|
[Tempatan]
LIWAT 2- Rayuan Kes Liwat Anwar: Keputusan Ditangguhkan(UPDATE)
[Copy link]
|
|
Anwar nak buktikan yg dia tidak meliwat sepol..tak ada..malah dia tak dapat pun buktikan dia bersama siapa semasa kejadian liwat tu berlaku.
Mendiang karpal pun akui..liwat anwar Dan sepol adalah suka sama suka...jadi anwar spt org tenggelam lah..tak kira APA pun dia akan capai utk selamatkan dirinya Dari tenggelam...pasal tu loyer dia Cuba lepaskan dia dgn masalah teknikal sahaja spy kes dia liwat azizan dulu...ITU jelah cara dia..untung sabut timbul..untung batu tenggelam lah dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 31-10-2014 08:42 PM
Antara didedahkan oleh shafie ialah anwar telah hadiahkan sepol dgn brioni sut yg berharga rm24k.
baik bgi cash taw jam .Jam rolex bleh jual .Suit klau dh gemuk xleh dh pkai
|
|
|
|
|
|
|
|
dopey posted on 3-11-2014 10:15 PM
baik bgi cash taw jam .Jam rolex bleh jual .Suit klau dh gemuk xleh dh pkai
Hahahaha...betui gak. |
|
|
|
|
|
|
|
Penyokong Saiful mula 'panaskan' keadaan
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
3 November 2014
Suasana di pekarangan Istana Kehakiman di Putrajaya yang mulanya tenang bertukar tegang apabila penyokong bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mencetuskan provokasi, pagi tadi. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
PUTRAJAYA - Suasana di pekarangan Istana Kehakiman di sini, yang mulanya tenang bertukar panas apabila penyokong bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan mula mencetuskan provokasi.
Suasana provokasi bermula apabila penyokong Saiful mula melaungkan kata-kata 'hukum-hukum, hukum Anwar' menyebabkan penyokong Anwar tidak berpuas hati dengan laungan tersebut.
Penyokong Saiful yang berpakaian serba merah hari ini datang bertentangan dengan penyokong Anwar lantas melaungkan slogan tersebut sehinggakan penyokong Anwar naik berang.
Laungan penyokong Saiful itu dibalas oleh penyokong Anwar dengan laungan 'dibayar RM30', dipercayai bertujuan menyindir penyokong Saiful.
Bagaimanapun, suasana tegang itu hanya berlangsung lima minit dan keadaan kembali tenang apabila penyokong Saiful beransur pergi daripada kawasan tersebut.
Hari ini merupakan hari kelima hujahan balas kes rayuan liwat II membabitkan Anwar Ibrahim dan Saiful. |
|
|
|
|
|
|
|
Hubungan seksual terdahulu boleh diterima
3 November 2014
PUTRAJAYA - Keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan berkaitan hubungan seksual terdahulu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh diterima dalam rayuan kes liwat sekarang, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata, keterangan itu boleh diterima kerana menunjukkan keadaan minda dan perilaku Mohd Saiful sebelum, semasa dan selepas perbuatan liwat seperti didakwa itu.
Beliau berkata, keterangan itu relevan untuk menjelaskan mengapa tiada sebarang kecederaan atau tanda-tanda trauma fizikal pada dubur pengadu.
"Justeru, adalah jelas bukti mengenai hubungan seksual terdahulu, seperti keterangan oleh Mohd Saiful, sebenarnya diterima...dan tidak ada bahaya yang serius mengenai keterangan prapenghakiman," katanya ketika berhujah di hadapan barisan panel lima orang hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
Empat orang lagi hakim ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri
Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Muhammad Shafee berkata, contoh keterangan Mohd Saiful yang mengaitkannya dengan hubungan seksual terdahulu dengan Anwar ialah "saya kata saya tidak mahu lakukannya pada hari tersebut."
Beliau juga berkata, Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat penilaian maksimum terhadap kes pendakwaan dan salah laku Anwar pada penggulungan kes oleh pihak pembelaan berhubung dengan apa yang dikatakan hubungan seksual terdahulu.
Beliau berkata, keterangan itu relevan mengikut Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 kerana ia memperjelaskan pertuduhan liwat.
