CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
Post time 27-12-2013 01:45 PM | Show all posts
sarizu posted on 27-12-2013 01:04 PM
Cek ta pun ckp dia pun nk pregnant lg psl nk ank kokesen


kan...

usu kira mcm terinsipired dari che ta la ni...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2013 02:39 PM | Show all posts
UsuFie posted on 27-12-2013 01:45 PM
kan...

usu kira mcm terinsipired dari che ta la ni...

Tak nak la anak kokesen...iols nak yg melayu tulen...

bosan dah dgn anak kokesen 3 tahun kat sini

Cc @Nicki_Meow
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Zek dh angau ngn reen..sib baik Kate x de ati kt zek ..h
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 04:48 PM | Show all posts
habis pun...seronok laaa baca cerita ni...tahniah utk TT...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 03:37 PM | Show all posts
sarizu posted on 27-12-2013 01:04 PM
Cek ta pun ckp dia pun nk pregnant lg psl nk ank kokesen

Wahh anak kokosen...tunggu...kekekeeke jen + ta huhuhu...ceta dah ada dua anak kokosen ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2013 03:39 PM | Show all posts
Ramai betul scandal si zackry ni Ye...yg mana satu agaknya pilihan hati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2013 08:04 PM | Show all posts
ahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 11:53 AM | Show all posts
takde sambungan lg ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2013 11:50 AM | Show all posts
amboi..lps g mesjid x balik2 zack ni....
takan g umah  zareen lak...hehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi dan lagi...hehehe senang jer kan request tak tau mcm nak pitam pikir jalan cerita n mengarang... :lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2014 08:54 AM | Show all posts
Salam

Selamat Tahun Baru 2014.

@ovina Ada sambungan. Slow-slow lah yek. Idea yilek...

@UsuFie @sarizu @khaizarina @kakZue. Amboi uolss.... nak hanak kokesen la...hanak hekan la. Iols pun taktau lagi nak gu kan si Zack dengan sapa :. Susah-susah sangat iols tiru jek cadangan si @cmf_conan. Endingnya RUPANYA ZACK BERMIMIPI gitu.

@azzira @isif @ss8384 @cokolat @adzyla Thanks for reading

ss8384 Pasal benang SAK tu. Sorry yek. Sebelum ni saya ada request mintak naik RP tapi takde reply. Taktau lak Mod Jazaa dah resign masa tu. Sebab tu saya edit content. Saya dah hantar manuskrip ke publisher.

isif & @sellie003  Thanks sebab baca cerita Myvi tu walaupun tah hapa-hapa.



Off Topic

Iols ada buku / novel untuk dijual. Kalau berminat, sila PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2014 08:59 AM | Show all posts
Episode 22

Apa fungsi lif?

Lif adalah alat untuk naik dan turun dari tingkat ke tingkat di dalam sesebuah bangunan, yang tinggi terutamanya.  

Nak naik tangga pun boleh juga. Tak ada siapa yang nak marah. Boleh juga bersenam buat mengeluarkan peluh. Tapi, memang tak kuasalah pagi-pagi begini nak naik tangga hingga ke tingkat 14. Malas.

Dah kenapa fikir pasal lif dan tangga?

Sebab itu saja perkara yang berada dalam kotak fikiran Zack sekarang. Itu saja cara Zack untuk tidak terlalu memikirkan sangat orang yang berada di sebelahnya ini.

Orang disebelahnya buat muka selamba dari tadi. Masa bertembung awal-awal, ada juga dia mengucapkan selamat pagi. Lepas itu, Zack pun tak tahu nak berbual apa. Jadi, senyap sajalah. Yang berbual cuma tiga orang bangsa asing yang turut ada dalam lif ini. Tetamu hotel.

Kerana terasa kekok dengan situasi itu, Zack melihat jam tangan. Sekadar mahu berbuat sesuatu. Baru pukul lapan pagi.

Awalnya dia datang hari ni….

Selalunya, lif yang dinaiki untuk ke tingkat 14 ini bergerak laju. Tapi hari ini, terasa perlahan pula.Terkedek-kedek macam kuda padi. Dari tadi bergerak, baru sampai tingkat enam.

TING.

Tiga orang yang turut berada dalam lif tadi keluar. Kini, tinggal berdua saja. Bertambah janggal Zack rasa apabila senyap begini. Macam pasangan yang sedang bergaduh pula. Eceh!

“Ehemm….” Zack pura-pura batuk.

Zareen tertoleh sedikit. Jeling-jeling sedikit sambil senyum nipis dan kemudian, merenung ke arah nombor-nombor di sebelah pintu lif. Dia juga agak resah namun cuba dikawal sebaik mungkin. Tidak mahu terlepas laku seperti semalam.

