CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 13-12-2012 01:59 PM | Show all posts
Tiada siapa kah yg nak membantu hamba ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2012 02:30 PM | Show all posts
lonely_surina posted on 13-12-2012 01:59 PM
Tiada siapa kah yg nak membantu hamba ini

Surina nak tentatif haji 2013 ke? dr segi apa tu..overall plus simple sangat request, saya taktau nak bagi yang mana..heheheh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 02:35 PM | Show all posts
haji_one posted on 13-12-2012 02:30 PM
Surina nak tentatif haji 2013 ke? dr segi apa tu..overall plus simple sangat request, saya taktau  ...

Alhamdulillah ada yg reply..

tarikh2 bermula nya kena pergi haji..
nak wukuf, bermalam semua tu tuan haji..


Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 02:46 PM | Show all posts
lonely_surina posted on 13-12-2012 01:59 PM
Tiada siapa kah yg nak membantu hamba ini

Klu nak tau penerbangan pertama dan penerbangan balik masa haji nanti, senang je, Surina tengok kalendar..tahun 2013, wukuf jatuh pada 14 Oktober 2013..so, jemaah haji kena masuk mekah sekurang2nya 4 hari sebelum wukuf iaitu 10 oktober. So, penerbangan fasa 1 (masuk ke Mekah/madinah) mestilah dlm tempoh 30 hari sebelum 10 Oktober 2012 tu.

Untuk balik plak, untuk haji mestilah sekurang2nya 5 hari, so, wukuf 14 oktober..selesai operasi haji mestilah dlm 20 Oktober..dan penerbangan balik / pergerakan keluar dr Mekah berlangsung 30 hari dr hari last operasi haji..

So, secara simple idea..

Fasa 1
10 September 2013 - penerbangan fasa 1 bermula
(tempoh diambil adalah 30 hari) dgn laluan ke jeddah dan Madinah)
10 Oktober 2013 - penerbangan fasa 1 tamat

Operasi Masyaier
11 Oktober 2013 - semua jemaah haji di Mekah (samada kemasukan melalui Jeddah mahupun dr Madinah)
14 Oktober 2013 - Jemaah haji pergi ke Arafah (operasi Masyaier bermula)
15 Oktober 2013 - Wukuf / mabit di mudzalifah
16 Oktober 2013 - melontar jamrah kubra
17 Oktober 2013 -melontar 3 jamrah hari pertama
18 Oktober 2013 - melontar 3 jamrah hari kedua (dan nafar awal)
19 Oktober 2013 - melontatar 3 jamrah hari ketiga (dan balik ke Mekah

Fasa 2
20 Oktober 2013 -penerbangan fasa 2 bermula / pergerakan ke madinah (bagi yang belum masuk ke madinah bermula)
(tempoh diambil adalah 30 hari)
20 November 2013 - last penerbangan fasa 2.

So lebih kurang mcm tu la anggaran waktunya, kena tunggu TH keluarkan takwim rasmi utk haji tahun ni baru boleh cerita panjang..hehehehe..tapi secara rawaknya, ideanya mcm tu la..harap dapat membantu..hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 03:27 PM | Show all posts
haji_one posted on 13-12-2012 02:46 PM
Klu nak tau penerbangan pertama dan penerbangan balik masa haji nanti, senang je, Surina tengok ka ...

Alhamdulillah tuan haji kerana membantu..
nanti kalo ada apa2 update, tuan haji inform kat sini yea..
sangat2 hargaiiii sangat
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 03:31 PM | Show all posts
lonely_surina posted on 13-12-2012 03:27 PM
Alhamdulillah tuan haji kerana membantu..
nanti kalo ada apa2 update, tuan haji inform kat sini  ...

Uishhhh..mestilah boleh, nanti saya akan tengokkan info terkini bab takwim haji ni..takdak hal la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2012 09:12 PM | Show all posts
Assalam...best baca cerita2 kat tanah suci ni.nak mencelah jugakla.alhamdulillah saya dah sebulan balik dari tanah suci mengerjakan haji.saya gi bersama ibu,ibu saudara dan sepupu.sepanjang 46 hari saya di sana,saya amat berpuas hati dengan pengurusan Tabung Haji yang cekap dan terurus.tiada sebarang masalah besar yang kami hadapi.masalah2 kecil tu saya anggap biasa je.cuma saya agak terkilan sebab mengikut jadual, kami akan menaiki pesawat saudi airlines.tp sebenarnya pesawat kami adalah pesawat AirAsia.maybe saudi airlines chartered pesawat AirAsia.sempit...so perjalanan 8 jam terasa sgt memenatkan.saya berharap utk musim haji yang seterusnya gunakanlah pesawat seperti yang ada dlm jadual...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 04:45 AM | Show all posts
haji_one posted on 13-12-2012 02:46 PM
Klu nak tau penerbangan pertama dan penerbangan balik masa haji nanti, senang je, Surina tengok ka ...

