CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 7-1-2013 03:12 PM | Show all posts
nak lagi??

biar setel trus wehh.. biar masa shaz tolak pintu tuh tertolak skalik farah yg dok skodeng kt blakang pintu jatuh terkangkang..

haaa.. baru dramatik ehehehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2013 04:07 PM | Show all posts
xpe xpe.. ku sabar menunggu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 04:23 PM | Show all posts
genchi posted on 7-1-2013 03:12 PM
nak lagi??

biar setel trus wehh.. biar masa shaz tolak pintu tuh tertolak skalik farah yg dok sko ...

mohtippppp nak bg settle terus sebelum shaz buat aliff meroyan dan gila talak kat dia
shaz kena buat aliff cemburu maut hokeh
yg tue sakura dah promise nak wat bersegi2
maka marilah kita tunggu dgnsadisnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 04:42 PM | Show all posts
Wah....setelah sekian lama cik menunggu....
Akhirnya...cepat2 kasi si Aliff tu meroyan...hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 08:29 AM | Show all posts
fatehana posted on 7-1-2013 04:23 PM
mohtippppp nak bg settle terus sebelum shaz buat aliff meroyan dan gila talak kat dia
shaz kena b ...

alahhh jgn la bersegi2 sgt..skit2 dah la... nnt buat la adegan 18sx masa kaweng tu lagik besh ana...






































matilah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 09:23 AM | Show all posts
Salam semua...eheheheh gigih buka forum nk tgk update cerita sakura......harap dpt smbg dgn kadar segera yeee...x menahan hati nak tgk aliff ngan farah.....nak kasi gelak guling sama depa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2013 12:07 AM | Show all posts
ada je farah tu curi dengar, mesti dia seronok kan alif dengan shaz tak jadi bertunang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 08:19 AM | Show all posts
“awak tak perlu tahu Aliff... well bila dah bercakap macam ni, berbincang dari hati ke hati saya mula nampak hikmah yang Allah berikan kenapa saya dan awak tak jadi bertunang.. rupanya Allah nak lindungi saya dari berlakikan jantan bodoh dan tak guna macam awak ni. Nampaknya awak dengan Farah mempunyai rasa saling percaya mempercayai yang sangat mendalam.. mungkin korang berdua saling mencintai antara satu sama lain. Doa ikhlas dari saya, semoga awak dan Farah cepat-cepat kahwin dan kekal bersama hingga ke jannah la.. assalamualaikum.”Jawab Shazrina dengan senyuman tidak ikhlas... hatinya cukup terluka dengan sikap Aliff yang secara terang-terangan tidak pernah percayakan dirinya. Aliff lebih rela percayakan Farah darinya. Hanya berpegang dengan kata-kata fitnah dari Farah berjaya membusukkan namanya dipandangan mata Aliff. Shazrina mengundur dan berpaling kebelakang. Mula melangkah meninggalkan Aliff yang ternyata tidak puas hati dengan bicara akhir darinya.


Sedih ngan kata2 shaz yg nih...tahniah miss...wat akak menangis...terkesan dialog nih kat hati akak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 08:21 AM | Show all posts
Rasanya mesti shaz & farah tersentap bila bertembung dimuka pintu.... akak speku shaz akan kata kat farah... "Puaslah hati kau sekarang.."

Apa jadi lepas nih?... Last edited by sellie003 on 9-1-2013 08:26 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 10:22 AM | Show all posts
azlin_aar posted on 7-1-2013 01:26 PM
best.. nak n3 lagi..

sat g sakura smbung yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 10:27 AM | Show all posts
genchi posted on 8-1-2013 08:29 AM
alahhh jgn la bersegi2 sgt..skit2 dah la... nnt buat la adegan 18sx masa kaweng tu lagik besh ana. ...

hamboi nk 18sx sje...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 10:29 AM | Show all posts
suria74 posted on 8-1-2013 09:23 AM
Salam semua...eheheheh gigih buka forum nk tgk update cerita sakura......harap dpt smbg dgn kadar se ...

