CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 25/11/24)

[Copy link]
Post time 29-11-2019 11:30 AM | Show all posts
Best2, x sabau tunggu update
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2019 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduhh ketagih baca thread TT ni.. stuck dlm traffic jam pun aku jeling2 kan aje tak nak stop baca... heheh! Lagi seram lagi nak baca pulak tu... bravo TT!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 01:02 PM | Show all posts
John, dah baik demam ke lum? ada amik antibiotik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2019 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 5-12-2019 01:02 PM
John, dah baik demam ke lum? ada amik antibiotik?

aiseymen...aku tak post lagi rupenye. Patutla mcm ade something je aku tak buat...hihihi
demamnye dh lama dh sembuh...bz skit musim cuti skolah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2019 05:03 PM | Show all posts
Ilmu Salah Bahagian 2

“Ilmu tu tidak salah…yang salah hanya manusia yang menggunakannya bersama2 dengan niat yang tidak baik”


- Pak Tahir -

Aku dan Jawe berjalan menuju ke arah dinding di tepi ruang tamu, di situ kami mengintai melalui ruang dinding papan yang telah rompang itu. Manakala Fendi pula cuba memanjat pokok rambutan menggunakan tangga buloh tadi. Waktu senja ni lah budak tu nak makan rambutan, bukannya musim pun.

Jawe: Hishhh…ape nak jadilah si Fendi ni (sambil menggeleng2kan kepalanya)
Aku: Biorlah dia…janji tak kacau kita, nanti macam2 pulak ditegurnye.

Jawe pun mula mengintai pada lubang tersebut dengan tidak semena2 dia terkejut dan berundur ke belakang.

Aku:Kenapa?
Jawe: Kenapa gelap je?
Aku: Hisshhh…kau ni…aku ingatkan ape tadi. Kau tak pasang lampu ke tadi?
Jawe: Oh ye…aku nak pasang tadi, tapi korang buat kecoh kat tangga tadi, langsung aku terlupe…hihihi
Aku: Hmmm…kalau camtu kau suluh je lah guna fon kau.
Jawe: Ok, jap…


Sedang Jawe sibuk membelek2 henfonnya, tiba2 kami dikejutkan dengan jeritan dari belakang kami. Kelihatan Fendi sedang melompat ke tanah dan bergolek2, sambil menjerit, “kerengga! Kerengga!”.

Aku: Ape sajelah kawan kau ni, Jawe…
Jawe: Kawan kau jugak…

Jawe menyambung kembali kepada henfonnya, tiba2 kami dikejutkan oleh dengan suara dari belakang kami.

Tok Jim: Assalamualaikum…jang. Apo eh dibueknyo terngondap2…ngintai si Jali ko?
Aku: Wa’alaikummusalam…hishhh…tak siyor aih. Kejadahnye ngintai orang tua…sama jantina pulak tu.
Tok Jim: Hehehe…aku gurau je…sebenarnya aku ni salah sorang dari JKKKK kampong ni, korang panggil Tok Jim sudahlah…

Kami berdua hanya menganggukkan kepala. “Eh? Kamu ni sedara si Jali, kan? Yang mengorat Leha Janda jual nasi lemak kat depan masjid pagi tadi”, kata Tok Jim sambil memandang ke arah Jawe.

Aku hanya mampu melihat ke arah Jawe sambil menggeleng2kan kepala. Tak habis2 dengan skandel2nya. Jawe pula hanya tersipu2 malu sambil menggigit jari telunjuknya dan jari kakinya pula menguis2 tanah.

