|
Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini? {Part 2}
[Copy link]
|
|
saya ada terbaca tentang funnel clouds iaitu awan yg berbentuk seperti funnel, cone-shaped ...
manganini Post at 14-6-2012 01:06
Shelf clouds... tapi bukan itu persoalannya. Persoalannya, mengapa ia berlaku sekarang, semakin menjadi2 tanda2 pelik seluruh dunia, termasuklah awan2 pelik ini... kata orang2 berilmu, semua tanda2 ini, ada maknanya... Hanya Jauhari Mengenal Manikam... wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
seram plak bace berite2 semasa skang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
siap beli2 peluru bagai...macam nak bersedia utk perang jer....macam tunggu masa jer sekarang ni...anytime... |
|
|
|
|
|
|
|
AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH
1SABAH - Pengumuman
Written by Administrator
Tuesday, 12 J ...
andria Post at 13-6-2012 10:01
smlm kat status FB pasal nie...(pic awan sgt byk) |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum Sis Andria,
Saya nak kongsi pandangan http://myibrah.com tentang Kiamat: Bagaimana Terbitnya Matahari Dari Barat.
Sehingga ke hari ini maseh belum ada manusia yang dapat menjelaskan teori atau fenomena “Bagaimana Matahari Terbit dari Barat”. Fenomena ini diterima oleh saintis Barat dan mereka telah mengeluarkan pelbagai teori. Malah tidak kurang juga dengan saintis-saintis, ilmuan dan pemikir Islam yang memberi pandangan dan komen. Tidak semua teori dari Barat adalah betul, maka marilah kita sama-sama kembali kepada Al-Quran dan mengkaji bagaimana agaknya penjelasan Al-Quran.
Untuk kebaikan bersama, baik kita “melihat” sepintas lalu akan teori-teori Barat ini sebelum kita mengkaji teori Al-Quran agar kita dapat membuat penelitian dan perbandingan.
Barat mengemukakan 3 teori iaitu:
1) Teori-1: “retrograde motion” iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain seperti planet Marikh.
2) Teori-2: perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dahsyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan, dan
3) Teori-3: sebab keadaan bumi yang semakin hampir dengan matahari!
Ke tiga-tiga teori ini boleh dimuat turun dari kebanyakkan sesawang Internet (seperti www.Islamhadhari.net “Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat” pada Ogos 18, 2008). Di bawah ini adalah sedikit ringkasan dari petikan artikel di atas.
Fenomena ini terdapat di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud).
“Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)
Teori Al-Quran
Sekarang mari kita mengkaji teori Al-Quran “bagaimana matahari terbit dari barat”. Saya memilih dan mengkaji 7 ayat (mungkin ada banyak lagi ayat-ayat lain) yang saya fikirkan bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang fenomena ini iaitu satu ayat pada surah Al-Qamar (54:1) (bermaksud) “Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun merekah/terbelah” dan 6 ayat pada surah Al-Hijr (15:72-77) (bermaksud) (15:72) “Demi umur engkau, sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk dan kebingungan. (73) Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika matahari terbit. (74) Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang diatas jadi ke bawah (tertonggeng), dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang keras. (75) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda agi orang-orang yang memerhati (mengkaji). (76) Dan sesungguhnya (negeri) itu maseh benar-benar terletak pada jalan yang maseh tetap (tidak musnah dan maseh dilalui orang. (77) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagi orang-orang yang beriman )” .
Mengikut kajian saya, Al-Quran menjelaskan matahari akan terbit dari barat apabila bumi sudah “tertonggeng” iaitu kutub utara menjadi kutub selatan dan kutub selatan menjadi kutub utara. “Proses tertonggeng” ini berlaku apabila bulan merekah dan memancarkan tenaga elektrik ke arah bumi, menyebabkan daya magnet bumi bertindakbalas dan berpusing secara perlahan-lahan. Tenaga elektro-magnet ini juga akan menyebabkan otak manusia menjadi bingung dan keliru. Selain dari tenaga elektro-magnet, rekahan bulan juga akan memuntahkan batu-batu keras serta mengeluarkan tenaga bunyi, yang kemudian sampai kebumi. Sebab itu manusia di bumi akan mendengar bunyi yang kuat, dan kemudian manusia akan dihujani oleh batu-batan.
