|
Sazali Samad Beraksi Dalam Kejohanan Mr Penang
PULAU PINANG, 19 Jun (Bernama) -- Atlet muda bina badan Pulau Pinang berpeluang menonton aksi juara Mr Universe tiga kali, Sazali Abd Samad pada kejohanan Mr Penang keenam yang akan diadakan pada 28 Jun di Tanjung Bungah Beach Hotel.
Sazali, yang memenangi gelaran Mr Universe pada kejohanan dunia di Melaka (2000), Moscow (2004) dan Ostrava, Czech Republic (2006), dijemput untuk menggayakan aksinya pada kejohanan itu.
Presiden Persatuan Bina Badan Pulau Pinang Datuk Ong Poh Eng berkata kejohanan itu adalah acara sukan negeri yang diluluskan Majlis Sukan Pulau Pinang dan juara pertandingan akan mewakili negeri itu ke peringkat akhir kejohanan Mr Malaysia di Port Dickson daripada 25 hingga 27 Julai.
"Kira-kira 100 peserta dijangka menyertai pertandingan yang mempunyai 10 kategori Juniors, Masters dan Terbuka," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Beliau berkata Pulau Pinang telah menawarkan diri untuk menganjurkan kejohanan Mr Malaysia tahun depan selepas berjaya melakukannya pada 2006.
"Kehadiran Sazali akan menarik lebih ramai atelt muda bina badan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan ini," katanya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
no...posting them at Terry's forum
Chow |
|
|
|
|
|
|
|
apsal tak nampak niiiiiiii
Chow |
|
|
|
|
|
|
|
You should invest in a better camera. ;) |
|
|
|
|
|
|
|
suka2 saje...hehe...
juz HP camera only
Chow |
|
|
|
|
|
|
|
Mr Penang: Azhar cipta hatrik
| GAGAH... Azhar buktikankehebatan selepas mengungguli Kejohanan Mr. Penang buat tahun ketigaberturut-turut di George Town semalam.
|
BUAT kali ketiga berturut-turut, Azhar Ibrahim ditabalkan selaku juara Kejohanan Bina Badan Mr Penang 2008 semalam.
Sekalipun berjaya mempertahankan gelaran yang dimenangi sejak duatahun lalu, Azhar ternyata terkejut dengan kejayaan yang dilakarsemalam.
Menurut Azhar, dia langsung tidak menyangka akan bergelar juara buatkali ketiga ekoran insiden kemalangan yang dialami dua bulan sebelumpertandingan.
"Dalam keadaan lutut yang masih sakit, memang saya tak sangka akanmenjuarai pertandingan ini," katanya ketika ditemui di Hotel TanjongBungah, George Town malam kelmarin.
Selaku juara, Azhar membawa pulang hadiah berupa hamper, makanankesihatan, penginapan di Hotel Tanjung Bungah dan G-Hotel serta pakaiansukan daripada Nike.
Jelas Azhar, rahsia kejayaannya ialah disiplin yang tinggi khususnya dari aspek pemakanan dan latihan.
"Saya buat senaman selama sejam sebanyak dua kali sehari bersama jadual pemakanan yang amat ketat," tambah Azhar.
"Enam bulan sebelum pertandingan, saya berhenti mengambil makanan berminyak dan menambahkan makanan berprotein.
"Sebulan sebelum pertandingan, saya berhenti mengambil makananberkabohidrat dan tiga hari terakhir, saya terpaksa mengurangkanpengambilan air.
"Keputusan saya ini adalah bagi memastikan otot-otot menjadi keringdan lebih terserlah apabila membuat persembahan dalam mana-manapertandingan."
Azhar akan mewakili Pulau Pinang pada Kejohanan Bina Badan MrMalaysia 2008 yang akan berlangsung di Port Dikson, Negeri Sembilanhujung Julai ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bravo... |
|
|
|
|
|
|
|
Polis dominasi bina badan Malaysia
Oleh Mohd Amin Jalil
[email protected]
KEJOHANANBina Badan Kebangsaan 2008 menyaksikan dominasi Polis Diraja Malaysia(PDRM) apabila pasukan itu muncul juara keseluruhan selepas menewaskan14 pasukan lain yang mengambil bahagian pada kejohanan kali ini.
Edisi ke-39 anjuran Angkatan Tentera Malaysia di Bayu BeachResort Port Dickson Negeri Sembilan selama dua hari dan berakhir,semalam turut menyaksikan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditempat kedua dan Sarawak di tempat ketiga.