Tok Jim: Aku straight to the point je lah, macam2 cerita dah aku dengar dari nak masuk maghrib tadi. Si Jali baring atas jalan lah, atas bumbung kedai si Roslan lah, makan tak bayar pun ade...yang tak semonggahnyo dio poei jilat pagar masjid. Aku ni kalau bulih nak kepastian dari si Jali sendiri, jadi korang panggilkan lah dia keluar.
Jawe: Rasenye kalau kami panggil, lepas tu dia boleh berjalan keluar…memang kitorang memang terus balik KL.
Tok Jim: Hah? Kenapa? Nak terceri ke? (eh3…orang tua ni).
Jawe: Jalinya dah meninggal dekat2 asar tadi.
Tok Jim: Innalillahi wainna ilaihi rojiun…abis tu? Yang orang2 kampong report kat aku ape yang diorang nampak tu? Belaan si Jali ke?
Aku: Tok, dia ade membela ke?
Tok Jim: Ade…kucing hitam yang bergesel2 kat kaki kamu tu. Hahahaha.
Aku: …… (dalam hati: main2 pulak orang tua ni…)
Tok Jim: Aku cuma ada dengar2 dari mulut orang kampong je…dia ni dah ade kat kampong ni dari abah aku muda lagi, diorang yang cakap dia ni macam membela, guna ilmu salah…tu lah tinggal sorang2 kat ceruk ni...jauh dari orang2 kampong. Jomlah kita naik ke atas, nengokkan si arwah…mana boleh tinggalkan jenazah tak berteman

Tok Jim coba menjejakkan kakinya ke tangga rumah tersebut, kemudian bertanya, “eh? Ape dah jadi dengan tangga rumah ni?”.

Serentak aku bertentangan mata dengan Jawe dan kemudiannya Jawe menjawap, “entah lah Tok…dari petang tadi dah macam ni”.

“Ish3…gamaknya belaan dia tu yang patahkan, tak baginye kita nguruskan jenazah…jom kita masuk dari dapur”, terang Pak Jim dengan teorinya dalam nada yang perlahan. Kami bertiga pun berjalan menuju ke pintu dapur.

“Eh? Kenape pulak aku yang kat depan ni? Korang takut ke? Kita tak perlu takut dengan mende2 ni, dia lah yang patut takut kat kita. Kita yang buat dia, bukan dia yang buat kat kita”, Tok Jim menerangkan kepada kami sambil membuka daun pintu tersebut”.

“Humang aih…golap bonar…korang tak pasangkan lampu ke?”, Tok Jim bertanyakan kepada kami tetapi kami hanya berdiamkan diri saja.

Tok Jim pun meraba2 pada dinding bersebelahan dengan pintu dapur dan kemudiannya dia memetik suis yang dijumpanya. Secara tiba2 kedengaran bunyi mesin blender yang sangat kuat. BLLRTTTT!! Disebabkan situasi ketika itu agak saspen, memang kami rasa macam nak melompat terkejutnya. Lantas aku pun berkata di dalam hati, “boleh mati heart attack dibuat dek orang tua ni”.

Manakala Tok Jim pula mengusap2 dadanya sambil berkata, “astaghfirullah hal azim...nasib baik aku tak mati terkejut”.

Suis kedua yang dijumpainya pula dipetik, baharulah terang benderang ruang dapur tersebut. Sekaligus Tok Jim menoleh ke arah kami berdua dan berkata, “hah…korang tengok…mana ada ape2? Perasaan korang je tu”. Mukanya memang kemain berlagak lagi, kalau si Fendi yang buat macam tu, nescaya aku dah lempang2kan aje.

Meluat pulak aku tengok, jadi aku pun menoleh ke arah Jawe. Tetapi muka Jawe aku lihat pucat, tangannya pula terketar2 coba menunjukkan sesuatu. Aku dan Tok Jim pun melihat apa yang ditunjukkan oleh Jawe. Dari bayang2 tersebut, seperti kelibat manusia sedang merangkak menuju ke arah dapur.

Apabila lembaga itu sampai di dalam samar2 lingkungan lampu dapur, maka nampak lah kami dengan separa jelas. Makhluk itu berkepala anjing, tangan dan badannya berbulu berwarna hitam, tetapi tidak memenuhi keseluruhan badannya. Matanya pula bersinar memerhatikan kami bertiga sambil menderam, “gggrrrrrr”. Seperti anjing yang sedang marah.

Aku dan Jawe hanya mampu memegang bahu Tok Jim sambil bersembunyi di belakangnya, sekaligus dapat dirasakan vibrate dari badan Tok Jim yang sedang menggeletar. Dia pun mula mengundur, secara tak langsung menolak kami yang di belakangnya untuk keluar dari rumah. Perlahan2 dia mengangkat tangan kirinya dan menunjuk ke arah makhluk itu, kemudiannya berkata, “kau…kau tunggu kat situ. Nanti aku datang bawak geng”.

