CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

PERLUKAH AKU?

  [Copy link]
Post time 5-11-2011 11:21 AM | Show all posts
nak lagi...suke suke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2011 12:29 PM | Show all posts
Hj Din ni penyabar sgt la org nya...... mak mertua buat apa pom kat bini dia, dia sabar jer..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2011 01:07 PM | Show all posts
uwaaahhhhh...  aku rindu sama hj, din.... sib baik ada sikit wat pengubat rindu... dah free nanti sambung panjang2 yer...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2011 03:40 PM | Show all posts
suami yg penyabr,,,,sambung lagiii
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2011 12:34 PM | Show all posts
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada Adilla dan peminat-peminat rumah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 08:55 AM | Show all posts
xder lg la hj din ni......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2011 02:49 PM | Show all posts
bak pepatah lama kan...makin tua makin berisi...Haji Din ni...
Hmmm..taklah tua sgt Haji Din ni..baru awal 40an kan... Suami ummi pun around this age tp org selalu x caye dia ada anak remaja..haha...bahaya ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 04:18 PM | Show all posts
bak pepatah lama kan...makin tua makin berisi...Haji Din ni...
Hmmm..taklah tua sgt Haji Din ni..b ...
ummi_aiman Post at 8-11-2011 14:49



   ...kena tgk2 tu umi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2011 04:35 PM | Show all posts
nama dah naik...ingatkan dah ada n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 04:46 PM | Show all posts
nama dah naik...ingatkan dah ada n3...
shahrinas Post at 8-11-2011 16:35



   kn tunggulah...tak siap lagi...br 6 pages..nt sikit sgtlah...sabar ek...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 04:48 PM | Show all posts
Reply 488# Adilla


    tu la... kdg2 tu kalu dengar cerita dulu yg dok himpit2 seriau jugak..semoga kuat la iman dia... kdg2 kalu dia suruh cabut  rambut putih..ummi selalu je mengelak...biar org nmpak rambut putih dia tu..baru org tau dia tu dh lebih umur...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 11:13 PM | Show all posts
Hj Din & Aminah Amia... yuhuuuuu... where are youuuuuu

baru smiley ingat kenapa nama Hj Din ni familiar sgt.... rupanya nama katerer masjid. Dia masak lauk semua sedap gilerrrrrr.....mcm Hj Din kat sini pun pandai masak kan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 01:40 PM | Show all posts
nk n3333
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2011 02:07 PM | Show all posts
tunggu n3 ni...
hehehehe.....
yuhuuuuu
miss hj din dan minah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2011 03:35 PM | Show all posts
Show time....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2011 03:37 PM | Show all posts
21

Perlahan-lahan aku buka mata yang tak larat ini. Dalam kelam aku mencari Haji Din disebelah tetapi lelaki itu tiada. Dari arah pintu bilik air cahayanya mencuri masuk dan ini memberitahu yang Haji Din ada didalam. Jam di meja sisi menunjukkan tiga lima  puluh pagi. Aku terus duduk sambil mendengar bunyi curahan air dari bilik air. Awalnya Haji Din mandi. Dalam terpinga-pinga, aku renungkan kembali apa yang telah terjadi malam tadi. Rentak semalam terlayar dalam benak fikiran ku dan serta merta aku menjadi malu. Terasa kerdil dengan diri ini yang tidak tahu apa-apa dalam bab ini semua. Bukan aku tidak mahu belajar tetapi dengan kehidupan yang aku jalani sepanjang kedewasaan, tiada tunjuk ajar yang aku perolehi. Hanya masa sekolah minda dibuka oleh guru-guru. Setelah melangkah keluar dari sekolah maka padamlah tunjuk ajar untuk aku menempuh hal-hal sedemikian. Berjumpa pula dengan Haji Din yang serba serbi tahu. Bertambah terasa rendah dirilah aku ini. Tengok semalam, sampai Haji Din mengeluarkan syarahan baru aku faham peranan seorang isteri kepada seorang suami. Bukan untuk kebahagiaan luaran sahaja malah dalaman juga perlu aku lihat dengan mata hati.  Sebak dan sedih dengan hidup aku sebelum bergelar isteri membuat airmata mengalir lesu di pagi dingin ini. Abah pula tidak menitik berat segala hal keimanan sejak berumahtangga dengan mak tiri aku. Nasib baiklah dapat suami sebaik Haji Din, buatnya dapat kacang hantu maka bertambahlah hantu dalam diri aku ini. Tenggelamlah aku perlahan-lahan dalam dunia ciptaan ini.

