|
Kepada geng Rufaqa...tolong bangunkan cepat2 Daulah Islamiyyah yang kedua ye....tak sabar-sabar saya nak menunggu ni......
Kalau Daulat Islamiyyah tak berlaku dalam masa terdekat ini....jaga korang....:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #501 prototaip's post
mungkin selepas ghafar baba hidup balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #501 prototaip's post
sama2 la kita berdoa, akan bangkit dia tangan PBT ....
saya tk layak berckp pasal ni, ini perkara besar .... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukankah mula-mula Pak Lah naik jadi PM dulu dan memperkenalkan islam Hadhari, bukan main sokong lagi Abuya tu kan? Siap dengan tulis buku lagi tajuk yang sama. Ramalan abuya kali ni silap ker terhadap Pak Lah? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Abuyazid at 2-4-2007 10:14 PM
sama2 la kita berdoa, akan bangkit dia tangan PBT ....
saya tk layak berckp pasal ni, ini perkara besar ....
Perkara sesat ini memang perkara besar. Allah berfirman orang-orang yang seperti ini mereka ini buta. Dahlah buta,duduk dalam gelap pulak tu....isskkk...isskkk......
Orang-orang yang bermaksiat seperti minum arak,berzina,main judi dan sebegainya,akan datang suatu ketika mereka akan taubat. Ini bergantung kepada kesedaran mereka yang bermaksiat TETAPI orang-orang yang menyengutukan Allah selalunya dari gulongan dan pengikut-pengikut agama yang terasa diri mereka itu dah betul.
Banyak contoh-contoh iaitu orang-orang minum arak,berzina,berjudi kebanyakannya bertaubat apabila mereka sedar dan hidayah masuk kepada mereka.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amir at 3-4-2007 09:58 AM
Perkara sesat ini memang perkara besar. Allah berfirman orang-orang yang seperti ini mereka ini buta. Dahlah buta,duduk dalam gelap pulak tu....isskkk...isskkk......
Orang-or ...
DENGAN NAMA ALLAH, MAHA PEMURAH, MAHA MENGASIHANI
DariAbu Zar.r.a bahawasanya dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Tidak bolehseseorang lelaki menuduh seseorang lelaki yang lain dengan fasiq dantidak boleh juga dengan kafir, jika tidak akan berbaliklah tuduhan itukepada penuduhnya sekiranya yang tertuduh tidak begitu." (RiwayatBukhari dan Muslim) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #505 Amir's post
TUJUAN TAUBAT UNTUK MEMPERTAJAMKAN RASA KEHAMBAAN
13/10/2006
Manusia memang tidak boleh terlepas daripada berbuat dosa. Kalau tidak dosa terang-terangan, kita terlibat dengan dosa-dosa yang tersembunyi. Kalau tidak dosa lahir, kita terlibat dengan dosa-dosa batin. Kalau tidak dosa yang kita sedar, kita terlibat dengan dosa-dosa yang kita tidak sedar. Kalau tidak dosa-dosa besar, kita terlibat dengan dosa-dosa kecil. Dosa-dosa kecil ini pula, kalau kita kekalkan dan kita anggap ianya kecil, ia menjadi dosa besar. Kecualilah bagi para rasul dan nabi yang maksum, yang dosa-dosa mereka itu telah sedia diampunkan oleh Tuhan.
Dosa berlaku bila kita berbuat maksiat dan kemungkaran, dan bila kita melanggar perintah Tuhan sama ada kita tinggal apa yang Tuhan wajibkan ataupun kita buat apa yang Tuhan haramkan.
Maksiat dan kemungkaran ialah punca kemurkaan Tuhan. Ia juga adalah pintu manusia terkeluar dari rahmat dan kasih sayang Tuhan. Pintu untuk kembali kepada keampunan, rahmat dan kasih sayang Tuhan ialah Taubat. Taubat ialah satu anugerah Tuhan kepada manusia supaya manusia yang terbuat salah dan dosa, tidak berputus asa. Taubat adalah jalan bagi mereka menyucikan diri dan kembali semula kepada Tuhan.
Kaedah bertaubat berbeza-beza dari umat ke umat. Bangsa Yahudi yang menjadi pengikut para Nabi dan Rasul yang terdahulu sebelum Rasulullah S.A.W terpaksa membunuh diri sebagai syarat untuk bertaubat dari dosa-dosa besar. Untuk bertaubat, mereka perlu keluar pada malam yang gelap-gelita di tempat yang sunyi dan menikam diri mereka hingga mati. Mati itulah syarat taubat mereka diterima Tuhan. Justeru itu, tidak ramai yang sanggup bertaubat kerana syaratnya terlalu berat. Hanya mereka yang betul-betul menyesal sahaja yang sanggup berbuat demikian.
