CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fieza-mira

Ilmu Malaikat 44

  [Copy link]
Post time 8-10-2010 07:44 PM | Show all posts
Ilmu camni tak leh share..sbb ada yg otak 'moden' tak boleh terima. Ada ilmu ni ajar anak bini ajer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2010 01:52 PM | Show all posts
Reply 499# shahaizat


Malaikat semuanya ada tugas, paling kurang berzikir pada Allah setiap masa. Cukuplah kita mengetahui tugas malaikat2 yang utama spt tugas Jibril tu apa tugasnya dan sekian2. Ada pun tugas malaikat2 lain nak mengetahui detail syara' tidak membebani kita dgn perkara sebegitu.

Manusia juga ada tugas sebenarnya hanya saja kita leka dengan nafsu dan kalah dgn godaan syaitan maka kita merasa tiada apa2 tugas. Cubalah lihat firman Allah, "Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan utk mengabdi kepada Ku" dan lagi "Aku ingin menjadikan Khalifah di bumi" - kata Allah pada malaikat. Khalifah ialah dengan maksud ringkasnya menjadi seorang insan yang taat dan patuh pada perintah Allah. Taat dan patuh adalah tugas seorang hamba abdi pada tuannya. Jadi itulah tugas manusia sebenarnya apabila dilahirkan atas muka bumi ini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 01:56 PM | Show all posts
akhirnya berjaya tamatkan pembacaan walau ambil masa sehari suntuk...sebab nak bagi paham...

kesi ...
kenesep Post at 8-10-2010 14:55



   
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 02:07 PM | Show all posts
Reply 502# te_peng


Jadi x mungkin malaikat sengaja tinggalkan tugas mereka utk menjaga manusia kecuali dgn arahan Allah lar......

p/s: dulu ader dengar tazkirah kat surau kalo berdoa tgn dirapatkan supaya garis bertemu jadi huruf Ba , tapi yg peliknya dia kata malaikat yg bertugas utk sampaikan doa kita namer azazil? ke saya salah dgr?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 02:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by te_peng at 9-10-2010 15:27

Ada malaikat yang diberi nama malaikat hafazah mrk jugan senantiasa bertahmid pada Allah dlm masa hafazah ini menjaga manusia. Mrk hampir dgn manusia cuma akan membantu bila ianya diperintahkan dan diizinkan oleh Allah.

Contohnya kita berlanggar....maka tugas malaikat hafazah ini akan menyelamatkan kita samada tidak berlanggar atau seupamanya. Dan ada juga dalam keadaan malaikat membiarkan kita berlanggar krn itulah perintah Allah padanya. Paling tidak mrk mendoakan kita.

Dalam hal tersebut konsep akidah kita ialah Allah lah menyelamatkan kita bukan beriktiqad malaikat yg selamatkan kita. Hal sebegini sama spt kita mengucap syukur pada Allah kita dapat gaji padahal yang beri gaji adalah majikan.

Tidak pula saya tahu ada malaikat bernama Azazil spt dalam hal doa tersebut. Dalam kisah lain dengan syarah yang lebih panjang Azazil adalah nama Iblis. Setengah golongan berpendapat Azazil ini adalah malaikat juga ketika dahulu krn menjawat Ketua Segala Malaikat sblm dihumban ke bumi krn engkar dari kes Adam a.s. Selepas dihumban maka ia bukan dari golongan malaikat lagi. Adalah salah mengatakan Azazil adalah malaikat juga krn itu sewaktu sebelum dihalau ke bumi.

Bab doa, adanya malaikat yang tugas dia mengaminkan doa kita dan nama khususnya wallahu a'lam. Dan ada malaikat mendoakan orang berikitikaf dalam masjid. Ulama menamainya sebagai malaikat rahmah. Jadi kesimpulannya cukuplah mengimani adanya malaikat rahmat yang mengaminkan doa kita.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 03:22 PM | Show all posts
Reply 505# te_peng


    terima kasih sbab bagi tahu......mungkin saya salah dgr ari tuh...maklumlah biler dgr tazkirah bawah air-cond,ustaz pulak suara menday-dayu, saya yg lemah iman nih mata jadi berat heheheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2010 03:28 PM | Show all posts
Best per tidur...lebih2 lagi time khutbah Jumaat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 03:57 PM | Show all posts
Azazil tuhh adakah malaikat sering menjadi isu perdebatan yang hangat diantara banyak golongan..... hamba bergolongan yang berpegang bahawa AZAZIL bukanlah malaikat asalnya.... tetapi penghulu JIN yang diangkat setaraf malaikat kerana dia yang paling banyak beramal ibadah dan bersujud kepada ALLAH S.W.t..... ada riwayat yang mengisahkan jika ia sujud maka bertahun-tahun lamanya masa dibumi.... begitu sekali 'warak' nya azazil itu sebelum menjadi iblis dan dihalau dari syurga... malah perlu dingat.... sebelum kejadian ADAM A.S... belum ada turunnya syariat cara beribadah yang khusus daripada ALLAH S.W.t kepada makhluk2 sebelum itu.... cuma mereka berzikir dan bersujud... jika mengikut riwayat nye laa....