GEDENGANG!! Dengan pantas Tok Jim menutup daun pintu dapur itu dan memesan kepada kami, “korang tunggu kat sini, nanti aku panggilkan imam, bilal, orang2 kampong yang lain”.

Kami yang masih lagi terkejut itu hanya menganggukkan kepala sahaja tanda faham. Tok Jim kemudiannya melangkahkan kakinya dengan agak laju, menuju ke arah masjid.

Dari tempat kami berdiri itu, kedengaran seperti bunyi orang merangkak dari dalam rumah. Maka aku dan Jawe bersepakat untuk duduk sahaja di pangkin menunggu Tok Jim & the geng.


Jawe: Eh? Kenapa pulak kat pangkin ni macam ade bayang2 orang berdiri?
Aku: Entah lah...takkan lah menatang tadi dah keluar dari rumah?
Jawe: Hishhh...jangan dibuat, kalau dia kat luar ni memang tak cukup tanah lah kita nak lari nanti.

Perlahan2 kami menghampiri pangkin itu sambil Jawe coba menyuluh kelibat itu dengan henfonnya…...rupa2nya si Fendi yang berdiri di atas pangkin tersebut, dengan hanya memakai boxer...dia berdiri sambil menyanyi.

Di saat gundah membekuuu
Terpaut di dadakuuuu…menyebakkan kalbu
Kesepian yang mencengkam
Membangkitkan rinduku padamu kasihku…

Masih terbayang di ruang mataku


Secara tiba2 sahaja sebuah objek terbang berpusing2 ke arah Fendi dan hinggap tepat di pipinya. Serentak kedengaran Fendi menjerit, “adoi!”. Kemudiannya dia berkata, "ape baling2 selipar ni? Kotor tau tak?”.

Dengan bersahaja, aku menjawap, “kau tu perangai senonoh sikit, orang tengah huru hara…dia boleh buat konsert depan kucing hitam ni. Bak balik selipar aku tu”.

Fendi coba membalas kembali balingan selipar tadi kepadaku tetapi tangannya pengko, selipar itu hanya terbang di atas kepala aku dan Jawe.

“Sudah2 lah korang ni…macam budak2. Hah…baju dengan seluar kau mana, Fendi?”, kata Jawe.

“Aku jemur kat ampaian tu lepas kibas2 tadi…tadi banyak kerengga”, jawap Fendi.

“Hah…eloklah kau pakai balik, kejap lagi orang2 kampong sampai. Lagi ramai pulak yang penggai seliper kat kau”, kataku pada Fendi. Dengan muka tak puas hatinya dia pun berjalan ke arah ampaian itu dan memakai kembali pakaiannya.

Jawe mencekak pinggangnya sambil berkata, “dah tua2 pun perangai tak senonoh lagi”.


Bersambung…

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2019 05:21 PM | Show all posts
Ilmu Salah Bahagian 3

Suasana malam itu agak sunyi, hanya kedengaran sayup2 suara speaker di masjid menandakan orang2 kampong sedang menunaikan solat isyak. Aku pula sedang asyik melayan perasaan sambil menghisap rokok yang aku pau dari Jawe. Jawe pula tidak duduk diam berjalan memeriksa line telefonnya yang tidak ada internet. Fendi? Masih lagi bermain2 dengan kucing hitam sambil menghisap vapenya.

Tidak berapa lama kemudian, Jawe berjalan ke arah kami memberitahu nampak beberapa cahaya lampu suluh kat simpang ke rumah Jali. Sekumpulan orang2 kampong mula kelihatan dan memberi salam kepada kami. Disebabkan aku ni tak reti loghat nogori, aku wat cakap biasa je lah ye.

SSOK – Salah Sorang Orang Kampong

Tok Imam: Kenapa gelap je rumah si Jali ni? Takde orang tunggu jenazah ke?
Tok Jim: Ni lah aku nak cerita, lepas maghrib tadi aku dengan budak bertiga ni nak naik ke rumah si Jali… sekali ntah mana datangnya keluar sekor makhluk bukan main bosa laei. Dipijaknya tangga rumah si Jali sampai berkecai.
SSOK: Ish3…bosa bona ko makhluk tu, Tok Jim?
Tok Jim: Eehhh…bosa…lagi bosa dari rumah si Jali ni.
SSOK: Ekau tak silatkan ajo makhluk tu, Jim? Ekau kan handa bersilat dengan setan?
Tok Jim: Eii…kalo diikutkan hati ni, nak je aku hobinkan makhluk tak guna tu…tapi nasib tak menyebelahi aku, kaki yang ada gout ni bukan main laie berdonyut2nye dari petang tadi.