hehe... tq suria. sme2 la gte gelak bila Aliff dh meroyan nnti


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 10:30 AM | Show all posts
norza79 posted on 9-1-2013 12:07 AM
ada je farah tu curi dengar, mesti dia seronok kan alif dengan shaz tak jadi bertunang.

dia tu memang perangai mcm tu.. dri zaman sekolah lagi sibuk je hal aliff dengan shaz. ni melompatlah dia kalo tahu aliff x jd bertunang
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:31 AM | Show all posts
misssakura posted on 9-1-2013 10:27 AM
hamboi nk 18sx sje...

yg itu la penambah perise pd citeee.. baru lahh ade rasa masam masin dan akhirnya manis

buat taw.. gen tungguuu.. ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 10:32 AM | Show all posts
sellie003 posted on 9-1-2013 08:19 AM
Sedih ngan kata2 shaz yg nih...tahniah miss...wat akak menangis...terkesan dialog nih kat hati a ...

tq k.sellie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 10:34 AM | Show all posts
Shazrina menarik kasar tombol pintu pejabat Aliff. Baginya tiada apa-apa lagi yang perlu dibincangkan dengan jejaka itu. Apa lagi yang dia perlu katakan sekiranya Aliff tidak pernah percayakannya. Buat habis air liur sahaja menerangkan kesalahan yang tidak pernah dibuat. Aliff yang masih belum puas hati dengan kata-kata akhir Shazrina pantas melangkah demi mendapatkan gadis itu.. hatinya tidak tenang selagi Shazrina tidak menerangkan perkataan ‘lagi’ yang digunakan. Macam ada satu rahsia besar disimpan tanpa pengetahuannya. Shazrina bertambah terkejut apabila jasad Farah yang ditemui disebalik pintu yang melemparkan senyuman sinis kepadanya. ‘senyuman kemenangan’ terukir puas dibibir gadis cantik itu..Shazrina yakin Farah mendengar pergaduhan antara dia dan Aliff.

“wow!! what a great coincidence.” Tegur Shazrina dengan senyuman yang dibuat-buat. Sempat dia mengerling kearah Aliff yang sudah berada disebelahnya. Wajahnya tadi selamba berubah riak tegang. Mencerlung kearah Farah yang masih tersenyum puas kearahnya. Melalui pendengaran yang curi-curi dibuat, Farah tahu Aliff dan Shazrina tidak jadi bertunang. Malah mereka kini menghadapi konflik yang sangat kronik. Peluang untuk dia merebut semula hati Aliff semakin cerah nampaknya!

“kau Farah... mari sini. Aku ada hal nak bincang dengan kau.” Shazrina menarik keras tangan Farah yang masih mematung didepannya. Farah terjerit kecil dengan sikap kasar Shazrina.

“apa ni Shaz... sakit lah.” Marah Farah sambil cuba melepaskan diri dari pegangan Shazrina. Shazrina sedaya upaya untuk mengheret Farah. Kali ini mereka perlu berbincang dari hati ke hati. Shazrina sudah tidak betah untuk menghadapi sikap Farah yang bermuka-muka.

“behave yourself Shazrina... jangan kau nak libatkan Farah dalam masalah kita.”Tengking Aliff yang mula berang melihat perangai Shazrina yang mengamuk tiba-tiba. Kalau mahu marah, marah padanya. bukan Farah yang tiada kaitan tentang kisah pertunangan tak jadi mereka tu. Aliff pantas menarik tangan Farah demi meleraikan gadis itu dari pegangan Shazrina. Mata antara dia dan Shazrina bersambung antara satu sama lain.

“kau tak payah nak menyibuk dalam urusan aku dengan Farah.. kau tak ada kaitan dengan perbincangan kami. Get lost Aliff..” jerkah Shazrina pula. Wajahnya yang masam mencuka melawan pandang dengan wajah kelat Aliff. Marah benar lelaki ini apabila dia berkasar dengan Farah. Sayang sungguh Aliff terhadap Farah!

