CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jaza2008

Umah Sembang-Sembang BOD Bakat&Penulis-Ver.I

 Close [Copy link]
Post time 26-3-2010 05:39 PM | Show all posts
Last part.....jangan marah semua.....n sorry lambat n3...

“Sudah..sudah berhenti semuanya. Rasanya semua sudah puaskan.” Abang segak memberi isyarat kepada abang polis untuk mematikan putaran lagi M. Daud Kilau itu. Berpeluh-peluh abang segak dan tengkuchil. Kasihannya termasuklah mak-mak dan anak dara itu. Mereka melabuhkan punggung di simen sel.

“Siapa suruh duduk ni? Ada saya suruh duduk.? Nadim! Selesaikan hal diorang ni.” Suara abang segak sudah bertukar keras. Aikk…marah pulak.

“Baiklah, sila buat barisan.” Arah abang polis dan segera mengambil fail yang dihulur oleh abang segak.

“Tuan!, boleh lepaskan mereka ini ke?” tanya abang polis pada abang segak.

“Keluarkanlah, buat penuh sel je.” Sahut abang segak. Pulak!.

“Baiklah, semua ambil borang ni.”abang polis mencapai kertas diatas mejanya dan menghulurkan kepada bunick.

“Tunggu abang diluar ek.” Sempat lagi abang polis berpesan. Sempat bunick mengenyet mata kirinya dan dengan pipinya terangkat.

“Dah siap semuanya.” Tiba-tiba abang segak masuk.

“Dah!” jawab mereka serentak.

“Habis yang lelaki ni nape tak isi borang lagi?” tanya abang segak pada tengkuchil.

“Ehhh…kenapa saya pula isi borang, kan saya penjamin.” Marah tengkuchil.

“Awak ditahan atas kesalahan membuat saya dan pegawai saya leka menjalankan tugas.” Abang segak tersenyum sambil memandang chengkeh.

“Mana boleh!” bantah tengkuchil bengang.

“Siapa kata tak boleh?” abang segak bertegang urat dengan tengkuchil.

“Saya!” jawab tengkuchil marah.

“Siapa yang berkuasa disini?” sekali lagi abang segak bersuara.

“Tuan!” jawab tengkuchil perlahan.

“So?” abang segak menyoal dengan lagak yang macho.

“Sudah! Pergi isi borang.” Sergah abang segak dan tengkuchil segera menghampiri bunick.

“Maaf tengkuchil, aku tak boleh bagi kau borang ni.” Serba salah bunick berkata. Pandangan bunick segera dilarikan kepada mak-mak dara yang memegang borang masing-masing.

“Kenapa pula?” tanya tengkuchil dengan nada terkejut.

“Borang tak cukup.” Luah bunick kesal.

“Tak mengapalah, minta kat abang misyai tu.” Segera tengkucil mengajar bunick.

“Okey!” jawab bunick dan segera menghampiri abang polis.

“Abang polis, borang tak cukup.” Aju bunick.

“Tak cukup? Berapa lagi?.” Tanya abang polis kembali.

“Satu je lagi?” tanya bunick resah. Cengkeh dan mak-mak dara segera mengelilingi bunick. Tengkuchil hanya memerhati.

“Biar saya photostate.” Abang polis segera mencapai borang ditangan bunick.

“Alamak! Mesin photostate rosaklah.” Abang polis menepuk dahinya. Mendengar kata-kata abang polis, mak-mak dara dan anak dara segera mencapai pen diatas meja dan berebut-rebut mengisi borang tersebut.

“Maaflah jang, den tak dapek nak nolong. Ekau dok lah sini satu malam laie. Esok den cari sedaro maro ekau jamin ekau kuar.” Abang polis segera menarik tengkuchil dan menyuruh duduk dikerusi.

“Sebelum tu bang, boleh kami minta duit pada dia tak dulu. Kami nak balik takde duit, lagipun duit jamin ni siapa nak bayar.” Merah bersuara tanpa berani memandang tengkuchil.

“Qimi, kay, detox, jaza, ifah, bunick, chengkeh, lyza, aineana, hh, merah silver, dan smiley!” tengkuchil mula bersuara.

“Apa!”qimi menjawab.

