Selesai membuat persembahan, Zack berjalan ke arah Kate dan Audrey serta tunang Audrey, Andy atau nama sebenarnya, Andrew. Ketika diperkenalkan awal tadi, Zack menyangka Andy berbangsa India, tetapi rupanya bukan. Andy berbangsa Serani.
Mereka berbual-bual seketika sebelum Andy dan Audrey mula berborak sesama sendiri, berbincang tentang persiapan perkahwinan mereka.
“How it is feel, Zack?” Tanya Kate.
Zack memandang Kate dengan muka tanda soal, tidak memahami tujuan Kate bertanya soalan itu secara tiba-tiba.
“How do you feel, when Liana dumped you?”
Zack menarik nafas. Dia tidak pernah meluahkan kekecewaannya kepada sesiapa. Pada ibunya, Zack cuma mengatakan dia dan Liana tidak serasi. Pada Hanif, Zack sekadar memberitahu bahawa hubungannya dengan Liana telah putus. Selebihnya, ditelan sendiri dan Zack berharap luka dihatinya akan terubat seiring dengan peredaran masa.
Lagipun, tak macholah anak jantan nak meratap hiba sebab ditinggal awek.
"Zack..." Panggil Kate setelah Zack mendiamkan diri agak lama.
“Sucks.” Jawab Zack setelah meneguk Coke. Kate memandang Zack, menantikan kata-kata seterusnya.
“First week, I was okay. Feels like, I’m finally free from mess.” Sambung Zack.
“Second week. I mula rasa macam…something is wrong. Macam ada benda hilang dari hidup I. Rasa kosong.”
“Third week. I mula rindukan dia. Muka dia ada kat semua tempat. Nak makan, nak tidur, nak mandi… I akan teringat dia.”
“Fourth week, I can’t stand. So…I called her.”
“You called her?” Kate menyoal kembali. Zack mengangguk.
“Apa dia cakap? What both of you talking about?”
“Nothing much. I tanya khabar…that’s all.”
Kate mengangguk.
“Masa I bercinta dengan Liana, I jarang call dia. Sehari sekali atau dua kali. Tapi, lepas putus dengan Liana, I rasa I call dia tiga, empat kali sehari. Mungkin lebih...”
“Why? You rindu pada dia?”
“Maybe…I don’t know. I cuma nak Liana tahu yang I masih sayangkan dia dan I masih ambil berat pasal dia. Liana pun ada beritahu yang dia terkejut sebab I call dia banyak kali. Liana cakap…kalaulah I buat macam ni masa bercinta dulu, mungkin kami takkan break-off.” Zack melepaskan keluhan.
“Why she terkejut?” Last edited by Nicki_Meow on 4-1-2014 04:13 PM
“Dulu…Liana selalu komplen yang I tak serius dengan dia."
"Why?"
"Sebab I jarang call and I jarang spend time dengan dia. Lagi, dia kata I selalu lebihkan kawan-kawan I dari dia. She’s my girlfriend but she didn’t feel like she is my girlfriend.”
“She also said that…I’m not romantic at all…”
Kate ketawa besar kali ini menyebabkan Zack turut tergelak.
“Okay. Then, what happen?” Kata Kate, masih ketawa.
“Mula-mula, I tak ambil serius pun. I cuma rasa yang dia mengada-ngada.”
“What is mengada-ngada means?” Soal Kate, memotong cerita.
“Annoying…”
“Oh..okay….” Kate terangguk-angguk.
“Bila dia mintak putus, baru I sedar yang I silap…” Sekali lagi, Zack mengeluh.
“So…on the sixth week. I told Liana that I still love her and I will change. I will call her every three hours if that is what she want. I’ll buy flowers for her. I will say ‘I Love You’ to her every single day. I akan buat apa saja yang dia nak…as long as….she come back to me.”
“I…” Zack menarik nafas panjang sebelum menyambung kata. “I even asked her to marry me….”
“Oh…” Kate mengangkat muka memandang Zack. “Then, what she said?”
“She said…she will think about it. I said okay. At least...masa tu, I rasa…ada harapan yang dia akan balik pada I.”
Kate terangguk-angguk lagi.
“Two weeks after that, she updated her Facebook. She is in relationship…with someone else.”
“Oh...shoot. Dia tak beritahu you apa-apa pasal tu?”
“Nope. But I guess, it’s her way of telling me the news…indirectly. Lepas tu, I pun tak call dia lagi.”
“She got engaged already…last month..I think. Tak ingat. Anyway, good for her. Dia dah move on so I rasa, I pun patut lupakan dia.” Kata Zack, mengakhiri cerita. Last edited by Nicki_Meow on 4-1-2014 04:18 PM
“What?” Zack bertanya apabila Kate merenungnya agak lama.
“Macam mana you boleh move on…so easily?”
Zack menarik nafas.
“Not that easy. Liana is still in my friendlist...dalam Facebook. Every time I nak unfriend dia, mesti tak jadi. I stalk Facebook dia once in a while. Macam looser…” Akui Zack.