Mengenai perkara lain, Muhammad Shafee berhujah bahawa Anwar gagal untuk memanggil saksi yang menjadi alibi beliau untuk membuktikan pembelaannya.
Beliau berkata Anwar, melalui peguam caranya SN Nair, telah menyenaraikan kira-kira 10 nama termasuk isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetapi tidak seorang pun daripada mereka dipanggil. |
|
|
|
|
|
|
|
DNA lelaki Y dalam rektrum Mohd Saiful milik Anwar
3 November 2014
PUTRAJAYA - Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berhujah bahawa profil DNA 'Lelaki Y' yang dijumpai di dalam rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik bekas ketuanya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Lelaki Y adalah perayu," kata Muhammad Shafee ketika berhujah dalam rayuan akhir Anwar untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd Saiful.
Muhammad Shafee berkata, ini berdasarkan analisis DNA yang dijalankan oleh ahli kimia, Dr Nor Aidora Saedon terhadap tiga barang kes iaitu berus gigi, tuala Good Morning dan botol air mineral yang diambil dari sel lokap, tempat Anwar ditahan semalaman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dari 16 Julai hingga 17 Julai 2008.
"Bacaan profil DNA Lelaki Y yang peroleh ahli kimia sepadan tepat dengan penyumbang sampel DNA tidak diketahui yang dijumpai pada ketiga-tiga barang itu," kata beliau ketika berhujah di hadapan barisan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
Empat orang lagi hakim ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar serta Datuk Ramly Ali.
Muhammad Shafee berkata, berdasarkan catatan pada diari lokap, dinyatakan bahawa sel itu kosong dan bersih sebelum ketua pembangkang tiba dan Anwar juga ialah satu-satunya penghuni sel itu.
"Apabila perayu meninggalkan lokap, berus gigi dan tuala Good Morning dijumpai di atas lantai sel. Ini menunjukkan bahawa perayu memang menggunakan barang-barang itu dan membuka paket plastik mengandungi barang-barang itu yang diberi kepadanya," kata beliau dan menambah botol air mineral dijumpai di atas tembok penghadang sel.
Berhubung penangkapan Anwar bersabit dengan siasatan kes liwat, Muhammad Shafee berkata, ia sah mengikut undang-undang kerana polis telah memaklumkan kepada tertuduh mengenai alasan penangkapannya dan menunjukkan waran tangkap.
"Dia (Anwar) dimaklumkan tentang alasan penahanannya dan kertas pertuduhan juga ditunjukkan kepadanya," katanya.
Muhammad Shafee juga menarik perhatian bahawa pihak pembela hanya membangkitkan isu perolehan ketiga-tiga barang itu semasa prosiding di Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata, pihak pembela juga tidak mencabar keterangan pegawai polis yang mendengar bunyi Anwar memberus gigi di dalam bilik air lokap.
"Pihak pembela tidak mencabarnya di Mahkamah Rayuan, tetapi di peringkat mahkamah ini (Mahkamah Persekutuan), mereka membangkitkan isu itu," kata beliau.
Muhammad Shafee berkata, ketiga-tiga barang itu tidak diperoleh secara sah kerana penahanan Anwar atas pertuduhan liwat dijalankan mengikut undang-undang. Beliau berhujah bahawa sekalipun barang-barang itu diperoleh secara tidak sah, apa-apa yang relevan dengan pertuduhan masih boleh diterima mengikut Akta Keterangan 1950.
Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Tuduhan itu, mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. |
|
|
|
|
|
|
|
putr@polo posted on 3-11-2014 10:54 PM
Hubungan seksual terdahulu boleh diterima
3 November 2014
Kan...asalnya anwar kata ada alibi...10 nama kununnya...tapi tak seorang pun Dari 10 nama tersebut hadir ke makahmah utk jd saksi anwar.
So...mana anwar pi masa liwat tu berlaku?..ini tidak dinyatakan oleh anwar.
So..can I fuxk you...hari ni no cannot la Dtk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap harap peliwat tua tu dihumban kedalam lubang penjara... lagi lama lagi baguih... biaq mampuih dalam tu.. aman sikit Melesia ni..
aku dah meluat, meluat sangat dengan default answer dia.. "Ini semua konspirasi umno".... Kote sendiri yang jahat, dok kata konspirasi.. puiiii!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Warkah Akhir Untuk Saudaraku.