Segan bila teringat kes petang semalam. Entah macam mana, adik boleh tertukar jadi boyfriend. Nampak sangat ada cemburu di situ. Dan pagi ini, boleh pula bertembung dengan Zack di depan pintu lif. Nak patah balik, tak sempat kerana Zack pun sudah nampak dia.

“Awal Cik Reen sampai hari ni?” Akhirnya, Zack menegur juga.

“Adik saya hantar, kenalah datang awal. Lagipun, saya ada meeting dengan Encik Khalid pukul sembilan.” Jawab Zareen.

“Oh…” Zack terangguk-angguk.

“Adik ke…boyfriend Cik Reen yang hantar?” Soalan itu, langsung tak bertapis. Zack cuba mengekalkan wajah selamba lalu tersenyum sedikit. Dah terlepas cakap, tak tahu macam mana nak cover line. Jadi, senyum ajelah. Last edited by Nicki_Meow on 4-1-2014 07:50 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2014 09:09 AM | Show all posts
Zareen ketawa perlahan lalu menggelengkan kepala. Ketawa cover line.

“Zack, sorry about yesterday. I should have not interfered in your personal matters. Awak nak keluar dengan sesiapa pun, itu hak awak…”   

“It’s okay. Saya tak ambil hati pun. “ Balas Zack. Zareen senyum.

“Cuma…saya nak tahu perkara sebenar. Yang datang ambil Cik Reen semalam…boyfriend ke adik?” Soal Zack lagi. Agak berani kali ini.

Soalan dari Zack menyebabkan senyuman Zareen herot sedikit. Tak menyangka, Zack akan bertanya lagi soalan yang sama.  

“Kenapa awak nak tahu?” Zareen menyoal kembali, sengaja melengahkan masa sambil cuba mencari jawapan yang sesuai. Takkanlah nak cakap, ‘Saya tukar perkataan adik jadi boyfriend sebab saya terasa jealous’ pula. Sungguh tak sopan.

Zack mengangkat bahu lalu tersenyum memandang Zareen. Zareen mengangkat kening.

“Nak tahu sebabnya?”

Macam main soal-menyoal pula.

Zareen mengangguk.

“Atas sebab yang sama juga…macam Cik Reen.”

“Sebab yang sama macam saya?”

“Mesti ada sebab kenapa Cik Reen tiba-tiba tukar perkataan ‘adik’ jadi ‘boyfriend’ semalam…kan?” Balas Zack dalam berkias. Takkanlah nak tanya terang-terang, ‘Kau cemburu ke, aku keluar dengan Kate petang semalam?’ Memang tak masuk line lah jawabnya.

Nak usha awek, mesti pandai main ayat.

Zareen mendiamkan diri, sambil mengira berapa banyak lagi tingkat untuk sampai ke tingkat 14. Dia turut terasa yang pagi ini, lif ini lebih lambat dari biasa.

Dapat Zack lihat wajah Zareen yang berubah riak. Tergamam…mungkin? Biarkan. Rasa seronok pula dapat  mengayat awek pagi-pagi ini.

Oh terlupa. Awek itu adalah Boss sendiri. Memang sengaja cari pasal.

Lantaklah! Paling teruk pun, Zareen cuma bagi 'sound direct'. Tak mungkin Zareen akan bagi surat pecat.

Kalau Zareen tuduh dia buat sexual harassment, macam mana?

Tapi, ayat yang dipakai, tak ada satu pun yang kurang sopan. Takkanlah kena tuduh buat sexual harassment pula, ya tak?

Isk...ke laut dah ni. Zack menggelengkan kepala.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2014 09:15 AM | Show all posts
“Kate dengan awak, memang rapat ya?” Zareen pantas menukar topik walaupun masih dalam berbentuk soalan.  Memang Zareen agak cekap dalam hal ehwal cover line.

Zack mengangguk.

“Tapi, kawan aje. Tak lebih dari tu. And she is not the girl…if you know what I mean…”  

“Sama ada Kate ataupun orang lain, saya memang tak ada hak nak masuk campur.” Balas Zareen.

Zack senyum sumbing.

TING.

Akhirnya, sampai juga tingkat 14.

“After you…” Zack bertindak gentleman dengan membiarkan Zareen keluar dulu dari lif.  

“Thanks…Zack.”

Zack mengangguk lalu menyaingi langkah Zareen.

“Kate tu…sakit.” Zack memberitahu. Entah kenapa, dia tergerak hati untuk berkongsi cerita tentang penyakit Kate dengan Zareen. Zareen memperlahankan langkah. Keningnya berkerut.

“Sakit apa?”

“Rheu…ma…toid. Arthri…tis…” Zack menyebut sebutir-sebutir. Masih agak pelat hendak menyebut nama penyakit itu laju-laju. Dan kemudian, Zack menerangkan serba sedikit tentang Kate dan penyakitnya.