draf tentatif yang bg byak info ni ..TQ tuan hajiOne
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2012 07:29 AM | Show all posts
nur82 posted on 14-12-2012 04:45 AM
draf tentatif yang bg byak info ni ..TQ tuan hajiOne

Hehehe..lebih kurang mcm tu la jadualnya, tapi exact movement kena tunggu TH keluarkan dulu, baru boleh tau yg tepat, yang mungkin berubah adalah operasi fasa 1 (kemasukan ke Mekah/Madinah) dan fasa 2 (keberangkatan keluar Mekah/masuk Madinah)..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 07:36 AM | Show all posts
Salam tuan haji..
Maaf kalo bertanya, kalo buat haji dlm dua minggu mcm mn?
Bila start pergi dan balik?
Mcm mn cara dan segala yg berkaitan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 07:40 AM | Show all posts
bittermelon posted on 13-12-2012 09:12 PM
Assalam...best baca cerita2 kat tanah suci ni.nak mencelah jugakla.alhamdulillah saya dah sebulan ba ...

Alhamdulillah, gembira bittermelon selamat pergi dan selamat balik dr tanah suci utk ibadah haji. Mudah2an Allah swt menerima ibadah haji yang bittermelon dan keluarga kerjakan dan dianugerahkan dengan haji yang mabrur, amin.

Pi haji ni, biasala, mesti ada kes2 kecik, kekadang ada benda baru (masalah) yang petugas pun tak jangka..ada juga yang kita dah tahu (masalah tu) tapi kemampuan kita terhad utk menanganinya..sebab masalah tu dibawah pihak berkuasa tempatan contohnya..so, memacam la.

Saya ada tanya kawan saya yg duty kt Airport (sambutan / keberangkatan)..memang tu la, ada jemaah haji naik pesawat milik Air Asia yg disewa oleh Saudi Airlines. Memang betul, kontrak perjanjian diantaran TH dengan pengelola operator penerbangan ada 2 iaitu MAS (malaysia airlines) dan SV (saudi airlines)..cuma dlm kes ni, SV terpaksa menyewa pesawat Air Asia atas sebab2 tertentu, sebab mereka juga bertanggungjawab utk mematuhi jadual2 penerbangan yang ditetapkan..dr segi problem apa yg pihak SV hadapi, saya tak maklum..boleh jadi aircraft mereka rosak ke apa ke..wallahualam.

Cuma tu la, kesian kat jemaah haji sebab pesawat yang Air Asia sewakan kepada SV pun pesawat yg agak kecil saiznya compare pesawat biasa utk travel dgn jumlah penumpang seramai 300 orang. Kurang selesa utk flight selama 8 jam tu.

Saya yakin kes ni akan uruskan oleh pegawai2 TH dan ianya tak berakhir disitu sahaja..nanti akan ada la penambahbaikan bagi kes2 mcm ni (atau memang dah ada cuma tak dipatuhi) i.e pesawat rosak disaat akhir, dan kerosakan mengambil masa yg lama utk dibaiki dan sebagainya.

Saya yakin TH amat mengambil maklum mengenai perkara ini dan pasti akan ada tindakan susulan bagi penambahbaikan bagi kes2 mcm ni (sebab ianya sangat jarang berlaku).



Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 07:44 AM | Show all posts
lonely_surina posted on 14-12-2012 07:36 AM
Salam tuan haji..
Maaf kalo bertanya, kalo buat haji dlm dua minggu mcm mn?
Bila start pergi dan b ...

nak buat haji dlm tempoh dua minggu?

Hmm..secara logiknya boleh, kena pergi dengan penerbangan last sekali, dan balik dengan penerbangan awal sekali..so, masa yg digunapakai tu within tempoh tu la (+/- 2 weeks).

Cumanya dr segi perlaksanaan, memang payah la..surina kena pi tengok pakej2 yg ditawarkan oleh THTS dan boleh bincang dengan pegawai2 THTS utk maklumat dan perbincangan lanjut.

bukan apa, sebab bila pi haji ni, memang dah ada susunan jadual pergerakan yg biasanya melebihi 30 hari la jugak kt Madinah dan Mekah.

Tapi kalau nak pi 2 minggu, takkan tak pi Madinah kot? tak sesuai juga melainkan kalau ada urusan2 yang memang memaksa kita utk berada sekejap sahaja di tanah suci.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 08:07 AM | Show all posts
Assalamualaikum tuan haji_one,

Nak minta pandangan/nasihat.