“aku tak akan menyibuk urusan kau dengan Farah kalau kau layan dia baik-baik.. kalau Farah setuju untuk bertemu dengan kau baru aku akan berhenti masuk campur.. now Farah. Awak nak ke jumpa dengan minah ni?” soal Aliff sambil menoleh kearah Farah pula. Dia risau Shazrina mengapa-apakan Farah. Lihat sahajalah cara layanannya yang cukup kasar terhadap Farah. Farah terpinga-pinga. Tiba-tiba sahaja dia pula menjadi tumpuan dalam perbincangan mereka berdua. Shazrina merenung tajam wajah Farah. Menghantar mesej kepada gadis itu supaya menemuinya.

“kau jangan sampai aku dedahkan muka sebenar kau depan Aliff Farah!” gesa Shazrina bersama ugutan apabila melihat Farah masih membeku. Raut wajah Farah sedikit berubah dengan ugutan Shazrina yang jelas kelihatan ambil serius dengan kata-katanya. Farah memandang Aliff dan Shazrina silih berganti.

“Aliff....biar saya jumpa dengan Shaz.. mungkin ada hal penting yang dia nak bincang.”Akhirnya Farah membuat keputusan. Dia takut Shazrina betul-betul mengotakan ugutannya. Dia sendiri pon tidak pasti sejauh mana Shazrina dapat menghidu perbuatannya selama ini. Aliff melepaskan pegangan tangannya pada lengan Farah perlahan. Sedikit kecewa dengan jawapan Farah yang memihak kepada Shazrina. Namun kata-kata ugutan dari Shazrina sedikit sebanyak menarik perhatiannya.Kalau tadi perkataan ‘Farah lagi’ yang menjadi tanda tanya namun kini ditambah pula dengan ugutan yang didengar sebentar tadi. Seolah-olah antara Shazrina dan Farah ada rahsia yang tidak diketahuinya.

“you hear that? Farah dah setuju nak jumpa aku dan kau tak payah nak menyibuk dalam urusan kitorang. Just mind your own business. Lepas ni aku harap kita tidak akan bertemu lagi.” ujar Shazrina dengan nada yang tegas. Dia menarik kembali pergelangan tangan Farah lalu diheret gadis itu untuk ke tempat yang lebih sesuai untuk perhitungan yang belum selesai antara mereka. Aliff menghantar pemergian Shazrina dan Farah dengan perasaan berkocak. Rasa ingin tahu mencucuk-cucuk sanubarinya.

Last edited by misssakura on 9-1-2013 10:39 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2013 10:40 AM | Show all posts
Shazrina melepaskan tangan Farah yang diheret setelah tiba di tempat parking kereta yang terletak di sebelah restoren Cake House. Farah menggosok tangannya yang berbirat akibat kelakuan kasar Shazrina. Matanya menjeling geram kearah Shazrina.

“pang!!!!”satu tamparan melekat kemas pada pipi Farah. Puas hati Shazrina. Dia betul-betul hilang sabar dengan karenah Farah yang sangat mencabar kesabarannya selama ini. sebelum ini dia masih mampu bersabar dengan mulut busuk Farah namun apabila mendengar kata-kata Aliff sebentar tadi kesabaran yang selama ini menebal menjadi setipis kulit bawang. Dia kecewa dengan sikap Farah yang bermuka-muka. Farah terkesima dengan tindakan Shazrina yang tiba-tiba menampar pipinya. Belum lagi hilang rasa sakit pada pergelangan tangannya ditambah rasa perit yang menyengat pada pipinya pula. Farah mengangkat tangannya untuk membalas pukulan Shazrina namun tidak berjaya apabila tangannya itu ditangkap Shazrina.

“apa kena dengan kau ni? Sakit tahu tak!” tinggi suara Farah memecah kesunyian antara mereka. Nasib baik tiada siapa di tempat parkir kereta. Kalau tak pasti kejadian pergaduhan mereka ini mendapat perhatian ramai. Memalukan!