Aku dan Jawe hanya mampu memandang di antara satu sama lain…ajer kuat meghanjo orang tua ni. Mana maunya lagi besor dari rumah si Jali, tu bukan pijak tangga…pijak rumah pun berkecai. Lepas tu tadi kemain laju berjalannya…mana datang pulak goutnya? Aduyai…

Tok Imam menghampiri aku dan Jawe, sambil dia memegang bahu kananku dia berkata dengan nada yang perlahan, “kalo dilayan ceghito otromen si Jim tu, sampai ke luso pun bolum tontu abih…”. Kata2nya itu membuatkan aku dan Jawe tertawa kecil.

“Mano satu e waghih si Jali?”, tanya Tok Imam kepada kami.

“Saya Tok…”, jawap Jawe ringkas.

“Ekau tau apo kobondo yang ado pada si Jali tu?”, tanya Tok Imam lagi.

“Tak tau pulak saya, Tok Imam…tapi tadi masa kami masuk dari pintu dapur tu, macam separuh orang…separuh anjing hitam”, terang Jawe kepada Tok Imam.

“Takpolah…kito selosaikan dulu yang fardhu”, kata Tok Imam yang kemudiannya mengangkat kedua2 belah tangannya lalu membacakan doa. Sekaligus orang2 kampong yang lain pun senyap dan suasana bertukar menjadi serius, mengaminkan doa dari Tok Imam itu.

Selepas imam menyapukan kedua2 tapak tangan pada mukanya, dia pun menoleh ke arah kami orang2 kampong, lalu berkata, “jomlah kita mulai, takdo apo2 dah di dalam tu melainkan jenazah si Jali”.

Kami pun melangkah masuk dari pintu dapur dan kemudiannya memasang lampu2 yang ada di ruang tamu serta pada laluan yang menghala ke ruang tamu. Seorang demi seorang orang2 kampong duduk di sekeliling jenazah Jali.

Boleh tahan ramai yang ada ketika itu, ada seorang lelaki tua tu walaupun jalannya bertongkat dan kakinya terketar2, tapi masih juga mahu datang menunaikan fardhu kifayah di kampongnya. Orang tua itu dengan perlahan2 duduk di sebelah kananku bersandarkan pada kekisi jendela.

Kemudiannya dia pun berseloroh denganku, “bergotar kepalo lutut ese ni ha”. Aku hanya tersenyum mendengarkannya.

Setelah semua orang2 kampong selesai duduk, Tok Imam menghampiri Jawe dan bertanya, “ekau dah talipon polis ko bolum?”.

“Belum lagi tok…tak sempat pulak, kelam kabut dari petang tadi”, jawap Jawe.

“Hah…Jim, ekau ajo lah yang tiponkan, kobakan ado orang kampong moningga…kito bukan bulih main tanam2 jo…”, Tok Imam memberitahu kepada Tok Jim.

“Iyolah imam…sekaghang jugak den call balai kek pokan nun”, jawap Tok Jim yang kemudiannya bingkas bangun sambil mendailkan nombor pada henfonnya dan kemudiannya berjalan keluar melalui pintu depan.

“Mano yang ado ni, sambil kito menunggu tu…eloklah kito mulokan bacaan surah Yassin. Samo2lah kito doakan untuk si arwah”, Tok Imam mengusulkan cadangannya kepada orang2 kampong yang ada. Kemudiannya orang2 kampong membahagi2kan buku2 Yassin yang dibawa dari masjid oleh salah seorang AJKnya.

Dalam orang sibuk membacakan Yassin untuk arwah Jali, Fendi masih mengusap2 kucing di atas ribanya. Dia duduk di sebelah kiriku, bersandar pada daun pintu. Tiba2 saja dia bertanya dengan nada yang perlahan, “John…kau rasa betul ke orang cakap, kalau kucing hitam langkah nanti mayat tu bangun?”.
“Shhhh…baca yassin lah. Kau tanya ape time2 macam ni? Kalau kau tak tau pun, baca lah surah al-Ikhlas banyak2 kali…tengok aku dah tertinggal jauh dah”, kataku kepada Fendi juga dengan nada yang perlahan.

