|
[Tempatan]
(Updated) Kini Rakyat Malaysia Dapat Bermain Pokemon Go
[Copy link]
|
|
finesse replied at 8-8-2016 05:50 PM
Ada butang evolusi.. tekan tu bila dah cukup gula2.. pokemon2 yg x berguna tu simpan.. tukar dior ...
Nak tanya antara dua ni.. Mana paling best kalo buat evolusi..dua2 type pprt punya |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
nakn dowload kat ipad...softaware xupdate...bila update katanya xde internet...
try guna hp and tab...katanya x support pulak...
tulah cite sedih mel |
|
|
|
|
|
|
|
sipendiam replied at 8-8-2016 01:08 PM
bagi aku pokemon go ni ada nilai sentimental dia..ahaha..sebab aku dari kecik membayangkan nak jad ...
kan..mel pernah wish yang sama...tak sangka 2016 baru ada...
teringat dulu beli digimon yang kite kena jaga dr telur and kena jaga bagi makan fight tu semua..memori sungguh... |
|
|
|
|
|
|
|
wana89 replied at 8-8-2016 06:20 PM
Nak tanya antara dua ni.. Mana paling best kalo buat evolusi..dua2 type pprt punya
Evolusi kedua caterpie x best tp evolusi akhir dia cantik sesuai utk wana yg juita..
pidgey sesuai la klau nak lawan gym.. tukar sampai pigeot.. |
|
|
|
|
|
|
|
choiii okay..Hari yang agak hauk sis..Di petronas jeli bersepah golbat dan clefairy..tapi choill la saya gigeh nk tangkap sekor Golbat..abis 30 butil pukiball golbat pon xdapat..ujung2 terpaksa brenti di rnr jeli, tanah merah dan machang semata2 duk pusing pokestop...yang penting semua pokestop sepanjang jalan adalan surau2 sunni. |
|
|
|
|
|
|
|
famri7 replied at 8-8-2016 06:44 PM
choiii okay..Hari yang agak hauk sis..Di petronas jeli bersepah golbat dan clefairy..tapi choill l ...
bermusafir nampak gayanya.. baguslah dpt mengimarahkan surau2.. stay determined. |
|
|
|
|
|
|
|
famri7 replied at 8-8-2016 06:44 PM
choiii okay..Hari yang agak hauk sis..Di petronas jeli bersepah golbat dan clefairy..tapi choill l ...
sebelum baling ball tu sis stadi dulu movement menatang pokemon tu..baru tak rugi tapi ada yg jenis nakal..kita tangkap 2,3 kali duk break free pastu dia hilang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ALDRIN at 8-8-2016 09:13 PM
tadi dapat tangkap Pikachu kat Pusat Rawatan Islam Al Hidayah...Serap Muslim punya...gigih iols dari food court setiawangsa jalan kaki ke situ. Dah tu ada sekor zubat ke jadah kelawar pprt tu kt Kedai KK...then kutip 3 pokeballs kat surau An Nur Setiawangsa...mmg aku perasan bnyk pokemon or boleh kutip balls kat masjid or surau...mesti punyaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni septg mngutip pokeballs n mcari pokemon kat lake garden seremban. Dr lvl 2 trus up naik jad lvl 6. Newbie lg. |
|
|
|
|
|
|
|
sblm tido |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dah kata main pokemon go boleh memudaratkan diri dan orang lain. Juga merbahayakan keselamatan negara krn nak main kena ambik gambar persekitaran tmpt bermain dan Google boleh ambik maklumat. Katalah yang main tu dalam kem askar,dalam ofes K.Pertahanan,sekitar tempat2 strategic yg dahulunya Google map x boleh masuk. Even kalau folo pokemon maauk dlm masjid dan rumah ibadat. Masuk bkn nak solat ttp semata mata nak kejar pokemon. Bukankah itu mencemar kesucian masjid dan rumah2 ibadat. Kalau tgh jalan asek kejar pokemon mata kt hp x sedar ada keta lori dtg atau longkang tepi jalan,bukankah itu merbahayakan myawa semdiri dan org lain sdgkn perbuatan trsbt dilarang dan hukumnya haram. Jadi sesuailah bila mufti fatwakan haram.
Benda dah nampak ada unsur2 haram,Mufti kena cakaplah. Takkan nak ddk dendiam
Korang kalau degil nak main,mainla tp dosa tanggunglah sendiri.
Pasal isu2 rasuah,1mdb dan isu politik yg berkaitan dgn pemimpin bukankah dah ada Penceramah2, Ustad2,pendakwah2 bebas malahan Dr MAZA selaku Mufti Perlis sudahpun selalu bercakap soal tersebut samaada secara direct ataupun secara berkias. Soal Pemimpin mahu dengar atau x mahu dengar itu terpulanglah krn itulah peranan Ulamak iaitu menasihati pemimpin dan rakyat. Bukannya ulamak ada kuasa mahu tangkap dan jatuhkan hukuman dunia pada yg engkar.