Dalam aku merenung kedaifan diri, pintu bilik air terbuka. Dengan cepat aku mecapai selimut dan menyelubungi diri. Tak sempat aku baring semula. Dah macam tugu negara pula. Tegak berselubung ditengah katil. Malu sungguh dengan Haji Din.

“Aminah Amia!” suara Haji Din disebalik selimut. Sedikit terkejut.

“Errrmmm…” aku menjawab. Sebak masih menghurungi tangkai hati ditambah pula dengan kesakitan malam tadi. Bersatu dalam sedar.

“Dah bangun? Kenapa selubung macam ini?” tanya Haji Din. Terharu dengan kata-kata Haji Din yang sentiasa mengambil berat perihal diri aku. Tangisan yang perlahan menjadi esakan.

“Hey!!! Kenapa ni Aminah Amia?” terus aku terasa Haji Din memeluk aku. Perlahan-lahan selimut ditarik dan Haji Din merenung aku dalam.

“Tak ada apa-apa.” Jawab ku. Menutup rasa kesal diri.

“Sakit?” serba salah Haji Din bertanya. Serta merta aku mengeleng kepala berulang kali. Haji Din ini, dalam masa nilah nak tanya bab-bab tu.

“Habis tu? Aminah Amia marahkan saya ke?” sayu Haji Din bertanya lagi.

“Bukan! Minah tak marahkan Haji Din cuma Minah rasa berdosa sebab tak jalankan tanggungjawab Minah sebaik mungkin.” Terang ku. Haji Din menarik aku dalam pelukannya. Selimut tebal itu ditutup keseluruh tubuh aku yang terdedah.

“Sudah! Jangan salahkan diri. Sepatutnya saya yang peka dengan diri Aminah Amia. Saya yang patut pandu Aminah Amia menjadi isteri yang solehah.” Pujuk Haji Din dan mengeratkan pelukannya. Terpujuk dengan kata-kata Haji Din.

“Bangun sayang, mandi.” Haji Din masih memujuk sambil mengemaskan rambut aku yang berserabai. Malunya. Mesti kalah Nenek Lampir.

“Ermmm…”hanya itu jawapanku bila terpandang Haji Din yang masih mengusap kepala aku.

“Tahu mandi hadas?” tanya Haji Din selamba. Aku dah tertunduk. Sampai ke situ Haji Din hendak mengajar aku.

“Tahulah.” Renggek aku geram. Pipi dah panas.

“Pergilah, nak saya angkatkan?” sekali lagi Haji Din bertindak macam aku anak kecil yang baru hendak belajar. Memanglah nak belajar tetapi ada juga yang aku dah pandai. Minah dah marah yeh!!.

“Haji Din ni.” Rajuk ku pula sambil tangan kiri aku mencubit manja Haji Din. Mengadoi Haji Din di pagi dingin ini. Tertawa dengan keletah aku yang dah tak tentu arah.

“Cepatlah, lepas ni kita mengaji.” Luah Haji Din dan segera menarik kain batik yang tersidai dan menyerahkan pada aku. Dengan teragak-agak aku sambut dan terus sarungkan ke tubuh yang dilanda kesejukkan ini. Haji Din dah bergerak ketepi untuk memberi laluan pada aku ke bilik air. Belum aku melangkah, tangan ku ditarik dan satu kucupan menyentuh dahi ku.