“Dah alang2 ade kucing hitam ni, aku test boleh tak?”, tanya Fendi kepadaku. Soalan yang sampai sekarang pun aku tak boleh nak hadamkan.

“Jangan percayalah benda2 karut tu…khurafat je”, jawapku kepada Fendi.

“Habis…yang orang cakap tu?”, tanyanya lagi.

“Alaaahhh…orang cakap2 je. Kalau betul pun tu sumpahan je. Aduuuiii…kenapalah aku layan kau time2 ni”, jawapku kembali.

“Sumpahan? Sumpahan apa tu?”, tanya Fendi dengan penuh excited.

Aku hanya mampu mengeluh…tak dapat dah aku nak kejar bacaan Yassin orang2 kampong lagi. Aku pun berbisik kepada Fendi, “sumpahan jin yang berdamping dengan dia…ade yang tak boleh makan satay, tak boleh seberang laluan air…termasuklah kucing hitam tu tadi. Jadi kalau kau test pun tak semestinya mayat tu bangun. Tapi…”.

“Tapi apa?”, tanya Fendi lagi dengan penuh keinginan nak tahu.

Aku melihat ke kiri dan kanan kalau2 kantoi kami bersembang masa orang sedang membaca surah Yassin, lalu aku menjawap, “kucing ni radar yang baik”.

Fendi pun menggaru2kan kepalanya dan bertanya, “Hah? Radar?”. Belum sempat aku hendak menjawap apa2, tiba2 kucing diribanya itu menderam2 marah dan kemudiannya meronta2 minta dilepaskan. Kejadian itu menjadikan suasana menjadi kecoh, kemudiannya kucing itu berlari keluar melalui pintu di sebelah Fendi.

Kucing tersebut seperti sangat takut, sehinggakan dia terkencing terberak dalam dia melarikan diri. Nasib lah tak kena pada Fendi, kalau tak…memang takdelah dia ikut aku balik ke KL. Sedang kami sibuk melihat Fendi dan kucing hitam itu, aku terpandang Jawe yang tidak jauh dariku…mukanya pucat. Automatik aku melihat apa yang dipandangnya…mayat Jali dalam keadaan terduduk.

Gedegang! Aku coba berundur, tetapi belakangku hampir dengan dinding. Menyebabkan aku terlanggar dinding tersebut dengan kuat. Setelah orang2 kampong melihat aku, focus point mereka tertumpu kepada jenazah si Jali. Sekaligus ramai yang coba berundur ke belakang sepertiku tetapi dihalangkan dinding papan rumah tersebut. Mana yang hampir dengan laluan ke dapur mulai lari beredar dari situ.

Manakala orang tua yang disebelah kananku pula terkejut sehingga terkencing di dalam kainnya. Lalu dengan tenangnya dia berkata, “Allah…batal air semayang…ese balik ajolah”. Kemudiannya dia memanjat jendela yang disandarnya tadi dan berlari pecut sebaik saja menjejakkan kakinya ke tanah.

“Aik? Tongkat pun tak payah dah?”, kataku di dalam hati. Di dalam perhatian ku teralih kepada orang tua tadi, Fendi pula menambah perisa kepada mimpi ngeri orang2 kampong apabila dia merangkak ke arah jenazah Jali dan menarik kain batik yang masih menutupi tubuh jenazah rersebut.


Bersambung…

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2019 06:02 PM | Show all posts
Sambung TT.. I'm so freeeee
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2019 06:28 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 5-12-2019 05:21 PM
Ilmu Salah Bahagian 3

Suasana malam itu agak sunyi, hanya kedengaran sayup2 suara speaker di masj ...

..tringat filem p.ramlee, keluarga 69.

Scene minah dan dol yang berpura-pura mati.

Orang kampung bertengkar siapa yang mati dulu. Sekali minah dan Dol bangkit, bertekak jugak.

"Aku yang mati dulu!"

Imam dan orang kampung yang datang bertempiaran lari
"Allah! Tok imam pun lari!"

