|
Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`
[Copy link]
|
|
Apa yang orang di negara lakukan untuk menghindar entiti dari bergentayangan...
Mereka(orang yg tidak dikenali) yang mati dibunuh atau orang yang membunuh diri di tanam jauh dari perkampungan dan selalunya ditanam di tepi jalan, atau dipersimpangan jalan.
Ini untuk mengelakkan entiti ni datang ke perkampungan atau untuk mengabuinya ke mana hala hendak di tujuinya.
Kekadang mayat di paku atau dilekatkan di dalam kubur,untuk memastikan entiti ni tak dapat bangun.
Kepala dipenggal dan diletakkan dicelah antara dua kaki.
Kaki diikat agar tidak boleh berjalan keluar dari kuburan.
Badan mayat di pisah-pisahkan dan di asimgkan penanamannya.
Mayat dibakar sehingga menjadi abu.
Mengeluarkan jantungnya.
Mencurahkan airyg mendidih atau minyak yang mendidih ke atas kuburnya.
Menjahit atau mencucuk duri dari pokok yang terpilih dan ditanam bersama mayat.
Menanam mayat bersama-sama salib yg diletakkan di celah ketiak, di bawah dagu dan dada.
Mayat di telangkupkan untuk mengelakkan daripada ia ketahui arah mana hendak keluar.
Merejam baji dengan sekali tusukan ke dada menembusi jantung.
Menabur batu kerikil atau kemenyan agar entiti dapat makan secukupnya.
Meletakkan bawang putih ke dalam mulut mayat.
Bijiran gandum di tabur ke atas mayat dan keranda supaya apabila ia bangun ia akan mengira bijiran tersebut dan memakannya.
Duri pokok mawar liar di taburkan atau di letakkan di atas keranda agar ia susah untuk bangun.
Menunggu beberapa hari untuk memastikan bahawa ia tidak bertukar menjadi entiti.
Menanam makanan kegemarannya semasa ia hidup agar ia berpuashati.
Mematahkan lehernya. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu cerita:
Satu kumpulan remaja yang agak tampan duduk di tangga sebuah bangunan yang menghadap ke laut.Melihat akan kecantikan ufuk pagi yang akan menjelma.
Apabila mentari mula menyinar, mer ...
rdzaccess Post at 17-11-2009 23:15
kelako gile yg ni |
|
|
|
|
|
|
|
ya allah...dalam kelekaan membaca..tertiba ada gambar..
terus tersentap.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam pada aku mengklik kat forum nih fikiranku taklah concentrate sangat.
Kekadang aku baca tapi tak mengenal erti kandungannya.
Satu klik satu page ke satu page, fikiran aku kosong sebenarnya...
Dan aku mengambil keputusan untuk keluar sebentar.
Apa yang sebenarnya terjadi pada diri ini.
Di masa kawasan disini sibuk membuat persiapan untuk menyambut Aidil Adha.
Aku kesunyian ketika ini, seperti nya aku kesunyian ketika satu masa dahulu.
Rajuk ku membawa aku jauh ke perantauan.......(tapi dalam Malaysia ajer la...)
Maka bermulalah pengalaman aku yang ku simpan ( dan serasa tak akan ku simpan lagi).
Supaya ada yang tau bahawa mistik ini hanyalah mempunyai pengalaman yang sedikit dan pengetahuan yang terbatas jikalau kita sendiri menjaga batas batas nya.
Lihat ke arah hadapan,melangkaui batas kenormalan dan ia akan membuat kita terdiam berfikir dalam pengamatan mendalam yang amat dalam sehingga para kebiasaan tidak kecapaian. |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah aku merajuk ngan keluargaku, maka aku pun keluarlah.
Tiada wang dalam saku, dan hanya sehelai sepinggang aku membawa diri.
Berjalan aku dengan laju dan kemudian perlahan apabila telah jauh dari tempat aku bernaung.
Ke mana kan ku tuju...
Beberapa tempat telah ku senaraikan dan di antaranya adalah tempat tempat yang pernah aku jejaki.
Mataku kabur lantaran genangan air mata yang tak mampu aku keringkan.
Aku melangkah dan cuma beberapa kilometer saja perjalanan dan aku duduk di sebuah stesen bas.
Kemudian aku termenung.
Masih belum terlambat untuk aku patah kembali.
Namun hatiku menolak jauh.
Biarlah ini menjadi era kehidupan.
Tiada lagi sedara dan tiada lagi keluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah agak lama terasa pulak dahaga.
Aku tahu tiada wang di dalam kocek seluar mahu pun bajuku.
Namun aku menyeluk dan meraba raba juga kocek seluardan bajuku.
Hampa....
Aku pun mula berjalan kembaki.
Deretan kedai ku susuri.
Aku berhenti seketika.
Terik mentari membuat aku kurang bermaya.
Sekali lagi aku menyeluk saku dan kali ini mengeluarkan dompet yang agak usang.
Ku belek belek dan isinya ku keluarkan satu persatu.
Manalah tahu ada pulak duit not yang terselit.
.......Tiada.........
Aku membelek satu persatu dan aku tersenyum gembira.