Begitu pun ATM meraih kejuaraan berganda apabila wakilnya,Budha Anak Ancha, yang memperagakan aksi mantap, dinobatkan juaraantara juara selepas dia turut cemerlang dalam kategori Bantam Weight.
Selain tiga pasukan itu, pasukan lain yang bertandingialah Perlis, Kelantan, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan,Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Kuala Lumpur, Pulau Pinang danTerengganu.
Keseluruhan seramai 150 peserta mengambil bahagian danmemeriahkan kejohanan akhir semalam ialah jaguh bina badan negara danAsia, Sazali Abd Samad.
Hadiah kepada pemenang disampaikan Panglima Tentera Lautmerangkap Yang Dipertua Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT), LaksamanaDatuk Abdul Aziz Jaafar dan turut hadir Pengerusi Persekutuan BinaBadan Malaysia, Datuk Wira Gan Boon Leong.
Gan berkata pihaknya berpuas hati terhadap prestasi semua peserta yangmenunjukkan peningkatan prestasi membanggakan dalam usaha melahirkanlebih ramai ahli bina badan negara yang mampu mewakili negara sertamenyerlah di pentas antarabangsa pada masa depan.
Menurutnya, prestasi yang ditunjukkan peserta mudamembuktikan negara tidak ketandusan ahli bina badang yang berbakatbesar dan boleh disandarkan harapan mengibarkan bendera negara diperingkat antarabangsa terutama peringkat Asia seperti ditunjukkanSazali Samad. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yg kelakarnya MR Malaysia takde hadiah lgsung...hnya title je...
apa la Malaysia kata nak popularkan sukan....what a joke
Chow |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #513 batabaka's post
mmg x hadiah langsung ke bro batabaka...
hmmmmm....mcm mna la nak majukan sukan mcm nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
setau aku...tkde cash.
hadiah dlm bentuk hamper supplements maybe
Chow |
|
|
|
|
|
|
|
Berpuasa masih boleh bersenam
Oleh Roslah Othman
| SENAMAN vertical traction iaitu menarik pemberat ke bawah merupakan senaman yang sesuai untuk jantung, kaki dan belakang badan.
|
BERSENAM di bulan puasa? Oh, tidak! Mungkin itulah yang keluar daripada mulut sesetengah individu yang berpendapat mereka perlu mengurangkan atau menghentikan sebarang aktiviti fizikal termasuk bersenam buat seketika kerana bimbang kepenatan, lapar dan dahaga di bulan Ramadan ini.
Bagaimanapun, Pengurus Kecergasan Fitness First, Simran Latiff, menolak tanggapan tersebut sambil menegaskan senaman masih perlu diteruskan walaupun ketika berpuasa bagi meningkatkan kadar metabolisme, selain mengekalkan tahap kecergasan agar tidak menurun dan memudahkan seseorang itu menjalani latihan fizikal seterusnya.
Katanya, bulan puasa tidak harus dijadikan alasan untuk seseorang itu mengehadkan aktiviti mereka termasuk melakukan senaman.
揓ika tidak melakukan senaman, otot menjadi lemah dan badan mudah berasa letih. Ini kerana kalori masih perlu dibakar biarpun pada bulan puasa,拻 ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.
Simran berkata, sekiranya seseorang itu tahu kebaikan meneruskan senaman pada bulan puasa yang mampu memaksimumkan pembakaran kalori terutama yang sumbernya datang daripada lemak, pasti mereka mahu melakukannya apatah lagi jika telah terdapat keinginan untuk mendapatkan bentuk badan sempurna.
Menerangkan lebih lanjut mengenai bagaimana senaman di bulan puasa, katanya, secara umumnya pengambilan kalori pada bulan puasa akan berkurangan kerana pembakaran lemak berlaku secara maksimum.
揚ada hari biasa, ketika kita bersenam badan memerlukan kalori untuk dijadikan tenaga dan pada 20 minit pertama, tenaga itu datang daripada kalori karbohidrat terlebih dahulu. Selepas 20 minit pertama, barulah badan menggunakan kalori lemak untuk dijadikan tenaga. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bulan puasa..cool down skit... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Maxx at 11-9-2008 01:40 PM
bulan puasa..cool down skit...
kalau body dah ketul cam hang x pe lah cool down skit.. hehehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gasing at 11-9-2008 10:34 PM
kalau body dah ketul cam hang x pe lah cool down skit.. hehehehe..
saya rasa bulan puasa ni - ahli bina badan mesti berehat -
tak buat sukan ni - perlukan tenaga semua -- kalau puasa
badan pun macam lemah aje -
in fact, most of the sports pun rehat for a few weeks - |
|
|
|
|
|
|
| |
|