“Terima kasih Aminah Amia. Terima  kasih isteri saya.” Selepas itu baru Haji Din melepaskan aku pergi. Dalam senyum aku sentuh dahi ku yang masih panas dengan kucupan Haji Din tadi.

“Terima kasih Haji Din. Terima kasih suami Minah.” Bisik aku perlahan.

Setelah itu aku kembali dengan wajah dan diri yang bersih. Haji Din pula masuk dan mengambil wuduk. Seperti biasa dalam keadaan begini karaktor Haji Din terus bertukar menjadi cikgu yang garang. Menegur tiap kesalahan dengan tegas. Nasib baik misai Haji Din tak macam Tok Janggut yang terkenal di Kampung Pandan ini. Polis pencen yang garang.  Kalau tidak pasti terjongket-jongket misai Haji Din bila bersuara.Sudah hilang suaranya yang lembut bila berbicara dengan aku.

“Esok malam saya nak Aminah Amia ulang balik apa yang saya dah ajar. Kalau tidak, tak boleh naik Muqadam.” Tegas Haji Din berkata. Aku dah tersenyum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2011 03:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by Adilla at 11-11-2011 10:14

Alhamdullilah akhirnya buku Iqrak itu dapat habiskan oleh aku. Selepas itu aku simpan semuanya didalam laci.

Haji Din merebahkan badannya di atas katil sementara menunggu waktu azan Subuh. Aku pula bergerak ke penjuru bilik yang menempatkan sofa panjang dan television. Aku duduk di situ dan mula memicit siaran. Banyaknya siaran, tak tahu yang hendak aku pilih dan akhirnya channel 104 jadi pilihan. Tengok je lah cerita apa pun asalkan jangan tertidur.

“Aminah Amia!” suara Haji Din mengejutkan aku yang sedang kyusuk melihat lakonan Fasha Sanda. Aku pandang Haji Din yang dah berdiri sebelah kiri aku. Lalu Haji Din melabuhkan tubuhnya di sofa panjang. Tak semena-mena Haji Din berbaring dan berbantalkan paha ku. Darah terasa naik ke muka. Haji Din mengigau ke? Takkan baru terlelap dan mengigau.

“Haji Dinnnn..” panggil ku lembut. Takut aku hendak menyentuh wajah Haji Din.

“Aminah Amia, saya tumpang baring iya. Kejutkan saya kalau dah azan.” Ujar Haji Din kembali memejamkan matanya. Aku hanya sanggup mengangguk. Takkan nak tolak kepala Haji Din yang atas peha aku ini. Berdosa tau Minah.

Cerita yang aku tengok langsung tak masuk dalam kepala otak. Pangkal dan hujung semua berterabur. Agak-agaklah Haji Din kalau nak bermanja. Sejak dah jadi isteri secara pukal, manja Haji Din baru terserlah. Ini baru sedikit. Entah apa lagi kemanjaan Haji Din yang dapat aku tengok lagi. Bilalah Haji Din nak bangun ni. Tak sampai hati pula nak kejutkan suami aku yang terlena ini. Akhirnya aku tatap wajah Haji Din yang masih terlena. Keningnya, kumisnya dan mata helangnya mencukupi satu rentak wajahnya yang sempurna. Hidungnya yang terletak, bibirnya yang tidak menyentuh sebatang rokok pun membuat aku leka. Ciptaan Ilahi sempurna dimata aku.

“Ehh..ehh… ada satu jerawatlah.” Bisik aku perlahan. Takut Haji Din tersedar. Tangan aku gatal hendak menyentuhnya dan mengutil seperti yang aku lakukan pada Kak Kirah.

“Aduhh…Aminah Amia buat apa ni?” Haji Din tersedar. Aku dah kalut. Itulah tangan tak tahu nak duduk diam.