Apabila bumi sudah tertonggeng, maka manusia dibumi akan dapat melihat matahari terbit dari barat.
Teori Quran Vs Teori Barat
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.
Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.
Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia maseh lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan maseh boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.
Kesimpulan
Al-Quran adalah kalam Tuhan dan kitab yang mengandungi pelbagai ilmu yang maha hebat dan menjelaskan segala-galanya. Fenomena matahari terbit dari barat dijelaskan Al-Quran dengan terperinci, jelas, dan saintifik. Penjelasan Al-Quran nampak lebih logik dan mudah difahami berbanding dengan teori-teori lain seperti dari Barat.
Sumber: http://kajian-quran.blogspot.com/
kalau ikut artikel ni, pole shift berlaku disebabkan faktor BULAN. Apa pandangan sis? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by andria at 17-6-2012 00:18
Assalammualaikum Sis Andria,
Saya nak kongsi pandangan tentang Kiamat: Bagaimana Terbitnya Matahar ...
ombak_rindu Post at 16-6-2012 21:45
Maaf, saya kurang bersetuju dengan pendapat penulis tersebut.
surah Al-Qamar (54:1) (bermaksud) “Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun merekah/terbelah”
ombak_rindu Post at 16-6-2012 21:45
Ayat di atas tidak boleh diambil berdasarkan 1 ayat itu sahaja, tapi haruslah merujuk kpd keseluruhan ayat. Jika tidak, kita akan mengambilnya out of context. Sila baca keseluruhan Surah Al-Qamar. Ia jelas merujuk kepada peristiwa sewaktu Rasulullah s.a.w menunjukkan mukjizatnya (membelah bulan) kepada kaum musyrik Mekah. Kita boleh lihat pada ayat ke dua di bawah.
Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. ~ Surah Al-Qamar (54:2)
Ayat itu sama sekali bukan/tidak memperkatakan tentang matahari akan terbit dari Barat kerana bulan merekah.
Manakala Surah Al-Hijr (ayat 74-77) itu pula, JELAS merujuk kepada peristiwa di zaman Nabi Luth, di mana Allah menterbalikkan negeri Nabi Luth, seperti ayat SEBENAR di bawah.
Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.
(Al-Hijr 15:74)
Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.
(Al-Hijr 15:75)
Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).
(Al-Hijr 15:76)
Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman.
(Al-Hijr 15:77)
Itu adalah ayat2 dari Sural Al Quran yg SEBENAR. Yg TIDAK DIEDIT.
kalau ikut artikel ni, pole shift berlaku disebabkan faktor BULAN. Apa pandangan sis?
ombak_rindu Post at 16-6-2012 21:45
ombak_rindu Post at 16-6-2012 21:45
Saya tidak tahu apa motif penulis tersebut copy & paste certain ayat dan mengeluarkan/menghilangkan perkataan negeri Nabi Luth (yg memang ada dlm Surah berkenaan), tapi pada pendapat saya yg jahil ini, ia adalah perbuatan yg sungguh tidak bertanggungjawab. Saya faham, mungkin kita mempunyai pendapat kita sendiri dan kita MAHU sesuatu yg kukuh utk menyokong pendapat kita. Tapi meskipun begitu, kita tak perlulah menggunakan ayat2 suci Al Quran dan MEMANIPULASI ayat tersebut dengan mengambilnya luar dari context, dan claim yg ayat itu menyokong teori ini dan itu. Sedangkan ayat itu JELAS merujuk kepada peristiwa yg lain. Jika kita ada pendapat sekalipun, gunakan cara yg BERSIH, jangan guna cara yg kotor, sehingga kita tergamak memanipulasikan ayat Al Quran itu sendiri demi MEMBENARKAN pendapat kita. Al Quran itu sudah cukup hebat, tanpa perlu kita mengeditnya.
Kita boleh saja guna ayat Al Quran sebagai menyokong pendapat atau teori kita, tapi jangan sesekali ubah/manipulasi mana2 ayat atau mengambilnya di luar context. Itu jelas salah. Perbuatan seperti ini hanya akan menunjukkan yg kita ini (orang Islam) sebagai bangsa yg lemah, kerana tergamak memanipulasikan ayat demi menyokong pendapat dan teori sendiri.