“Oh…” Zareen terangguk-angguk. “Kesian dia…”

“So..sekarang ni, Kate cuba nak berhenti hisap rokok. Merokok boleh buat condition Kate jadi lagi teruk.” Suara Zack agak serius kali ini. Tidak dinafikan, dia memang mengambil berat tentang Kate.

“Baguslah...nak berhenti merokok.” Zareen berkata. “What about you?”

“Me?” Kening Zack berkerut.

“Kate cuba nak berhenti. Awak…macam mana? Tak nak berhenti merokok?” Tanya Zareen sambil senyum.

“Sekalilah.” Zack menjawab pendek. “Saya, saya pun tengah cuba nak berhenti merokok. Ini yang kerap sangat makan gula-gula. Harap-harap, tak kena kencing manis.”  

Zareen tergelak. Zack senyum sumbing.

“Anyway…Cik Reen...” Zack berkata apabila langkahnya terhenti di hadapan meja sendiri. Zareen turut berhenti berjalan. Dia memandang Zack, menantikan Zack menghabiskan ayatnya.

“Cik Reen nampak cantik hari ini…”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2014 09:18 AM | Show all posts
Zareen mengangkat kening. Lima saat, mereka saling merenung dan selepas itu,  Zareen segera melarikan anak mata. Zack tersenyum, masih belum mahu mengalihkan pandangan dari Zareen. Suka pula melihat Zareen seperti serba tak kena begitu.

“Thanks…” Balas Zareen kemudiannya.

“Itu aje pick-up line yang saya ada....” Kata Zack.

Zareen tergelak sedikit lalu mengggelengkan kepala.

“Carilah pick-up line yang baru. Macam boring pulak dengar pick-up line yang sama hari-hari…” Balas Zareen, bergurau.

“I will…” Balas Zack. Tidak bergurau.

Zareen senyum dan tanpa berkata apa-apa lagi, dia meninggalkan Zack untuk ke bilik pejabatnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2014 09:21 AM | Show all posts
Zareen mengeluarkan telefon bimbit dan menyimpan beg tangannya di dalam laci meja. Komputer dihidupkan. Kemudian, Zareen duduk dan menyandarkan badannya di kerusi. Buat seketika, fikirannya melayang.

Zareen menghembuskan nafas perlahan. Merasa sedikit kesal dengan diri sendiri. Malam tadi, puas dia mengingati diri sendiri supaya lebih mengawal sikapnya.

Berstatus seorang pengurus – lebih tua – janda – anak satu. Sepatutnya, dia bersikap lebih matang. Bukan tergedik-gedik seperti gadis remaja yang baru kenal akan cinta monyet.

Tapi, bila berhadapan dengan Zack, semuanya jadi serba tak kena pula. Tak tahu mengapa, bila ada Zack, sikap tenang yang menjadi cermin dirinya hilang. Sudah lama dia tidak berperasaan begini…semenjak Asyraf pergi.

Zareen memejamkan mata. Secara tiba-tiba, dia merasa bersalah dengan arwah Asyraf.

Telefon bimbitnya berbunyi. Zareen membuka mata. Telefon bimbitnya diperiksa.

Akmal Omar
Salam Reen. Abang dah sampai KL. Abang free pukul tiga nanti. Abang nak minta kebenaran Reen, nak bawa Irfan keluar. Boleh?

Zareen menaip di telefon bimbit, membalas mesej Akmal.

Zareen Hakim
Wa’salam. Boleh. Nanti Reen beritahu Zahra, abang nak ambil Irfan petang nanti kat taska.

Akmal Omar
Thanks.



Akmal….

Zareen menarik nafas panjang lalu kembali memejamkan mata.


Last edited by Nicki_Meow on 4-1-2014 07:54 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2014 11:19 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-12-2013 09:48 AM
Tulah...dah bersimpang siur jadinya....

Harap-harap tak menyimpang terus ke laut dalam....  ...

nasib baik ternampak bila tag x menjd
mohteppp benor nak salahkan akak dgn usu dan ismaha pulak
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 11:28 AM | Show all posts
zack dan zareen punya rs yg sama
namun dlm pd tu zareen ada akmal yg mengekor
dan zack pula ada farizah yg cuba nak mencelah
begitu jgn dilupa si kak Amy

namun akak nak gak taw bila awek vios nak wat kemunculan kembali
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 04:42 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 2-1-2014 09:21 AM
Zareen mengeluarkan telefon bimbit dan menyimpan beg tangannya di dalam laci meja. Komputer dihidupk ...

Salam Nicki,

Bile agak2nya Zack nak memberanikan diri confess feeling dia nih? sian dia, berani2 takut hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 09:27 PM | Show all posts
Dh msuk 2thn cte nicki ni... risau den kot nya jd 3thn lak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.103498 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list