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2019 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
John bila nak sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2019 09:37 PM | Show all posts
Ilmu Salah Bahagian 4

Fendi….seekor makhluk yang sukar untuk kita ramalkan apa benda2 yang dia akan buat. Terutamanya di saat2 getir seperti dalam cerita kali ini…selepas dia menarik kain batik yang menutupi jenazah Jali itu, maka terdedah lah rupa manusia berkepala anjing.

Manusia berkepala anjing itu seakan menunggu saja kalau2 rupanya didedahkan oleh mana2 manusia mereng. Kalau tadinya kami hanya melihatnya dalam samar2 cahaya, tetapi kali ini di dalam cahaya lampu yang terang benderang. Matanya yang kemerah2an melihat kami di sekelilingnya, ibarat membuat pilihan siapa yang bakal menjadi mangsanya.

Ketika ini aku melihat kain batik yang dipegang oleh Fendi tadi terlepas dari jari jemarinya. Inilah kali pertama aku melihat wajah Fendi pucat. Manakala tangannya menggeletar, kakinya pula mula menolak badannya mengesot ke arah pintu keluar di belakangnya. Sebaik saja punggungnya terkena bendul pintu, dia bingkas bangun sambil memalingkan badannya... seterusnya berlari ke luar rumah.

Di saat2 getir itu Fendi masih sempat lagi mengelak dari terpijak beberapa bom tahi kucing sebelum dia melompat ke tanah. Akan tetapi langkahnya tak jauh, Fendi ibarat dilanda sawan. Menggelupur di atas tanah sebelum pengsan. Ketika ini aku sedar, aku tak seharusnya tengok Fendi di luar kerana di depan aku ada masalah yang lebih besar lagi.

Masa ni benarlah ayat dalam cerita ‘Game of Thrones’, “there is no justice in the world…not unless we make it”. Part mana injusticenya? Orang yang buat onar dedahkan makhluk ni senang2 je pengsan kat luar. Kami ni masih lagi ibarat menunggu azab sampai.

Tok Imam pula kelihatannya sedang sibuk membacakan ayat2 suci al-Quran tetapi hanya digelakkan saja oleh makhluk tak guna itu dengan suaranya yang garau. Aku pula sedang ligat memikirkan apa yang patut aku buat, takkanlah aku nak baring pura2 pengsan? Nanti kalau dikokaknya tengkuk aku, tak terkata ngilunya nanti. Jadi aku pun membuat keputusan untuk menanggalkan salah satu kekisi kayu di jendela untuk dibuat senjata. Kira OK lah dari takde kan?

Bila aku nak rentap kekisi tu, bukan main kukuh pulak dia. Punya lah banyak papan2 reput dalam rumah ni…masa kami terlanggar dinding papan tadi pun ada papannya yang jatuh. Kekisi ni pulak kuat ya amat. Salah sorang dari pemuda kampong yang melihat aku menarik kekisi tersebut, coba mencilok idea aku dengan mengambil salah satu papan pada dinding rumah tersebut.

Akan tetapi papan yang reput tahan mana lah sangat…sekali saja hayunan tangan dari makhluk berkepala anjing itu, berderailah papan yang dipegang oleh pemuda tersebut. Tindakan pemuda itu tadi menyebabkan makhluk itu bertambah berang. Makhluk itu berada pada kedudukan merangkaknya ibarat hendak menerkam siapa2 saja yang hendak mencabarnya.

Tiba2 aku melihat Tok Jim bingkas berdiri, lalu menanggalkan kesemua pakaiannya.

“Astaghfirullah hal azim…Tok Jim buat apa ni?”, tanyaku yang tidak jauh darinya.

“Jangan jadi bodoh! Kalau kau bogel depan dia, baru dia tak berani nak kacau kau”, jawap Tok Jim.

Jawapan yang tak boleh dibrainkan oleh aku sehingga ke hari ini. Ajaran sesat mana pulak dibawak dek orang tua ni? Dah la badannya huduh ya amat…udah rupa yoyo melendutnya. Serentak itu aku mula beristighfar banyak2, tapi bukanlah disebabkan ada makhluk berkepala anjing di hadapanku. Semuanya gara2 Tok Jim…serba salah aku, nak pejam mata karang tau2 je kena penampor makhluk tu pulak nanti.