“Ko orang dengar baik-baik. Ko pesan kat Sya suruh dia datang sekarang juga. Jamin aku! Pasal dia buat cerita nilah aku kantoi tak boleh kuar. Ko orang pesan kat dia.” marah tengkuchil sambil melangkah masuk kedalam sel.

Mak-mak dara dan anak dara segera meninggalkan balai dan berusaha mencari sya si pereka cerita. Jumpa ke???....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2010 05:44 PM | Show all posts
sya sakit poyot baca cite ko ni...akhirnya tengkuchil yg kena...
sampai hati ko sya....
Mak-mak dara dan anak dara segera meninggalkan balai dan berusaha mencari sya si pereka cerita. Jumpa ke???..Jumpa bsk kita serbu sya kat BOOTH KN 27/03 ha ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 05:53 PM | Show all posts
kah kah kah....aku gelak x sedar diri bca cte sya nih. nsb baik aku dh smpai umah, boleh gelak puas2

tp nape aku yg jd pilihan abg polis tuk edar borang tuh? patut bg watak tuh kt chengkeh sbb nma abg polis tu nadim
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2010 01:20 PM | Show all posts
481# Adilla

smlm aku jumpa sya...tapi kan anakanda...sya kena kuarantin kat booth KN tu..sepanjang hari...mungkin hari ni kot dia leh datang..tapi ada ka pejabat bukak...hari ni ahad..jawapnya mungkin semalam lagi la kat dalam tu ya...sabar bebanyak ya...nanti jumpa sya esok...tuntut ayam golek sekor..ya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 08:17 AM | Show all posts
Bunick and  anieaina,
Akak dah belikan novel tu......hari ni akak cuti...
akak dah pm ye
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 08:41 AM | Show all posts
Bunick and  anieaina,
Akak dah belikan novel tu......hari ni akak cuti...
akak dah pm ye
qimi08 Post at 29-3-2010 08:17


tenkiu akak, x sbr nk baca novel sume novel tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2010 09:21 AM | Show all posts
Salam semua.......sunyi jek eh
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 09:30 AM | Show all posts
481# Adilla  

smlm aku jumpa sya...tapi kan anakanda...sya kena kuarantin kat booth KN tu..sepanjang hari...mungkin hari ni kot dia leh datang..tapi ada ka pejabat bukak...hari ni ahad..jawapnya m ...
kaypo Post at 28-3-2010 13:20


hahaha....memang sya di kuarantin tetapi sebnrnya sya suruh KN guard sya coz takut ada yang datang seret sya ke balai semata-mata untuk lepaskan cik abang ni...hehehe...jgn marah cik abg tengkuchil...balik nanti sya dah sediakan sebaldi air mandi bunga untuk menaikkan seri dan saham cik abang ek....

memang sesak pada hari tu, jadual sepatutnya sampai kul 3 terpaksa di extand hingga ke kul 6. Sya, Areila Sahimi dan Hanni Ramsul makan tghari pun kul 5.30 ptg. Tapi sikap staf KN memang sya puji termasuklah bosnya EN.Rizal. Mereka melayan kami 1st class. Ttp sebelum itu sya nak ke booth KN tersesat juga, nasib baik ada pak guard berjiwa gentelman kerana sanggup hantar hingga ke pintu ke hall 2. TQ pak guard. TQ Qimi kerana mengajar sya apa nak buat kat sana. 1st experiance kan, insyallah kalau ada rezeki dipanggil lagi sya dah tahu apa yang sepatutnya sya bawa...hahahaha....geli hati bila dikenang...and tq kawan2 kerana sentiasa sudi menjadi teman sya.

