|
patut laa ada kutu2 pakai waja duk sebuk tepek muncung lancer nih...tak sabor2...gaknye proton sponsor suh depa ni pasang...tengok ok tak atas jalan....diserikan pulak dengan sticker R3 keliling kereta...memang puas hati lah....hahaha
so proton ppl kalau boleh baca thread ni....kalau nak increase sale....letak seberapa banyak sticker R3 pada production anda....kalau tak mampu letak carbon fibre bonet cat itam je...bagi kutu berahak camtu pun dah racing gila ah! hahaha...sure sale akan mencanak2 naik. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau r3 tune wajalution ni,,mesti mantop.
tambah2 lak dgn lotus handling lol |
|
|
|
|
|
|
|
Aku harap harga dia sebijik macam harga Waja skang...
Replacement model without replacing the price... |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak kuar ni?gambar pun takde... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa harga mesti lebih dari waja ni |
|
|
|
|
|
|
|
rege dlm rm70k-80k katanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Nanes laaa sapa beli lancer |
|
|
|
|
|
|
|
70-80k..?
ERm....vios, city dgn forte boley di tarik sbg altimatum jgk nmpknye.. |
|
|
|
|
|
|
|
ermmm rasa mcm nak beli 1 je... ingat nk amik forte... tapi kalo waja ni lagi murah baik amik waja ni je lah sbb forte dah sure resale value drop nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
dah sah forte takleh lawan wajalancer nih... sebenarnya forte tu bukan best sgt pun... org buta ...
cecari Post at 14-12-2009 11:44
bukan ke semua kereta buatan Asia ni body @ bhg depan dia lembut mcm tin milo??? setau aku sume kereta asia di bhg depan direka tak sekeras besi padu pasal hendak mengurangkan kesan hentakan yg kuat dan sekaligus menyerap hentakan jika berlanggar pada bhg hadapan chasis.... btoi tak???? |
|
|
|
|
|
|
|
Updated
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... rporat&pg=ko_02.htm
Pengganti Waja ala Mitsubishi Lancer 2.0 GT
SHAH ALAM 15 Julai - Kehadiran model baharu menggantikan Proton Waja menjelang suku keempat tahun ini, dijangka mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan antarabangsa.
Ramai yang memperkatakan tentangnya tetapi peminat kereta sudah menjangkakan bahawa model gantian itu adalah salinan versi Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang dipertingkatkan.
Bagi Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, perkara itu sememangnya bukan rahsia lagi cuma tiada pendedahan terperinci dibuat setakat ini.
"Memang benar akan ada model baru menggantikan Proton Waja menjelang suku keempat tahun ini dan kita sememangnya bekerjasama dengan pengeluar peralatan tulen (OEM) untuk mengeluarkan model ini, saya rasa anda semua sudah tahu siapa mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Proton Exora versi dipertingkatkan di sini hari ini.
Menurut pemerhati industri, kemasukan kembali 'ciri Mitsubishi' dalam Proton itu adalah hasil kerjasama pembangunan kejuruteraan terbaru antara Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC), yang juga bekas pemegang sahamnya.
Difahamkan model yang menggantikan Waja akan menampilkan beberapa perubahan kosmetik dalaman dan luaran berbanding model Lancer 2.0 GT sedia ada di pasaran.
Antaranya, ia akan menggunakan enjin dengan kapasiti yang lebih kecil sedikit, iaitu 1.8 liter (kemungkinan dari enjin Proton Putra), komponen dalaman menggunakan produk keluaran vendor tempatan yang terpilih serta beberapa ciri lain yang dapat menjadikan model itu mampu menawarkan harga lebih berdaya saing.
Harga jualan yang dicadangkan untuk model ini di antara RM80,000 hingga RM85,000 manakala model sedia ada Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, dijual pada harga RM120,598.10 tanpa insurans di negara ini. Model itu diedarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd.
Menurut Syed Zainal Abidin, pihaknya merancang memasang kereta itu di kilangnya di Shah Alam selain menggunakan bantuan teknikal serta kepakaran dari Mitsubishi dalam mengeluarkan komponen serta sokongan dan perkhidmatan selepas jualan.
Sementara itu, Proton menyasarkan tempahan secara konsisten antara 2,300 hingga 2,400 buah sebulan bagi Proton Exora versi dipertingkatkan yang dilancarkan hari ini.
Dijual pada harga atas jalan bermula RM58,988 bagi (B-Line MT), RM65,998 (M-Line MT), RM70,998 (M-Line AT) dan RM76,998 (H-Line AT).
"Pembeli boleh membuat tempahan mulai hari ini di semua cawangan Proton Edar di seluruh negara dan masa menunggu untuk model ini ialah sebulan dari tarikh tempahan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by t@t at 16-7-2010 09:01
Antaranya, ia akan menggunakan enjin dengan kapasiti yang lebih kecil sedikit, iaitu 1.8 liter (kemungkinan dari enjin Proton Putra)
biar betolll??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 493# t@t
tak jadik tapau...enjin lame |
|
|
|
|
|
|
|
Reply t@t
tak jadik tapau...enjin lame
mycos79 Post at 16-7-2010 09:04
harap2 reporter otosan silap tulis je tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 496# t@t
kalolah bang zek tau nie....malu woo |
|
|
|
|
|
|
|
uiskhh...mcm x logik je mikos....nak sumbat engine putra kat body new lancer....derang saje je wat saspen kot? |
|
|
|
|
|
|
| |
|