CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

NUR KASIH THE MOVIE

  [Copy link]
Post time 16-5-2011 12:11 PM | Show all posts
adeh..xd sinopsis ke citer nih ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2011 08:38 PM | Show all posts
2 hari lagi kan.........
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 03:02 PM | Show all posts
huhu...cite lom setart lagik...tapi benang dah masuk 19 page...tabik!!!
aku pun cam teringin jerk terjah panggung wayang tgk cite ni...actually masa Nur Kasih series dulu2 hubby aku yg menghasut aku tgk cite ni...tak tau dia interested tak nak tgk cite ni kt wayang...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 03:06 PM | Show all posts
malam ni dah start kan???
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 05:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by hijau88 at 18-5-2011 17:11

yes.

        
ini showtime utk hari ni ya.

Showtimes Result        Wed, 18 May | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25
Nur Kasih The Movie (U)
1 Hour 34 Minutes, Malay
Date: Wednesday, 18 May 2011
GSC - MID VALLEY, KUALA LUMPUR [Cinema Info]
Phone Reservation:
11:50PM   
GSC - PAVILION KL, KUALA LUMPUR [Cinema Info]
Phone Reservation: 03-83123456
12:30AM   
GSC - BERJAYA TIMES SQUARE, KUALA LUMPUR [Cinema Info]
Phone Reservation: 03-83123456
11:40PM   
GSC - ALAMANDA PUTRAJAYA, PUTRAJAYA [Cinema Info]
Phone Reservation: 03-83123456
11:00PM   
GSC - SUNWAY CARNIVAL, PRAI [Cinema Info]
Phone Reservation: 04- 2223456
12:15AM   
GSC - DATARAN PAHLAWAN, MALACCA [Cinema Info]
Phone Reservation: 06-2810018
12:20AM   
GSC - EAST COAST MALL, KUANTAN [Cinema Info]
Phone Reservation: 09-5609950
12:10AM   
CATHAY CINEPLEXES - PRANGIN MALL, PENANG [Cinema Info]
Phone Reservation: 1-300-886684
09:35PM   11:35PM   
CATHAY CINEPLEXES - CITY SQUARE, JOHOR BAHRU [Cinema Info]
Phone Reservation: 1-300-886684
09:50PM   
MEGA CINEPLEX - MEGAMALL PINANG (Level 4), PRAI [Cinema Info]
Phone Reservation: 04-399 2588
09:45PM   11:30PM   
MEGA CINEPLEX - LANGKAWI PARADE, LANGKAWI [Cinema Info]
Phone Reservation: 04-9661006
11:15AM
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 09:23 PM | Show all posts
nih kompem penuh panggung2 berdekatan nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2011 09:24 PM | Show all posts
nurkasih nih ader masuk tak lam Astro First
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 11:33 PM | Show all posts
Reply 468# yatt_takez

xde rasa nyer..sbb kat promo NKTM tulis hanya di pawagam SAHAJA...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2011 07:56 AM | Show all posts
nurkasih nih ader masuk tak lam Astro First
yatt_takez Post at 18-5-2011 09:24 PM



hari tu ada terdgr masa interview gan fizz fairuz....
dia bgth tak kan ada kat astro first nyerrr....
yee arrr bagus gak kalau tak bg masuk kat astro.....
cos org akan gi cinema laa utk tonton
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 07:57 AM | Show all posts
sapa dah start tgk hari nih cepat2 review tau.......
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:21 AM | Show all posts
goin to KUANTAN hari ni.. nk g tgk.. maybe kt teruntum.. huhu~

dr review yg dbace dlm FB NUR KASIH THE MOVIE, sume duk puji mlambung..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:22 AM | Show all posts
Reply  yatt_takez

xde rasa nyer..sbb kat promo NKTM tulis hanya di pawagam SAHAJA...
harkktuih Post at 18-5-2011 11:33 PM



    mmg kena g serbu panggung gak la...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 09:37 AM | Show all posts
hari tu ada terdgr masa interview gan fizz fairuz....
dia bgth tak kan ada kat astro first ny ...
eddlisa_uyuk Post at 19-5-2011 07:56 AM