Bercakap tentang Pole Shift, secara jujurnya, mungkin tiada siapa pun yg tahu dengan tepat exactly BAGAIMANA ia berlaku, kerana sewaktu Pole Shift yg terakhir berlaku, kita semua yg berada di bumi sekarang ini, belum wujud pun lagi. Memang suatu waktu dahulu, matahari pernah terbit dari Barat (hadis Rasulullah s.a.w ada memberikan 'hint' tentang perkara ini, walau tidak secara 'direct'), sebelum Pole Shift yg terakhir berlaku, di mana matahari terbit dari Timur, sehinggalah sekarang. Yg menyebabkan Pole Shift terjadi, ialah apabila terganggunya medan magnetik bumi. Pada waktu saya menaip post ini, Kutub Utara dan Kutub Selatan sudah lama mengalami proses perubahan. Kedua kutub ini kemungkinan besar akan beralih posisi secara total, pada ketika physical Pole Shift sebenar terjadi (ada 2 jenis Pole Shift, iaitu Magnetic Pole Shift dan Physical Pole Shift).
Bumi perlukan suatu perubahan pada medan magnetik bumi, yg SANGAT DAHSYAT, utk membolehkan physical Pole Shift berlaku. Diperlukan sesuatu yg mempunyai medan magnetik yg jauh lebih besar dari bumi, utk mampu memberi tekanan kpd medan magnetik bumi - seperti Matahari, atau Central Sun (Alcion). Atau sebuah planet lain yg mampu memberi tekanan dan sekaligus perubahan kpd medan magnetik bumi. Dan pada pendapat saya, bulan tidak mempunyai kuasa utk melakukan perkara ini.
Saya mengingatkan diri saya, dan juga kawan-kawan sekalian, supaya berhati-hati dengan banyak laman web di luar sana, yg banyak bermain dengan ayat2 Al Quran, dan kelihatan 'indah' serta 'betul' isinya. Dan kerana kita mempunyai pendapat yg sama, maka kita cenderung utk bersetuju dgn apa yg dilontarkan di laman web itu, tanpa kita menyelidiki sendiri, benar atau tidak, isi yg dipersembahkan. Ingatlah, di zaman dunia hampir kiamat ini, Rasulullah s.a.w pernah berpesan, 'Ikutlah Al Quran dan Sunnah (termasuk Hadith), maka kamu akan selamat'. Umat Islam akan berpecah kpd 73 golongan, dan hanya 1 golongan akan masuk syurga...
Wallahua'lam...
P.S Jika kita merujuk kpd hadith sahih tentang terbitnya matahari dari Barat, maka kita akan ketemu beberapa hadith yg menyatakan, sebelum matahari terbit dari Barat, bumi akan bergelap selama 2 hari atau lebih. Dan menerusi hadith2 tersebut, kita diberikan 'hints', bahawa TIADA SEBARANG MALAPETAKA/DISASTER BERLAKU, sebelum matahari terbit dari Barat. Ia berlaku TIBA-TIBA SAHAJA, setelah bumi bergelap untuk suatu waktu yg panjang. Ini seakan memberi erti, bahawa mungkin Pole Shift itu tiada kaitan dengan matahari terbit dari Barat, atau mungkin Pole Shift itu berlaku LAMA SEBELUM matahari terbit dari Barat, atau mungkin tidak berlaku sama sekali (ini mungkin agak bertentangan dengan teori dan bukti saintifik). Apa yg harus kita lakukan, ialah mencari titik tengah di antara Teori@Bukti Barat/Sainsitifk dan Teori@Bukti Al Quran.
P.P.S Setelah matahari terbit dari Barat, manusia masih hidup di Bumi selama kira-kira 120 tahun... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Maaf, saya kurang bersetuju dengan pendapat penulis tersebut.
Ayat di atas tidak boleh di ...
andria Post at 17/6/2012 00:03
'P.P.S Setelah matahari terbit dari Barat, manusia masih hidup di Bumi selama kira-kira 120 tahun...' sp selepas 120 tahun tu.ke mana pulak manusia? |
|
|
|
|
|
|
|
'P.P.S Setelah matahari terbit dari Barat, manusia masih hidup di Bumi selama kira-kira 120 ta ...
razhar Post at 17-6-2012 17:13
It means Kiamat, wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
naik takut dgn blogger yg tak bertanggungjawab kat luar sana...org yg tak ada ilmu macam dina ni selama ni percaya jer bulat2...yg lebih teruk lagi, kadang siap share pulak kat fb..MashaAllah.....