Satu kad keras berwarna kuning aku amati dan dengan genggaman erat mencari bangunan yang tertera lambang sepertiyang ada pada kad tersebut.
Setelah beberapa blok bangunan maka aku pun sampailah.
Aku mencucuk ke dalam slot mesin dan melakukan apa yang harus di lakukan untuk mengeluarkan wang yang ku simpan untuk kecemasan.
Ku genggem erat jua ketulan not kertas dan berjalan ke sebuah kedai makanan yang berdekatan.
Duduk aku agak lama di situ sambil menghilangkan penat, dahaga dan kelaparan.
Fikiranku merungkai persoalan bagaimana aku harus meneruskan perjalanan hidup
ini.
Kemudiannya aku bercadang untuk pergi ke Frasers Hill kerana aku pernah berkerja di situ pada satu waktu dahulu.
Mungkin ada lagi kekawan yang mengenali aku walaupun aku tahu bahawa aku telah meninggalkan tempat itu hampir duabelas tahun lalu.
Aku nekad dah sekarang.
Dan aku menunggu bas untuk ke sana setelah berjalan agak jauh di sebelah sana bandar. |
|
|
|
|
|
|
|
salam bro....
mekasih ceta baru.... |
|
|
|
|
|
|
|
Satu cerita:
Satu kumpulan remaja yang agak tampan duduk di tangga sebuah bangunan yang menghadap ke laut.Melihat akan kecantikan ufuk pagi yang akan menjelma.
Apabila mentari mula menyinar, mer ...
rdzaccess Post at 17-11-2009 23:15
ni iklan tv pasal spek gelap .. rayban kot.. atau brand lain.. tak ingat dah... |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf ....Rancangan tergendala sebentar..... |
|
|
|
|
|
|
|
451# rdzaccess
astaghfirullahhalazim.. terkejut tengok gambar clear ni, penanggal, kroit dapat tengok pun dalam bentuk hitam je, ni clear sangat terkejut jap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan:
Agak lama jugak bas yang di nanti kemudiannya tiba.
Aku pun terus naik dan tak pandang belakang lagi...
Tiket yang berharga dua ringgit tiga puluh sen ku beli dan bas pun memulakan perjalanan ke Kual Kubu Baru.
Melalui Jalan Ipoh dan ke Rawang.
Ada kalanya laju dan adakalanya perlahan dan adakalanya berhenti.
Aku asyik memandang panorama disebelah ku. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan............
Setiap kali aku memandang ke luar setiap kali itulah hati ku sebak. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rdzaccess at 3-2-2010 23:59
Akhirnya aku sampai ke Kuala Kubu.
Tempat yang pertama aku tuju adalah masjid.
-Gambar hiasan-
Masjid yang tersergam indah itu sunyi.
Maklumlah agak beberapa lama sudah selesainya waktu Zohor.
Aku mencari tempat untuk aku melepaskan penat setelah berjalan agak jauh dari perhentian bas Kuala Kubu Bharu.
Oleh kerana aku tiada ketetapan untuk berhenti di mana mana maka Masjid yang aku lewati dalam perjalanan dengan bas tiada ku endahkan.
Kini aku harus berjalan memudik jalan untuk sampai ke Masjid. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebuah bangku panjang diperbuat daripada batu konkrit menjadi tempat aku melabuhkan punggung.Setelah berehat beberapa lama maka aku pun menuju ke tempat wudhu’ dan seterusnya mengerjakan solat Zohor. |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah sudah aku menuju ke sebuah gerai.
Terletak di bawah sebuah pokok yang betul betul berhadapan menghadap pintu besar masjid dan kurang lebih tujuh puluh lima meter jaraknya.
Gerai yang besar untuk bergelar demikian hanya ada tiga orang sahaja, dua orang wanita dan seorang lelaki.Mereka agak sibuk dengan kerja masng masing.Mungkin setelah ada gerombolan orang yang makan tengahari.
Aku duduk di sebuah kerusi yang tersedia kemudian menunggu. |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah selesai mereka membuat kerja yang sepatutnya kedua dua wanita itu duduk melepaskan penat sementara si lelaki datang mendapatkanaku dan duduk di sebelahku.
Sambil tersenyum dia bertanyakan pesananku.
Aku memandang di sekitar gerainya dan setelah mengamati aku memesan nasi ayam dan segelas teh.
Dia kemudiannya bangun menuju ke dapur untukmembuat air sementara seorang daripada wanita tersebut menyiapkan nasi ayam. |
|
|
|
|
|
|
|
Hidangan pun sampai...
"Allahumma bariklana fimaa razaktanaa waqiina azaabannaar"
Dengan segera aku memulakan suapanku sesudah meneguk air teh. |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah makan aku cuma duduk bersandar ajer.
Mataku melirik memandang di sekeliling.
Fikiran ku ligat mencari solusi.
Berbagai pertanyaan dihamburkan kepada diriku sendiri.
Ke mana akan aku pergi selepas ini?
Aaaah...kejadian belum berlaku,...apa nak dirisaukan...
Masjid dah ada depan mata...tumpang ajerlah kat situ...
Memujuk hatiku kepada fikiran yang bermain ngan soalan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|