Saudaraku, esok 4 November 2014 mungkin kali terakhir kita dapat menjejak tanah yang sama, berbumbung langit yang serupa dan menghirup udara yang tiada beza tanpa hadangan tembok penjara dan tirai besi.
Rejim zalim Barisan Nasional menerusi aparatnya kelihat amat tidak sabar untuk kembali menghumban saya ke penjara.
Esok juga mungkin peluang akhir saya berjabat tangan dan menatap wajah saudara semua.Saya dan Azizah serta seluruh keluarga ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang kami lakukan sepanjang jalan perjuangan kita.
Kepada sahabat yang setia, terima kasih kerana teguh bersama menegakkan cita-cita Reformasi dan Islah yang kita dokong selama ini.Saya tidak mungkin dapat bertahan begini lama tanpa dokongan dan doa daripada saudara sekalian.
Buat rakan-rakan Pakatan Rakyat, harapan saya agar kerjasama kita dapat diperkukuh demi matlamat menumbangkan kezaliman dan menegakkan keadilan.Untuk anak-anak muda sekalian, masa depan Malaysia ditangan kamu semua.
Bangkitlah dengan jiwa merdeka, jangan dilemahkan dengan ugutan penguasa.Kamu penentu masa depan negara.
Walaupun rencana jahat mereka mampu memenjarakan jasad saya, berjanjilah bahawa jiwa dan perjuangan kita tetap bebas dan terus menyusur ke segenap jiwa saudara semua.
Saya tetap optimis, perubahan tetap akan berlaku di bumi tercinta ini.Kita jumpa esok di Istana Kehakiman, Putrajaya.
Reformasi! Allahuakbar!
Sekian,
Anwar Ibrahim.
Bukit Segambut,
3 Nov 2014 . 2145hrs |
|
|
|
|
|
|
|
warkah terakhir la
apa la
kat dalam penjara pun
ko boleh 'berkarya' ketum
nak buat skrip sedih ke apa ke,
janji masuk dulu
daripada berpuluh2 kali tangguhkan,
lambat2 kan keadilan kepada saiful,
susahkan ramai orang
baik ko masuk je ke dalam dan jalani
hukuman
semoga ko panjang umur dan insaf selepas
dalam tahanan kelak |
|
|
|
|
|
|
|
d'zeck posted on 4-11-2014 08:25 AM
warkah terakhir la
apa la
kalau anwar dipenjarakan,
rakyat akan bangkit dalam pilihanraya akan datang dan menghukum umno
mahu tidak mahu
anwar mesti dibebaskan
|
|
|
|
|
|
|
|
ladydutch posted on 4-11-2014 08:53 AM
kalau anwar dipenjarakan,
rakyat akan bangkit dalam pilihanraya akan datang dan menghukum umno
...
perlu rasa malu
guna istilah rakyat
macai buta je yang masih
jilat ketum
dan jumlahnya makin berkurangan,
tak layak digelar rakyat
booo |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat konon....ko menyontot buret anak muda...rakyat kena support gak ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
xy_daen posted on 4-11-2014 09:14 AM
Rakyat konon....ko menyontot buret anak muda...rakyat kena support gak ke???
mana bukti?
|
|
|
|
|
|
|
|
rata rata penyokong umno nak anwar dipenjarakan
sebab apa?
sebab mereka tahu hanya anwar mampu menumbagnkan umno |
|
|
|
|
|
|
|
gitulah. kenalah terima hakikat ya kawan kawan. nampak tak?
kalau anwar salah..habes dia kata kehakiman negara itu ini.
cuba kalu die betul, takde plak die kata apa2.
senyum tak perlu kata apa2. senyum |
|
|
|
|
|
|
|
ladydutch posted on 4-11-2014 09:17 AM
rata rata penyokong umno nak anwar dipenjarakan
sebab apa?
Tak tumbang-tumbang pun UMNO...Anwar dah umoq 67 la dol....pru 14 dia dah 70 tahun....ko terhegeh lagi ka dengan tua dinosor umur 70 tahun diangkat jadi PM???
Jaman Anwar dah berlalu lah....sila terima kenyataan ye...lol |
|
|
|
|
|
|
| |
|