“So…Liana is the first girl that you fell in love with?” Tanya Kate.
“No. I mean…Liana is my first girlfriend. Masa I sekolah dulu, I pernah ada crush dengan this girl. Nama dia Farizah.”
Kate tersenyum. “What happen to her?”
“Nothing happen. We're still in touch with each other. Tapi, dia dah lain, tak macam dulu. Perubahan Farizah terlalu banyak sampai I rasa, I tak kenal lagi siapa dia.” Jawab Zack.
Kate meneguk air mineral.
“Zareen dengan you, macam mana?” Soal Kate lagi. Zack senyum dan mengangkat bahu, tanda dia tidak ada jawapan kepada soalan itu.
“I thought…you like her…” Kata Kate.
Zack kekal tersenyum.
“Why don’t you tell Zareen, that you like her?”
“Gila? Kan I dah cakap, Zareen dah ada boyfriend.”
“Zack. You know what? This is why Liana chose somebody else, not a looser like you.”
Kata-kata Kate membuat Zack tersentap.
“What are you trying to tell me?”
“You didn’t fight strong enough to get her back. You just…let her go. If you love somebody, you should not let them go so easily. You should fight for it.”
“Oh…fight for it. Okay….” Zack ketawa sinis.
“Jadi, ini sebabnya you tunggu Kevin sampai sekarang? Walaupun you sedar yang Kevin takkan balik lagi pada you?” Balas Zack, separuh menyindir.
Kali ini, giliran Kate pula tersentap. Last edited by Nicki_Meow on 4-1-2014 04:06 PM
“He will come back!” Kate berkata sambil menggetap bibir.
“It’s been more than a year. Kalau Kevin sayangkan you, dah lama dia balik. Or at least, a phone call…”
“Shut up.”
“Fight for it...konon. Buang masa je you tunggu Kevin.”
Kate memandang tajam ke arah Zack.
“You should move on, Kate. Kevin will not come back and you know it.”
“Damn you, idiot!”
“Yeah. Tell that to yourself…idiot.” Balas Zack.
“You…” Kate tidak dapat meneruskan kata-kata.
“Hey…” Kali ini, Audrey menegur. Zack dan Kate menoleh. Baru mereka sedar, Audrey dan Andy sedang memandang mereka dengan kening terangkat.
“Kate…calm down.” Audrey berkata perlahan lalu memegang tangan Kate.
“And you….” Audrey memandang Zack. “Behave…”
Zack memutarkan biji mata. ‘Bodyguard’ Kate sudah memberi amaran.
Buat seketika, masing-masing terdiam...agak lama.
Zack memandang Kate, terasa bersalah pula. Zack menghembuskan nafas kasar. Dia mengambil sebatang gula-gula Chupa Chups berperisa strawberry di atas meja. Setelah pembalutnya di buka, Zack menghulurkannya kepada Kate.
“You are still an idiot.” Kata Kate tetapi jarinya tetap mencapai Chupa Chups dari Zack.
Zack ketawa sambil menggelengkan kepala. Last edited by Nicki_Meow on 4-1-2014 04:22 PM
freddianza posted on 3-1-2014 04:59 PM
Nickiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
walaupunnn cheq dah lama tak mai.citer ni tak habi ...
Freddddddd......
Hang ni, macam beskut....kejap ada, kejap takdok. Busy ka?
Tak, cerita ni tak abes lagi. Panjang pulak jadinya. Semuanya gara-gara awek vios (sambil jeling-jeling pada @UsuFie @@fatehana dengan @ismaha) walaupun iols tak ada idea lagi, kat mana sepatutnya awek vios buat kemunculan semula
“Sebab anjing tu tamak, dia pun buang tulang dalam mulut dia. Lepas tu, dia terkam pulak anjing yang dalam sungai tu. Lepas terkam, baru anjing tu tahu. Rupanya, anjing yang dia nampak dalam sungai tu, bayang-bayang sendiri. Jadi, anjing pun basah kuyup, tulang pun tak dapat.” Zareen mengakhiri kisah rakyat bertajuk Anjing dengan Bayang-bayang. Irfan pula bertepuk tangan.
Sudah menjadi rutin harian Zareen, akan bercerita kepada Irfan sebelum tidur. Tak kiralah cerita apa, asal terlintas di fikiran. Cerita rakyat, cerita dongeng, kidah para Nabi. Pada Irfan, janji ada cerita walaupun mungkin telah diulang-ulang sebelum ini. Jika tidak, Irfan akan membuat muka merajuk.
“Tahu tak, apa maksud cerita ni?” Sengaja Zareen menduga.
“Tahu.” Irfan menjawab dengan penuh keyakinan.
“Apa?”
“Anjing tu lapar sebab tulang dia terlepas.” Jawab Irfan menyebabkan Zareen ketawa.
