CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HUSSAINTAHIR

UMRAH III

 Close [Copy link]
 Author| Post time 7-2-2009 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 7-2-2009 08:48 AM


Noritake?
Kalau kita tengok kat bawah ada tulis 'Bone China'...
Pop quiz hari ni... Noritake 'bone china' adalah diperbuat dari tulang apa?


"lembu pendek" @ k..h..i..n.z_ _
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2009 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 6-2-2009 05:58 PM
Ada tengok Berita di TV malam tadi pasal ni..
Waa..kira hebat Malaysia ye..


Orang Malaysia memang hebat di mata orang Arab...
buktinya tiap kali beli barang... penjual2 akan berkata... malaysia bagussssssss.... mahathir bagusssssss... siti nurhaliza bagusssssss... heheheheee
Tapikan... Hj Izelan Basar, boss Astro Oasis pun bagi tahu saya hari tu yang permintaan orang2 arab tentang rancangan2 keagamaan malaysia sangat tinggi...
Hj Izelan pun menceritakan pengalaman haji dia baru ni yang dia dapat jemputan utk naik helikopter di arafah, mudzalifah dan mina. Dia rasa terharu dan bersyukur sangat2 dapat peluang sebegitu... melihat perjalanan jemaah dan keadaan jemaah. Di Mina, pembinaan kompleks jamrah pun kontraktor kami terlibat... dengarnya... sistem penggiliran utk muslimah masuk raudah pun diilhamkan oleh jemaah malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 09:03 AM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 7-2-2009 12:15 AM

ummi nie bukit apa yer?


Salam Hussain & Semua

Yang gambar atas tu Umi tak tau dalam bahasa arab dia panggil bukit apa tapi Ustaz kami kata Bukit Telur/Bukit Magnet. Bukit2 tu cantik & unik.
Yang gambar kedua tu Jabal Uhud.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 09:11 AM | Show all posts
terima kasih hussain kerana letakkan gambar2 terbaru... rasa macam dah lama tak ziarah Baitullah... dah lain sangat2 rasanya di luar masjid... bangunan yg dulunya ada, skrg dah tak ada. Nanti hussain & ayahjoe recce2 dulu... bila saya sampai, boleh tunjukkan saya kawasan2 luar masjid. Recce kedai aiskrim sedap kat mana... heehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 7-2-2009 09:11 AM
terima kasih hussain kerana letakkan gambar2 terbaru... rasa macam dah lama tak ziarah Baitullah... dah lain sangat2 rasanya di luar masjid... bangunan yg dulunya ada, skrg dah tak ada. Nanti hus ...


Ustaz, didalam masjid tetap sama, tapi keadaan luar tu yang berbeza sungguh. Dulu selepas solat subuh suka jalan kat pasar zink lepas tu makan nasi briani serta ayam panggang dapat pulak free roti sekarang rest kat situ dah tak ada.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 09:22 AM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 7-2-2009 01:41 AM
http://farm4.static.flickr.com/3080/3203899051_a6524c1348_o.jpg


Sain, kedai aiskrim kat Ghazzah ni masih ada. Dalam gambar ni ada nampak yg tepi sekali. Masih SR1 untuk cone kalau dlm cup SR2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2009 12:09 PM | Show all posts

Reply #5110 HUSSAINTAHIR's post

hotel kat bucu kanan gambar ni hotel akak masa gi haji baru ni. hotel ni pun akan kena runtuh sampailah bangunan yang kat masjid kucing..
sedih la... bila ingat hari hari jalan kaki gi masjid .. kadang2 gi kedai aiskrim hujung bangunan seberang jaln depan hotel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 7-2-2009 09:22 AM


Sain, kedai aiskrim kat Ghazzah ni masih ada. Dalam gambar ni ada nampak yg tepi sekali. Masih SR1 untuk cone kalau dlm cup SR2.

aah silap tengok..yelah tgh malam posting hehehe..tu yg kelabu skit mata heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2009 02:28 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 7-2-2009 09:03 AM


Salam Hussain & Semua

Yang gambar atas tu Umi tak tau dalam bahasa arab dia panggil bukit apa tapi Ustaz kami kata Bukit Telur/Bukit Magnet. Bukit2 tu cantik & unik.
Yang gambar kedua tu  ...


ooh bukit magnet..tak pernah sampai lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 02:29 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 7-2-2009 09:11 AM
terima kasih hussain kerana letakkan gambar2 terbaru... rasa macam dah lama tak ziarah Baitullah... dah lain sangat2 rasanya di luar masjid... bangunan yg dulunya ada, skrg dah tak ada. Nanti hus ...

ok ustaz..nasi saya tlg survey..ustaz sampai jer..terus kita pegi makan heheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by bayangan_rindu at 7-2-2009 12:09 PM
hotel kat bucu kanan gambar ni hotel akak masa gi haji baru ni. hotel ni pun akan kena runtuh sampailah bangunan yang kat masjid kucing..
sedih la... bila ingat hari hari jalan kaki gi masjid .. ...

ooh sedih rasanyakan..tgklah..bangunan dalam plan jabal omar..dasyatnya hotel..

ada berita baru..kepada sesiapa yg pernah teman siti nurhaliza duduk kt grand makkah dgr citer ada hotel new grand makkah..tmpt sama hotel grang makkah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 09:47 PM | Show all posts

mASUM 2009

Saya n ayahjoe dah pi tadi kul 10 samapai kul 1.40 lama tue...banyak company yg kitorang survey..hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 10:36 PM | Show all posts