Bagi kita orang Islam dan umat Rasulullah S.A.W, cara untuk bertaubat sangat mudah. Inilah sebahagian dari rahmat dan berkat Rasulullah. Syaratnya hanyalah:
稭enyesal
稡erhenti dari berbuat maksiat berkenaan
稡erazam jangan diulangi lagi
稫alau dosa itu melibatkan orang lain,kenalah minta ampun dan maaf dari orang tersebut terlebih dahulu
Oleh itu, ramailah orang-orang Islam yang bertaubat kerana syaratnya sangat ringan dan mudah. Hari-hari orang Islam bertaubat. Ada yang bertaubat berpuluh-puluh, beratus-ratus bahkan beribu-ribu kali seumur hidup mereka. Ini sangat berbeza dengan bangsa Yahudi di zaman dahulu. Mereka hanya boleh bertaubat sekali sahaja dalam hidup mereka kerana apabila sudah bertaubat mereka terpaksa membunuh diri.
Inilah juga punca kedengkian dan sakit hati para Iblis dan Syaitan terhadap umat Rasulullah S.A.W. Sebegitu kerasnya mereka berusaha sepanjang masa tanpa rehat untuk menipu, menyesatkan dan menjerumuskan umat Rasulullah ini ke dalam kancah maksiat dan kemungkaran, semua dosa itu akan terhapus hanya dengan sekali taubat sahaja. Justeru itu, sebegitu ramai umat yang iblis dan syaitan telah jauhkan dari rahmat dan kasih sayang Tuhan, seramai itu pula yang kembali kepada Tuhan dengan bertaubat. Kerana taubat itu dipermudahkan bagi umat Rasulullah.
Namun, walaupun bertaubat itu mudah, di pintu taubat itulah iblis dan syaitan menunggu untuk menipu kita supaya taubat kita tidak diterima Tuhan. Bahkan dia sentiasa berusaha supaya taubat kita bukan sahaja tidak diterima Tuhan malahan akan menjauhkan lagi kita dengan Tuhan.
Apabila kita bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan penuh penyesalan, digalakkannya lagi dan didorong-dorongnya hingga kita terasa di hati kita yang dosa kita telah terhapus, dan diampun oleh Tuhan. Hingga kita terasa sudah tidak berdosa lagi. Hingga kita terasa diri sudah bersih dan suci dari dosa. Rasa tenang, rasa aman dan rasa selamat dengan taubat kita itu hingga hati kita berkata-kata:
揇ah bertaubat ni, tenang rasa hati |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Abuyazid at 3-4-2007 11:49 AM
DENGAN NAMA ALLAH, MAHA PEMURAH, MAHA MENGASIHANI
DariAbu Zar.r.a bahawasanya dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Tidak bolehseseorang lelaki menuduh seseorang lelaki yang lain dengan f ...
AKU BERLINDUNG KEPADA MU YA ALLAH DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAM.
SEGALA PUJIAN BAGI MU YA ALLAH,TUHAN SERU SEMESTA ALAM. SALAM KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KEPADA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW DAN KELUARGANYA SERTA PARA SAHABATNYA.
YA ALLAH,AKU BERLINDUNG KEPADA MU DARIPADA KESESATAN. YA ALLAH,AKU BERLINDUNG KEPADA MU DARIPADA TERGULONG KEDALAM FIRMANMU PADA SURAT AL A'RAAF AYAT 33 :-
" KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA YANG DIHARAMKAN TUHANKU,HANYA SEGALA YANG KEJI,BAIK YANG LAHIR ATAUPUN YANG BATIN.MA'SIAT DAN MELAMPAUI BATAS TANPA KEBENARAN DAN KAMU PERSEKUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU YANG TIADA DIBERI KETERANGAN KEPADANYA,DAN KAMU KATAKAN TERHADAP ALLAH SESUATU YANG TIADA KAMU KETAHUI."
YA ALLAH,JAUHI DAN HINDARLAH AKU DARI KAUM YANG SESAT.
AMIN,YA RABBAL A'ALAMIN.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini aku brkesempatan jumpa anak2 remaja perempuan di BCH....rasanya ni first time aku rasanye, bagi ceramah depan remaja yg bawah 18 tahun (13-18).....susah gak nak downgrade, tp alhamdulillah, ....mereka anak2 yg pintar...buat aku terkejut juga dengan response mereka setiap kali aku bertanya soalan...it was very lively....sgt mengujakan....
apa yg aku terharu, remaja2 perempuan ini dilatih dari kecil utk melakukan beberapa amalan org2 soleh seperti solat malam.....aku ni suka investigate, coz aku ni memang jenis curious....aku tanya mereka, pkl berapa kamu bangun malam, apa solat yg kamu buat semasa bangun malam tu, kamu istiqomah tak...dsbnya...
