CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

Koleksi kisah mistik -Entiti Berambut panjang

  [Copy link]
 Author| Post time 11-4-2015 07:15 AM | Show all posts
mairakiut replied at 10-4-2015 09:49 PM
Sampai mulut berdarah..serius seram..mcm ada sesuatu je..
Ada panggil ustaz tgk2 rumah tu tak..

ada jugak tanya ustaz..
ustaz tu citer ada orang hantar 'sesuatu'
ustaz tu tak nak ckp pulak apa
entah la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2015 08:22 AM | Show all posts
Ipo replied at 11-4-2015 07:15 AM
ada jugak tanya ustaz..
ustaz tu citer ada orang hantar 'sesuatu'
ustaz tu tak nak ckp pulak apa ...

kalau ustaz tu dah ckp cmtu..
ada la kot...huhu...
yelaa..takut gak..anaknya pun dah nampak kn..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2015 06:22 PM | Show all posts

Hantu rambut...istilah aku sendiri

ok, ni kisah baru je terjadi..pasal anak buah aku yang boleh nampak benda halus ni..aku pernah citer kat thread ni..

Anak buah aku tu ditinggalkan kat rumah pengasuh. Biasalah bila mak ayah kerja kan. So, lepas kerja, mak dia pergi ambil anak dia..selalunya dah lepas maghrib la sebab kerja banyak. Dah ambil budak tu, masa on the way ke rumahnya..tak jauh pun dari rumah pengasuh tu. Seksyen berlainan je.  Balik dari rumah pengasuh tu, on the way ke rumah dia ..tiba di satu round about, budak kecik ni cakap kat mak dia.


"Mama..kenapa orang tu berjalan dengan rambut?"

Mak dia terdiam sekejap. "Mana?"

"Tu....kat depan tu. Dia jalan dengan rambut. panjang rambut dia mama.." Sambil tuding ke arah area round about menghala ke tol, yang masa tu kereta masih banyak dan sibuk.

Mak dia pandang. Nampak keta je yang lalu lalang pusing round about tu. Mana ada orang berjalan . "Mana ada.."

"Ada..tu..dia jalan dengan rambut..panjang..."

Si mak ni dah cuak gila. Dia buat tak tahu saja sambil memandu kereta pulang ke rumah..


>>>tu je utk kali ni..
teringat satu thread yang tanya pasal hantu di bulan posa..

@BabeYSHa
TQ for tacang utk citer sebelum ni..benang ni dah bersarang..
bila ada citer je aku up balik





Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kt manenya Umah sewa tu. tiap2 hari lalu dkt intan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2015 10:34 PM | Show all posts
donashikun replied at 5-8-2015 05:42 PM
kt manenya Umah sewa tu. tiap2 hari lalu dkt intan

ingat kan dah berkubur benang aku ni

rumah sewa kat jalan universiti tu ke?..ikut  UM PJ gate tu kan?

rumah tu dah roboh..dah banyak kali juga saya lalu situ..dah tak ada rupanya rumah berhantu tu..
tapi rumah2 tinggalan masih banyak kat situ..seram siok tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
TT ni mcm aku. kalo nampak benda pelik, tenung dulu identify binatang apa. scan atas bawah. kalo antu atau something yg imposibly a human, baru cabot.

kalo x,berkuntom la ko kat situ.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2015 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
aku ada la kenangan masa lalu latar highway. aku tak nampak benda tu sebenarnya. cuma dapat rasa. nak jatuh moto jugak aku time tu.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ma'ap na TT,
nak tanya soklan sensitip cepumaih skit...
hang dah ada anak ka dak lagi?

bukannya apa, seriau aih ceq baca kes 'benda hidup' kat dlm badan hang tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2015 09:04 AM | Show all posts
ellejo replied at 6-8-2015 10:14 PM
TT ni mcm aku. kalo nampak benda pelik, tenung dulu identify binatang apa. scan atas bawah. kalo ant ...