“ooo kau tahu sakit... aku ingat kau tak tahu... inilah yang aku dapat kerana mulut busuk kau tu.”

“mulut busuk apa?” tingkah Farah geram. Mencerlung kearah Shazrina yang turut menayang wajah tegang.

“kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau cakap kat mama dan papa aku 10 tahun yang lepas... kau pandai-pandai bawak cerita yang bukan-bukan pasal Aliff sampai mama dan papa aku bencikan dia. Kerana kau papa dan mama ingat Aliff pelajar sekolah yang jahat. Kerana mulut kau tu aku dapat penampar sulung dari papa. Pasal kaulah papa dan mama paksa aku berpisah dengan Aliff dan kerana mulut busuk kau tu jugak aku terpaksa tipu Aliff untuk mintak putus dengan dia. kau tahu tak?” jerkah Shazrina kuat. Farah menayang wajah selamba dan tidak bersalah. Malah hatinya sedikit pon tidak rasa terkilan dengan perbuatan lalunya.

“aku ingat sampai situ je perbuatan kau tapi aku tak sangka kau sanggup buruk-burukkan aku depan Aliff. Kau tuduh aku menghina keluarga dia, kau tuduh aku berpisah dengan dia sebab keluarga kami tak setaraf dan kerana dia anak penagih dadah padahal sekali pon kisah keluarga dia aku tak cerita kat kau. Dan sebenarnya kau jugak yang sebarkan pasal Aliff anak penagih dadah kat sekolahkan? Betul tak?” tambah Shazrina lagi. badannya menggigil kerana terlampau marah. Farah ketawa berdekah-dekah dengan riak penuh sinis. Terhibur dirinya melihat wajah bengis Shazrina.

“well...nampaknya kau dah tahu semua tu.. memang aku buat semua tu... So apa masalahnya? Kau nak beritahu Aliff ini semua perbuatan aku? Pergilah... kita tengok dia percayakan siapa...” suruh Farah dengan gaya yang bersahaja. Sangat yakin Aliff tidak akan mempercayai bekas teman baiknya. Senyuman kemenangan terukir puas dibibirnya.

“kenapa sampai macam tu sekali kau buat aku Farah? Kita pernah menjadi kawan baik masa sekolah dulu.. apa silap aku sampai macam ni sekali kau fitnah aku? Apa salah aku?” jerit Shazrina. Sungguh dia tidak percaya Farah dengan selamba dan tanpa rasa bersalah mengaku perbuatannya yang keji.

“sebab aku tak suka kau... kau tak pernah ikhlas berkawan dengan aku. Kau berkawan dengan aku hanya kerana aku pandai dan anak orang kaya.. pelajar lain dalam kelas kita dulu ada ke jadi kawan kau? Tak adakan...”

“lagi pon ini semua salah kau.. kau tahu aku sukakan Aliff tapi kau tergamak bercinta dengan dia! bukan ke kau yang selama ni pandang rendah, kutuk, maki dan  hina dia kerana dia pelajar bodoh dan miskin.Tetapi bila dia dah berjaya, result naik dengan mendadak pandai pulak kau bercinta dengan dia... kau tak layak dapat dia Shaz.. aku yang patut dapat dia. aku layan dia dengan baik dari awal pengenalan kami. Walaupun masa tu dia selekeh, dia bodoh dan miskin tapi aku tak pernah pandang rendah terhadap dia. Aku tak macam kau yang berubah sikap bila dia dah berjaya.. cinta aku terhadap dia ikhlas dan lebih dalam berbanding cinta kau Shaz.. kau yang rampas dia dari aku!” bentak Farah keras. Biar Shazrina tahu selama ini Aliff miliknya. Shazrina yang merampas! Memang patut balasan ini di terima oleh Shazrina.

“aku kesian tengok kau Farah!” Farah terpinga-pinga dengan kata-kata sindiran Shazrina. Kesian? Shazrina tak perlu kesiankan dia.. Shazrina patut kesiankan diri sendiri yang malu besar kerana tidak jadi bertunang dengan Aliff. Shazrina tersenyum kecil.. cuba menyakitkan hati Farah dengan kata-katanya.

