|
[Jenayah]
(VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg
[Copy link]
|
|
Edited by pu3_rania at 29-11-2017 02:53 PM
Jeasabri replied at 29-11-2017 02:23 PM
Hari nie.Harijadi adik Arwah Farhan . . mari kita sama2 hadiahkan doa Alfatihah&Yassin. .
Ya hari ni tarikh kelahiran ke 21 tahun buat Allahyarham Haji Zulfarhan Osman Bin Zulkarnain yg lahir pd tanggal 29th November 1996.
Al-Fatihah buat Allahyarham Haji Zulfarhan Osman Bin Zulkarnain
Semoga roh Allahyarham Haji Zulfarhan Osman Bin Zulkarnain di tempatkan di kalangan roh para syuhada dan solihin.Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar. muda2 lg dah pergi dlm keadaan yg mcm tu. smga OKT dpt balasan yg setimpal. dah makin seronok npk kt penjara msg2. badan dah sado blik ye. hrp ke tali gantung la akhirnya |
|
|
|
|
|
|
|
bila tgk muka OKT terasa sedey.
Kenapalah nasib dorg dorg blh jd cam nie.
Benda blh settle tepi, last2 hukuman mati menanti.
Apa pon semoga arwah zulfarhan tenang disana. Al-Fatihah. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga tenang di sana dik paan. Semoga dipermudahkan urusan keluarga untuk menuntut keadilan. Kami tak pernah lupa |
|
|
|
|
|
|
|
Fuh fuhhh fuhhh. Berhabuk sikit thread ni. Aku bgi up thread ni pergi ke page depan balik.
Semoga segala urusan dipermudahkan untuk semua yang terlibat. Semoga di beri petunjuk dan pertolongan oleh Allah. Jangan pernah putus asa, sesungguhnya Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Adil dan Maha Suci Allah yang tidak akan pernah memungkiri janji-Nya. Percayalah. Sabarlah. Tiada apa yang tersembunyi di sisi Allah. Kerajaan Allah yang akan kekal selama-lamanya.
"Dan katakanlah: Yang benar (Haq) telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap" (QS. Al-Isra': 81).
Pesanan Almarhum Dr Mustafha As Siba'i;
"Janganlah engkau menunda-nunda untuk menyerukan kebenaran dengan alasan seruanmu tidak akan didengar, dan tidak ada benih yang akan tumbuh di tanah yang gersang. Orang-orang puas dengan pendapatmu atau tidak, itu bukan urusanmu. Kerana, yang penting bagimu adalah mengatakan apa yang engkau yakini benar"
Beliau bercerita, pada suatu hari, kebatilan berjalan bersama kebenaran. lalu terjadilah dialog di antara keduanya sebagaimana berikut;
Kebatilan : Aku lebih tinggi darimu
Kebenaran : Tapi aku lebih kukuh darimu
Kebatilan : Aku juga lebih kuat darimu
Kebenaran : Tapi aku lebih awet darimu
Kebatilan : Aku diikuti oleh banyak orang kuat dan orang yang kaya raya
Kebenaran : "Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang
terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu.
Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri,
sedangkan mereka tidak menyedarinya"
Kebatilan : Aku boleh membunuhmu sekarang juga!
Kebenaran : "Ketahuilah anak-anakku juga akan membunuhmu, meskipun tidak sekarang"
Aku ctrl+c and v je.
sumber : https://tawanhatianakmu.blogspot.my/2014/03/dialog-antara-haq-dan-batil.html
|
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 19-11-2017 04:56 PM
.. pendek kata sis .... kalauu u nak share ... share jer la .... buat apa nak delete delete .. ...
Akak pon dah lama tak follow cerita paan sejak mati hidup kembali....
Harap jgn lah pagar thread ni ye |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-12-2017 08:40 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
iloveselangor replied at 6-12-2017 12:53 AM
Akak pon dah lama tak follow cerita paan sejak mati hidup kembali....
Harap jgn lah pagar threa ...
Sis nobito? |
|
|
|
|
|
|
|
lil_sparky replied at 6-12-2017 08:40 AM
Sis nobito?