ko pun gitu gak ke? edisi tenung merenung dulu..then bila dah sure it was 'something else'..
baru angkat kaki..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2015 09:04 AM | Show all posts
ellejo replied at 6-8-2015 11:07 PM
aku ada la kenangan masa lalu latar highway. aku tak nampak benda tu sebenarnya. cuma dapat rasa. na ...

citerlah..apa nya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2015 09:06 AM | Show all posts
loQlaQ replied at 7-8-2015 06:27 AM
ma'ap na TT,
nak tanya soklan sensitip cepumaih skit...
hang dah ada anak ka dak lagi?

oh..tak sensitip ..dah biasa dgn soklan gitu

ya..belum ada rezeki lagi..


Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 7-8-2015 09:04 AM
ko pun gitu gak ke? edisi tenung merenung dulu..then bila dah sure it was 'something else'..
...

ha ah. tang pulak aku rabun tapi pakai spek bila perlu je. datang dekat2 kat benda tu. tengok tenung btul2, bila pelik semacam je. blahla
kadang2 sampai pura2 xperasan sbb takut benda tu tegur balik. yg tegur balik bahaya tu org kata
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 7-8-2015 09:04 AM
citerlah..apa nya?

aku keje kl. tp uma mak kat Selangor.weekend kene balik sembah ratu kat mak.balik keje 4.30 terus balik. aku bwk moto sbb malas ngadap jam.

masa tu ptg. latar org mmg kurang masa tu. tgh sukaria bwk moto, rasa mcm benda besar lalu atas aku. pastu moto tibe2 berat dan slow. aku pelik la. bukan naik bukit pun. seminit jugekla. aku usha side mirror, raba2 seat blakang takde apa pun. aku pun press la sampai cecah 90-100.

tiba2 moto jadi laju dan ringan seolah2 benda tu da blah. aku pun gelabahlah, pastu terlanggar rod besi yg jatuh tepi jalan sbb area situ masa tu ada construction pam minyak. goyang handle aku. mmg nak jatuhla. suddenly aku rasa mcm ada yg memberatkan balik moto aku jd sedikiit stabil. aku pun brake slow, dan berhenti. takde apa pun masa aku usha kiri kanan. aku kecut,aku blah la.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
aku saspek benda tu serba salah sbb tumpang aku sampai aku nak accident.
aku saspek je.
tapi masa sebelum naik moto, aku mmg amalkan doa naik kenderaan dan ayat kursi.
aku rasa dia panas naik moto aku. kejap je dia tumpang

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2015 11:00 AM | Show all posts
ellejo replied at 7-8-2015 08:53 AM
aku keje kl. tp uma mak kat Selangor.weekend kene balik sembah ratu kat mak.balik keje 4.30 terus  ...

syukurlah tak nampak..
kalau ko nampak..agaknya pecut semakin laju ke atau diam kaku membisu kelu?..
tak payah minta nampak..serius..boleh demam seminggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 10:52 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 25-11-2015 10:25 AM

berhabuk dah thread ni...sorry nak up kejap..ada cerita terbaru..huhuhu...

#Entiti berambut panjang


Kisah ni baru je terjadi malam semalam.

Malam tu, guruh berdentum dan kilat tanda nak hujan. Memang musim hujan pun sekarang kan?  Dah hampir pukul 12 saya masih melekat kat depan pc nak sudahkan kerja. Mata dah mengantuk. Saya tutup pc dan tidur. Selalunya saya baca tiga qul dan ayat kursi tapi sebab  'uzur', saya baca dalam hati je.  Saya yg sememangnya period pain ni, malam tu saya tak leh nak tidur sangat.  Saya terjaga , tengok jam 2.40 pagi. Ya Allah, baru kul 2 lebih ke?? Saya rasa, macam dah tidur lama sangat.

Dalam keadaan gelap dalam bilik, saya berjalan masuk ke bilik air. lampu bilik air saya tak buka. Cahaya samar2. Dari tingkap kecik bilik air tu,saya tengok bulan terang.