Balas #5131 HUSSAINTAHIR\ catat

Memang ada Hotel baru New Grand Mekah..
Dekat dgn Abraj Al Bait..
Kalau mengadap Abraj..sebelah kiri..
Dapat tau masa pi Umrah April Tahun lepas...
Dok lalu depan Hotel tu..then diberitau bahwa tu Hotel Grand Mekah yg baru..
Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 07:40 AM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 7-2-2009 01:47 AM


Bestnya kalau dapat Solat Kat Dataran ni...
Kalau time biasa Umrah susah bagi Wanita nak dpt Solat kat sini..
Tempat yg diperuntukkan utk wanita di Dataran ni kecil sangat..
Kalau tak silap untuk wanita di tempat yg menghadap Multazam...
Apa pun .
.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 07:46 AM | Show all posts
Pernah suatu masa dulu dia org nak alihkan tempat solat wanita di Dataran ni ke
dakam Masjid...jadi isu..
Kesian kita org...tak dapat nak duduk kat First Class..
Alhamdulillah..
At last dipertahankan juga..



Pindah ruang solat wanita cetus polemik di Saudi

JEDDAH 26 Ogos –
Cadangan memindahkan ruang solat wanita dalam kawasan tawaf (mataf) ke dua tempat di dalam Masjid Besar,
jauh dari Kaabah, menerima reaksi bercampur di Arab Saudi dan ulama.

Laman web Arab News menyebut, sebahagiannya berpendapat cadangan itu merupakan diskriminasi sementara
yang lain menganggap ia boleh mengurangkan kesesakan di mataf dan memudahkan tawaf.

Penentang cadangan itu menggesa pihak berkuasa menyediakan kawasan lebih luas dalam kawasan mataf
daripada menafikan hak untuk mengerjakan solat lebih dekat dengan Kaabah.

Cadangan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci akan memperuntukkan
dua ruang solat yang lebih luas untuk wanita di tingkat bawah di bahagian utara masjid yang menghadap Kaabah.

Ruang pertama terletak antara pintu gerbang Al-Falah dan Al-Nadwa dan yang kedua terletak antara Al-Madinah dan Al-Hubaidiya.

“Dua kawasan ini sesuai untuk wanita mendirikan solat kerana ruang yang lebih luas,” menurut sumber jawatankuasa itu.

Suhaila Hammad, anggota Kesatuan Kebangsaan bagi Hak Asasi Manusia dan Kesatuan Ulama Islam yang menentang cadangan itu
berkata, langkah tersebut menafikan hak wanita mengerjakan solat di ruang mataf.

“Dalam Islam, wanita mempunyai hak yang sama seperti lelaki semasa beribadat.
Kita juga perlu mengambil kira perasaan beribu-ribu wanita Islam yang datang ke sini
dari seluruh dunia bagi mengerjakan haji dan umrah,” katanya.

Suhaila menggesa kerajaan menyediakan sekurang-kurangnya tiga ruang solat tambahan di dalam kawasan mataf
untuk wanita mengerjakan solat.

– Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 01:43 PM | Show all posts
     Mana pi semua orang ni...
Pi kat Shah Alam ke tengok MASUM 2009 ke ???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2009 07:51 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum wbt. Ustaz,

Pertanyaan :

i. Bolehkah seseorang yang masih berhutang seperti dengan bank dll pergi mengerjakan umrah?

ii. Bolehkah mengerjakan umrah dengan duit pinjaman?

iii. Seorang perempuan yang baru bercerai, telah memilih untuk pergi mengerjakan Umrah.
   Adakah dibolehkan perempuan yang masih dalam edah mengerjakan Umrah.


Jawab;

i. Harus orang yg berhutang pergi mengerjakan umrah.
Tidak ada larangan dalam hal ini terutama jika hutang itu adalah hutang jangkapanjang yg dibayar secara berjadual
(potongan gaji misalnya) Fatwa Ben Baz , Saudi

ii. Harus mengerjakan umrah dengan berhutang, sah umrahnya, tapi tidaklah dituntut berbuat demikian,
ini kerana jumhur fuqaha' menetapkan Haji dan Umrah hendaklah dengan kemampuan biasa (tanpa perlu berhutang) Fatwa Ben Baz

iii. Perempuan dalam iddah TIDAK dibolehkan mengerjakan umrah kerana urusan perceraian dengan suaminya masih tergantung (pending). Suami masih ada hak ke atas isteri dalam iddah (untuk merujuk semula) dan nafkah isteri iddah itu masih dalam tanggungan suami.
pada hakikatnya mereka masih belum officially bercerai. Fiqh Sunnah
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 11:05 PM | Show all posts


Melihat daripada gambar ni...
Subhanallah...Betapa susahnya nak mencium Hajarul Aswad...
Bila dah dapat cium ..satu hal pulak nak keluar..
Betapa susahnya nak keluar..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 11:38 PM | Show all posts


Backgroud Bukit betuliskan Allah di Luar Tanah Haram Madina.
Lokasi di daerah medan magnet.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 12:02 AM | Show all posts


Banjir Besar kat Mekah Tahun 1941..
Dok bayangkan macamana nak Tawaf macam ni ye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.058034 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list