“Shaz.............Shazrina.” Jerit Aliff lantang sambil mengejar langkah pantas Shazrina yang sudah menjauh. Gadis itu dengan sekelip mata sahaja memboloskan diri ke dalam kereta dan meninggalkan dia yang masih berlari. Aliff menghentikan lariannya apabila kereta Shazrina sudah menghilang dari pandangan matanya. Terduduk dia ditepi jalan raya yang agak sibuk memikirkan kesilapan besar yang telah dilakukan. Wajahnya diraup perlahan demi mencari ketenangan yang tidak kunjung tiba. Beberapa titik air mata menuruni pipinya. Bertapa dia menyesal dengan kesalahan yang sudah dibuat. Kesilapan yang tidak mungkin mendapat kemaafan dari Shazrina sekeluarga. Aliff mengeluh lemah. Kudrat yang sedikit digunakan untuk bingkas berdiri..
“Aliff...” Farah yang berdiri tegak dibelakang Aliff memanggil. Wajahnya sudah pucat bagaikan kehilangan darah memikirkan rahsia yang disimpan telah terbongkar. Namun dia masih mahu mencuba. Mungkin masih ada ruang untuk bersihkan nama baiknya. Aliff berpaling kearah Farah dengan riak tegang. Menjengil matanya merenung raut wajah cantik milik Farah.
“puas hati kau sekarangkan... Shaz dah bencikan aku.. aku dah hancurkan perasaan dia.kau mesti gembirakan.” Bentak Aliff keras.
“Aliff...dengar dulu.........”
“sekarang apa pulak kau nak cerita dekat aku? apa lagi fitnah kau nak buat kali ni?” bidas Aliff geram. Farah menelan liur yang terlekat dikerongkong. Melalui reaksi Aliff dia dapat merasakan hubungan mesra antara mereka mulai retak.
“Aliff......jangan salah faham. Apa yang awak dengar.............”
“enough Farah.. aku tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut longkang kau tu.. cukuplah kau perbodohkan aku selama 10 tahun ni. aku tak nak dan tak akan percaya lagi kata-kata kau.. patutlah Shaz mati-matian menyampah dengan kau.. rupanya ini wajah sebenar kau. Talam dua muka!” tengking Aliff kuat. Tidak kisah lagi mata-mata yang memandang pertengkaran mereka. Pantas langkah dibuka dan meninggalkan Farah yang sudah teresak-esak didepannya. Kali ini dia tidak akan lemah lagi dengan air mata wanita yang banyak menipunya itu. Tak sangka Farah temannya yang paling rapat sanggup menipu dan merosakkan kebahagiaannya.
“tolong Aliff... jangan buat saya macam ni. dengar dulu penerangan saya..” pujuk Farah sambil memaut erat tangan Aliff demi menghentikan langkah jejaka itu. Wajahnya yang lencun dengan air mata sudah tidak dihiraukan lagi. apa yang dia inginkan kini ialah kemaafan dari Aliff. Mana mungkin dia mahu biarkan Aliff pergi dengan perasaan marah terhadapnya. Dia terlalu sayangkan Aliff.
“kau jangan buat aku makin bencikan kau Farah. Aku jijik dengan perempuan macam kau yang tak ada maruah. Sanggup gadaikan persahabatan kerana cinta. Sanggup fitnah sana sini hanya untuk dapatkan sesuatu..guna cara paling keji untuk menang. sekarang kau nak aku dengar kata-kata kau? Supaya kau boleh tipu aku lagi dan kau masih nak burukkan Shaz yang langsung tak bersalah selama ni? sebelum aku angkat tangan baik kau berambus Farah. Jangan sampai kau jumpa balik perangai lama aku!” ugut Aliff. Tangan Farah yang tidak segan silu menyentuh tangannya di tolak kasar. Farah terduduk kesan dari penolakkan dari Aliff.
“saya cintakan awak Aliff... saya...”
“aku tak cintakan kau sejak dulu, sekarang dan sampailah bila-bila.. bagilah apa-apa alasan sekali pon orang macam kau tak akan aku percaya lagi. Mulai hari ini aku tak nak lagi tengok muka kau. Kau bukan kawan aku lagi.” potong Aliff lalu meninggalkan Farah yang masih lagi terduduk menangis ditepi jalanan. Banyak mata yang memandang malah tak kurang ada yang memandang serong kepada Aliff. Namun Aliff tidak kisah. Mereka yang memerhati tidak tahu apa yang berlaku. Bertapa kejamnya perbuatan Farah terhadap dia dan Shazrina. Dia berjanji sampai ke mati Farah tidak akan dimaafkan!
Last edited by misssakura on 10-1-2013 10:46 AM
|