Pandai ko ni dek....thumb up
Akak doakan rating Cari forum ni drop sebab suka matikan nick akak |
|
|
|
|
|
|
|
.. siapa yang mati hidup semula tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 6-12-2017 02:41 PM
.. siapa yang mati hidup semula tu?
Akak la sis....sis nobito suami mr nobito |
|
|
|
|
|
|
|
I jalan2 kat fb pn hawa tadi..nampak dia update perbicaraan ditetapkan pada 28/1/2018. Sepanjang hari katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala gambar tak keluar pulak |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Oh my.apa dah jadi dengan ig justiceforfarhan?cer pi tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
KulitKayuManis replied at 8-12-2017 10:05 AM
Oh my.apa dah jadi dengan ig justiceforfarhan?cer pi tengok.
IG tu macam daa hilang la tadi pagi cek xjumpa mungkin Admin tukar nama...tp balik2 da cari kat Dm pun da tiada jugaa ... kena hack kaa? |
|
|
|
|
|
|
|
Memang dah hilang kan IG tu? beberapa hari lepas admin dok complain pasal cubaan nak hack IG tu kerap berlaku sampai dia terpaksa tukar user name... sape lah yang takde keja sangat tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada 29 Januari, 28 Februari, 28 Mac, 26 hingga 27 April, 14 hingga 16 Mei, 4 hingga 5 Jun, dan 26 hingga 29 Jun 2018.
Berita Penuh :
Bicara penuntut UPNM tahun depan
Oleh Siti Nurazlinee Azmi
[email protected]
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet, Zulfarhan Osman Zulkarnain ditetapkan selama 14 hari bermula Januari depan.
Tarikh itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah pada prosiding pengurusan kes di sini hari ini dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah dan Nur Akmal Farhan Aziz.
Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada 29 Januari, 28 Februari, 28 Mac, 26 hingga 27 April, 14 hingga 16 Mei, 4 hingga 5 Jun, dan 26 hingga 29 Jun 2018.
Sebanyak 19 penuntut institusi pengajian tinggi itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.
Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.Mereka yang lain ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Akmal Akif Alias, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara jam 2.30 pagi dan jam 5.30 pagi, 21 Mei lalu dan di bilik 04-10, antara jam 1.30 pagi dan 4.30 pagi, 22 Mei lalu.
Pertuduhan terhadap kesemua penuntut itu yang kesemuanya berusia 21 tahun dikemukakan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Sementara itu, Muhammad Akmal Zuhairi, Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin dan Abdoul Hakeem turut menghadapi tuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, antara jam 4.45 pagi dan jam 5.45 pagi, 22 Mei lalu.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Semua tertuduh masing-masing diwakili peguam Mohd. Fadhly Hashim, Datuk Ranjit Singh Dhillon, Zamri Idrus, A G Kalidas, Datuk Hazizah Kassim, Joshua Tay, Ariff Amirul Abdul Jani, Datuk Seri M Ramachelvam, Amer Hamzah Arshad.
Zulfarhan Osman, 21, Pegawai Kadet Laut UPNM meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 10 malam, 1 Jun lalu dengan kesan lebam dan melecur pada badan dipercayai didera dengan seterika wap selepas dituduh mencuri komputer riba.
Sumber : https://www.bharian.com.my/berit ... ut-upnm-tahun-depan
|
|
|
|
|
|
|
|
kenzou replied at 6-12-2017 12:29 AM
Fuh fuhhh fuhhh. Berhabuk sikit thread ni. Aku bgi up thread ni pergi ke page depan balik.
Semog ...
Thanks up kan semula thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pu3_rania at 8-12-2017 08:10 PM
LadyDiddy replied at 6-12-2017 10:09 PM
Eh sorry.. 29 bukan 28
Dah buat pre order utk supporter tshirt walaupun dah ada supporter tshirt yg sama sebelum ini yg berwarna kelabu demi utk memberi support kpd family Allahyarham Haji Zulfarhan Osman Bin Zulkarnain
Mudah2an dpt hadir di hari perbicaraan pd salah satu tarikh yg telah di tetapkan dgn memakai supporter tshirt ini |
|
|
|
|
|
|
| |
|