    klu nak ikot...citer nih mmg tak patot pon masuk astro first....rs lg best tgk kat panggung...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 10:15 AM | Show all posts
dh tgk...kt jusco bkt tinggi start tayang dari ari selasa (17/05/2011) lg. xtau sebb apa awal sgt
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 11:25 AM | Show all posts
dh tgk...kt jusco bkt tinggi start tayang dari ari selasa (17/05/2011) lg. xtau sebb apa awal sgt
amyainsamad Post at 19-5-2011 10:15



    so mcm mana?? best ke? Bpe bintang?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 11:50 AM | Show all posts
Reply 475# amyainsamad

awal nyer?ingat 1st show kat bukit tinggi mlm td 11.40...huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2011 12:05 PM | Show all posts






Penulis Nur Kasih lebih rela bekerja bersama suami

BARANGKALI ada yang tertanya, siapa wanita yang muncul di muka depan ruangan Hip hari ini. Pada ketika wajahnya mungkin tidak begitu dikenali, namun karya sentuhannya menjadi ikutan ramai serta berjaya meruntun jutaan jiwa.
Dialah insan kreatif di sebalik kejayaan Nur Kasih, drama rantaian yang berjaya mencetuskan fenomena sehingga disaksikan lebih 19 juta penonton. Mulai hari ini, Mira Mustafa tampil pula bersama karya terbaru tulisannya, Nur Kasih The Movie (NKTM).


Wanita berusia 40 tahun ini juga pernah menyalurkan ideanya untuk filem Cinta dan Sepi. Ketiga-tiga filem berkenaan diarahkan suaminya, Kabir Bhatia.
Pasangan ini pada hakikatnya umpama sebuah pakej lengkap. Lazimnya, di mana ada Kabir, di situ juga ada Mira.

Mira yang mendapat pendidikan rasmi dari Universiti Washington dalam Ijazah Perniagaan mengakui lebih selesa berkerja bersama dengan suaminya. Pernah dia mendapat tawaran daripada syarikat lain, tetapi terpaksa ditolak kerana lebih senang bekerja dengan lelaki yang sudah dikahwininya sejak 10 tahun lalu itu.

Kata wanita lemah lembut ini, sebagai suami, Kabir memahami isi hatinya, lantaran dia tahu apa yang ingin disampaikannya menerusi skrip dihasilkan.
“Mungkin sukar sedikit agaknya untuk saya bekerja dengan pengarah lain kerana bimbang apa yang ingin saya sampaikan dalam skrip tidak dipersembahkan mengikut kehendak saya. Lagipun, saya lebih senang bekerja dengan Kabir kerana dia faham dialog saya. Dia juga tahu bagaimana dialog itu sepatutnya disampaikan pelakon.

“Selepas filem Cinta, memang pernah ada penerbit yang ingin bekerjasama dengan saya tetapi saya menolaknya dengan baik. Sejak itu, tiada lagi yang bertanya.

Mungkin mereka faham saya tidak selesa bekerja dengan orang lain. Terus terang, memang saya tidak bersedia dan berdebar jika bekerja dengan pengarah lain,” katanya yang hadir ke sesi fotografi ditemani suami tercinta.

Kekok dan malu-malu ketika diminta memberikan ‘pose’ menarik, pasangan suami-isteri ini mula berkenalan ketika sama-sama berkhidmat di Antah UTV. Dua tahun memadu kasih, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang. Hasil perkahwinan selama sedekad, pasangan romantis ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 9 tahun.

Dalam membicarakan soal kerjaya, pasangan ini mengaku sentiasa mengamalkan sikap toleransi. Biasanya, usai menghasilkan skrip, Mira akan segera merujuk kepada suaminya. Sesekali memang terjadi percanggahan pendapat atau pertentangan idea, namun lazimnya mereka cuba mempertahankan hak masing-masing.

Bagaimanapun pada akhirnya mereka akan melihat idea mana lebih relevan digunakan.

