CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aurorae

[MERGED] Pengalaman menghantar anak ke sekolah cina

[Copy link]
Post time 13-11-2008 06:05 PM | Show all posts
wow tahniah rayyan... :handshake::handshake:
:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:

auntie ena turut berbangga dengan mu dear!! (cheh walopun rayyan tak baca, tolong sampaikan pada dia tau, aurorae!!)
pandai la!!
maths science BM BI sumer d score..
penulisan tu ok apa dapat B...

dan BC tak kisah...

yes Alhamdulillah... for rayyan, kalo aku mak dia (cheh ni kes aku verangan lebey nih!) matlamat aku sekolahkan dia di SJKC da tercapai. as u said aurorae, dia leh survive walo dimana d terdampar kelak!

benih baik, di buang ke laut menjadi pulau....
"mak Rayyan, sila sambung ayat ini"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2008 07:48 PM | Show all posts
thanks Erleyna, nanti kusampaikan ucapan tu.  Ya tak lupa kupanjatkan syukur pada Allah atas rahmatNya.

Tapi pantun tu, hahhh aaa now no wonder Rayyan BM dapat B, haku pun tak tau apa nak sambung.  Errr.... benih yg buruk campak ke darat tak jadi apa ke?   

By the way, nama penuh Basel ialah Basel.  Ramai orang termasuk cikgu dia dan nurse kat klinik rasa nama tu terlalu pendek, dan gabungkan nama ayahnya as nama dia jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 11:46 PM | Show all posts
aurorae....ooo....aurorae.....congratulations rayyan!!.....(habaq kat rayyan no...)

to me he did a good job....bukan senang O..o..o..o......lebih2 lg subject mandrin tu...
haku yg hari2 dok tengok text book mandrin  (+/-) dah 4thn dah still tak paham2 even nak ingat
satu2 words pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2008 02:14 AM | Show all posts
Originally posted by Shahir at 13-11-2008 11:46 PM
aurorae....ooo....aurorae.....congratulations rayyan!!.....(habaq kat rayyan no...)

to me he did a good job....bukan senang O..o..o..o......lebih2 lg subject mandrin tu...
haku yg hari2 dok t ...


thanks Shahir, insyaallah bagitau Rayyan.   Alhamdulillah, dia dah melalui saat2 stress dan pahit maung belajar satu bahasa yg mak bapak tak boleh nak nolong.  Dari cikgu dia, Rayyan mahir berbahasa Cina (oral), bukan setakat boleh sahaja.  Cuma written/reading tu je goyang sebab dia malas menghafal dan we all tak pernah paksa.  IN fact, aku n husband tak pernah paksa dia study even once pun untuk UPSR ni, just relax as usual, came the exam day, he went in and took it.  

As I always highlighted before, we want the children to enjoy their kiddy days.  No stress, no high expectation to score As, aku bising-bising pun abis kat forum ni atau dgn bapak dia je.   (never mention anything about getting As or really good school to him).  Part PMR nanti pun, just a little bit more study than UPSR, not because of the exam, but we want him to really grasp the knowledge and the fundamental required  to be in the science stream for SPM.  To me, SPM is the ultimate goal, from there you are streamlined either fit to be a doctor, an engineer, or just an office cleark.  So those 2 years right before SPM will be the days where he must be really really good in his subject matters, no more main-main macam sekarang.

He heh panjang pulak membebel.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 10:10 PM | Show all posts
seonok saya membaca kisah2 ibubapa yang berjaya membuktikan bahawasanya bahasa dan bangsa bukan penghalang untuk seseorang individu untuk berjaya.usaha tangga kejayaan yang boleh saya simpulkan di sini.tahniah kepada ibubapa yang berjaya mengharungi cabaran demi menjadikan anak2 sebagai tempat untuk memperjuangkan nasib bangsa akan datang.saya sangat bangga dan berharap lebih banyak lagi ibubapa seumpama ini untuk dijadikan contoh pada ibubapa yang lain.setelah membaca thread ini membuatkan semangat saya berkobar2 untuk menghantar anak saya ke sekolah cina 2thn akan datang.terima kasih kerana sudi berkongsi makumat dan pandangan kalian,yang dahulunya saya jugak agak berfikiran kolot seperti mereka yang ada,tetapi sekarang saya sudah dapat alasan dan hujah yang tepat dan mantap untuk saya bentangkan kepada suami serta ahli keluarga tentang hasrat saya untuk menyekolahkan anak saya nanti.
apa2 pun thread ini sangat membantu saya dalam membuat keputusan dan saya berharap akan dapat lebih lagi cerita kejayaan dan pembakar semangat di masa depan.
apa yang penting niat kita,masa kita untuk anak2 dan sokongan kita yang boleh membuatkan anak2 kita lebih berjaya..tahniah semua!!