jawapan mereka, meyakinkan aku, memang mereka berkata BENAR....
lihat, betapa pendiidikan yg dilagangkan dlm sistem Abuya membuahkan hasil yg hebat ke atas peribadi2 anak ini....
aku bawa kepada mereka kisah sejarah Islam Usmaniyah....aku tanya bbp soalan yg aku kira sukar dijawab oleh mereka tetapi mereka memang tdk menghampakan.....mereka rupanya celik mengenai sejarah2 islam dan tamadunnya..malah bila aku tanya penyakit apakah yg menyebabkan kejatuhan empayar usmaniyah diwaktu itu...mereka dgn serentak menjawb, PENYAKIT Al WAHAN.....dan memberi info yg detail mengenainya.....
hebat.....itulah komen aku.....mereka ini penuh ilmu, faham tentang konsep2 dlm ilmu2 islam (aqidah, fekah, tasauf), falsafah2 ketamadunan...dan aku hampir terlupa, bahwa mereka ini hanyalah anak-anak belasan tahun.....tetapi yg penting, amalan mereka luarbiasa jika dibandingkan dgn remaja luar yg seangkatan dgn mereka....
mereka bkn sahaja melakukan amalan2 fardhu tetapi amalan2 sunat mereka juga hebat jika dibandingkan dgn remaja yg seusia mereka....yg kdg2 kita tahu, langsung tdk solat fardhu....perbedaan mereka dgn remaja2 di luar adalah ibarat seperti langit dan bumi....
itulah pengamatan aku...satu pengalaman yg membuatkan aku rasa begitu bahgia....merekalah harapan bangsa dan agama, remaja yg ada jati diri dan teguh beragama....itulah remaja rufaqa yg lahir dari didikan Abuya...sebuah sistem yg dilahirkan berteraskan pendidikan RSAW....
aku optimistik inilah KAEDAH terbaik utk menyelesaikan masalah2 remaja kita pada hari ini...
[ Last edited by rainbows at 3-4-2007 09:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, dengan rahmat Mu akhirnya album ini terhasil dan kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W kerana mu kami mendapat ISLAM.
Setelah album ini mula berada di pasaran, ramai rakan-rakan serta peminat bertanya kepada saya mengapa perkataan 揟UHAN |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rainbows at 3-4-2007 09:46 PM
Hari ini aku brkesempatan jumpa anak2 remaja perempuan di BCH....rasanya ni first time aku rasanye, bagi ceramah depan remaja yg bawah 18 tahun (13-18).....susah gak nak downgrade, tp alhamdulill ...
syukurlah mrk sangat rajin beribadah kpd Allah. semoga mrk juga akan memperoleh ilmu supaya jgn kena tipu. sesungguhnya tipu daya syaitan itu amat licik. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 3-4-2007 10:33 PM
syukurlah mrk sangat rajin beribadah kpd Allah. semoga mrk juga akan memperoleh ilmu supaya jgn kena tipu. sesungguhnya tipu daya syaitan itu amat licik.
:setuju: Semoga Allah memberikan hidayahnya juga kepada manusia yang tidak dapat menggunakan pemikirannya dengan sempurna tapi merasakan dirinya benar. Heheh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #514 Abuyazid's post
Heheh..penyakit takleh tidoq tak sembuh lagi ka?? |
|
|
|
|
|
|
|
biasa la ... tidoq la selagi boleh tidoq ....  |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...Abuya masih tetap istiqomah dengan perjuangannya. Jarang ulama2 yang mampu bertahan seperti Abuya. Kalau ulama wahabilah dah lama mampus ataupun pura2 menipu masuk menyamar dalam Ahli Sunnah.
Terima Kasih Abuya kerana sebab mu lah negara kita masih kekal dalam hidayahNya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #517 BatuApi's post
hah kerana saari?  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elbecks at 4-4-2007 12:17 PM
hah kerana saari?
Mengikut hadis yang maksudnya lebihkurang mengatakan bahawa orang yang tidak mengenali imam di zamannya maka matinya kelak adalah mati seperti orang Jahilliyah. Kesian. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BatuApi at 6-4-2007 12:06 PM
Mengikut hadis yang maksudnya lebihkurang mengatakan bahawa orang yang tidak mengenali imam di zamannya maka matinya kelak adalah mati seperti orang Jahilliyah. Kesian.
Oooh jadi Al-Abuya tu imam anda lah yer? Susahlah kalau nak ikut solat belakang dia sebab nak memulakan takbir solat pun berulang-ulangkali sebab penyakit was-was dan sujud lak macam orang meniarap. Dengarnya dia sakit lutut...betul ker?
Nanti kalo imam Mahdi muncul...larat ker dia nak angkat pedang lagi?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|