“Maaf Haji Din, Minah tak sengaja. Tangan Minah terpicit jerawat Haji Din.” Jawab aku takut-takut. Haji Din yang berbaring tadi terus bangun dan duduk disebelah aku. Tak berani nak pandang Haji Din. Pasti lelaki ini marah kerana aku menganggu tidurnya.

“Sakit kepalalah.” Luah Haji Din perlahan. Segera aku pandang Haji Din. Lelaki itu memicit kepalanya berulang kali. Dahinya berkerut-kerut menahan.

“Mari sini Minah picitkan. Macam mana boleh sakit kepala ni?” tanya ku. Haji Din dah bersandar dikepala sofa.

“Tak tahulah, tak cukup tidur dan mungkin awal sangat masa mandi. Sejuk pula.” Jawab Haji Din bagai anak kecil megadu hal. Tangan aku menyentuh dahi Haji Din dan jari jemari lincah memicit.

“Nak makan ubat? Minah ambilkan.” tanya ku minta kepastian.

“Tak pelah. Kejap lagi hilanglah tu.” Luah Haji Din.

“Baringkan kepala Haji Din kat sini.” Aku menepuk paha dan menyuruh Haji Din berbaring kembali. Tak sanggup aku melihat keadaan lelaki ini. Lelaki itu memandang aku tidak percaya. Iyalah selalunya lelaki itu yang memulakan tetapi kali ini aku yang mempelawanya.

“Aminah Amia jangan cubit jerawat saya iya?’ pinta Haji Din. Aku tertawa dan Haji Din menjeling geram.

“Iya! Tadi Minah tak sengaja.” Jawab ku serba salah. Haji Din kembali berbaring atas paha ku. Tangan ku serta merta menjalankan tugas. Tetapi aku menjadi kalut dengan renungan Haji Din yang mendongak memandang aku tanpa berkelip. Semacam. Serta merta aku seram sejuk. Sekali lagi gambaran semalam terlayang di fikiran.

“Haji Din kenapa pandang Minah macam itu?” tunggang langgang aku bertanya.

“Saya suka lihat wajah isteri saya Aminah Amia.” Luah Haji Din penuh kudus. Tiada riak kepura-puraan. Aku terdiam dengan kata-kata Haji Din. Lelaki itu bingkas bangun bila melihat aku masih membisu. Tiada tidak balas.

“Tak percaya ke?” tanya Haji Din dan merapatkan duduknya. Aku pandang cerita di television. Yang sebenarnya aku tidak tahu hendak berkata apa kerana malu bersarang agak tebal di jiwa ini. Haji Din suka tengok wajah aku. Sedangkan dulu mak selalu marah aku dan pasti ayat yang tidak mampu aku dengar tergiang-giang ditelinga. ‘Aku benci tengok muka kau’ adalah ayat yang sering mak ungkap sejak aku dibelanya. Kadang kala aku rasa nak lari dan hilangkan diri tetapi aku hendak kemana. Nak ke Pudu pun aku tak berani inikan pulak nak ke Kuala Lumpur. Entah kenapa airmata menitis dalam aku mengenangkan layanan mak yang tidak pernah memberi kebahagiaan pada aku. Nasib baik abah masih hidup dan aku bertahan kerana dia. Jika abah dijemput ALLAH seperti ibu kandung ku pasti aku sudah dicampak entah kemana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2011 03:40 PM | Show all posts
“Aminah Amia, pandang saya.” Pinta Haji Din. Tangan Haji Din menarik dagu ku.

“Saya!” sebak aku menjawab mengikuti permintaannya.

“Kenapa Aminah Amia menangis. Adakah saya ada salah kata?” Haji Din merenung aku dalam. Bagaikan ada rasa serba salah dengan kata-katanya tadi yang sebenarnya bukan itu yang menghantui perasaan aku tika ini.

“Tidak! Haji Din tak ada buat salah pun dengan Minah. Cuma Minah terkenangkan kata-kata mak yang tidak suka tengok muka Minah. Tak sangka pula masih ada orang yang sudi tengok muka Minah yang tak cantik ini.” Luah ku bersama esakkan.