Tengah leka mencuci 'lampin' dalm keadaan cahaya samar2 tu,  Tiba-tiba saya terasa bahu dilanggar kuat. Mula tu macam angin merempuh lepas tu macam benda keras rempuh. Kiranya bahu saya macam ditolak kuat. Hampir  nak jatuh tersandar kat dinding.

Terkejut gila time tu. Pantas je saya melingas, nak tahu apa benda yang langgar tadi. Tak ada apa pun, pelik, saya  sorang je dalam bilik air tu. Saya tengok lagi sekitar bilik air. Tak ada apa. Masa ni saya berdiri kat singki. Depan singki ada cermin empat segi. Saya tak berani pandang cermin...heheh.
Sebaik saja saya nak keluar dari bilik air, sekali lagi saya  rasa bahu saya macam disentuh dengan rambut. Mana mungkin rambut saya sebab rambut saya bertocang masa tu.

Perlahan saya menoleh ke arah kanan..kiranya ke arah paip pancuran air. Satu susuk dgn rambut panjang berdiri di bucu bilik air. Kaki menggeletar. Tambah lagi hujan kat luar semakin lebat. Dengan guruh dan kilat sabung menyabung...masa kilat tu, memang nampak clear entiti berambut panjang tu..tak nampak sangat bentuk tubuh..hanya rambut mengurai panjang..melekat kat dinding..lebat dan terjuntai sampai mencecah lantai..

Apa lagi, saya terus keluar dari bilik air dan lompat atas katil. Dalam keadaan perut masih memulas, memang tak leh lelap. macam2  terbayang, kut2 benda yang saya tengok dlm bilik air tadi berdiri pulak kat hujung kaki ...huuhuhuhu

Sampailah pukul 4.30 pagi, perut semakin memulas. Rasa nak membuang tapi masih berfikir nak masuk ke bilik air . Mana tahu entiti berambut panjang tu masih tercongok kat situ kan?...huhu..
perut makin memulas...ah, pergi je la.

Sekali lagi saya ke bilik air. Kali ni  saya buka lampu. Buka je pintu bilik air tu, mata terus pandang ke tempat benda tu tadi. Lega, tak ada apa. Agaknya benda tu dah blah. Habis membuang hajat dan basuh  'lampin', cepat2 saya blah dari bilik air. Masa nak keluar dari bilik air tu, satu hembusan angin kuat menerpa muka ...huhuhuhu

sudahnya..saya tak tidur sampai ke subuh.....




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 11:38 AM | Show all posts
Ipo replied at 25-11-2015 10:52 AM
berhabuk dah thread ni...sorry nak up kejap..ada cerita terbaru..huhuhu...

#Entiti berambut pan ...

berani ko tak bukak lampu...

Benda tu nak menjamu selera la kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 11:46 AM | Show all posts
zameyla replied at 25-11-2015 10:38 AM
berani ko tak bukak lampu...

Benda tu nak menjamu selera la kot...

entah..malas nak buka lampu plak malam tu
betul tu..benda tu mungkin bau darah kot...tu yg muncul bak mayang mengurai....huhuhu...
seram weh... pagi tu..ada lebam kat lengan dan bahu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:00 PM | Show all posts
beraninya masuk bilik air x bukak lampu
kalau saya memang x la
siap kalau bangun malam semua lampu saya bukak

agak2 dia bau darah kot tu yg menjengah
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik_Andak replied at 23-4-2014 01:44 PM
Hi....cerita kat Universiti ni cik teringat cerita ex-opismate cik..nama dia Kak Siti..

Cerita di ...

adakah kak siti cik andak iteww studnt uitmpp?
iols pnh dgr cerita ni ..cerita ini trsebar bagai pisang goreng dr junior ke junior..mereka kata dr senior dulu..kolej uitmpp mmg tingkp daun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-8-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.072165 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list