|
[MANGA] ONE PIECE - Ver: 4.0 - Two Years Later (New Chapter!)
[Copy link]
|
|
xtahan aku tgk Marchen Time tu..lg2 las panel tu..wakakaka..
mane agaknye Rayleigh bwk Luffy pegi ek?
ke Chopper tkejot tgk 'lokasi' Rayleigh and Luffy skang? tp xmgkn la sbb Rayleigh kn xnk dunie tau die hidup lg kn..
so maybe btol la psl Bounty baru Luffy??
700mil Beri kot????!! |
|
|
|
|
|
|
|
mase bace part Chopper dah btolak nak ktmpt Luffy,tpkir gak tau ke dye mane Luffy nye port..
nie br tringat pasl Vivre Card.....![](static/image/smiley/default/3sweat.gif)
yg pasl latest newspaper tue rase2 ak pasl WG ad wat something pasl Luffy..bkn pasl kematian Ace....pasl dlm newspaper yg sblm tue mest dah mention yg Ace dah mati kn..... |
|
|
|
|
|
|
|
@ kyouka
Tak laa...paper yg latest nie citer pasal outcome war tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
ermm aku rasa chopper mmg dah tau pasal kematian ace...ada kat page 18 chopper kata dia nak keluar dari situ secepat mungkin nak jumpa luffy lepas apa jadi kat ace
cuma berita terbaru yg coo hantar je tak tau pasal apa dia terkejut sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Klu cam ni, da confirm la Rayleigh takde DF. Confirm Rayleigh yg akan train Luffy lepas ni. Yakin je aku.... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Law mesti lepas ni terlompat2 gembira sbb dpt jumpa Rayleigh. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sue_cinta at 10-7-2010 12:02
Klu cam ni, da confirm la Rayleigh takde DF. Confirm Rayleigh yg akan train Luffy lepas ni. Yakin je ...
cmf_cluesan Post at 10-7-2010 07:27 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Yakin LUFFY boleh belajar HAKI dengan jayanya...!!!
Chaiyok!!! ![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
Chaiyok!!! ![](static/image/smiley/default/3flex.gif)
Chaiyok!!! ![](static/image/smiley/default/3bruce.gif)
Haki Rayleigh
Luffy Hakusho Haki |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah lupa lak...
korang leh i9ngatkan aku x??
semua member luffy tercampak kat pulau berbezakan tapi pulau mana eki???
boleh korang citer ke kelebihan pulau yg member luffy tercampak? ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm.....some pulau masih tiada informasi lagik...but, bley jerk kalo nak citer.... |
|
|
|
|
|
|
|
@ ALL
Berikut adalah sedikit informasi mengenai pulau-pulau yang telah menjadi tempat perpisahan sementara ahli Lanun Topi Jerami... ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
(1) AMAZON LILY : Monkey D. Luffy (Kuja Warrior)
Setelah diterbangkan oleh Kuma...Luffy telah mendarat di sebuah pulau lagenda Amazon Lily. Pulau ini terletak di kawasan Calm Belt dan dianggap berlagenda kerana ke semua penduduknya adalah terdiri daripada kaum wanita sahaja. Pulau ini dianggap bahaya dan menjadi sangat digeruni oleh lanun-lanun kerana kebanyakkan pahlawan Kujia tahu menggunakan atau meng'imbue'kan Haki kepada senjata-senjata yang mereka gunakan. Malahan, kawasan Calm Belt merupakan tempat berehatnya banyak haiwan raja laut yang gergasi.
Pulau ini juga diketuai oleh seorang Lanun Shichibukai iaitu Boa Hancock.
Pulau ini mempunyai bentuk bergunung-ganang di bahagian tengahnya dan rabung-rabung gunung-gunung tersebut berupa kepala seekor ular dan mempunyai tulisan kanji di tengah-tengahnya.
(2) WHEATHERIA : Nami (Pulau Langit)
Setelah diterbangkan oleh Kuma, Nami telah terdampar disebuah Pulau langit bernama Wheateria. Ia merupakan sebuah pulau langit yang terkenal dengan kemahiran sains yang mengkaji mengenai cuaca.
Pulau tersebut dilihat terapung oleh sebuah buih gergasi dan dikelilingi oleh awanan tebal. Hanya seorang saintis sahaja ditemui setakat ini iaitu Haredas.
(3) KARAKURI : Franky (Pulau Mekanikal)
Setelah diterbangkan oleh Kuma, Franky telah sampai ke sebuah pulau yang terkenal dengan kemahiran mekanikal (robotik / cyborg) yang merupakan tempat kelahiran pakar robotik / cyborg bernama Dr. Vegapunk yang berkhidmat dengan World Government.
Ia terletak di suatu kawasan di Grand Line dan memiliki sebuah negara yang dikenali sebagai 'Negara Masa Hadapan Barujimoa'. Hanya terdapat dua penduduk yang dikenali bernama Kitton dan Taroimo.
(4) PULAU MOMOIRO : Sanji (Pulau Impian Kamabakka)
Setelah diterbangkan oleh Kuma, Sanji telah terdampar di pulau yang turut berlagenda iaitu Pulau Momoiro. Ia begitu unik kerana memiliki kehidupan yang semuanya berwarna merah jambu.