“Memanglah anjing tu lapar. Tapi dia lapar sebab dia tamak sangat. Kalau dia tak tamak, tak terkam bayang-bayang sendiri, mesti dia dapat makan. Maksudnya, kita tak boleh tamak. Kalau tamak, jadilah macam anjing tu. Dahlah basah kuyup, perut pun lapar. Orang tamak, selalu rugi.” Terang Zareen.
“Ooohhh…” Irfan terangguk-angguk.
“Irfan, dah malam sayang. Irfan tidur ya?”
“Tapi, esok tak school. Irfan nak tengok kartun dulu.”
“Tak boleh sayang. Irfan kecik lagi, tak boleh tengok TV selalu.”
Irfan mencebik . Kata-kata mamanya tidak dibalas tanda merajuk. Tangannya membelek-belek patung mainan Iron Man.
“Ayah yang belikan patung tu ke?” Tanya Zareen, mahu memujuk.
“Haah..” Jawab Irfan.
“Tadi, Irfan pergi mana dengan ayah?”
“Pergi main kat taman. Lepas tu, ayah bawak Irfan makan keepsi. Bessttttt…” Irfan mengangkat ibu jarinya. Zareen tersenyum.
“Lepas tu, ayah bagi Iron Man ni….”
“Lagi? Irfan pergi mana dengan ayah?”
“Tak pergi mana. Tu jeeee….”
“Oh…” Zareen mengangguk. Last edited by Nicki_Meow on 5-1-2014 02:22 AM
“Kawan Irfan, ayah dia dengan mama dia…duduk sekali…”
“Sebab ayah kawan Irfan, tak kerja kat kampung.” Zareen memberi jawapan ringkas.
“Suruhlah ayah kerja kat sini…”
Zareen menghela nafas lagi.
“Irfan. Kan mama dah cakap dulu. Ayah tak boleh duduk dengan kita. Ayah tu, bukan ayah betul Irfan.”
“Ayah betul dengan ayah tak betul, lain ke mama?”
“Lain.”
“Ayah betul Irfan, dalam syurga kan mama?”
"Mama...." Panggil Irfan. Suaranya dikuatkan apabila Zareen tidak bersuara. Zareen segera mengukir senyuman. Soalan jujur dari Irfan, mengundang sebak dalam hati. Rambut Irfan diusap perlahan.
“Iya. Ayah betul Irfan, dalam syurga. Jadi, kalau Irfan nak jumpa ayah dalam syurga…Irfan kenalah jadi anak yang baik. Dengar cakap mama. Belajar rajin-rajin. Tak boleh nakal-nakal.” Balas Zareen, perlahan. Irfan terangguk-angguk.
“Tapi, Irfan nak jumpa ayah selalu. Masa kat kampung, hari-hari boleh jumpa ayah.” Kata Irfan lagi. Ayah kali ini, merujuk kepada Akmal.
“Mama…mama sayang ayah tak?”
“Kenapa Irfan tanya macam tu?”
“Ayah cakap, kalau nak jumpa hari-hari…mama kena sayang ayah dulu. Baru boleh jumpa hari-hari…”
Zareen mendiamkan diri dan tersenyum sumbing. Tidak tahu apa hendak dibalas kepada Irfan.
“Mama…mama mesti sayang ayah…tau. Nanti, Irfan boleh jumpa ayah hari-hari…”
“Tau mama? Tau? Mama sayang ayah tau…” Irfan terus bersuara apabila Zareen masih mendiamkan diri.
“Dah, tidur.” Suruh Zareen lagi. “Pukul sepuluh setengah dah ni…”
“Okay…” Balas Irfan lalu baring mengiring.
“Mama..mama…” Lima minit kemudian, Irfan bersuara lagi.
“Apa dia, sayang? Kan mama suruh tidur...” Suara Zareen sedikit meninggi kali ini.
“Nak kiss…” Jawab Irfan lalu bangun. Pipi kanan Zareen dicium.
“Yang ini…ayah punya.” Irfan berkata lagi setelah pipi kiri Zareen dicium menyebabkan Zareen tersentak sedikit.
“Ayah suruh cakap I love you kat mama…” Irfan kembali berbaring di katil untuk tidur.
Akmal. Zareen menggelengkan kepala. Akmal memang pandai melayan kerenah Irfan. Dan Zareen tahu, betapa sayangnya Irfan pada Akmal.
“Ayah cakap, kalau nak jumpa hari-hari…mama kena sayang ayah dulu. Baru boleh jumpa hari-hari…”
Terngiang-ngiang kata-kata Irfan sebentar tadi di telinganya. Betapa Akmal benar-benar berharap. Namun, sehingga hari ini, Zareen masih belum mampu memberikan jawapan.
Zareen memejamkan mata. Wajah arwah Asyraf terbayang-bayang di minda. Bersilih ganti pula dengan wajah Akmal yang memang seiras arwah.
Dan entah bagaimana, terselit pula wajah Zack di antaranya.
Zareen melepaskan keluhan. Last edited by Nicki_Meow on 5-1-2014 02:37 PM