Pada zaman Kahalifah2 Islam terdahulu lun,peranan Ulamak adalah sebagai pemasihat kpd Umarak. Mahu dgr tak mahu dgr terpulanglah.
Ada banyak ulamak2 dahulu telah ditangkap,dipenjara malahan dibunuh semata mata berkata yg benar dan mahu menasihati sebilangan Khalifah yg zalim. Ulamak2 sekarang mungkin x sampai dihukum bunuh,cuma spt kes Memali yg jarang2 berlaku. Seringkali kalau berkata benar kpd Umarak kemungkinan akan kehilangan kerja,status dan pendapatan tetap itu akan berlaku sekiranya Umarak bersikap tidak mahu langsung mendengar nasihat dari Ulama. Janganlah kita meremeh2 dan memandang rendang oada ulamak krn alUlamak warissatun anbiyak. Ulamak itu adalah pewaris kpd Nabi2. Dan kalu kita memperlekehkan ulamak seumpama juga kita memperlekehkan para Nabi. Adakah kita x rasa malu mahu mendapatkan syafaat drpd Nabi Muhammad saw & bagaimanakah Nabi mahu mengaku kita umatnya sdgkn kita tidak hurmat kpd pewarisnya yakni para alim ulamak? Renung2kanlah,Fikir2kanlah dan Selamat Beramal |
|
|
|
|
|
|
|
wana89 replied at 8-8-2016 05:28 PM
Wana ada satu telur 10km.. Yg paling banyak dapat 5km.. Tp ingat nak peram 2km.. Mana tahu dapat p ...
owh telur ada 2km ada 5km. baru pasan |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah google maps atau pokemon go orang dah ada satellite.. bila2 jaa kena intip ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-8-2016 10:07 PM
Edi~
Ni saya copy paste dari lobai fantasi Facebook (x carigold member). Bro ni ni juga menulis buku tantang apa saya tak pasti, tapi buku penulisan dia ada di jual di kedai buku? Saya pun tak pasti.
Tapi nampak sangat lobai ni menipu kata Israel mengharamkan permainan Pokemon di Israel. Main pakai hentam je...
Perkaitan aktiviti permainan virtual Pokemon Go dengan Sistem Perisikan Remote Sensing Geospatial (GEOINT) Amerika/Israel-CIA-DOD-Mossad
(Gua harap penjelasan mudah ini dapat menghuraikan betapa bahayanya aktiviti permainan maya berteknologi Augmented Reality terhadap sektor keselamatan negara. Perlu penjelasan ringkas dilakukan kerana terbaca banyak salah faham mengenai isu ini mengaitkan dengan kospirasi itu dan ini tanpa memahami apakah sebenarnya bahaya yang dikatakan itu. Semoga bermanfaat.)
Sindrom permainan maya Pokemon Go telah pun menjangkiti seluruh dunia dengan sangat pantas dan effisien sekali. Sesuatu yang menggemparkan semua kerajaan dunia sebenarnya. Permainan ini memerlukan para pemain ''menjelajah'' dialam realiti dalam usaha mencari haiwan pocket monster yang diletakkan secara rawak dan merata rata. Kemudian dalam proses pencarian pokemon tersebut dengan bantuan pemetaan GPS, para pemain terpaksa menghalakan kamera henfon digital mereka disetiap arah, dan mengambil gambar.
Apa yang difikirkan orang biasa biasa adalah ini merupakan mainan sahaja, salah satu cara melepaskan tekanan jiwa dan sebagainya. Tetapi apa yang tidak diketahui masyarakat adalah teknik disebalik tabir yang digunakan pihak pencipta permainan ini, iaitu teknik Perisikan Geospatikal yang sangat cekap! Kini dengan keluarnya permainan ini tidak perlukan lagi operatif perisikan keluar medan, tetapi data maklumat remote sensing Geospatikal dicerap secara direct setiap masa seluruh kawasan yang sangat luas diseluruh dunia oleh penduduk negara tersebut sendiri, yakni para pemain permainan itu sendiri.
Jika sebelum ini pihak perisikan Amerika menggunakan aplikasi pemetaan Google Maps Streeview untuk mengumpul data Geospatial ini nampaknya tidak mencukupi. Banyak kawasan dikatakan tidak dapat diakses oleh pemeta kenderaan Google tersebut dan inilah yang akan diakses dengan sangat mudah dan cekap oleh aplikasi permainan maya ini. Tiada tempat lagi yang tidak boleh diakses kerana hampir kesemua kawasan adalah berpotensi kepada pemain mendapatkan pokemon mereka. Termasuklah didalam kem kem tentera dan kawasan sulit kerajaan.