“Saya memang merujuk kepada Kabir apabila menghasilkan skrip untuk NKTM. Dia yang memberikan idea supaya memasukkan adegan kereta api meletup di Jordan dalam sebuah babak filem ini.

“Babak itu amat penting kerana ia menjadi pencetus kepada apa yang bakal berlaku seterusnya. Kalau diikutkan, babak itu memang boleh dilakukan di sini saja. Tetapi bagi kami, untuk sebuah filem, lebih elok jika babak penting seperti itu dibuat di luar.

“Agak sukar juga untuk menghasilkan skrip NKTM, hampir dua bulan baru saya dapat menyelesaikannya. Saya mempunyai ruang yang mencukupi ketika menghasilkan skrip drama rantaian, tetapi untuk filem pula, segala-galanya perlu disumbat untuk tempoh waktu yang singkat. Jadi ia memberikan sedikit cabaran kepada saya memilih cerita yang menarik,” kata Mira lagi.

Sukar dapat peluang berkarya

Gemar berbaju kurung, Mira terlebih dulu mengasah bakatnya dalam bidang penulisan menerusi teater Inggeris bersama Datuk Zahim Al Bakri, sebelum berkhidmat bersama Antah UTV. Selama berkhidmat dengan syarikat berasal dari India itu, dia pernah menulis skrip untuk drama Idaman dan Jodoh. Ketika itu, Kabir turut berkhidmat sebagai pengarah.

Kabir yang berasal dari Mumbai, India, berhijrah ke Malaysia pada 1996 selepas syarikat dinaungi UTV India membuka cawangannya di sini. Pada mulanya dia terbabit sebagai pengarah dalaman sebelum melebarkan sayapnya ke skop lebih luas.

Pada awalnya ujar Kabir, sukar untuk mendapatkan peluang di sini kerana industri hiburan di Malaysia tidak terlalu besar. Bagaimanapun selepas melihat hasil kerjanya, dia akhirnya mendapat kepercayaan syarikat penerbitan tempatan.

“Sebagai orang asing, memang sukar untuk mendapatkan peluang daripada syarikat penerbitan di sini. Saya diberikan kepercayaan oleh Alternate Studio, anak syarikat kepada Grand Brilliance untuk mengarahkan Cinta selepas mereka melihat hasil kerja saya. Sejak dari itu, barulah penerbit lain mula mempercayai kerja saya.

“Saya tidak kisah jika cara pengarahan saya ditiru pengarah lain. Malah saya sendiri kini sedang menggilap lima pengarah muda, saya juga tidak kisah berkongsi ilmu atau ada orang yang cuba mencedok idea saya, kerana ilmu itu tidak datang dengan sendiri. Sebaliknya saya juga belajar daripada orang lain,” kata Kabir.

Sementara itu, ketika diusik pertanyaan apakah peminat akan dapat menyaksikan sambungan drama Nur Kasih selepas versi filemnya menemui penonton di pawagam, Kabir mahupun Mira tidak berasakan sedemikian.

Kata pengarah terbabit, mereka lebih suka menghasilkan cerita yang baru dan berbeza, daripada menyambung drama berkenaan.

"Cukuplah dengan apa yang kami persembahkan menerusi filem Nur Kasih ini. Rasanya kami tidak lagi akan membuat musim kedua ataupun filem susulannya," kata Kabir bersulam senyuman penuh makna, sambil disokong isterinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 02:00 PM | Show all posts
ok..best. cter yg mudah kta paham
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 02:10 PM | Show all posts
ok..best. cter yg mudah kta paham
amyainsamad Post at 19-5-2011 14:00



    uwaaa! bagi la komen details sikit

    worth it tak kalo tengok filem ni? mana best? drama dia ke or movie?

   siyes, aku memang harapkan review korang kat sini untuk tengok movie ni ke tak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 02:12 PM | Show all posts
Reply  amyainsamad

awal nyer?ingat 1st show kat bukit tinggi mlm td 11.40...huhuhu
harkktuih Post at 19-5-2011 11:50


xtau knape awal sgt...i tgk smlm kol 8 mlm nye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.553789 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list