sharing artkel metro january tahun ni...semoga impian bamben tercapaii
Mahu sehebat Bront Palarae

Selepas lima tahun bergelar pelakon, nama Ben Amir, 28, masih kurang menyerlah. Namun, pelakon seangkatan dengan Fattah Amin, Saharul Ridzwan dan Syafiq Kyle ini tidak pernah putus asa untuk mendapat tempat dalam bidang lakonan.
Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin ini, dia tidak pernah cemburu dengan populariti dikecapi rakan seperjuangannya yang lain.
“Saya bermula sebagai pelakon tambahan. Hasil kerja keras, barulah diberi kepercayaan watak pembantu dan akhirnya diberi watak utama dalam drama. “Sebagai pelakon, tanggungjawab saya untuk terus memberikan yang terbaik bersandarkan bakat lakonan dimiliki,” katanya. Ben juga mempunyai prinsip tidak mahu nama dan populariti dikecapi hanya sementara saja. “Saya mahu nama terus bertahan dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang. Selagi ada tawaran dan rezeki tidak putus dalam bidang lakonan, ia sudah cukup bermakna untuk perkembangan karier seni,” katanya. Ditanya soal populariti pula, pelakon drama Suri Hati Mr Pilot ini tidak melihatnya sebagai keutamaan buat masa sekarang. “Populariti jatuh nombor dua. Apa yang penting, saya mahu membina profil dalam industri seni bersandarkan bakat lakonan, bukan popular dan dikenali dengan gosip atau kontroversi semata-mata,” katanya. Ditanya mengenai perancangan tahun ini, Ben berkata, dia menanti tawaran untuk beraksi dalam projek filem genre aksi pada tahun ini. “Saya mahu menjadi pelakon yang hebat dan ‘versatile’ seperti idola, Bront Palarae. Sebagai persediaan ke layar perak, saya juga mendalami seni mempertahankan diri muay thai sejak setahun lalu. “Sebagai pelakon serius, saya memang membuat persiapan lebih awal kerana projek filem aksi memang dalam perancangan tahun ini. “Saya juga ada dapat tawaran berlakon dalam drama aksi kepolisan tahun lalu, tetapi terpaksa menolaknya kerana ada komitmen lain,” katanya yang juga hos program Hello Switzerland di RTM.
|