|
Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)
[Copy link]
|
|
Kalau tak silap dah jadi PULAPOL. Kalau tak silap laa...
|
|
|
|
|
|
|
|
pulapol tu bukan dekar dgn airport tu ker??
|
|
|
|
|
|
|
|
ngeri nyer.... spoiled mood bercuti klu kene kaco mcm ni....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg best semua story cik.nana ni.
Thumbs up.
Bila cik.nana cerita pasal kes pocong kat highway plus lepas rnr Gurun ni, teringat aku kejadian few years back berlaku kat aku.
Masa tu aku dari KL nak ke sebelah utara, bertolak dari KL dalam kul 11pm, and kalau tak silap sampai kat area lepas rnr Gurun tu dalam pukul 5am.
Masa drive di awal pagi terperasan ada satu lembaga putih di other side of road, sekali imbas mcm perempuan siap pakai telekung sembahyang kaler putih and mu assumption that time maybe ada org kg berjalan nak p surau tuk solat subuh kot.
Tapi lps tu terpikir lak, jalan tu tak nampak mana2 rumah kg nearby, and berani pulak pompuan berjalan sorang2 tepi highway dlm kul 5am.
Nasib baik la "makhluk" tu tak kejar. Tapi memang kalau recall balik mmg seram gak rasanya. Dahla masa tu drive sensorang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takut gak tu. Muka tak nampak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka tak perasan.
Masa melinats lalu depan tu tak terpikir apa, just assume org nak p surau di awal pagi. Maklumlah time tu tak pernah berminat lgsg tentang cerita seram and tak join pun lagi Bod paranormal ni
Few second lpas tu baru terpikir...logik ke ada pompuan bertelekung jalan tepi highway nak ke surau awal pagi.
Terus pecut kereta and tak berani tengok side mirror.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mujurla tak tergerak nak tengok muka kan. Ada sorang kawan suami ni, terlebih berani, gi tengok muka. Hamek kau, demam seminggu. Ceritanya, kawan dia ni nak balik kampung. Tak ingat pulok nak balik mana, nanti tanya lain. Macam biasalah, drive malam hari. Masa dalam perjalanan tu, dia selisih dengan orang bawak basikal. Logiknya, kawasan yg dia lalu tu memang sunyi gila, ladang kelapa sawit kiri kanan. Macam mana ada orang boleh berani bawak basikal tetengah malam buta kan?
Mula-mula, kawan dia dah potong la basikal tu. Tup-tup tengok kat depan ada lagi. Kawan dia potong sekali lagi. Tapi kemudian, ada lagi kat depan. Kali ketiga tu, kawan dia nekad nak tengok muka masa lalu sebelah. Bila dia pusing nak tengok, terkejut beruk member tengok muka orang bawak basikal tu menyeringai sampai telinga dengan lidah terjelir panjang melilit kat handle basikal. Apa lagi, terus pecut kereta la!
|
|
|
|
|
|
|
|
Perghhh...nasib baik lepas pecut tu takde lagi basikal tu kat depan |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la kan. Agaknya memang saja nak suruh tengok muka la tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pandanglahhhh....lihatlahhh! mcm lagu saloma tu hikhik!
|
|
|
|
|
|
|
|
sian korang adik bradik slalu kena kaco...
maknanya dh mcm2 jenis makhluk ko dh tgk kan
aku dpt tgk pon dlm tibi jeh |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 21 - Bukan Makcik Karipap
Ini bukan kejadian kat uni 'Jurassic Park', tapi uni selepas aku habis belajar kat sana. Kali ni kat utara tanah air. Kampus agak barula masa aku mula-mula masuk. Dapat bilik kat tingkat 7. Masa ni musim kuiz/test, so ramaila student dok berjaga malam study apa yg patut. Budak-budak bilik aku jenis yg memang kaki study sampai 3-4 pagi punya. Aku je sesat, pemalas. Bilik kitorang ni, kitorang selalu bukak tingkap bagi masuk. Kalau tak bukak, memang panas berkuap dalam bilik. Rimas jadinya. Jarang sangatla kitorang tutup tingkap bilik. Kalau hujan bebetul lebat sampai tempias masuk dalam bilik je kitorang tutup.
