CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 1mas2ra

PAVLOVA

  [Copy link]
Post time 10-8-2012 04:46 PM | Show all posts
serikandi_gurl posted on 10-8-2012 04:02 PM
Nak tanya..sapa pernah try wat pavlova ikut resipi Alex Goh? manis sangat tak?

saya guna gula 4 bj telur putih 170g sahaja,tu pon manis juga.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2012 07:11 PM | Show all posts
rienafaiz posted on 10-8-2012 04:46 PM
saya guna gula 4 bj telur putih 170g sahaja,tu pon manis juga.

Maknenye kene kurangkan lagi la gula tu kan. Sbb resipi Alex goh 2 biji telur n 130g gula. Nnt sy Cuba kurangkan
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 01:50 PM | Show all posts
As Salam, saya dah cuba dah wat pavlova. Guna 6 biji putih telur ngan 100gm gula. Pavlova ni rasa chewy sikit ek? Tapi tak tahu nape rasa pavlova macam tak kene lak ngan tekak. Tapi family kata sedap. Macam u all bakar pavlova ni berapa lama ye?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 01:55 PM | Show all posts
serikandi_gurl posted on 13-8-2012 01:50 PM
As Salam, saya dah cuba dah wat pavlova. Guna 6 biji putih telur ngan 100gm gula. Pavlova ni rasa ch ...

woww 6 biji..banyaknya kak..
saya 4 biji je tu pon dah rasa banyak.haa dia mcm kenyal x brp kenyal sgt la,mcm rapuh pon ada.bakar dalam 1 jam20minit kdg2 1 jam15minit ikut pada oven...

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 02:30 PM | Show all posts
rienafaiz posted on 13-8-2012 01:55 PM
woww 6 biji..banyaknya kak..
saya 4 biji je tu pon dah rasa banyak.haa dia mcm kenyal x brp kenya ...

6 biji putih telur tu hasil wat biskut mazola aritu pakai kuningnye..hehe...kejapnye 1 jam 15min. Saya dekat lebih 1 jam setengah lambat tul nak masak. huhu....

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 03:00 PM | Show all posts
serikandi_gurl posted on 13-8-2012 02:30 PM
6 biji putih telur tu hasil wat biskut mazola aritu pakai kuningnye..hehe...kejapnye 1 jam 15min.  ...

Suhu berapa kak? saya letak aritu 150 mcm tu la.Kadang2 kurangkan suhu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2012 04:31 PM | Show all posts
rienafaiz posted on 13-8-2012 03:00 PM
Suhu berapa kak? saya letak aritu 150 mcm tu la.Kadang2 kurangkan suhu

oven saya tu dh panaskan suhu 190. Bila masukkan pavlova tu turunkan suhu dalam 170/160 kot. Tapi mak aihh lebam menunggu nak jadi crunchy. Dh dua jam bakar tp bila kuarkan atas dia cam lembut walaupun warna dh bertukar kaler coklat terang.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 08:53 AM | Show all posts
serikandi_gurl posted on 13-8-2012 04:31 PM
oven saya tu dh panaskan suhu 190. Bila masukkan pavlova tu turunkan suhu dalam 170/160 kot. Tapi  ...

kadang2 masak crunchy kadang2 dia melt pulak.janji dalam dia masak kak..eeegegegge
masa akak makan tu dlam dia dia macam mashmallow kan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2012 11:12 AM | Show all posts
rienafaiz posted on 14-8-2012 08:53 AM
kadang2 masak crunchy kadang2 dia melt pulak.janji dalam dia masak kak..eeegegegge
masa akak maka ...

Dalam dia macam mashmallow sikit haah. Tapi permukaan luar dia bila kunyah macam chewy camtu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 02:25 PM | Show all posts
struktur luar dia mmg kering ke??sbb saya ada buat tp mula2 lps bakar mmg kering dah mcm crunchy..tp lepas 4-5 jam bahagian luar dia jadi melekit..adakah pavlova sy xjadi atau mmg mcm tu..??

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 12:35 PM | Show all posts
Boleh tak sesiapa tepek resipi dr IRma london tu... me tak boleh masuk la blog dia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 07:18 PM | Show all posts
want2bhappy posted on 30-8-2012 12:35 PM
Boleh tak sesiapa tepek resipi dr IRma london tu... me tak boleh masuk la blog dia...

Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.?

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri.

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam?

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.

*ni recipe Irma di London


Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 11:35 PM | Show all posts
sedapnya... yummy2

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 09:12 PM | Show all posts
Pavlova saya utk family gath today..resipi irma London. Tq pada yang share...



Cari bush markisa@passion fruit kat tesco takde laa pulak hari ni..kalau ada markisa..bagi saya..rasa lebih mantap!
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 08:14 AM | Show all posts
rottberry posted on 30-8-2012 07:18 PM
Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

terima kasihhh!
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 11:24 PM | Show all posts
Ingat nk try la utk jamuan raya di office.

Klau nk bake pavlova ni guna api atas atau api bawah? Tak pernah guna oven utk baking, so tak tau. Oven brand cornell.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2012 09:16 PM | Show all posts
Adoii, taktaule apa masalah, tgh bakar pvlova ni, dah sejam. Bwh dah hangit, tapi pvlova ku masih blum crispy outer layernya. Lembik n melekit.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 10:31 PM | Show all posts
Taktau la what went wrong, my pavlova yg asalnya 3cm tinggi, berubah jadi 1cm. And kat dlm tu still ada part yg tak masak. Base tu dh hangus. Kulit x crispy. Nara guna api bawah, suhu 140-150 dgree, sejam 15 minit. Dari segi rasa, mmg sedap. Klau menjadi, tentu lagi sedap.

Ada sesiapa boleh bntu? Nara dh ikut step by step.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 11:11 PM | Show all posts
Nara_Gaara posted on 7-9-2012 10:31 PM
Taktau la what went wrong, my pavlova yg asalnya 3cm tinggi, berubah jadi 1cm. And kat dlm tu still  ...

Your oven besar or kecil?  If kecil, boleh reduce temperaturenya sebab oven kecil lebih panas....... maybe 100 to 120C (i used 120C even oven besar).... i pakai api atas bawah, middle rack


Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 08:43 AM | Show all posts
Thanks chempaka,

Oven nara kecik. Mungkin temperature faktornya. Next time nk try temp 120-130.  api bawah dan mungkin guna rack yg atas, not middle. Nk sediakn adunan tu mudah je, membakor yg mslhnya. Oven tu pulak mmg jaaaaaarang sgt guna.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.116576 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list