[ Last edited by  queenlatifa at 17-11-2008 10:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 08:54 AM | Show all posts

Reply #485 queenlatifa's post

hi latifa...

welkam to d club...

memang pon tempat ni bagus utk share maklumat. dulu i pon masuk thread ni masa umur anak 5 tahun. tapi masa tuh takde orang sangat kat sini. dan memang tak banyak dapat kumpul info... (by d way, masa tu aurorae da ada!)

tapi sekarang, mummies kat sini saling berkongsi maklumat dan pendapat... sekaligus memudahkan kita yang merangkak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2008 12:14 PM | Show all posts

Reply #486 erleyna's post

ye tq..erleyna..i nampak u dengan aurora yang banyak bagi support dan maklumat yang berguna untuk mummy2 kat luar sana dalam membuat keputusan.i tertarik sangat memang niat hati tu nak anta anak i ke sekolahh cina.sebelum tu pun i dah pun kumpul maklumat dari sorang kakak tempat i keje.dia pun anta anak2 dia semua sekolah cina,dan katanya kalau i nak anta patut hanta dari umur 4thn lagi,tengok dia boleh cope atau tak dengan persekitaran dan cara pembelajaran dorang.
bila i baca thread ni i rasa betul dan sama macam kakak tu cakap.homework banyak,tapi kena monitor.dia pun bekalkan anak2 dia makanan dari umah.so banyak la membantu i dalam nak buat keputusan nanti.
cuma nya hubby dan famili je,pemikiran dorang agak kolot le sikit bila kita cadangkan nak hantar anak ke sekolah cina.mesti macam 2 tentangan dan pendapat yang dorang akan bagi nanti.apa2 pun i akan cuba dapatkan sbyk mungkin maklumat dari u all untuk mantapkan lagi hujah2 i nak jugak masukkan anak i ke sekolah cina. harap2 i dapat sokongan dari hubby i especially..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2008 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by queenlatifa at 18-11-2008 12:14 PM
ye tq..erleyna..i nampak u dengan aurora yang banyak bagi support dan maklumat yang berguna untuk mummy2 kat luar sana dalam membuat keputusan.i tertarik sangat memang niat hati tu nak anta anak  ...


Queenlatifa, welcome aboard ...

saya pun anggap thread ni sebagai support group untuk parents yg ada anak sekolah cina.  Saya nampak you dah ada kesungguhan nak anak ke sekolah cina, tapi belum dapat support your hubby lagi.

IT is very important for husband and wife to be really supportive to each other and to the child sebab cabaran yg sangat besar untuk anak tu nanti.  There will be a time when your child becomes so frustrated (from not understanding anything), both of you can't help a bit, plus at the same time very busy with other things, and yet have to put aside those other things to motivate or just sit next to her.  

First and foremost, you kena betul2 yakin kenapa nak hantar anak ke sekolah cina.  Then bincang elok2 dengan husband, have a heart to heart talk, why he is against anak ke sekolah cina.  Do you have any good example anak2 jiran or kenalan yg bersekolah cina, like they have good manners etc.  Some people dah ada this idea in mind kalau anak ke sekolah cina, perangai pun turut jadi tak elok.  You can read some posts on these wayyyy back.

It is easier kalau bapak yg nak, emak tak nak, ye la veto di tangan suami kan.  Kalau you berjaya meyakinkan husband so that he is fully supportive with your idea, then elokla teruskan.  Tapi kalau husband berkeras hidup mati ttp tak mo, kena cari alternative way for your child to learn chinese, such as tuition.