Alkisahnya, ada satu malam ni, tetiba 2 orang lagi budak bilik aku ni tidur awal. Pukul 11 dah panjat katil. Tinggal la aku dengan sorang lagi budak bilik, Jiha. Aku ni jenis kalau study, memang atas katil je. Macam-macam gaya dah ada, kuak lentang apa bagai. Dalam pukul 1 lebih tu, aku dah menguap dekat 2 juta kali dah. Aku pun tutup buku, kemas-kemas katil dan get ready nak tidur. Si Jiha, rajin dok study lagi sambil mesej-mesej dengan pakwe. Jiha ni meja study dia bebetul kat hujung kepala katil aku. Kitorang tidur katil yg sama, double decker. Dia katil atas, aku bawah. Aku rasa tak lama mana pun aku letak kepala, aku dah terlelap.
Entah berapa lama aku dah tidur, tiba-tiba aku rasa badan aku ditolak ke tapi. Ada orang menghimpit naik sebelah aku. Aku buka mata. Jiha rupanya. Siap dengan bantal busuk dia tutup muka. Aku pun mengesotla masuk ke dalam sampai rapat ke dinding. Oleh kerana aku masih dalam keadaan mamai, aku tak tanyala apa pun. Si Jiha pulak dah perasan aku terjaga, dia pegang tangan aku. Baru aku perasan masa tu Jiha ni menggeletar satu tubuh.
Aku: Dah kenapa pulak ni?
Jiha: Orang dengar bunyi tapak kaki kat luar, Na.
Aku: Dah tu kenapanya?
Jiha: Bukan kat luar kat koridor tu. Kat luar tingkap.
Dah aku terdiam seribu bahasa. Ni tingkat 7 kot, cemana pulak boleh orang nak berjalan kat luar tingkap tingkat 7. Jatuh mati kang. Aku try la pasang telinga, nak dengar jugak bunyi orang berjalan tu. Tapi aku tak dengar apa-apa. Tiba-tiba terdengar bunyi macam langsir bilik diselak-selak macam ditiup angin. Masa ni aku memang tak berani tengok langsung. Keras aku atas katil tu dengan Jiha. Mungkin angin bertiup, tu langsir macam diselak tu. Aku pikir positif je. Padahal bulu roma dah meremang-remang ni. Lepas tu suasana jadi sunyi sepi.
Jiha: Nana, orang takut ah.
Aku: Baca ayat Kursi, lepas tu tidur je. Insya Allah takde apa.
Kami pun sama-sama dok baca ayat Kursi. Tengah dok baca tu, kedengaran bunyi "skreeeeetttt" kat tingkap. Bunyi macam kuku mencakar cermin. Tingkap bilik kitorang adalah yg jenis sliding tu, bukan tingkap nako keping-keping. Dengar je bunyi tu, terbantut bacaan Kursi kitorang kejap. Aku dah mula rasa sejuk kaki dan tangan. Teringat tiba-tiba kat kejadian aku kena ganggu Cik Ton. Aku ambil bantal, tutup telinga. Jiha kat sebelah aku pucat muka. Makin rapat pulak dia kat aku sampai terperosok aku kat dinding.
Skreeeeeeeeettttt! Panjang bunyi tu kat tingkap bilik. Dah tutup telinga dengan bantal pun aku boleh dengar lagi. Ngilu wooo. Nak kancing gigi aku dibuatnya. Lepas tu, senyap sunyi semula. Gila saspen betul aku rasa masa tu. Macam tunggu pulak apa lagi lepas ni. Tapi lama kitorang keras atas katil tu, takde apa bunyi-bunyian dah. Dah habis kot. Aku tarik nafas lega. Jiha pun aku tengok dah makin beransur kurang pucatnya. Bolehla kot kalau nak tidur ni. Aku tengok budak bilik aku yg dua orang lagi tu, elok nyenyak je tidur. Satu apa pun tak terkesan dengan bunyi-bunyi yg aku dah Jiha dengar. Hampeh betul.
Baru je elok kami bertenang, nak lelapkan mata, katil bergegar tiba-tiba.
"Makkkkkkkkkk!!!" aku dan Jiha melompat turun dari katil. Aku terus petik suis lampu bilik. Jiha dah panjat naik katil lagi satu. Dah terang 1 bilik, budak dua orang tu terpisat-pisatla bangun.