“Saya benar-benar sayang dengan isteri saya Aminah Amia dan suka menatap wajahnya. Itu yang saya pasti tentang hati dan perasaan saya. Bukan berpura-pura kerana saya tidak pandai untuk berpura-pura dalam meluahkan perasaan saya pada Aminah Amia.” Haji Din berkata sambil menarik aku dalam dakapannya. Wajah aku tersandar didada bidangnya. Hati menjadi lega dengan perbuatan Haji Din yang murah kasih sayang. Aku berharap lelaki ini akan sentiasa dengan sikapnya bergini.

“Aminah Amia sayang saya tak?” terus Haji Din bertanya sambil dagunya diletakkan diatas kepala ku.

“Errrmmm..” tergagap aku. Hendak cakap apa iya? Aku tidak pandai dengan luah meluah ini.

“Kenapa?” Haji Din terus mengasak aku dengan pertanyaan bila aku diam tidak berkutik.

“Minah tak tahu nak cakap apa sebab Minah tak pandai nak cakap.” Luah ku jujur. Haji Din meleraikan pelukan dan memadang aku sambil tersenyum.

“Baiklah kalau begitu saya tanya dengan Minah. Kalau betul Minah ngangguk sahaja tau.” Arah Haji Din sambil mengesat airmata yang bersisa. Aku segera persetujui cadangan Haji Din kerana aku mampu hendak meluahkan apa yang tersimpan dalam dada ini.

“Aminah Amia sayang saya?” tanya Haji Din dengan soalan pertama. Aku mengangguk sambil tertunduk. Malu! Panas wajah aku tiba-tiba.

“Okey! Aminah Amia cinta saya?” Haji Din tanya lagi . Aku mengangkat muka dan renungan bersatu dengan pandangan tulus  Haji Din.  Malu-malu aku terus mengangguk. Haji Din dah tersenyum lebar. Tergambar keceriaan dari air mukanya.

“Errrmmm..Aminah Amia bahagia dengan saya?” lagi Haji Din bertanya. Aku masih mengangguk dan pandangan ku masih bersatu dengan Haji Din.

“Aminah Amia nak lagi?” tanya Haji Din dan aku terus terdiam. Bagaikan dapat menangkap maksud Haji Din dan dalam malu aku terus membenamkan wajah ku ke dada Haji Din sekali lagi. Bagaikan mengerti perasaan aku, Haji Din tergelak besar.

“Saya bergurau saja.” Usik Haji Din dan terus mencium rambut ku berulang kali. Diusapnya rambut ku dan tawanya masih bersisa.

