CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** JEMARI SENI (Bahagian 2) **

  [Copy link]
Post time 24-12-2010 09:25 PM | Show all posts
Reply 479# willy_wonka

setuju dengan willy...3 jantung hati kalau kurangkan penggunaan bahasa inggeris mungkin lebih menarik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2010 12:05 PM | Show all posts
dah abes baca 3 campur 1 = satu

masa baca ringkasan kt belakang buku, dalam hati dah berkenan dan mungkin boleh dilayan...tapi apabila mula baca dah tak boleh nak masuk...bila baca aku terbayang macam tgh tgk citer awan dania, sbb byk sgt dialog dia yang sengal-sengal dimana aku rasa terlalu banyak sampai ilang selera nak baca...cuba paksa sampai bab 10 pun tak leh masyuk sgt sampai aku terpaksa berhenti sekejap cari mood...akhirnya aku berusaha abeskan pembacaan walaupun tak berapa masyuk...baca pun banyak langkau-langkau page....2 bintang...

- ni adalah pendapat aku sendirian berhad...lain org lain penerimaannya
- jika anda rasa anda ingin beli buku ni, jangan lah terpengaruh dengan ulasan aku mungkin anda boleh menerimanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 07:42 PM | Show all posts
Reply 482# mijot
Aku pun takleh baca novel ni... kesimpulan yg Aku boleh buat ialah tagline grup tua yg sdh terawet tu hanya utk menutup kelemahan novel ini... sad to say Aku takleh nk bg even 1 bintang pun utk novel ini..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 07:46 PM | Show all posts
Ye.. Aku pun hanya member pendapat peribadi.. mungkin penerimaabn Aku dgn org lain x sama .. jd Aku x berniat utk mempengaruhi org lain utk x membaca novel ini....


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 07:13 PM | Show all posts
novel baru bulan januari



sinopsis:

Masa itu adalah makhluk Allah yang tak pernah henti berdetik



Seumur hidupnya, dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah, mama yang sangat dia rindu walau wujudnya di depan mata. Dari kecil dia sering tertanya-tanya, kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama!

Ainnur Shahirah tidak pernah kenal siapa ayahnya. Sangkanya, apabila bertemu ayah, kurang-kurang dia punya kasih seorang bapa. Tapi dia salah. Ayah seperti mama. Tidak pernah menerimanya sebagai anak.

Dia menjadi daki dalam keluarga. Dia sedar duduk dirinya. Dia akhirnya pasrah, kasih mereka bukan untuknya. Dia harus pergi agar mama dan ayah bahagia dengan keluarga sendiri.

Kata Zhafran, “Ainnur bukan sekadar kejam pada Tok Mama dan Tok Baba. Tapi juga Uncle Luqman. Salah ke mereka hingga turut terhukum?”

Apa yang Zhafran tahu?

Semuanya dia yang tanggung. Rasa pedih, terluka. Semuanya ditelan sendiri. Dia sudah sehabis daya mencuba. Dia pergi pun atas kehendak mereka, jadi apakah dia yang kejam?

* * *

DIYA NORDIN memeta watak Ainnur Shahirah dengan baik sekali. Kaca Jendela Ainnur membawa anda memahami hati seorang perempuan yang tabah. Benarkah hati perempuan  itu hening bak kaca?--------------------------------------------------------------------------------------------------

ISBN: 978-967-5118-51-7

Harga: RM18.00 (Sem. M'sia)/RM21.00 (Sabah/Sarawak)
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 11:51 AM | Show all posts
baru abis baca  PADA ANGIN AKU BERPESAN-ADI LEAH..sangat best okay!!!!smpi kol 3 pagi dok baca..pastu dtg opis smbg balik..hehe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2011 12:03 PM | Show all posts
Reply 486# aQuA_dIaMoNd


    kena hapdet list ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 03:58 PM | Show all posts
Reply  aQuA_dIaMoNd