“kau buat macam-macam nak dapatkan Aliff... tetapi ada ke Aliff balas cinta kau?”soal Shazrina sinis. Farah membuntangkan matanya... makin mendidih darahnya mendengar ketawa Shazrina seperti seolah-olah mempersendakan dirinya.

“kau pon tak dapat Aliff Shaz!”

“aku tak perlukan lelaki macam tu.. aku tak perlukan orang yang tidak pernah percayai aku... seperti kau Farah! Siapa cakap aku tak pernah ikhlas berkawan dengan kau? Kau tahu tak kenapa sampai ke sudah aku tak pernah pecahkan rahsia kau meski pon aku dah lama tahu perangai buruk kau ni? Aku buat semua ni sebab aku masih lagi nak berkawan dengan kau.... aku masih harapkan kau datang jumpa aku, minta maaf dan teruskan persahabatan kita seperti biasa. Menganggap tuduhan fitnah yang kau buat terhadap Aliff tak pernah terjadi. Aku boleh saja mengadu kepada Aliff tentang mulut busuk kau tu tapi aku tak nak.. apa kau ingat Aliff akan terima kau jadi kawannya lagi kalau dia tahu hal ni? aku tak nak kerana kesilapan kau ni hubungan kau dengan Aliff hancur. Aku tak nak kerana kesalahan kau ni nama baik kau busuk! Aku fikir mungkin kau tak cukup matang waktu itu. Cukuplah aku seorang yang tahu rahsia ni. tapi aku silap! Kau tak pernah menyesal dengan apa yang kau dah buat malah kau sanggup tikam aku dari belakang. Kau sanggup tuduh aku yang bukan-bukan depan Aliff. Buat Aliff bencikan aku.  Kau yang sebenarnya tak ikhlas berkawan dengan aku. Kerana lelaki kau sanggup busukkan nama aku. kerana lelaki kau sanggup rosakkan persahabatan kita... sekarang aku dah tak perlu kan kau dan Aliff lagi... orang-orang yang tidak percaya dengan kasih sayang aku tak perlu ada dalam kamus hidup aku!”

panjang lebar Shazrina mengulas segala isi hatinya. Farah terdiam. Mengetap bibirnya kuat. Betul ke Shazrina ikhlas berkawan dengan aku selama ni? betul ke Shazrina tidak bocorkan rahsia aku kerana dia sayangkan persahabatan kami bertiga? Benarkah Shazrina berdiam diri selama ini kerana dia nak jaga nama baik aku? aku ke yang bersalah dalam semua hal ini?

“kalau kau cakap pon tak semestinya Aliff akan percayakan kau.... tak perlulah kau nak berlagak suci murni depan aku Shaz..” bidas Farah. Cuba menghilangkan rasa bersalah yang tiba-tiba mencelah disalah sudut hatinya dengan menjawab kasar kata-kata Shazrina.

“siapa cakap aku tak akan percaya?” satu suara garau mencelah pergaduhan Shazrina dan Farah.Terkejut kedua-dua gadis itu. Serentak mereka berdua memanahkan pandangan mata kearah suara yang tidak jauh dari mereka. Shazrina, Farah dan Aliff memandang antara satu sama lain dengan pelbagai fikiran di minda masing-masing.

Last edited by misssakura on 9-1-2013 10:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 11:08 AM | Show all posts
TT sambung la lagi....
macam nk penghujung je cerita nih....
atau masih ada konflik lagi??
camne ngn cikgu aqil??
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 11:16 AM | Show all posts
TT ni anti-klimaks la. asal nak klimaks je, dia pon hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 11:22 AM | Show all posts
misssakura posted on 9-1-2013 10:32 AM
tq k.sellie..

Welcome miss syayang....

Sambugn please...x sabo nk tau cinta bersegi Shaz-Alif-Farah...apa jd ngan hubgn diorg...opss...cikgu aqil hensem jgn dilupakn...huhu...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.066751 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list