Pulau ini mempunyai bentuk seperti hati dan mempunyai pelangi yang juga berbentuk hati. Ia merupakan tempat di mana wujud Negara Kamabakka (Negara Bapuk) yang diketuai oleh seorang pemimpin Ahli Revolusi iaitu Emporio Ivankov.
(5) BOIN ARCHIPELAGO : Usopp (Pulau Tumbuhan Pemakan Hidupan)
Setelah diterbangkan oleh Kuma, Usopp telah tercampak ke sebuah pulau unik yang ebrada si suatu kawasan di Grand Line.
Pulau ini mempunyai bentuk seperti tapak sulaiman (Star-fish) dan mempunyai banyak tumbuhan dan serangga-serangga yang yang masing-masing beracun dan buas. Hanya seorang sahaja diketahui tinggal dipulau ini iaitu Heracles.
Pulau ini juga memiliki kawasan hutan yang dipanggil Greenstone dan di tengah-tengah pulau tersebut terdapat 'mulut gergasi' yang dikenali sebagai Stomach Baron' yang akan memakan sebarang haiwan gergasi yang cuba mendapatkan makanan dari hutan Greenstone.
(6) PULAU NAMAKURA : Brooke (Pulau Kelaparan)
Setelah diterbangkan oleh Kuma, Brooke telah muncul di sebuah pulau bernama Pulau Namakura yang terletak di Grand Line dan dikenali sebagai Harahettania yang bermaksud 'Negara Kelaparan'.
Pulau ini merupakan sebuah pulau yang bergolak dan ianya disebabkan oleh sebuah puak bernama Puak Longarm. Oleh kerana ini, penduduk di pulau tersebut banyak bergantung kepada upacara pemujaan dalam menyelesaikan masalah mereka. Apabila Brooke muncul ketika suatu sesi pemujaan sedang dilakukan, para penduduk tersebut percaya bahawa mereka telah berjaya menyeru Raja Syaitan. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
(7) TEQUILA WOLF : Nico Robin (Tapak Pembinaan Jambatan Gergasi)
Setelah diterbangkan oleh Kuma, Robin telah tercampak ke sebuah negara yang dikenali sebagai Tequila Wolf yang terletak di East Blue. Ia didiami oleh tawanan atau penjenayah yang ditahan oleh World Government.
Terdapat sebuah jambatan gergasi sedang dibina dan jambatan ini telah dibina sejak 700 tahun yang lalu (setelah tamatnya Void Century @ Seratus Tahun Yang Kosong) dan ianya masing belum berjaya disiapkan. Jambatan ini dibina dengan tujuan utk menyambungkan pulau-pulau berhampiran.
Bgaaimanapun, ia telah diserang oleh Angkatan Tentera Revolusi yang kemudiannya telah menyelamatkan Robin dan tawanan yang dikerahkan bekerja utk membina jambatan tersebut.
(8) KERAJAAN TORINO : Tony Tony Chopper (Negara Manusia-Burung)
Setelah diterbangkan oleh Kuma, Chopper telah sampai ke sebuah negara kuno yang didiami oleh manusia dan burung gergasi. Ia terletak di South Blue.
Ia merupakan sebuah pulau kecil dengan sebatang phon gergasi yang berada ditengah-tengah pulau tersebut. Di atas pohon inilah wujudnya burung-burung gergasi. Di bahagian bawah pohon tersebut (daratan), ianya dihuni oleh manusia yang kelihatan seperti manusia zaman batu yang merupakan musuh kepada burung gergasi tersebut.
(9) PULAU KURAIGANA : Roronoa Zoro (Pulau Gelap dan Kelam)
Setelah diterbangkan oleh Kuma, Zoro telah tiba di sebuah pulau bernama Pulau Kuraigana. Pulau ini terletak di Grand Line dan mempuanyai sebuah kerajaan tinggalan bernama Shikkearu Kingdom.
Pulau ini memiliki gunung-gunang yang unik berbentuk 'curly' dan hanya terdapat tinggalan daripada kerajaan jajahan yang disebutkan di atas. Di pulau ini juga terdapatnya bekas ahli Lanun Gecko Moria bernama Perona setelah dia diterbangkan oleh Kuma semasa insiden di Kapal Tjriller Bark.
|
|
|
|
|
|
|
|
lengkap sungguh penerangan itu..buleh jadi One Piece Ensiklopedia/Wikipedia bergerak nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 471# sue_cinta
wah... gila kentang la..
memang terbaik info yg diberi.. aku dah ingat dah... xsabar nak taw macam mana cara diaorg berkumpul blk... |
|
|
|
|
|
|
|
sume crew akan ikut vivre kad luffy nnt...aku rase nnt jumpe kat tgh2 laut sblm pegi pulau duyung...cam nk g pulau duyung kat trgg lak...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
@ total...jom laa ikut aku besok..aku nk gerak pg trg..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa chopper terkejut pun sebab luffy was in the middle of that war/bounty luffy dah naik gila babeng/baru tau Ace dah mati...too many possibilities for a single page LOL...i hate cliffhangers(especially if it's OP)..damn YOU ODA~!!! ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 475# swotworld
jom............{:1_126:} |
|
|
|
|
|
|
|
oo...btol2...![](static/image/smiley/default/handshake.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
@ totally
Haaa....kalo ader penambahan kat anime...sue sauh nak komen ahh...sebab anime OP yg kat umah nie baru sampai maner pon tak hengat...adik sue kumpul... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|