    kena hapdet list ni.....
ikz Post at 2011-1-14 12:03 PM


trust me..cite ni best..meh saya ltk part maner yg best..(amik sket kt blog sy,sajer nk share dgn kwn2 yg asyik dok tanye novel maner best)
Mengisahkan pasal Ariel dn Yasmeen yg di jodohkan tanpa kerelaan masing2.Bekerja di bwh satu bumbung  dgn Ariel,Yasmeen tidak menduga lelaki yg juga bosnya ada lah org yg ingin keluarganya jodohkan.Ariel,yg Yasmeen knal sbg bosnya ada lah sorg playboy dan kaki clubbing..rela ker Yasmeen jd isteri kepada lelaki yg tidak mencintai nya..apatah lgk dia...Adam ada lah cinta pertama nya...tp demi ibu bapa yg tersyg Yasmeen pasrah...dia rela dlm paksa utk menerima lelaki yg bernama Ariel-bukan Peterpan itu....


saya tulis kan sket eh..maner part yg best..


Hero-ariel

Heroin- yasmeen


-yg part ni mase dorg wat perjanjian b4 kawen.


Mata yasmin bulat memandang  ariel membuak lipatan tisu di atas meja.Ariel menulis apa saja yg terlintas di fikirannya saat ini,logik atau tidak itu blkang kira.Apa yg dia tau mst mendiam kan perempuan di depan nya itu.


"Nah amik ni n sign"


Yasmeen  membca pkara2 yg di tulis di hdpan matanya.Amboi2..dia igt dia pandai???Yasmeen lgk pandai lah!bentak yasmeen geram.


"eh mana aci,smua point ni nak menang kan u aja!"yasmeen membidas garang.

"mst lah sbb i yg tulis"jwb Ariel selamba

Oh Ariel mmg silap besar lah,kalu fikir dia tak akan melawan,dia tak tau yasmeen advance dari sgala segi tau!kali ni giliran yasmeen memotong dan menambah mana yg dia rasa kan perlu..


Kau yg tulis ya?

tggu..ini yasmeen pulak yg tulis......


1.Berlakon sebaik mungkin depan famili kita----->approved

2.Urusan I,urusan I,urusan you kene refer dgn I dulu----->banyak cantik muka u!

3.Nak pergi mana2 dgn izin I----->BOLEH BLAH!

4.Ikut smua arahan I----->DREAM ON BEB!!

5.Rahsia kan perkahwinan kita daripada smua org---->Euuuu..like I want to tell anyone

6.Dipejabat I bos,di rumah pun I bos----->sengkek sangat ke sampi nak buat OT kt umah??

7.Villa Putra ada lah kediaman rasmi I kalu famili dtg..

8.Duduk asing-asing---->hoho..of course la beb,tak kuasa I nak duduk dgn buaya darat yg blagak metroseksual!entah2 hmmm G.A.Y.a.h

9.You boleh dating I pun boleh!!>>yasmeen

10.You sentuh I,jgn hrp jari u ada sepuluh lagik>>yasmeen


Ariel

(Muhammad Ariel bin Sazali)


Yasmeen

(Yasmeen Dzulkefli)


"eh ello..mana boleh camni!!!"

"kenapa"

"Mana u boleh tmbh point sembilan ,sepuluh ni ikut suke ati u aja"

"Oh i tak boleh?tp u boleh??banyak cantik muka u!!

"u ni kan mmg melampau tau!!"Ariel marah namun nada nya masih dpt dikawal..yasmennnnnnnn!!!jeritnya dlm ati


   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2011 04:02 PM | Show all posts
lgk..part best dlm novel ni..
Hari pertama masuk kerja selepas smnggu bercuti sbuk nyer hanya Tuhan yg tahu...


"Yasmeen jumpa I skrang!"

Itulah arahan Ariel yg pertama utk arini..darpada intonasi suara Ariel dia tau ada sesuatu yg tidak kene..dia juga tau Ariel ada balik ke rumah ketika dia pergi bercuti,kerana dia ternmpk tuala kotor yg tlah di guna kan di dlm bakul..


"Ada apa En.Ariel??"wajah Ariel yg tegang di pandang selamba,spt tidak ada apa2 yg blaku...malah ketika Ariel mengunci pintu pun dia berpura2 spt tiada apa2 padahal dlm ati nya sudah berdegup kencang...


