998)
    Ikan Kekek (2000)

Album Kompilasi

    The Best of Sheila Majid: Vol. I (1989)
    The Best of Sheila Majid: Vol. II (1991)
    Legenda: The Concert (Live) (1992)
    Gemilang (Live Collections) (1993)
    Ratus Selamanya: Best Collection with Ruth Sahanaya (1999)
    Sheila Majid 15 (2001)
    The Best of Sheila Majid: Ballads (2003)
    Sheila Majid (2004)
    The Best Of (2006)
    Sheila Majid 25 Years - Dengarkanlah (2010)

Lain-lain Album

    Gemilang Timeless... (1993)
    Wanita (1995)
    Cinta Jangan Kau Pergi (1997)


ANTARA PENCAPAIAN SHEILA MAJID

Anugerah Kemabara AIM 1996
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) AIM 1996 (Ratu)
Album Pop Terbaik AIM 1996 (Ratu)
Lagu Terbaik AIM 2000 (Ku Mohon)
Album Pop Terbaik AIM 2000 (Ku Mohon)


GARIS MASA PENCAPAIAN/KEJAYAAN SHEILA MAJID

    1985: Album debut, Dimensi Baru
    1986: Album kedua, Emosi keluar di Malaysia & Indonesia
    1987: Penyanyi pertama bukan warga Indonesia yang memenangi Penyanyi R&B Terbaik di Anugerah BASF, Indonesia
    1988: Album studio ketiga, Warna
    1989:
        Memenangi America's International Star Search Award bagi kategori Best Female Vocalist
        Membuat persembahan di Tokyo Music Festival
    1990: Artis Malaysia pertama menawan Jepun dengan album Emosi, Warna dan single Sinaran (dari album Lagenda)
    1991: Konsert Lagenda di Stadium Negara, Kuala Lumpur
    1996: Artis Malaysia pertama yang membuat persembahan solo di London's West End, Royalty Theatre
        Membuat persembahan di Ronnie Scott's Jazz Club, London
    2000: Membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas bagi meraikan ulangtahun ke-15 kerjayanya dalam industri muzik
        Memenangi Lagu Terbaik & Album Pop Terbaik di AIM20
        Mewakili Malaysia untuk konsert Diva S.E.A di Jakarta
    2004: Album ke-7 Cinta Kita keluaran Warner Music Indonesia menduduki carta Pop Indonesia
    2006: Album pek semula Legenda XV XX di bawah label EMI Malaysia
    2012: Menerima "Anugerah Khas Planet Muzik" dalam Anugerah Planet Muzik di Max Pavilion, Singapura bagi mengiktiraf sepanjang 27 tahun penglibatan beliau dalam bidang muzik
   

LAGU-LAGU SHEILA MAJID YANG PERNAH MEWARNAI AF


1. Memori - Aza AF1
2. Dia - Liza AF1
3. Sinaran - Rosma AF1
4. Aku Cinta Padamu - Mas AF2
5. Ku Mohon - Nurul AF2
6. Inikah Cinta - Amylea AF3
7. Antara Anyir dan Jakarta - Amy AF3
8. Warna - Ekin AF3
9. Emosi - Farhan AF4
10. Lagenda (Medley) - Pelajar AF6
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 01:08 PM | Show all posts
antara lagu2 sheila majid feveret iols...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2015 01:10 PM | Show all posts
Frontpage updated dgn video2 lagu tugasan minggu ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.681008 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list