Good discussion..suka baca discussion macam ni..membuka minda... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 478# andria
uuueeeehhhhhh
hampir semua negara nak pelengkapkan negara masing2 dgn senjata
biasa laaaaa tuuuu
yg tu pun nak di ungkit
kot2 la malaysia nak beli ufo ka
baru leeee brutal sikit!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 486# andria
ni nak tanya kat mana hang terjemahkan AYAT AL QURAN tuu
jangan pandai2 yaaaa
belek betul2 tauuuu:
AL HIJR 74:
فَجَعَلۡنَا عَـٰلِيَہَا سَافِلَهَا وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡہِمۡ حِجَارَةً۬ مِّن سِجِّيلٍ (٧٤
Sahih International: And We made the highest part [of the city] its lowest and rained upon them stones of hard clay.
Pickthall: And We utterly confounded them, and We rained upon them stones of heated clay.
Yusuf Ali: And We turned (the cities) upside down, and rained down on them brimstones hard as baked clay.
Shakir: Thus did We turn it upside down, and rained down upon them stones of what had been decreed.
Muhammad Sarwar: We turned the town upside-down and showered on them lumps of baked clay.
Mohsin Khan: And We turned (the towns of Sodom in Palestine) upside down and rained down on them stones of baked clay.
Arberry: and We turned it uppermost nethermost and rained on it stones of baked clay.
takde pun NEGERI KAUM KUTH tuuuu
walau ni termasuk dalam kisah tepat tuuu
faham tak??? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 489# dina_alea
naik takut dgn blogger yg tak bertanggungjawab kat luar sana...org yg tak ada ilmu macam dina ni selama ni percaya jer bulat2...yg lebih teruk lagi, kadang siap share pulak kat fb..MashaAllah.....
Good discussion..suka baca discussion macam ni..membuka minda...
sama la dengan saya.. kadang2 tak tahu samaada bahan bacaan tu betul atau tipu semata-mata |
|
|
|
|
|
|
|
(Surah Al Hijr, Verses 15:67) In the meantime the people of the city came to Lot rejoicing.
(15:68) He said: "These are my guests, so do not disgrace me.
(15:69) Have fear of Allah, and do not humiliate me."
(15:70) They replied: "Did we not forbid you again and again to extend hospitality to all and sundry?"
(15:71) Lot exclaimed in exasperation: "If you are bent on doing something, then here are my daughters."
(15:72) By your life, (O Prophet), they went about blindly stumbling in their intoxication.
(15:73) Then the mighty Blast caught them at sunrise,
(15:74) and turned the land upside down, and rained down stones of baked clay.
Juzuk : 14 Surah : AL-HIJR No. Surah : 15 Ayat : 74
Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.
Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
And We turned (the cities) upside down, and rained down on them brimstones hard as baked clay.
http://www3.pmo.gov.my
Surah Al-Hijr ayat 76
ayat 75 | Indeks Surah | ayat 77
وَإِنَّهَا لَبِسَبِيلٍ مُّقيمٍ
Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).
And lo! it is upon a road still uneffaced .
那个市镇确是在一条仍然存在的道路上的。
http://www.mymasjid.net.my
Surah 15, Surah al-Hijr (Batu Gunung) : 99 ayat.
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
15-1: Alif, Lam, Ra. Inilah ayat-ayat kitab itu, dan al-Qur’an yang nyata.
JUZUK 14
15-57: Dia (Ibrahim) berkata: “Apakah urusanmu, wahai utusan-utusan?”
15-58: Mereka berkata: “Sesungguhnya kami diutuskan kepada satu kaum yang berdosa.”
15-59: “Kecuali keluarga Lut, sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka.”
15-60: “Melainkan isterinya, kami telah menentukan bahawa dia termasuk golongan yang tertinggal (tidak diselamatkan).”
15-61: Maka tatkala utusan-utusan itu datang kepada pengikut-pengikut Lut.
15-62: Dia (Lut) berkata: “Sesungguhnya kamu adalah orang yang tidak dikenali.”
15-63: Mereka berkata: “Sebenarnya kami datang kepadamu dengan (membawa) apa yang mereka dustakan mengenainya.”
15-64: “Dan kami datang kepada engkau dengan kebenaran. Dan sesungguhnya kami adalah siddiqin (orang yang benar).”