Dalam kami sibuk dengan hal masing2, Tok Imam telah hampir selesai dengan bacaannya. Dia bangun dan mendepakan tangan kanannya ke arah makhluk itu lalu berkata dengan nada yang kuat, “keluarlah engkau dari jasad ini dengan lafaz, ALLAHU AKBAR!!!”.

Jenazah Jali pun rebah ke lantai dan rupanya pun kembali kepada asal. Melihatkan rupa Jali yang kembali ke asal,  baharulah Tok Imam menghembuskan nafas lega dan kemudiannya terduduk di lantai.
“Assalamualaikum…apa dah jadi ni? Kenapa Pakcik ni bogel?”, tanya seorang Pegawai Polis yang baharu saja sampai.

Kami tidak dapat menjawap soalan dari Pegawai Polis tersebut kerana masih lagi di dalam proses menenangkan kembali diri masing2. Kemudiannya Tok Jim menjawap soalan2 polis itu sambil memakai semula pakaiannya. Kenapalah tak pakai laju2 sikit pakaiannya tu Tok Jim oooiiiii…nak berdarah dah mata aku.

“Ooo…macam tu. Jadi di luar tu mayat jugak ke?”, tanya salah sorang anggota Polis.

“Rasanya kat luar tu belum jadi mayat lagi, pengsan je tu”, jawap Jawe.

Orang2 kampong membetulkan kembali jenazah Jali dan menutupnya dengan kain batik tadi. Manakala Tok Imam pula berbincang dengan pegawai polis tadi kalau2 boleh disegerakan proses pengebumian jenazah.

“Saya coba…tapi saya kena periksa dulu jenazah ni kalau2 ada apa2 yang mencurigakan”, jawap Pegawai Polis tersebut.

Sedang kami sibuk di dalam rumah, tiba2 kami terdengar lolongan anjing di luar rumah. Pada awalnya kami tidak mempedulikannya kerana menyangka itu hanya anjing2 liar di sekitar kawasan kampong. Tetapi lama kelamaan kami mulai rungsin dengan lolongan tersebut. Lain macam pun ada…lubang libu dibuatnya.

Tok Jim pun melangkah keluar dari pintu hadapan, “shlikk…”. Dia terpijakkan tahi kucing tadi.

“Celaka punya anjing…pasal kau lah aku dah terpijak tahi kucing”, kata Tok Jim sendirian. Mata dia melilau mencari di mana anjing yang melolong di malam hari sambil tangannya menyuluh dengan torchlight.

Lain yang dicari, lain pula yang dijumpanya…rupa2nya Fendi yang melolong dari tadi. Anak matanya tidak kelihatan melainkan hanya putih matanya saja. Manakala mulutnya pula menderam2 memarahi kami semua.

Tok Jim terus jatuh terduduk, habis pakaian dan tangannya terkena tahi kucing tadi. Dalam ketakutan dia sempat memanggil Tok Imam, “ Imam…Imam…budak bandar ni kerasukan!”.

Lantas Tok Imam pun keluar dari rumah melalui pintu hadapan, baharu saja dia hendak memulakan bacaan...Fendi telah menerkamnya. Agak kuat juga lompatan Fendi, dari laman rumah ke pintu hadapan. Manusia biasa tak mampu nak melawan graviti sedemikian rupa.

Keadaan menjadi panik kerana pergelutan Tok Imam dan Fendi di atas lantai ruang tamu rumah tersebut, manakala orang2 kampong dan anggota Polis coba menarik Fendi dari Tok Imam. Kudrat Fendi ketika itu sangat kuat, sukar untuk didiamkan walaupun dipegang beramai2.

Sebaik saja orang2 kampong berjaya memegang Fendi, Imam pun mula membacakan ayat2 al-Quran sambil memegang kepalanya.

“Pergi kau, orang tua! Jangan kacau aku! Aku nak tubuh tuan aku!”, itulah kata2 yang keluar dari mulut Fendi. Tetapi ianya tidak diayan oleh Tok Imam, dia masih dengan bacaannya sehinggalah tubuh Fendi itu longlai.

“Alhamdulillah…dah keluar pun…”, kata Tok Imam ringkas. Kemudiannya Tok Imam mulai batuk2 kerana kepenatan...lalu dia menyandarkan dirinya pada dinding sambil mengurut2 dadanya dan mengipas2 dirinya dengan kopiah.