Wani: Kenapa ni korang?
Mampu pulak aku dengan Jiha nak jawab. Dua-dua tengah dalam keadaan terkejut dan ketakutan. Aku panjat naik atas katil Wani, ambil selimut Wani dan selimutkan badan aku sendiri. Aku rasa sejuk gila masa tu, macam nak demam. Menggigil-gigil. Nia dari katil atas turun.
Nia: Kenapa ni?
Dia tengok muka aku ngan Jiha. Aku cuma geleng-geleng kepala je. Lidah terkelu. Mungkin masa ni bila tengok keadaan aku dan Jiha macam tu, diorang macam faham. Kami berempat duduk atas katil Wani sambil bersandar pada dinding. Nia gosok-gosok tangan aku, cuba panaskan tangan aku yg sejuk macam ais. Kami duduk dalam keadaan tu sampai waktu Subuh. Itu pun masing-masing tersengguk-sengguk dah dalam keadaan duduk tu. Lepas Subuh tu baru aku dan Jiha cerita apa yg jadi. Cerita tu kemudian sampai la kat jiran tetangga semua. Kecoh sekejap jadinya.
Beberapa hari lepas kejadian tu, budak-budak Kulinari yg balik lambat dari kelas ternampak kain putih berterbangan atas bumbung kolej blok A, blok bilik kami. Budak-budak lelaki yg duduk kolej bertentangan pun nampak jugak. Sekali lagi, jadi kecoh. Memang masa tu, bilik aku tak buka tingkap dah la. Panas pun panas la. Daripada kena kacau, tahan je la panas dalam bilik tu.
Tamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
cik.nana replied at 6-1-2015 02:21 PM
Dah update cerita lain. Bizi sikit sekarang, so curi-curi masa melawat
ya iya..trimas nong |
|
|
|
|
|
|
|
best citer kak nana nie.. saya suka baca..
susunan ayat yang kemas.. dan jalan cerita yang menarik...
semua pembaca dapat visiolize..
menyeramkan dan menakutkan...
kalu ina bertnya jangan marah ye??
kenapa keluarga akk sentiasa diganggu dengan makhlus halus? dari kecil sampai besar??
akk ad kelebihan merasa n nmpk ke "mkhluk halus"??
akk sekeluarga kuat semangat... kalu saya ntah la mybe dalam ketakutan gamaknye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah..dah boleh buka thread baru..dah cukup 100 page.. |
|
|
|
|
|
|
|
seram sejuk baca cerita cik nana...
nak lagiii |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi akak, gangguan ni mcm sejenis ujian la pada family. Nak tuduh-tuduh orang buat pun tak sedap jugak, kalau amalan sendiri ada lubang sana dan sini. Dulu, selalu la nampak makhluk-makhluk ni, tapi lepas dah berubat, dah tak nampak.
Takde pilihan lain selain dari kuatkan semangat dan perbanyakkan amalan. Kalau takut, silap-silap tak keluar rumah langsung
|
|
|
|
|
|
|
|
Err... mana pulak 100 page?
|
|
|
|
|
|
|
|
@cik.nana kat Delima Resort tu dulu dok challet yg mana satu... yg sebuah2 ke atau yg panjang 2 tingkat tu ?
kaka pernah dok sana 3 kali masa zaman kegemilanannya dulu.. sekali dok yg sebuah2 tu dan 2 kali kat yg 2 tingkat tu... tapi alhamdulillah tak pernah nampak apa2... mmg sekarang dah jadi pulapol.. sayang juga tengok kawasan yg besar macam tu tak boleh nak laku/maju... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat last month kat hiway Ipoh-Jelapang dah pukul 12.30 tengahmalam macam tu... hubby boleh tegur.. isshhh kesiannya pompuan tu apahal tunggu sorang2 kat tepi hiway tengah2 malam ni.... kaka jawab.. tunggu kawan datang ambik la tu... tapi bahaya la pulakkan sorang2... padahal kaka tak nampak pun pompuan tu... nanti kalau kata tak nampak apa2 takut pulak tak pasal2 terbabas kan.... buat2 nampak jer lah...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|