Now that is your main concern for now.  Untuk yakinkan husband you.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2008 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by aurorae at 18-11-2008 04:27 PM [url=http://eforum3.cari.com.my/redirect.php?goto=findp ni
ost&pid=27195700&ptid=158340][/url]


Queenlatifa, welcome aboard ...

saya pun anggap thread ni sebagai support group untuk parents yg ada anak sekolah cina.  Saya nampak you dah ada kesungguhan nak anak ke sekolah cina, tapi  ...

tq  aurorae...
tapi i belum lagi nyata kan hasrat ni sebab nya anak i baru je 2 thn panjang lagi masa untuk berbincang.cuma yang risau sekarang
hubby i ngan family belah dia ..dorang ni memang org kampung sangat2 so memang berpegang ngan adat dan pantang2 nenek
moyang dorang.i tak risau pasal belah famili i sebab mak i akan setuju je apa keputusan i demi kebaikan anak2 i.cumanya dorang ni la
mesti dorang akan tentang habisan punya la.sebab tu la i dok kumpul maklumat2 tentang sekolah2 cina ni dan pengalaman2
ibubapa dalam menghantar anak2 ke sekolah cina ni.perkara yang pertama dorang pertikaikan mesti makanan,kedua agama dan ketiga ape faedah
hantar anak ke sek cina sedangkan sek melayu belambak2.tu yang i risau takut hujah2 i nnti tak kukuh untuk support keinginan i ni..
memang i dah abis baca thread ni dari awl sampai akhir tu sebab i jadi yakin sebab semuanya dari pengalaman ibubapa sendiri...
harap2 nanti hubby i akan suport i...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2008 11:39 PM | Show all posts
Originally posted by queenlatifa at 18-11-2008 11:05 PM

tq  aurorae...
tapi i belum lagi nyata kan hasrat ni sebab nya anak i baru je 2 thn panjang lagi masa untuk berbincang.cuma yang risau sekarang
hubby i ngan family belah dia ..dorang ni meman ...



Oh ok baru 2 tahun   he he tapi kemahuan tu kena ada dulu. It is good you dah start cari as much info as possible.  Kami pun dah simpan keinginan untuk anak ke sekolah Cina ni dari they all kecik lagi.  Masa tu belum ada support group mcm sekarang lagi, tapi my husband and I rasa dah cukup sedia sebab our son tu dah biasa berada dlm environment sebegitu (dikelilingi non-malay people dan sekolah yg serve non-halal food).  Good luck and hoping to hear from you soon.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 01:07 AM | Show all posts
aurorae,mcmana u ckp hasrat u kat mak bpk u n mentua dulu?ada halangan,mcmn u handle?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by queenlatifa at 19-11-2008 01:07 AM
aurorae,mcmana u ckp hasrat u kat mak bpk u n mentua dulu?ada halangan,mcmn u handle?


Meha aku post balik apa yg aku tulis dulu:
" Percaya tak korang,  kemahuan untuk anak menguasai bahasa cina dah ada kat ayah dan mertua aku rupa-rupanya.   Masa tu aku balik kampung, berbual2 dgn parents pasal sekolah cina ni.

Pastu mak aku cakap, "sebenarnya dulu abah nak masukkan Yong (nama manja aku kat umah) ke sekolah cina, dah pegi dah sekolah tu nak daftar.  Pastu tak jadi sebab ramai sangat yg tak bagi".   Tiba2 hubby aku menyampuk, " ayah saya pun dah daftarkan saya masuk tadika cina, tapi tak jadi jugak sebab halangan dari orang2 keliling dan sedara mara."  

Aku boleh bayangkan situasi masa tu, mana ada budak melayu kat sekolah cina tu, kampung ulu pulak tu, memang kuat semangat melayunya.   Sedara-mara pulak duduk dekat2. semua keputusan besar macam ni kena consult dan dapat persetujuan ramai gak kalau tak nak jadi kera sumbang."

So conclusionnya, kitaorang mak bapak zaman moden buat keputusan sendiri nak masukkan anak ke mana, tanpa kira pendapat sedara-mara dll.  Lepas dah masuk baru inform diaorang, bukan minta pendapat, inform je.  Tapi syukur, rupa-rupanya diaorang memang menyokong dan memang dah pernah ada niat yg sama satu masa dulu.   Tapi keputusan diaorang dulu  memang ditentang habis-habisan.  Pastu kena ikut sebab dah tinggal among sedara-mara, ikatan masih kuat, tak macam kita sekarang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 12:50 PM | Show all posts
Tadi baru je balik dari skeolah Rayyan minta tandatangan gurubesar dlm borang MRSM.  Dalam ofis masa tu, kerani cakap gurubesar tengah angin sekarang, baik-baik sikit.