Pihak perisikan CIA sebelum ini menggunakan Google Streetview sebagai bahan rekod maklumat Geospatial mereka, seperti didedahkan oleh bekas penganalisis pertahanan Amerika yang menjadi buruan CIA sekarang ini, Edward Snowden. Malangnya data yang dikumpulkan masih belum mencukupi. Ada banyak faktor luaran yang menyukarkan usaha seperti kesukaran memetakan gambaran didalam sesebuah bangunan contohnya. Tetapi dengan Pokemon Go ini, tidak lagi mustahil.
Staff para pekerja mana mana kompleks bangunan itu sendiri yang akan mengambil gambar dan memetakan semua sudut didalam bangunan tersebut. Sangat mudah hanya respawn saja imej bodoh pokemon untuk ditangkap secara maya oleh pemain didalam mana mana bangunan pun. Even didalam bawah tanah sekalipun!. (let say Malaysia ada bunker rahsia bawah tanah diPutrajaya, sudah mudah data dalaman semua kawasan tersebut dipetakan oleh mana mana staff yang bermain permainan ini).
Siapakah pemodal yang menghasilkan permainan Pokemon Go ini? Niantic Inc yang diasaskan oleh pemilik Keyhole Inc, John Hanke. Keyhole pula dibiayai oleh Sony dan Nvidia, serta firma entiti berhantu CIA, In-Q-Tel. Firma CIA tersebut pula menerima dana daripada Agensi Geospatial Negara Amerika (NGA). Nampak tak entente yang terlibat dibelakang tabir permainan ini?
NGA pula sebelum ini dikenali sebagai NIMA, Agensi Pusat Pemetaan dan Imaging Amerika yang ditukar nama pada tahun 2003. Fungsi utama NGA adalah mendapatkan data pemetaan darat untuk proses Perisikan Geospatial (GEOINT). Geoint ini pulak akan digunakan oleh pasukan tentera Amerika dalam sebarang operasi mereka dan juga operasi staff CIA dimana mana negara.
GEOINT ini pula apa? GEOINT ini bermaksud Perisikan Geospatial, dimana perisikan tentang pergerakan manusia dimana mana lokasi akan direkodkan dengan teliti dan lengkap. Projeksi semua kawasan kawasan kompleks bangunan di daratan juga termasuk didalam proses ini.
''Geospatial Intelligence is intelligence about human activity on earth derived from the exploitation and analysis of imagery and geospatial information that describes, assesses, and visually depicts physical features and geographical referenced activities on the Earth. GEOINT consists of imagery, imagery intelligence (IMINT) and geospatial information.''
Pokemon Go ini secara relatifnya dimiliki dan dikawal oleh Niantic yang mana dimiliki oleh CIA juga. Kenapakah pentingnya GEOINT ini? Satu kisah lama gua ceritakan. Dalam Operasi Babylon pada tahun 1981 dahulu, para pegawai perisikan Israel mengambil keputusan untuk mengebom pusat reaktor penjanaan tenaga Nuklear Iraq di Osiraq.
Pihak Israel sudahpun mempunyai imej imejan satelit yang lengkap dimana letaknya reaktor tersebut. Tetapi untuk mengsahihkan dengan tepat tidak boleh bergantung pada Remote Sensing Satelit sahaja.
Maka operatif Mossad pun dihantar ke Osiraq dan memetakan dengan tepat lokasi serta data imejan dalaman reaktor tersebut dengan menggunakan teknologi Geospatial ini. Setelah dipastikan sahih, June 1981 satu skuadron F16 Udara Israel pun dikerahkan ke Osiraq dan berjaya mengebom reaktor tersebut.
Operasi ini membuka mata dunia peri pentingnya sistem Perisikan Geospatial ini. CIA dan Mossad adalah dua agensi pakar dalam GEOSINT ini. Russia pula agak ketinggalan selepas runtuhnya Soviet Union awal 90an dahulu, tetapi kini semakin menguasai semula teknik risikan ini.
Jika dahulu Malaysia sangat sensitif dan sangat berahsia menjaga maklumat keselamatan negara, tetapi zaman kini semakin bocor. Pihak musuh tidak perlu lagi menghantar operatif mereka kesini mengumpul maklumat lapangan, tetapi staf staf kerajaan dan rakyat Malaysia sendiri yang menjadi mata dan pemberi maklumat tanpa tauliah kepada musuh.
Itulah yang sedang berlaku sekarang ini.
Buat masa ini kerajaan Russia sedang memikirkan untuk mengharamkan permainan bodoh ini disana. Kerajaan Israel pula dari awal awal lagi sudah haramkan disana. Malaysia dan negara negara lain pulak berlapang dada menyerahkan leher disembelih musuh. Jangan lupa macam mana Jepun mengumpulkan 20 tahun data risikan sebelum berjaya menawan semenanjung Tanah Melayu dalam masa seminggu dengan menaiki basikal sahaja.