Melihatkan apa yang berlaku, Pegawai Polis bersetuju untuk mengeluarkan permit mengubur dengan cepat supaya jenazah Jali boleh diuruskan sebelum timbul insiden2 yang lain. Jali selamat dikebumikan selepas solat subuh.

Kami beransur pulang setelah membeli sarapan di gerai Leha Janda dan makan di dalam kereta saja. Fendi masih lagi samar2 apa yang terjadi pada malam itu dan tertanya2 kenapa badan dia sakit2.


Selepas Kejadian


Jawe membawa Fendi mandi bunga sebelum dia dihantar pulang ke rumah keluarganya. Aku pun tak tau kenapa...korang kena tanya Jawe. Hihihi.

Tak lama itu, Fendi pun pulang ke Australia dengan isteri dan anak2nya. Dengarnya dia dah daftar untuk pergi umrah hujung tahun depan.

Kehidupan aku pun kembali seperti biasa, Jawe pun kembali dengan skandel2nya. Tapi masa lepak2 dia ada tanya, “bukan biasanya kalau orang tu ada ilmu salah, masa nak kebumi tu muka dia jadi hitam atau jadi macam apa ilmu yang diamalkannya ke?

“Apa kau ingat ni cerita tanah kubur ke? Aduyai…kau ni pun”, jawapku ringkas.

“Ye lah…tapi macam takde ape2 pun?”, Jawe menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

Aku hanya tersenyum lalu berkata, “kita ni suka sangat nak balasan2…rasanya kalau takde balasan takde lah orang nak beramal. Pada pandangan mata kita je yang tak nampak…tapi kalau kau tengok dengan mata hati kau, kau tau lah apa yang jadi kat arwah. Tapi tak perlulah kita sebarkan pula apa yang kita nampak tu…cukuplah dibuat pedoman”.


“Setiap manusia yang melakukan kesilapan hendaklah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah s.w.t.”


- Ayat lazim dalam drama seram kat TV3 -

Extra
Jawe: Errr...kalau kena rasuk dengan anjing hitam tak kena samak ke?
Aku: Kau nak samak tang mana? Roh dia?
Jawe:


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 8-12-2019 12:23 PM
John bila nak sambung

dah sambung suda
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2019 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 8-12-2019 09:44 PM
dah sambung suda

Tq Johnn.. Nah

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 04:52 PM | Show all posts
Terima kasih TT )
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Thank you john, syahdu rasa dengan kata2 nasihat sebalik cerita

John, ada lagi tak cerita?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka bace...thanks tt sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2019 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunga88 replied at 11-12-2019 06:26 PM
Suka bace...thanks tt sambung

aiseymen...dah abis adh storynya ni
ni pun dah masa tambahan dah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 11-12-2019 07:20 AM
Thank you john, syahdu rasa dengan kata2 nasihat sebalik cerita  

John, ada lagi tak cer ...

abis dah ceritanya...tq sebab sudi ikut baca dari awal lagi
part mana yang syahdu tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 13-12-2019 08:36 PM
abis dah ceritanya...tq sebab sudi ikut baca dari awal lagi
part mana yang syahdu tu?

Part ni:

Aku hanya tersenyum lalu berkata, “kita ni suka sangat nak balasan2…rasanya kalau takde balasan takde lah orang nak beramal. Pada pandangan mata kita je yang tak nampak…tapi kalau kau tengok dengan mata hati kau, kau tau lah apa yang jadi kat arwah. Tapi tak perlulah kita sebarkan pula apa yang kita nampak tu…cukuplah dibuat pedoman”.


John, kalau ko merapu pun aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you John sebab menceriakan mood2 aku bila ketandusan bahan nak baca kisah MPS ni. Jangan la bersara lagi ko g la cari cite mana2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 10:41 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 8-12-2019 09:37 PM
Ilmu Salah Bahagian 4

Fendi….seekor makhluk yang sukar untuk kita ramalkan apa benda2 yang dia a ...

Fuh! Dalam.terbayang pertarungan tok imam dan makhluk tu, mengekek jugak dgn tok jim

Terbaik. Banyak pengajaran.
Buat buku please
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.084211 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list