“Jom sayang! Azan dah berkumandang tu.” Ajak Haji Din bila suara azan Subuh dari surau berdekatan memecahkan kedinginan pagi. Memanggil umatnya supaya bangun dari tidurnya dan mengerjakan suruhan Ilahi. Bangun dari kelekaan dan bangun demi satu tujuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2011 03:41 PM | Show all posts
Seperti biasa, pasti bermacam-macam pesanan dari Haji Din sebelum dia meninggalkan aku untuk keluar berkerja. Sempat juga lelaki itu menyuruh aku berehat dan tidur sahaja hari ini kerana tengahari nanti lelaki ini tidak sempat pulang makan tengahari kerana ada mesyuarat di luar. Memanglah Haji Din tidak pernah pulang kerumah untuk makan tengahari kerana jauh perjalanannya nanti. Itu hanyalah sekadar untuk menyedapkan hati aku agar sentiasa mengingatinya. Haji Din…Haji Din… Malam pula Haji Din dah berjanji hendak bawa aku makan diluar. Gembira semacam lelaki itu hari ini. Sejak selesai solat Subuh tadi senyuman tidak lekang dari bibirnya dan kata-katanya tetap dengan puji-pujian untuk aku. Hingga sarapan pun renungan mata helangnya masih mengancam aku. Gerak geri aku jadi canggung akhirnya dan untuk menbuang rasa mengelabah, aku cuba menghindari Haji Din dengan menyibukkan diri mengemas dapur sedangkan tiada cacat cela ruang tersebut. Tetapi lelaki itu bijak membaca membaca niat aku. Sentiasa saja Haji Din merapatkan diri dan tidak membenarkan aku membuat sebarang kerja sehingga dia melangkah ke muka pintu. Tanganku sentiasa dalam genggamannya sehingga lelaki itu melangkah keluar. Tetapi mata dan mulutnya masih meninggalkan pesanan. Sedangkan dalam fikiran aku bermacam agenda dah terbayang didalam fikiran. Target aku adalah bilik bacaannya pula. Aku lihat banyak buku-buku yang tak tersusun rapi dan ada yang terletakkan sahaja atas meja. Mungkin tidak sempat hendak diletak balik setelah diambil. Sambil mengemas aku bernyanyi-nyanyi riang. Tertawa aku bila menatap secebis kertas conteng yang tertulis nama aku Aminah Amia. Bukan satu tapi banyak. Ada bermacam-macam stail. Ini sudah  pasti ketika Haji Din tak dapat nak berfikir kot dan nama aku yang ada dalam fikirannya. Sepatutnya angka kiraan yang tertulis tetapi nama aku pula yang terlukis. Kertas tersebut aku simpan dalam poket baju ku untuk dijadikan salah satu kenangan. Atau lebih tepat lagi untuk dijadikan usikan. Haji Din yang dah angau.
Hampir dua jam aku mengemas dan letih juga menyusun. Banyak juga buku-buku Haji Din. Kalau dilihat macam sikit tetapi bila dikeluarkan dan disusun semula hampir kering peluh aku juga.

Aku turun kebawah untuk membasahkan tekak. Nak masak terasa kenyang lagi dengan sarapan nasi goreng ikan bilis buatan aku dan jurinya Haji Din. Sekali lagi aku mendapat pujian dari suami yang sentiasa menghargai usaha aku untuk menyenangkan hatinya. Haji Din dah berjanji untuk makan malam bersama di satu tempat yang dirahsiakan lelaki itu. Berkali-kali aku bertanya dan jawapannya ‘tunggu dan ikut’.  Dalam berkira-kira mengenangkan tingkah Haji Din yang sungguh ambil berat itu, kedengaran ketukan di muka pintu utama.

“Walaikumsalam!”jawab ku sambil membuka pintu bila kedengaran suara Kak Kirah memberi salam.

“Masuklah kak, mak.” Pelawa ku dan Kak Kirah senyum memeluk aku. Mak menjeling tapi aku cuba membuat selamba. Semalam datang hari ini pun datang. Tak baik Minah ni tau. Kalau Haji Din tahu mesti kena jegil.

“Duduklah.” Ajak aku sambil menarik Kak Kirah duduk.

“Aku malas nak duduk. Aku datang untuk…” Mak menjawab tetapi cepat dipintas oleh Kak Kirah.

“Mak duduklah dulu.” Kak Kirah bangun dan mendapatkan mak. Aku termangu. Dengan wajah mak yang mencuka. Dengan wajah Kak Kirah yang bagaikan tak kena. Apa semua ini?

“Kejap iya kak, mak. Minah buatkan air.” Luah ku sambil bangun hendak ke dapur.

“Tak payah! Aku datang ni ada sebab.” Mak sedikit pun tak nak duduk. Hanya berdiri disamping Kak Kirah.

“Ada apa mak?” tanya aku lembut. Kak Kirah dah tak senang duduk. Wajahnya pucat semacam.

“Aku nak pakai rantai dan gelang kau tu.”jawab mak terus. Tiada rasa bersalah atau malu pun. Hajatnya disampaikan tanpa perasaan.