15-65: “Maka berjalanlah engkau dengan keluarga engkau pada malam hari, dan iringilah mereka daripada belakang, dan sekali-kali seorang jua daripada kamu berpaling ke belakang, dan pergilah ke mana kamu diperintahkan.”
15-66: Dan Kami (Allah) selesaikan soal itu kepadanya (Lut), bahawa akar-akar (keturunan) mereka (yang kafir itu) akan diputuskan (dibinasakan) pada waktu pagi.”
15-67: Dan datanglah penduduk negeri itu (ke rumah Lut) dengan riang gembira.
15-68: Dia (Lut) berkata: “Sesungguhnya mereka ini adalah tetamuku, maka janganlah kamu mengaibkan daku.”
15-69: “Dan bertakwalah kepada Allah, dan janganlah kamu hinakan daku.”
15-70: Mereka berkata: “Bukankah kami telah melarang kamu daripada (menerima) manusia?”
15-71: Dia (Lut) berkata: “Itulah anak-anak perempuanku, jika kamu hendak melakukannya juga.”
15-72: Demi umurmu (Muhammad saw), sesungguhnya mereka (kaum Lut) itu, dalam kemabukan mereka, telah tersangat sesatnya.
15-73: Maka mereka dibinasakan oleh pekikan yang kuat di waktu fajar.
15-74: Maka Kami (Allah) jadikannya (negeri itu), bahagian atasnya terbalik ke bawahnya, dan Kami (Allah) hujani mereka dengan batu-batu daripada tanah yang keras.
15-75: Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang mengambil perhatian yang mendalam.
15-76: Dan sesungguhnya negeri itu (terletak) pada jalan yang masih tetap dilalui (hingga sekarang).
15-77: Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang beriman.
http://qurannet.tripod.com
"Melainkan keluarga Nabi Lut; sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya, -
(Al-Hijr 15:59) | <Embed> | English Translation
"Kecuali isterinya; kami telah tentukan (menurut keputusan Tuhan) sesungguhnya ia dari orang-orang yang tinggal (menerima kebinasaan)".
(Al-Hijr 15:60) | <Embed> | English Translation
Maka apabila (malaikat-malaikat) utusan itu datang kepada kaum Nabi Lut,
(Al-Hijr 15:61) | <Embed> | English Translation
Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)".
http://www.surah.my/15
Sebab itu saya kata, kalau nak menganalisa mana2 Surah, ambil semuanya, bukan ambil sekerat2 dan out of context, semata2 utk menyokong mana2 teori/pendapat. Ayat2 yg diinyatakan di atas, jelas menceritakan tentang kisah Nabi Luth. Sama2 kita belajar, bukannya menjadi orang bodoh sombong yg mempertikaikan sesuatu sedang diri sendiri pun jelas tak tahu. Wallahua'lam... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini? {Part 2}
Reply 493# andria
sis...betul apa sis ckp....jgn jadi bodoh sombong...klau ada pndpt bncgkan bukan menbentak x tentu hala. ........
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 493# andria
Sebab itu saya kata, kalau nak menganalisa mana2 Surah, ambil semuanya, bukan ambil sekerat2 dan out of context, semata2 utk menyokong mana2 teori/pendapat. Ayat2 yg diinyatakan di atas, jelas menceritakan tentang kisah Nabi Luth. Sama2 kita belajar
Sis Andria,
Saya suka berkongsi apa yang saya dapat daripada thread ni kepada kawan-kawan. Namun ada sesetengah daripada kawan2 yang mempertikaikan apa yang kita bincangkan ini. Diaorang mempersoalkan tentang sumber artikel Sis, tentang kesahihan gambar-gambar yang disertakan dan banyak lagi. Apa yang saya kongsi tak lebih dari borak kosong saja kepada mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply andria
Sis Andria,
Saya suka berkongsi apa yang saya dapat daripada thread n ...