"kemana u ni pergi Yasmeen??"

Gila yasmeen boleh di menghilangkan diri slama smggu tanpa kabar brita??Bayangkan lah kalu mak dan abahnya hendak dtg ke Kuala Lumpur..Fuh memang menempah maut...


"I kan dh btau u,I nak pergi Bandung"

"Bandung??bila masa u bgtau I??"

"oh tak ada ya?so I bgtau u skarang lah" jwb yasmeen selamba...punya lah dia risau kerana telefon bimbit yasmeen ditutup dn tidak dpt dihubungi..yasmeen ni mmg nak kene


"you pergi dgn siapa"

"kenapa nak tau??"soal yasmeen tdk mahu kalah..

"you pergi baper ari?empat hari ke tujuh??"

"lima ari aje lah"jwb yasmeen tanpa ada hati utk menjelaskan lebih lanjut..

"brape org pergi"soal Ariel lagik...

"berdua dgn Aiman.apa hal dgn u ni???"bentak yasmeen.

"U sedar tak Aiman tu lelaki???"


Yasmeen sudah tergelak2 di dlm ati..skali skala mengena kan Ariel seronok jugak...tak tau kah Ariel,Aiman itu ada lah kwn karib nya..nama jer lelaki..tp dia ada lah perempuan sejati...hehe


"Aiman tu buah ati I kenapa?"inilah peluangnya mengena kan Ariel...

"brpa ramai Boyfriend u ni meen??"dia tidak puas ati slagk yasmeen tdk menjwb soalan nya..

"brapa ramai yg I ada,bukan urusan U.."

"siapa kata bukan urusan I..u r my wife Yasmeen!!!"


Yasmeen mengeluh perlahan..wife???slama ni Ariel tak pernah layan dia sbg seorg isteri..layak kah dia di panggil isteri pada seorg lelaki yg tidak pernah anggap dia dia sbg sorg isteri???bg Ariel Nelly kekasih nya,sgala-galanya bg Ariel,bukan dia.


"u tak ada hak atas i"

"siapa kata i tak ada hak atas u???"

"u mmg tak ada hak!!"yasmeen bdiri bertentangan dgn Ariel dlm keadaan yg tidak shat spt ini dan ditmbah pula dgn keletihan bercuti,emosinya agak tidak stabil

"I'm ur Husband meen"

"husband konon!!!"sugguh dia tidak dpt membendung perasaaan marah.."sudah lah Ariel,stakat u nak pggil i utk bertekak,lebih baik i keluar"


Orang kata hati perempuan ni cam kerak nasi.,kalu ltk air makin lama akan lembut..tp Yasmeen lak,mcm kerak nasi yg hangit berlapis2 kerak nya...mcm x leh lembut lgsung...yasmeen..yasmeen....



***********


Seja balik bcuti Yasmeen lgsung tidak terdaya mengemas bag travelling nya.Nama saja mendpt cuti sakit dua hari,tp satu kej pun dia x terdaya buat..sudahnya bag tersebut sudah berada di tepi dinding sejak smggu yg lalu..entah2 baju dia pun sudah bertahi lalat..Argh dia btol2 tak larat..suis kipas di tekan laju dan pintu lungsur di buka luas..angin ptg menyerbu masuk dan menyaman kan.Dia merebah kan diri di atas sofa di ruang tamu utk menghilang kan lelah..


suasana bgitu indah skali,shingga dia tdk sedar perubahan alam.Matanya tggangu dgn cahaya yg terang.seingat nya td dia tidur waktu siang,tp siapa yg bukan kan lampu?keraguna yg bersarang tdk diendah kan.jam sudah menjengah pukul 8.mghrib sudah dekat ke pnghujungnya.tetapi tekak yg haus membawa nya ke dapur..


Dan di ruang itu,dia mendpt kejutan dgn nota yg tertampal di pintu ais..


1.Jangan tidur waktu senja-nanti mengigau!!

2.Mandi sebelum tidur-busuk!

3.Jangan lupa tutup sliding door kalu tidur dekat ruang tamu-angin kuat,nanti dgn u skali terbang!