Aku masuk je bilik guru, ada guru besar, cikgu English Rayyan, dan beberapa cikgu lain rupanya.  Wahh semuanya sambut aku dengan penuh mesra, bergelak ketawa lagi, semua nak cerita pendapat dan memori diaorang dengan Rayyan.  Diaorang kata Rayyan ni bijak, tapi nakal sikit dan tak mahu menghafal.  Kalau cikgu cakap Melayu@ English dengan dia pun, dia jawab balik dalam bahasa Cina.  Oral Cina Rayyan tiap tahun dapat A, walaupun tulisan dan pemahaman dari E ke C.  Semua bagi tahniah, sebab  masa UPSR, dia dapat C untuk both Cina.

Cikgu English reveal yg dia dah offer Rayyan untuk stay with her for 2 weeks before UPSR sebab nak polish bahasa Cina, tapi Rayyan takmo.

[ Last edited by  aurorae at 19-11-2008 02:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 05:54 AM | Show all posts
bagus ekk seronok betul ..dalam beberapa tahun rayyan struggle sekarang dah pandai..good for both of you n hubby..at least everything you've done worth it..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 02:08 PM | Show all posts
nak naikkan balik thread nie...untuk rujukan saya.....

eh akak2 dulu masa sblm masok anak ke SRJK (C) nie, ada hantar derang ker tadika cina ker atau tadika biasa2 dulu??

saya tgh terpk2 nie, sbb dkt tpt saya tadika cina tadek, tadika mat salleh ada...tp saya dah tau skolah mana saya nak anto biler anak nie masuk 7 tahun kelak. cuma tue la, persediaan nak masok ker srjk (c) nie macam mana??


any input??
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 04:16 PM | Show all posts

Balas #495 tina^^\ catat

betul setuju..harap dapat input dari u all tentang preparation segala..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 01:25 AM | Show all posts
to queenlatifah.....welcome to the club.

bg saya jika inginkan anak ke SJKC, suami isteri kena sependapat....dua2 mesti sebulat suara dan sehati sejiwa...then laluan utk anak itu nnti akan senang sbb ayah dan ibu sentiasa ada dibelakang mereka...insyaallah.

setuju banget dgn apa yg aurorae dan erleyna tulis...


dan utk soalan yg ni plak...

eh akak2 dulu masa sblm masok anak ke SRJK (C) nie, ada hantar derang ker tadika cina ker atau tadika biasa2 dulu??

saya tgh terpk2 nie, sbb dkt tpt saya tadika cina tadek, tadika matsalleh ada...tp saya dah tau skolah mana saya nak anto biler anak niemasuk 7 tahun kelak. cuma tue la, persediaan nak masok ker srjk (c) niemacam mana??


kalau kat rmh tak de sesiapa yg boleh ckp mandrin, better anta gi tadika cina seawal mungkin, at least 2 thn di tadika sebelum ke drjh 1.
i sent my doter masa umur dia 4thn lg...mmg tak de pressure...just nakkan dia bercampur dgn kawan2 dan kenal sepatah dua mandrin
masa she was 4...

but my eldest...sbb we made a last minute decision to send him to sjkc, jd dia hanya dihantar ke tadika cina cuma sethn jer and almost 2 years
in Qdees. Bila masuk tadika cina, tho he was 6 yrs old...tp for the first 6 mth dia kena attended class utk budak 5 thn sebelum pricipal tadika tu
masukkan dia ke class budak 6 thn. Selain tu, we sent him to tuition sbb cikgu sarankan supaya dia leh catch-up apa yg patut dan able to be at
the same level (in terms of understanding the language)  spt budak yg gi tadika cina 2 yrs before std 1.

