Post Last Edit by prettyuglybabe at 1-3-2012 15:36
Cari Jodoh – Wali Band
Apa salahku
Apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi mengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku
Timur ke barat
Selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim durian hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku, aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karma cuma diriku yang tak laku-laku
Pengumuman- pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku
kekasih hatiku
Siapa yang mau
Umum pasti mengetahui lagu ini yang sedikit masa dahulu pernah menjadi siulan ramai.Walaupun rentaknya catchy dengan lirik yang sedikit lucu, mampu ia membuatkan mereka yang belum berpasangan tersengih-sengih malu sambil menangis di dalam hati.
Aduh…kenapa payah betul bertemu dengan jodoh yang menjadi idaman hati. Sebagai contoh, forumer haniriell yang membuka thread single at 26 ini.
Mana yang senasib dengan beliau berkongsi rasa namun tak kurang juga yang melahar.Positif atau negatif setiap komen itu, ada juga benarnya. Apa masalahnya jika masih single pada umur 26 tahun? Age is just a number.
Ironinya, kebimbangan kita bukanlah kerana belum berjodohan. Tetapi lebih kepada risau dan tension terhadap pandangan masyarakat terutamanya pakcik dan makcik yang tak habis-habis nak menyibuk dan sering memandang semacam kepada mereka yang belum berjodohan apabila umur semakin meningkat.
Perlukah melontarkan soalan killer bila mereka nak berkahwin kerana umur sudah pun masuk 3 series? Belum lagi desakan ibubapa yang bertanya hampir setiap hari bila kita nak kawin? Dah ada boyfriend/ girlfriend ke belum?
Tension sungguh. Jawapan yang mampu kita fikir dan beri pada soalan maut mereka adalah, ‘ala.. nanti la dulu. Belum ada jodoh lagi’ sambil tersenyum simpul walaupun hati berdarah.
Apakah maksud jodoh sebenarnya? Apakah kita ditakdirkan berkahwin atau tidak, ianya tidak sepatutnya dipertikaikan kerana ianya sudah ditetapkan. Kenapa bimbang dan risau? Orang yang beriman kepada takdir, mereka akan meyakini segalanya sudahpun ditetapkan oleh Allah SWT.
Seringkali kita menganggap jodoh sampai apabila kita sudah hendak berkahwin, maka dialah jodoh kita. SALAH! tidak benar sama sekali. Walaupun kita sudah berkahwin, itu tidak bermakna kita sudah bertemu dengan jodoh kita. Sebab apa saya kata begitu? Kerana kita boleh berpisah atau bercerai bila-bila masa sahaja.
Adat orang kita, bila dah kahwin, happy sangat. Sebab dah jumpa dengan jodoh kita kononnya. Jadi bila dah berjodoh, mereka rasa hidup dah lengkap dan bahagia bersama sehingga terlupa untuk berusaha memantapkan kebahagian dan menghangatkan perhubungan dalam rumahtangga.
Usaha itu perlu dan harus berterusan. Tidak boleh sikit pun kita leka. Kerana apabila kita mula terleka, kehambaran mula terasa dan kecurangan akan berlaku. Lalu berbagai masalah rumahtangga akan muncul seperti yang kita baca di forum ini.
Jadi, untuk jodoh berkekalan, berjuanglah untuk menjadikan perkahwinan itu sentiasa menarik, hangat dan mengujakan walaupun ianya sudah bertahun-tahun lamanya. Ia adalah satu proses. Itulah jodoh sebenarnya.
Pada yang single, jodoh itu ketentuan Allah dan kita perlu berusaha mencari disamping berdoa dan tawakal. Bersabarlah dan usah patah semangat jika masih belum berjumpa. Satu hari jodoh pasti akan datang jua.
Walaupun begitu, janganlah terlalu membuang masa mencari Mr. or Mrs. Right sehingga mengabaikan tanggungjawab. Masa kita terhad. Hidup ini indah. Gunakanlah masa yang ada dalam mencari keindahan hidup dan mengumpul ibadah seharian.
tadi keluar kejap....pastu balik office susah yg amat cari parking...
pastu terfikir pulak..
cari parking di town ni macam cari lelaki baik..
susah yg amat..ada yg kosong - tanda kerusi roda la pulak.... tak pun..petak putih,org dah byr monthly parking.
tawaf beberapa kali...ada kosong jauh yg amat..panas gila ni menggigit kulit.
tawaf lagi dekat2 office....drive terlaju sikit..allamak..terlepas 1 parking kosong,nak reverse..keta belakang dah bagi signal nak masuk...huhuhu..
melepas lagi...
tawaf lagi.....
diye tak masuk porem nie...hehe, siang-siang diye bz kt court
memalam bz dengan bisnes cup cake d ...
syaiful Post at 1-3-2012 19:15
ohoiii
sgt tak taste uols ngn gadis melayu yer
ekekeke
tape, sheols busy pun demi masa depan bersama
pasni , leh la die blajar wat tomyam n som tam yummeh2 utk kepuasan tekak n perot uols tuh
ohoiii
sgt tak taste uols ngn gadis melayu yer
ekekeke
tape, sheols busy pun demi masa ...
wookiehoney Post at 1-3-2012 19:21
dier nak bulik iols lak masak nanti...sebab dier jeles tangan iol sekarang lembut dari diye
hahaha... sebab sekarang dier buat banyak keje umah katenye... maklum arr dok ngan parent lg kan
tapi diye tu kan kalo pas dah kemas umah, mop lantai bagai... sape start wat sepah, nanti diye emo...
dier nak bulik iols lak masak nanti...sebab dier jeles tangan iol sekarang lembut dari diye
hahah ...
syaiful Post at 1-3-2012 19:46
haros uols sentiasa jaga kebersehan okehh
pastikan jugak tingkap n lantai bseri memancar cahaya selalu
kutip2lah tips dr porumer yg sudi bkongsi kesah kawen mike2 semua
put those tips in ur lil black book
ekekeke
pastu g bguru ilmu memasak ngn tukang masak kat restoran uols slalu pegi, agar skill memasak uols btambah2
n tgn uols akan sperti jejanzz sejati
Reply 477#wookiehoney
takmo... borink...haahaa... biar laa dier membebel
iols suker taw dengar gurls membebel2 nie selalu
sebab tu sajer2 jadik hobi kte kan carik pasal... hahaha...
selalu awal2 suka, pahtu jgn plak duka noo~
hikhik
bak kata pepatah, awal2 indah, pastu buruk belaka.
la ni, kene record apa uols ckp.hikhik.nnti esok2, kalo uols stat komen itu ini tak bkenan, sheols patut tunjuk ape
yg uols penah ckp dlu.
ekekke
selalu awal2 suka, pahtu jgn plak duka noo~
hikhik
bak kata pepatah, awal ...
wookiehoney Post at 1-3-2012 20:22
huhu... nak menikmati saat suka ini puas-puas... takmo nak pikir negatip2...what comes later, later it come... this moment of joy, laughter and happiness need to be savour at the fullest