Yang sangat malang majlis Mufti negara tidak melakukan perincian sebegini untuk menerangkan peri pentingnya mengharamkan aktiviti permainan ini di Malaysia. Jika diterangkan secara detail dengan fakta fakta teknikal, mungkin lebih mudah difahami dan diterima oleh rakyat Malaysia sendiri. Itulah kelemahan majlis Mufti di Malaysia. Sedikit kurang intelektual. Itu yang mendatangkan amarah masyarakat yang tak memahami masalah sebalik tabir ini.
Perlulah diingatkan, kita sekarang dalam fasa menuju Perang Dunia Ketiga bila bila masa sahaja mampu meletus diseluruh dunia dengan kali ini tiada negara akan terselamat semua akan diterjebakkan sama sekali.
Musuh sudahpun beratus langkah kehadapan berbanding kita, tambah teruk kita pula dalam diam menjadi talibarut menyediakan maklumat data risikan kepada pihak musuh tanpa disedari. Walaubagaimanapun masih belum terlewat untuk mengambil langkah serupa dengan Israel dan Russia, Haramkan Pokemon Go ini dengan tegas.
+DM+
PS : Pengalaman gua dulu awal 2000an pernah bekerja dibawah agensi Satelit Jepun buat pemetaan Remote Sensing ni. Pendek kata mcm mana canggih pun Imej Satelit ini tidak mampu menyamai kualiti imej GEOINT. Pentingnya data GEOINT ini kepada pihak tentera luar dalam merancang proses ketenteraan dimana mana kawasan musuhnya. Perang Afghan gagal teruk Amerika disana kerana ketidakcekapan GEOINT ini walaupun mempunyai ratusan sistem satelit yang canggih.
PS2 : Nak tahu betapa pentingnya unit risikan GEOINT ini, sila periksa berapa banyak unit bawah tentera Amerika punya :
GEOINT Units
(Homeland Security: Army Spatial Information Capabilities)
United States Army: United States Army Space and Missile Defense Command - Army Forces Strategic Command - Advanced Geospatial Intelligence (AGI) Node[12]
United States Marine Corps: 1st Topographic Platoon (1st TOPO)[13] (1st Marine Expeditionary Force -
Marine Headquarters Group - 1st Intelligence Battalion - Production and Analysis Company)
United States Marine Corps: 2nd Topographic Platoon (2nd TOPO)[14] (2nd Marine Expeditionary Force - Marine Headquarters Group - 2nd Intelligence Battalion - Production and Analysis Company)
United States Marine Corps: 3rd Topographic Platoon (3rd TOPO)[15] (3rd Marine Expeditionary Force - Marine Headquarters Group - 3rd Intelligence Battalion - Production and Analysis Company)
United States Army:
1) 5Th Engineer Detachment, Geospatial Planning Cell (5th GPC) Theater Geospatial Database (TGD),
2) 60th Engineer Detachment, Geospatial Planning Cell (60th GPC) Theater Geospatial Database (TGD),
3) 64th Engineer Detachment, Geospatial Planning Cell (64th GPC) Theater Geospatial Database (TGD),
4) 132nd Engineer Detachment, Geospatial Planning Cell (132nd GPC) Theater Geospatial Database (TGD),
5) 512th Engineer Detachment, Geospatial Planning Cell (512th GPC) Theater Geospatial Database (TGD),
6) 517th Engineer Detachment, Geospatial Planning Cell (517th GPC) Theater Geospatial Database (TGD),
7) 543rd Engineer Detachment, Geospatial Planning Cell (5423rd GPC) Theater Geospatial Database (TGD).
PS3 : Google Street lebih kepada mengumpul data risikan Logistik, Sistem jalan raya, sistem perparitan, sistem pengairan, sistem elektrik, sistem pengangkutan utama sekunder dan strategik, dan sebagainya.
Pokemon Go lebih detail kepada pemetaan didalam kompleks bangunan itu sendiri dan kawasan kawasan yang sebelum ini tidak boleh dilalui kenderaan google tersebut. Semuanya akan saling lengkap melengkapi satu sama lain apabila dimerge data datanya kemudian nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
i is nak meriak
my pigeot
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Betul..
sangat fun
cuma ..
tu la
penat main game ni
kena jenjalan
|
|
|
|
|
|
|
|
kena ada yang ON kan lure module tu baru banyak pokemon muncul ctu
dari pengalaman sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
cara aku selalu aku aim bagi bola tu jatuh atas kepala pokemon tu..kelepuk atas kepala ko pokemon..hahahahah.. sama.. guna cara tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|