Dr segi persediaan to std 1, pd saya...
-anta ke tadika cina (tadika ni yg mmg khusus utk anak2 ke sklh cina)
-anak itu dah mmg ready dr segi mental dan fizikal...mmg budak tu sendri nak ke sklh cina and the child is aware yg dia akan
ke sjkc.(biasanya kalau kita dah masukkan ke tadika cina...mmg the child aware dah pun...)
-the child is aware dan well informed apa itu makanan halal dan sebagainya...cam saya mmg dah habaq siang2 lg yg no sharing food
or drinks with kawan2...yg bukan islam...terangkan dgn baik dan jelas....insyaallah budak senang paham
-how to say NO dgn baik kalau kawan offer
-saya ceritakan...sometimes mmg akan ada orang yg cemuh atau question u "why do u go to sjkc...dgn cara menyindir dan mencebik..."
saya pastikan yg mrk happy to be in sjkc dan selami perasaan mrk...i let them talk to me/luahkan perasaan on how to face soalan2
cepumas cam ni......what to expect and how to deal with it kalau berlaku...

Setakat ni tu ajerlah yg terlintas....nak gi tidur dah....kalau ingat nnti2 saya sambung lagi....

Also, pd yg nak masuk std1 thn depan di sjkc.....jangan lupa buat soalan2 dlm buku Latihan Cuti Sklh...
Cuti panjang ni....buku jangan lupa lak...ya ibu2...mommies2...
-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2008 11:38 AM | Show all posts
Shahir dah banyak bagi input tu, so sorry sekarang dah less time depan internet sebab pindah rumah baru yg takde connection.

Persediaan mental is as important as physical.  Lots of support from parents to the child.  Always talk to the child that one day he's going to the chinese school, ..... so that he could be ....

Halal food, children mesti be aware tentang ni.  You kena latih dari rumah lagi, contoh masa pilih barang kat grocery, ajar dia mana food yg halal, mana yg haram.  Ingredient mana kita tak bole makan.  Some food looks good, but it can be haram too.  Make it a big issue, so that the moment dia ke sekolah, he's well aware of it.

Sekolah tadika, as early as possible pilih tadika Cina yg menepati your standard dari segi makanan, kebersihan, silibus etc.  Jauh sikit pun tak pe, kita tak mau pening kepala dikemudian hari.

Some parents kat sini lambat hantar tadika cina tapi ada back up plan seperti masukkan daycare cina (kena sedia food sendiri)  atau hantar additional tuition.  

Anak tu sendiri, adakah dia bersedia untuk berada dalam situasi tu.  Kalau unsure, try for the first 6 months, tengok penerimaan dia, minta pandangan cikgu dia.  Biasanya cikgu boleh menilai samada budak tu boleh bawak atau tidak.  Biasanya budak pintar, walau resist macammana pun, dia still boleh survive dan takde masalah akademik kat situ.

Aku cuti seminggu ni, datang ofis kejap2 nak check email dan forum.  Nih parents dah datang dari kampung, so mungkin tak masuk for a week.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2008 12:23 PM | Show all posts
Rayyan akan masuk ke sekolah agama swasta di Perlis bermula 3 Jan 09 nanti.  Mudah-mudahan dia akan jadi anak yang soleh.  Aku akan motivate dia untuk tubuhkan kelab bahasa cina dan semoga dia boleh buat sesutau yg berguna di situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 02:26 PM | Show all posts
Apa kaba semua anak2 yang bersekolah cina?  Anak ke 4 ku, Basel akan masuk ke tadika Cina januari depan.  Sebenarnya Basel dah nak masuk 6 tahun, tapi sebelum ni dia ke tadika Islam je.  Tahun depan baru nak crash course setahun tadika Cina.  Jadual dia tahun depan, 8.30 am - 11.30 am tadika Cina.  Rehat+lunch aku sediakan.  12.30 - 2.30 pm transit di nurseri tadika yg sama, sambil cikgu bimbing siapkan kerja sekolah dan latih tubi bahasa Cina.  3.00 pm van sekolah Islam ambik untuk mengaji kat tadika Islam. 3.30 - 5.30 belajar fardhu ain kat tadika Islam.

Walaupun nampak penuh jadual tu, tapi tadika pagi tu je yg belajar intensively.  Yg lain2 tu sambil santai-santai.  Fardhu ain tu pun banyak buat praktikal, contoh masuk kelas aje at 3.30 tu, ustazah akan suruh budak2 tu solat zohor  berjamaah dulu, pastu baru belajar satu topik sehari.  Sebelum balik solat asar berjemaah jugak.

Aku memang sengaja cari different methods for each child sebelum melangkah ke sekolah, so that aku boleh nampak dan nilaikan which methods works the best.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.387235 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list