“Mak nak buat apa?” aku dah mula tak sedap hati.

“Aku nak pergi kenduri kahwin.Bak sini!” tangan mak terus mengarah pada aku dan meminta barang yang bukan haknya. Memerintahkan aku supaya menurut kehendaknya.

“Mak! Ini saya punya. Haji Din yang belikan. Saya tidak boleh beri pinjam pada sesiapa pun.” Jujur dan lembut aku cuba mengawal suasana. Aku tidak mahu berperang dengan mak hanya kerana tidak dapat memenuhi hajatnya.

“Aku tak perduli. Aku juga berhak sebab aku yang kahwinkan kau dengan si Din. Kalau Kirah yang kahwin hari itu pasti dengan senang hati dia beri pada aku mak dia.” Ujar mak marah. Matanya melingas hendak mendapatkan aku. Nasib baik ketika itu aku nak melangkah ke ruang dapur jadi agak jauh kedudukan kami. Kak Kirah berdiri di depan mak.

“Dahlah mak. Kan Kirah dah cakap tadi tak perlulah nak pakai barang Minah. Kan laki dia yang belikan. Tak baik mak. Malu kita.” Pujuk Kak Kirah sambil memegang tangan mak.

“Kau jangan nak ajar aku Kirah. Kau tak rasa rugi ke tak dapat kahwin dengan Din?” tanya mak pada Kak Kirah. Pandangannya macam nak membunuh. Penuh api kemarahan.

“Mak! Kan semua tu bukan kuasa kita.” Jawab Kak Kirah lemah. Mungkin dah tak sanggup nak menerangkan apa yang tersirat dalam hatinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2011 03:44 PM | Show all posts
“Jodoh tu memang bukan kuasa kita tapi sekarang kuasa aku nak minta barang kemas Si Minah bodoh ni.” tengking mak geram. Aku dah tak terkata. Airmata dah turun. Sanggup mak cakap aku bodoh semata-mata tak dapat barang kemas aku.

“Kenapa mak cakap macam itu?” Kak Kirah masih memujuk. Aku dah tak tertahan dengan gelagat mak yang macam budak-budak.

“Memang si Minah ni bodoh. Bodoh macam bapak dia. Aku dah ajar dia minta yang besar-besar tapi dia nak makan seorang.” Tengking mak lagi. Airmata dah mengalir laju tanpa disekat. Sanggup mak cakap aku bodoh dan lagi pedih abah pun terlibat sama didungukannya.

“Mak! Minah berkahwin dengan Haji Din bukan untuk bolot hartanya mak. Minah berkahwin sebab mak yang paksa dan sekarang Minah bahagia dengan Haji Din. Kenapa mak nak ajar benda yang tak elok pada Minah. Sepatutnya mak ajar Minah bagaimana nak jadi isteri yang solehah.” Luah ku dengan perasaan yang berbuku.

“Bahagia konon, kau bahagia aku merana tau tak?” jeritan mak dah menguasai ruang tamu.

“Sudahlah mak, baliklah.” Pinta ku. Dah tak sanggup aku hendak menelan kata-kata mak yang bagaikan pisau menghiris kembali tiap luka yang pernah ditinggalkan oleh mak dulu.

“Aku takkan balik sebelum kau bagi barang kemas kau!!” tengking mak dan serta merta mak mendapatkan aku. Kak Kirah cuba menarik mak tetapi tenaga mak yang bagaikan dirasuk sempat menarik aku. Pergelutan berlaku dan tangan aku sakit bila mak cuba menarik gelang tangan aku. Sedaya upaya aku menahan dan akibatnya rambut aku pula ditarik. Aku mengenggam lengan mak dan ini memberi kesempatan untuk mak menarik kembali gelang tangan aku. Dengan sekuat tenaga aku menarik kembali tangan yang kejap dipegang mak. Akibatnya aku terlanting kebelakang bila mak terlepas pegangannya. Kepala aku terkena bucu sofa yang berukir dengan kayu jati. Terasa sengal dan sakit. Aku menekup dahi yang entah berdarah atau tidak. Kak Kirah memegang mak sekuat hati bila mak masih hendak mendapatkan aku.