1. Seorang perempuan yang tiada mahram, boleh/mudah untuk dia untuk mengerjakan Haji buat kali kedua setelah lebih kurang 10 tahun mengerjakannya buat kali pertama? Boleh pergi dengan TH atau pun lebih baik pegi dgn TA swasta?

2. Suami isteri jika nak pergi haji bersama perlu daftar bersama, saya dengar. Kalau daftar asing2, ada kemungkinan dapat tarikh pergi Haji asing2 - betulke begitu.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 08:36 AM | Show all posts
bittermelon posted on 13-12-2012 09:12 PM
Assalam...best baca cerita2 kat tanah suci ni.nak mencelah jugakla.alhamdulillah saya dah sebulan ba ...

saya pun naik kapal AA hari tu. cuma masa pergi bernasib baik sikit dapat duduk kat premium seats. memang lena la tido sepanjang perjalanan tu. terjaga utk makan dan bile dah sampai je kot

masa balik - duduk seat biasa. mungkin faktor penat + demam sebelum tu... mmg rasa letih yg amat sangat rasa nak patah pinggang duduk - dulu g korea flight 7+ jam naik AA gak xde plak gitu rasanya. naseb la kapal airbus luas la jugak seat tu.

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 08:41 AM | Show all posts
missus_meow posted on 14-12-2012 08:07 AM
Assalamualaikum tuan haji_one,

Nak minta pandangan/nasihat.

Wa'alaikumsalam wbr wbt missus_meow,

1. Seorang perempuan yang tiada mahram, boleh/mudah untuk dia untuk mengerjakan Haji buat kali kedua setelah lebih kurang 10 tahun mengerjakannya buat kali pertama? Boleh pergi dengan TH atau pun lebih baik pegi dgn TA swasta?

pada pendapat saya..

Hmmm...let say kalau kalau penama tu dah pernah pergi haji, dan let say kalau tempoh menunggu dia dah sampai, so boleh je dia pergi (sebab utk dedulu, takdak halangan utk daftar haji selepas balik dr buat ibadah haji..tak macam sekarang, ada tempoh 5 tahun kena 'bar', then baru bleh daftar, so assume dia balik je haji, terus daftar..dan tempoh menunggu dia tak lama..dlm 9 tahun sebagai contoh)..

Let say kalau tempoh mengerjakan haji dia lambat lagi, contoh beberapa tahun lagi (walaupun dia dah 10 tahun mengerjakan haji..saya buat anggapan  lepas dia balik haji 10 tahun yg lalu, then, dia daftar haji beberapa tahun lepas tu..so dia nak pi pada tahun yg bukan dia terpilih)..  so, dia kena buat rayuan haji la, dan yg paling penting apa alasan dia..umur, kesihatan, mahram dll..dan yg paling penting, keutamaan adalah utk yg kali pertama la. Benda2 ni panel rayuan haji akan tengok..so, berbalik kepada rezeki dia jugak akhirnya.

In case dia terpilih, boleh je dia pergi dgn muassasah mahupun TA swasta, yg ni takdak masalah..cumanya TA swasta ni harga sedikit / banyak berbeza dgn muassasah bergantung pada pakejnya.                              

2. Suami isteri jika nak pergi haji bersama perlu daftar bersama, saya dengar. Kalau daftar asing2, ada kemungkinan dapat tarikh pergi Haji asing2 - betulke begitu.

Pada pendapat saya..

Kalau isteri daftar bulan Januari, suami daftar bulan Mei (pada tahun yg sama), tup2 dua2 terpilih utk pi haji pada tahun ni, so takdak masalah. Nanti kita suami / isteri tu akan dapat surat tawaran...mereka kena jawab la tawaran tu dgn mengisi maklumat "jemaah haji lain yg turut serta"..si suami masukkkan nama isteri dn detailnya, begitu juga sebaliknya..nanti petugas kaunter TH akan taggingkan mereka ni sebagai satu kumpulan..so bila sistem running utk pergerakan mereka bg haji tu, mereka akan dapat pi sama / tinggal di maktab yg sama dan balik pun sama.

Sama jugak kalau kita nak masukkan nama ahli keluarga lain (yg dapat pi haji dlm tahun yg sama) dlm group kita..nanti kita akan bergerak bersama2 dgn ahli keluarga kita yg kita dah 'group'kan dgn group kita.

Problem timbul bila ada orang yg nak pi sama, tapi kt kolum 'jemaah haji llain yg turut serta' (lebih kurang mcm tu la tajuknya) tk diisii..seterusnya mereka tak ditaggingkan sebagai satu kumpulan, so, sistem akan anggap suami dan isteri sebagai pihak yg berbeza, seterusnya berpecah la.  Tp dlm hal ni, pihak kaunter TH akan pastikan dulu pasal ni..takut ada yg miss / tertinggal.

