Edited by ipes2 at 14-2-2017 04:37 AM
TIMES UP!!!
Jawapan yang tepat ialah 2) ie metabolisma cells darah merah yang tua
Cell darah merah takde Nucleus, ie takde enjin utk terus hidup; maka apa apa tenaga bekalan yang dia ada hanyalah padan untuk dia hidup dan bertugas 120 hari sahaja. Selepas itu, ia mati lalu ditelan oleh Macrophage.
Dalam cells darah merah, ada Haemoglobin (Hb). Hb ini dibuat dari satu Heme, 4 rantai Globin dan satu ion besi (Ferum).
Bila sudah dimakan oleh Macrophage, Heme tadi akan akan diconvert menjadi Biliverdin.
Selepas itu, Biliverdin diconvert menjadi Bilirubin.
Bilirubin lalu dibawa ke hati.
Hati lalu me-metabolize Bilirubin ini lalu dilepaskan kedalam Bile (hempedu).
Bile membawa Bilirubin ke dalam intestine.
Bacteria yang tinggal didalam intestine mengubah Bilirubin menjadi Urobilinogen.
*Sesetengah Urobilinogen diserap balik oleh intestine lalu dibawa ke kidney.
..lalu dibuang kedalam urine.
Di dalam urine, Urobilinogen menjadi Urobilin; ini ada kaler, maka jadilah urine kita kaler sepertimana Urobilin iaitu kekuningan.
*Sesetengah Urobilinogen tak diserap, lalu terus tetap di dalam intestine bersama poo.
Di dalam intestine, process oxygenation mengubah Urobilinogen yang tinggal kepada Stercobilin; stercobilin ini ada kaler, brown brown gitu; maka jadilah poo itu brown brown gituh
|