|
Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`
[Copy link]
|
|
Terdengar suara mengaji Qur'an dari masjid.
Setelah membayar harga makanan aku menuju ke arahnya.
Kali ini langkah ku susun satu persatu dengan kukuh dan bertenaga.
Sampai di perkarangan masjid aku berwudhu' dan masuk ke perkaranga tengah bangunan masjid.
Maka bersolatlah aku berjemaah bersama dengan orang orang yang solat di situ.
Setelah sudah aku pun keluar diperkarangan masjid dan menuju ke tempat duduk yang mula mula aku sampai dari perjalanan ku. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mengoyang goyangkan kaki ku santai.
Beberapa orang kanak kanak melintas di hadapanku.
Mereka memakai sepasang baju melayu tanpa samping dan membawa kitab.
Kemudiannya pula ada lagi beberapa orang kanak kanak yang berpakaian serupa melintas lagi.
Aku memerhatikan mereka sehingga mereka hilang di antara celah muka pintu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tunduk memerhati lantai sambil kedua tapak tanganku menupang dagu, kemudian aku menyapu mukaku dengan kedua dua belah tanganku.
Aku berdiri dan kemudiannya berjalan menuju ke arah di mana kanak kanak itu berjalan.
Pemandanganku menjadi gelap apabila sahaja aku tiba di muka pintu. |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan :
Tersebutlah kisah dua ekor hantu nih...
Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil.
Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk! !"
Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian. .. aku dulu mati sebab heart attack."
Kata Hantu A dengan ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye?
Apsal ko tak gi buat operation?
Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang."
Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery.
Panjang ceritanya... "
jawab Hantu A denga sayunya.
"Ceritala sikit..Sambil- sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku.
So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku.
Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah
aku je.
Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai untuk tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?"
tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku.
Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab.
So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh.
Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik
jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..."
kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A.
Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi"........ |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan :
Tersebutlah kisah dua ekor hantu nih...
Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ...
rdzaccess Post at 11-2-2010 01:42
kih3...lawak betol... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak tau kenapa pulak berat sangat nak lanjutkan cerita pengalaman nih... |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaaaaaaaaaaa.....sambung la dgn cite lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku meminta bebanyak maaf...
Beratnya aku nak melanjutkan cerita pengalaman ini adalah disebabkan aku dah terkena sihir....
Simtom dier cam ni...
Aku batuk pabila saja aku duduk dan batuknya bukan dari dalam dada atau tekak tetapi lebih terasa dari ( sekarang ni pun dok terhangguk hangguk batuk bila menaip ) antara dada dan tenggorok belah dalam.
Apabila aku berdiri tak der pulak batuk.
Bila baring semacam mencucuk cucuk |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf aku cuci skrin komputer dulu ( menyembur kat skrin ayaq lior )
Bila baring macam mencucuk cucuk geli dan kemudian bila aku bangun dia ilang kejap pastu mula batuk sehingga keluar ayaq mata dan juga isi perut.
Kekadang sampai terkencing sikit.
Letihlah aku di buatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemudian bila nak tidur, tak der apa apa pulak.
Waktu pagi takder problem.
Jam 9 pagi jika aku duduk dia akan bermula kembali.
Kalau aku berdiri tak der masalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah hampir 2 bulan macam ni.
Ubat batuk dah abis berbotol botol.
Paracetamol dah berpek pek.
Apa saja jenis herba untuk menghilangkan dah aku cuba. |
|
|
|
|
|
|
|
Memula aku tak kisah mungkin perubahan cuaca taoi bila bahu kanan sakit kemudian ilang pastu tengkuk kanan pulak sakit ( kesakitan bahu ilang digantinya )
Sekarang ni, bahu kanan pulak sakit ( dan aku menduga mungkin tengkuk kiri akan sakit pulak lepas bahu kiri ilang sakit ) |
|
|
|
|
|
|
|
Kepala aku dah mula sakit ( bukan pening ).
Menyucuk nyucuk ~ kiri, kemudian kanan kemudian belakang banyak yang kemudian macam ada orang cucuk ibarat kepala aku ni plaster sin.
Uuuuaaaarghhh~ ~~
Aku berhenti jap.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam.... ada yg xbagi bro bg maklumat n ilmu kat kami... |
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa pulak macam tu...
Kalau saya belajar ilmu santet atau pendukunan melalui guru yang menyekutukan Allah SWT, maka mereka bolehlah berbuat demikian.
Di thread saya ada saya nukilkan di mana saya mengadu kepada ayah saya yak ni mengapa saya tidak dapat berguru kerana ada saja alasan yang guru guru itu berikan agar saya tidak menjadi murid mereka.Dan kata ayah saya bahawa saya tidak perlukan mereka kerana ilmu itu akan datang sendiri kepada saya.
Lagipun saya tidak merasakan apa apa kerugian dalam memberi ajar akan pengetahuan dan juga ilmu saya.Cuma yang saya pinta adalah pembayaran dengan 'masa' mereka yang kepingin ...itu ajer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah....
Hari ini adalah sedikit kelegaan.
Hanya batuk cuma sekali ajer...
Dan selepas Maghrib tadi perut ( di bawah dada ) terasa senak menyucuk...
Apa yang berlaku adalah disebabkan oleh kemunculan aura aura jahat yang berada di sekeliling tubuh saya....( kerana terlalu banyak scanning )...
Apa yang saya lakukan adalah membuang dan ada juga memadamkannya.
Nak tahu lebih lanjut kena tanya Edy .... |
|
|
|
|
|
|
|
496# rdzaccess
salam....
ooo.... itu puncanya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Maka kini aku dah sehat dah tapi efek dier masih ada lagi...kat perut lak..
Semalam sekali dan ari ni sekali.
Kedua duanya lepas solat Maghrib terjadi.
Aku urut tang tu dan sendawa keluar angin ikut mulut....
Berair mata menahan sakit ( kena tahan jugak sebab urut sendiri ) |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sambung sikit....
~~ Aku kemudian menuju ke satu sudut dan duduk di situ.
Aku memerhatikan anak anak yang duduk berkumpul agak ke tengah.
Masing masing mendamparkan naskah al Qur'an dan ada yang juga mukkadam.
Masing masing mula membaca sendiri dan dengungan kedengaran.
Kedapatan juga duduk menghadap sesorang yang agak yang agak lebih tua dari mereka.
Maka kedengaran lah suara merdu lembut kedengaran mengalunkan ayat ayat kalam suci.
Pembacaan diteruskan sehinggalah kesemua mereka menyudahi giliran. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku semacam bermenung jauh...
"Aaa...aaahh" Aku tersentak.
Seorang yang agak sebaya dengan ku dari susuk tubuh telah berada berdiri di hadapanku.
"Wa a'laikum salaaam." Aku membalas...Ya ke tidak dia memberi salam, aku pun tak dengar namun itulah seperti yang aku balas.
Dia kemudian duduk di sebelah ku seraya menghulurkan tangan minta disambut.
Maka aku menyambutnya dan dia memrhatikan pergerakan tanganku yang setelah dilepaskan menggenggam jari jemari dan membawanya ke dada dan kemudian mengucup sambil telunjuk ku lepaskan.
Dia memerhatikan gelagatku dengan penuh minat.
Aku tersenyum. |
|
|
|
|
|
|
| |
|