Kalau si isteri terpilih, tapi suami tak terpilih..boleh jadi sebab daftar lain tahun..yang tak terpilih tu kena buat rayuan atas dasar mahram sebab pasangan terpilih.

______________________________

Hmm...lebih kurang mcm tu la keadaannya, tapi yg sebaik2nya meow boleh hadir ke TH terdekat utk mengesahkan perkara ini..harap dapat membantu..
Last edited by haji_one on 14-12-2012 08:46 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 08:46 AM | Show all posts
lonely_surina posted on 14-12-2012 07:36 AM
Salam tuan haji..
Maaf kalo bertanya, kalo buat haji dlm dua minggu mcm mn?
Bila start pergi dan b ...

kawan abah saya haritu ada yang amek pakej pergi dlm kurang 15 hari. Dia sampai Makkah xsilap saya 3 4 hari seblum wukuf, dia bertolak ke Arafah pagi 9 Zulhijjah tuh. Pastu perjalanan ke Muzdalifah dan Mina mcm biasa. Tapi tak silap uncle tu buat nafar awal (keluar dari mina pada 12 Zulhijjah) dan terus selesaikan tawaf + saie haji. the next day berangkat ke madinah. kat madinah dlm 3 hari rasanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2012 08:49 AM | Show all posts
fa_stellar posted on 14-12-2012 08:46 AM
kawan abah saya haritu ada yang amek pakej pergi dlm kurang 15 hari. Dia sampai Makkah xsilap saya ...

hehehe..ni pakej mahai2 kot? ke pergi dengan saluran lain..saya tak mahir sangat dgn bab pakej2 dan kes2 istimewa ni (maklumlah..bertugas utk jemaah haji muassasah je)..hehehe..

Kalau boleh pi lewat, balik cepat,mesti terhad pakej2 mcm ni..agak rushing tapi agak sesuai utk businessman yg jadualnya padat..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 09:19 AM | Show all posts
haji_one posted on 14-12-2012 08:49 AM
hehehe..ni pakej mahai2 kot? ke pergi dengan saluran lain..saya tak mahir sangat dgn bab pakej2 da ...

ahha. yes~ RM70K kot mmg sesuai untuk org yg bekerja jenis takde cuti panjang & jadual keje padat.

apepon..bestnye la cuti 44 hari (46 - 2 hari perjalanan) kat sana ingat nak kejar gi solat dan buat ibadat je. sedap je takde serabut pikir keje
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 09:23 AM | Show all posts
alisya05 posted on 13-12-2012 10:32 AM
Hj 1...

nak tanya skit pasal cuaca di tanah suci


Alisya,

ehem pergi dgn andalusia tarikh yang dia bagi 4/2.
ekutkan bacaan & tanya kakak2 yang dah pergi awal tahun ..
sejuk macam biasa jerk ... tak perlu pakai baju tebal cuma cuaca tak panas la.
tapi tu la still tak terbayang macammana ? mungkin akan rasa dingin2 angin lalu agaknya. ;)

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 09:26 AM | Show all posts
fa_stellar posted on 14-12-2012 09:19 AM
ahha. yes~ RM70K kot  mmg sesuai untuk org yg bekerja jenis takde cuti panjang & jadual keje ...

hehehehe..40 hari ++ ni memang syok sangat dah, just nice, barulah merasa kenikmatan berada kt sana..

Saya pernah dengar jemaah haji berborak sesama mereka..kata si jemaah haji ni, "pernah tak kita fikir, seumur hidup kita ni, berapa  kali dan berapa lama pernah kita bagi komitmen sepenuhnya bab hal ibadah, jaga pertuturan, lupakan urusan dunia sekejap?"..

Kata sorang lain jemaah haji yg lain..kata dia..."takdek, yg betul2 fikir bab ibadah ni adalah sepanjang kita berada kat Madinah dan Mekah ni la..kalau kat Malaysia, payahhhh..."..pastu mereka tanya saya, "betul tak haji?"..saya iya je kan la..sebabb memang betul pun..hehehehe..

sebab tu, dlm seumur hidup kita, sebulan yg kita dedicatedkan utk haji ni kena buat sebaik mungkin..betul2 fokus utk hal ibadah..kalau kt malaysia, banyak benda yg menganggu..hehehehe..

Tapi pada businessman, mungkin tanggungjawab mereka tak habis..so, mereka pun perlu fokuskan kepada urusan lain sbab yg tu pun amanah jugak..

Hmm..takpa la, rezeki memasingkan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.136996 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list