ombak_rindu Post at 18-6-2012 15:45
Tak mengapa. Di dlm thread ini pun kita boleh lihat sikap orang2 berkenaan. Jadi tidaklah menghairankan. 99% artikel2/gambar2 diambil dari BERITA BENAR (kecuali teori konspirasi, ia di bawah teori dan bukan di bawah berita/facts). Dan di bawah setiap artikel, ADA LINK yg diberikan, supaya anda tahu bukan saya yg mereka-reka artikel berkenaan. Semuanya bersumber. Setiap orang boleh KLIK link yg diberikan dan baca sendiri artikel2 penuh di link2 berkenaan (cuma saya rasa 99% forumer malas utk klik pada link dan membaca berita penuh). Jika mereka tidak percaya, biarkanlah. Berlapang dada sajalah. Berita2 ini semua free, siapa nak baca, silakan. Siapa tak nak baca, pun terpulang. Jangan sesekali kita memaksa sesiapa utk menerima apa yg kita percaya. Allah tidak membuka hati semua orang utk melihat sesuatu perspektif itu dari sudut yg sama. Pendapat dan pandangan kita, sudah tentulah berbeza. Namun apa yg penting ialah, kita belajar MENGHORMATI sesama kita, bukannya mengeluarkan kata2 kesat atau mencemuh sesiapa semata-mata kerana kita tidak mempunyai pendapat yg sama, tidak mampu melihat sesuatu itu dari sudut pandang yg sama, atau merasakan diri kita jauh lebih baik dari orang lain, sehingga kita dengan mudah menjadi riak, kerana beranggapan 'rasa' kita dengan orang lain sudah tak sama, kerana 'rasa' kita saja yg betul... wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply andria
Sis Andria,
Saya suka berkongsi apa yang saya dapat daripada thread n ...
ombak_rindu Post at 18-6-2012 15:45
takper, kita budak baru belajar...abaikan jer org2 cerdik pandai yg anggap kita bodoh ni...atleast kita ada belajar something dari pertikaian derang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 497# dina_alea
itula dina.. saya paling panas bila diaorang pertikai gambar cahaya pelik selepas maghrib tu. katanya gamba tu dah di edit |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 493# andria
ini petikan dari kamu:
Itu adalah ayat2 dari Sural Al Quran yg SEBENAR. Yg TIDAK DIEDIT.
Saya tidak tahu apa motif penulis tersebut copy & paste certain ayat dan mengeluarkan/menghilangkan perkataan
negeri Nabi Luth (yg memang ada dlm Surah berkenaan), tapi pada pendapat saya yg jahil ini, ia adalah perbuatan yg sungguh tidak bertanggungjawab. Saya faham, mungkin kita mempunyai pendapat kita sendiri dan kita MAHU sesuatu yg kukuh utk menyokong pendapat kita. Tapi meskipun begitu, kita tak perlulah menggunakan ayat2 suci Al Quran dan MEMANIPULASI ayat tersebut dengan mengambilnya luar dari context, dan claim yg ayat itu menyokong teori ini dan itu. Sedangkan ayat itu JELAS merujuk kepada peristiwa yg lain. Jika kita ada pendapat sekalipun, gunakan cara yg BERSIH, jangan guna cara yg kotor, sehingga kita tergamak memanipulasikan ayat Al Quran itu sendiri demi MEMBENARKAN pendapat kita. Al Quran itu sudah cukup hebat, tanpa perlu kita mengeditnya.
jadi siapa yg menambah2 perkataan dalam AYAT TUHAN???
sedangkan jelas dalam bahasa arab SURAH AL HIJR AYAT 76
tidak menyebut perkataan Negeri Nabi Luth
walaupun ianya berkisahkan negeri Nabi Luth.........
kan menambah2 dalam AGAMA itu....BIDAAH (takkan tak faham kottt)
sama jugak dlm AYAT ni:
Melainkan keluarga Nabi Lut; sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya, -
(Al-Hijr 15:59) |
"Kecuali isterinya; kami telah tentukan sesungguhnya ia dari orang-orang yang tinggal ".
Maka apabila utusan itu datang kepada kaum Nabi Lut,
(Al-Hijr 15:61) | Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali
napa ada penambahan Nabi kat situ???
tu baru sikit je MENGADA-ADAKAN tuuuu
kena banyak2........... jadi takut pada ketentuan TUHAN bukan pada TUHAN |
|
|
|
|
|
|
|
kalau RASA utk kasi org TAKUT kat TUHAN
ok leeeee
ni nak takut dr bala/kiamat.....
hairan tak???
sedangkan org ISLAM
sentiasa dalam ibadah dlm hidup seharian
dan MATI pasti akan mendatangi TIAP JIWA
(tak tau le pope kata apa pulak???) |
|
|
|
|
|
|
| |
|