4.Jangan tidur macam tadi-seksi sangattttt!!

5.Jangan sepah kan bag-ini bukan kedai bag!


~~~Ariel~~~


"whatttt!!!!"tanpa sedar dia terjerit kecil dgn nota yg ditgglkan ariel.mmg pasti ariel yg membuka kan lampu di ruang tamu.Yasmeen kembali keruang tamu,mmg benar bag nya sudah tiada.,tp dia lihat baju2 kotornya sudah terampai cantik di ampaian dekt dapur.Mukanya merona malu,dan hatinya mengucapkan terima kasih pada Ariel...prihatinnya dia.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 04:05 PM | Show all posts
hah..tu jer lah...nanti org kata melampau lak pnjg2...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 01:27 PM | Show all posts
trust me..cite ni best..meh saya ltk part maner yg best..(amik sket kt blog sy,sajer nk share dg ...
aQuA_dIaMoNd Post at 19-1-2011 15:58



    bestnyer...suka cter2 mcm ni..suka tp tak suka...tak suka tp suka....bestt
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 02:23 PM | Show all posts
nampak kat web JS, akan datang : novel bulan disember
akhirnya dibukukan citer ni
karya ...
mijot Post at 18-11-2010 14:55


baru khatam semalam...   best bangat!! part last x sedar meleleh gak airmataku...hihi... so sweeeeetttt...taching giler

ai bagi berbintang2 kat novel nih..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 12:22 AM | Show all posts
ape buku latest JS ek..? rs mcm da lama x beli buku JS lepas 3 jantung hati
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 03:29 PM | Show all posts
Reply 489# aQuA_dIaMoNd


dah habis baca......
memang kategori susah nak letak.....
best....best...best.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 06:34 PM | Show all posts
ape buku latest JS ek..? rs mcm da lama x beli buku JS lepas 3 jantung hati
miza86 Post at 9-2-2011 00:22



yg paling baru

kau curi hatiku-iman xara
kaca jendela ainnur-diya nordin

bg sy dua2 ni best....berbaloi2 beli....
paling suka kaca jendela ainnur...sedih sgt....penulisan diya nordin sgt berkesan...lps baca cite terus sy cari novel pertama dia tajuk naqiah khalida.....sukaaaaaaaaaaaa sgt.....diya nordin dah msk list penulis kegemaran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2011 07:30 PM | Show all posts

TAHNIAH BUNICK



Bunick Firdaus (forummer CARI)
ISBN: 978-967-5118-54-8
Harga: RM21.00 (Sem. M'sia)/RM24.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 24 Feb. 2011

“Dia hadir dalam hidupku untuk menyembuhkan rawan yang bersarang di dada. Sedangkan dia yang pernah hidup dalam hatiku ini terpaksa mengusung dukanya sendirian. Kejamkah aku pada dia andainya aku tidak mampu mencintai dia sepertimana aku mencintai dia yang seorang lagi?”

Cinta dan kasih yang saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?

Mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. Telah pun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? Apa yang tidak kena dengan hatinya yang sekeping ini?

Dia memang lelaki penyayang. Namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yang luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. Apatah lagi pada saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa!

Antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?

* * *
Nukilan pertama BUNICK FIRDAUS ini cuba menyelami bilau hati seorang wanita pada dia yang mahu berkongsi hati dengannya. Bukankah ‘keliru’ itu maknanya hati sudah tersentuh? Biarlah Dia & Dia menjelaskan semuanya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2011 09:55 AM | Show all posts
Reply 496# mijot

sweet nye cover...tahniah Bunick....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 11:16 AM | Show all posts
wahhhh dah ada novel baru eh

novel yg lain lum baca lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 02:56 PM | Show all posts
Tolong lah bace kaca jendela ainnur!!
Sangat best .. X rugi bce..
Oreo trgh bce ni ..asik sok sek je....
Syabas diya nordin!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 02:58 PM | Show all posts
Reply 495# adalia


Saya pon same!! Kaca jendela ainnur x bis bce lagi..tp pasni nak cri 1st nvl die..
Penulisan diya terbaek!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.073987 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list