“Kak! Bawa mak balik kak. Minah tak sanggup lagi. Bawalah kak.” Pinta ku bersama tangisan.

“Minah! Sakit dik?” tanya Kak Kirah dari jauh. Mak masih memandang ku umpama hendak menelan aku lagaknya.

“Bawa mak balik kak. Tolonglah!” pinta ku bersungguh-sungguh.

“Dik! Maafkan akak dan mak dik.” Jawab Kak Kirah bersama tangisan. Hendak dicapai aku, tangannya tak sampai. Hendak didakapnya aku, tangannya tidak sanggup melepaskan orang yang telah mencederakan aku.

“Baliklah kak! Baliklah! Minah sentiasa mengalu-alukan kedatangan keluarga Minah tetapi kalau kedatangan ini membuat Minah sengsara, Minah minta maaf kerana terpaksa menghalau akak dan mak.” aku menangis memohon Kak Kirah dan mak meninggalkan rumah Haji Din.

“Mak! Kita balik.” Arah Kak Kirah dan menarik mak keluar.

“Aku tak mahu!” jerit mak.

“Baliklah mak. Jangan sakiti Minah lagi mak.” Bersungguh-sungguh aku meminta.

“Kau jangan sombong Minah. Baru dapat laki kaya sebegini dah berlagak. Kau ni umpana sibuta dapat cincin.” Sinis mak memaki aku. Tersedu-sedu aku menangis. Tak sangka mak mempunyai niat tak baik atas perkahwinan aku ini.

“Minah tak pernah sombong mak. Minah tahu Minah hanya menumpang tuah Haji Din. Kalau Haji Din dah tak perlukan Minah, semuanya akan hilang dalam sekelip mata mak. Minah tak hadap sangat semua ini.” Terang ku lagi.

“Sudahlah kau, perempuan tak tahu diuntung. Aku dah bela kau dari kecil, bila dah senang kau lupa asal usul kau.” Mak masih mengungkit lagi.

“Minah tak pernah lupa asal usul Minah mak!!! Tak pernah!!!”jerit aku bersama tangisan.

“Sudahlah mak, mari kita balik. Kasihan dengan Minah mak. Cukuplah apa yang mak buat kat dia hari ini. Jangan sakitkan dia mak.” Rayu Kak Kirah pula. Aku hanya boleh memandang Kak Kirah yang masih kuat memeluk mak untuk minta simpati. Untuk mendapatkan Kak Kirah, aku tak sanggup dipukul mak lagi.

“Aku tak ingin balik selagi aku dapat apa yang aku hendak.” Bentak mak geram.

“Sudahlah mak. Jangan sampai Haji Din balik. Nanti kita yang susah.” Ugut Kak Kirah. Kata-kata Kak Kirah berjaya membuat mak melangkah.

“Kau jangan ingat kau dah senang Minah. Aku akan buat kau hidup sengsara.” Luah mak sebelum keluar.

Aku hanya memandang bersama tangisan kesedihan dan bergulung dengan kesakitan didahi. Aku terduduk bersama kata-kata mak. Apa yang mak hendak dari aku lagi. Tak sukakah dia bila aku dah dikahwinkan dan terlepas dari tanggungjawabnya. Itu yang sering dibebelkan ke telinga aku saban waktu. Baru aku hendak mengecap bahagia, mak pula mahu meragutnya. Tiadakah satu belas kasihan untuk aku bahagia dengan hidup aku. Walaupun Haji Din layak digelar ayah pada ku tetapi aku tidak malu bersuamikan Haji Din kerana lelaki itu penuh dengan kasih sayang dan sikap pelindungnya membuat hati aku cepat terpaut padanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.641802 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list