Sya ada sedikit pertanyaan, andaikata cerpen pendek ini sya hantar untuk pertandingan cerpen dalam cari ini setujukah kalian? kerana nama-nama kalian sya masukkan juga dalam ini. Blueberry, nera85, kq, mazz2009, bintang dan yang lain-lain yang bertandang di rumah ini adakah anda setuju kalau nama kalian juga sya masukkan didalam ini.  Terutama TENGKUCHIL adakah awak setuju dengan cadangan ini????...setuju ek wak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2010 09:30 AM | Show all posts
ada... sakit kepala... n geram xdpt merempit semalam..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 09:33 AM | Show all posts
hi morninggg & slm semua
hr sabtu g bookfair, ramainya org, dh mcm sardin plk..... tmbh2 lg kat booth alaf21... aku main capai je bk pastu aku blah
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 09:37 AM | Show all posts
bagi aku lak... baca kat library tak sama dgn memiliki sendiri naskahnya....
kalu kat library masa membaca terhad sbb kalu btul2 free je leh gi sana...
kalu keja sana ok la...

tapi kalu kit ...
Jaza2008 Post at 26-3-2010 17:28


aku setuju yg jaza ckp ni, sbb tahap kepuasan tu berbeza bila bc on9, pinjam org punya @ beli sendiri....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 09:42 AM | Show all posts
hahaha....memang sya di kuarantin tetapi sebnrnya sya suruh KN guard sya coz takut ada yang datang seret sya ke balai semata-mata untuk lepaskan cik abang ni...hehehe...jgn marah cik abg tengkuchi ...



Sya ada sedikit pertanyaan, andaikata cerpen pendek ini sya hantar untuk pertandingan cerpen dalam cari ini setujukah kalian? kerana nama-nama kalian sya masukkan juga dalam ini. Blueberry, nera85, kq, mazz2009, bintang dan yang lain-lain yang bertandang di rumah ini adakah anda setuju kalau nama kalian juga sya masukkan didalam ini.  Terutama TENGKUCHIL adakah awak setuju dengan cadangan ini????...setuju ek wak...



Adilla Post at 29-3-2010 09:30



salam n good morning....
check in...
setuju sgt2....hehehehe cerpen ni masuk dlm pertandingan sbb kelakar...
Putera tu mesti ok la sya... lagipun dia yg yg ofer diri hari tu nak join dlm citer ni sbg penjamin....
Good Luck Sya.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 10:16 AM | Show all posts
488# Adilla

saya stuju 200%

nape umah ni syp jek lately nih....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 10:25 AM | Show all posts
488# Adilla

setuju sangat-sangat.... {:2_70:}  xkira la kat mana jnji ada citer...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 10:32 AM | Show all posts
salam sume..
baru masuk umah arini. pepagi sibuk sket, stendet ler arini senin. plak tu kat opis arini ada training, tu yg uruskan itu ini

emmmm.. baca cite pendek yg sya karangkan tu buat aku mengekek2 depan pc. pepagi aku dah exercise mulut dok gelak2...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 11:42 AM | Show all posts
aku on jer..allright jer...kalo aku jadi juri..aku pilih cite ni jer..menang tanpa bertanding.....lagipun mod dah tidur semula...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2010 12:36 PM | Show all posts
Sya ada sedikit pertanyaan, andaikata cerpen pendek ini sya hantar untuk pertandingan cerpen dalam cari ini setujukah kalian? kerana nama-nama kalian sya masukkan juga dalam ini. Blueberry, nera85, kq, mazz2009, bintang dan yang lain-lain yang bertandang di rumah ini adakah anda setuju kalau nama kalian juga sya masukkan didalam ini.  Terutama TENGKUCHIL adakah awak setuju dengan cadangan ini????...setuju ek wak...
Adilla Post at 29-3-2010 09:30


aku tak kisah pun tp guna nama mazz ... klu mazz2009 tu nmpk mcm pelik plk cerpen ko nnti...
gud luck!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 02:54 PM | Show all posts
488# Adilla

saya stuju 200%

nape umah ni syp jek lately nih....
bunick Post at 29-3-2010 10:16


kenapa ekkk...mana gi semua orang..masih trauma lagi ker dok balai..atau dah kena kuarantin ngan abe abe?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 02:58 PM | Show all posts
sya rasa diorg tgh mengurut kat spa kay kot..iyerlah sabtu n semlm tawaf satu pwtc so byklah urat-urat dah kendur....atau...takut nak menjelma coz tak dpt cari sya utk jamin cik abg tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 03:05 PM | Show all posts
kenapa ekkk...mana gi semua orang..masih trauma lagi ker dok balai..atau dah kena kuarantin ngan abe abe?
kaypo Post at 29-3-2010 14:54


mood hari isnin... sbb tu semuanya menyepi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.679630 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list