wallahualam....

malah cerita tentang kepupusan dinosaur yang scientist percaya bumi dilanggar meteor itu ada juga riwayatnya mengikut cabang kesufian.... bebola api yang dihantar oleh AZAZIL atas perintah ALLAH S.W.t..... kerana peperangan dasyat dua puak JIN yang berperang beribu-ribu tahun.... dan hingga kisah peperangan itu ada diceritakan dalam kitab hindu.... malah scientist skang pun pening kenapa bumi tidak lagi dilanggar meteor yang dasyat sampai kepupusan bumi seperti ribuan tahun dulu....

kalau duduk2 dengan golongan hakikat, diorang pasti ceritakan kisah2 ini... dan ada juga tertulis dalam beberapa kitab tua tentang usul perkara ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2010 04:13 PM | Show all posts
Reply 508# edy137


    dulu maser pagi2 nak pegi skola, saya ada dengar kuliah agama kat radio KL f.m oleh ustaz wan zoho bani leman(btul ke tak eja nama nih). Saya x ingat sgt sbab dah lamer tapi saya cuba citer....


sblom manusia dicipta, jin duduk kat bumi ni.Tetapi disebabkan jin ini cuma mempunyai nafsu, mereka asyik berperang saja.....oleh itu, Allah menghantar malaikat untuk mengalahkan semua golongan jin ni, dan diletakkan/dikurung dlm satu pulau......ketika semua jin sibuk berperang.....iblis(dia x ckp nama azazil) sibuk beribadah pada Allah.....

Jadi selepas golongan jin dikalahkan,Allah angkat darjat iblis nih sbab dia sorang je yg beribadah pada Allah dlm golongan jin.....oleh itu Allah jadikan beliau sbg ketua malaikat......citer lpas tu saya raser semua tau......saya pon ingat2 lupa jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 04:27 PM | Show all posts
so konklusinya betul ke atok si TT ni ada 44 malaikat yg menjaga??
sile beri jawapan yg ringkas & mudah difahami..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 06:14 PM | Show all posts
Konklusinya oleh kerana tiada sumber yang mantop maka boleh dibahagikan kepada dua pendapat - yang mana satu pilihan anda .

1. Tiada malaikat 44 bertugas khusus menjaga manusia. Itu hanyalah bahasa kiasan orang2 tua dahulu.

2. Ada Hadith menyebut sesiapa membaca Ayat Kursi sebelum tidur maka Allah kirimkan satu malaikat menjaganya sampai esok pagi. Barangkali - kebarangkalian digunakan dlm hujah ini - baca Ayat Kursi 44X maka bersamaan 44X malaikat menjaganya.

Saya memilih hujah yang pertama. Anda bagaimana ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 03:42 PM | Show all posts
Reply 511# te_peng

hamba pun memilih hujah yang pertama juga..... tak mungkin malaikat yang menjaga manusia tanpa perintah ALLAH S.W.t..... kerana malaikat tidak bernafsu maka mereka tidak berkehendak, apatah lagi ingin membelakangkan arahan ALLAH S.W.t hanya ingin menjaga seorang manusia biasa.... sungguh tak mungkin...

malah Rasulullah juga diutuskan malaikat atas ARAHAN atau PERINTAH ALLAH S.W.t..... inikan pula kita2  hanya bergelar umat Rasulullah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 04:27 PM | Show all posts
saya memilih untuk abaikan thread nih kerana terlalu dalam untuk saya fahami
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 06:29 PM | Show all posts
aku terpanggil utk memberi komen, aku ni mmg SR tahap gaban punye, tp dlm kes ni aku kena kasi contoh yg terjadi kat aku.
bf aku ni selalu (b4 thn lepas) cari gaduh dgn aku bersandarkan bisikan di telinganye, walhal aku xde buat apa pun, selama ni aku xlayan pun, tp bila bf aku kata aku curang kerana bisikan ditelinga dia, aku jd marah coz aku xcurang pun, kalo betul aku puas ati, selama ni reporter xbergaji tu, takat report aku kuar xkasi tau dia, so aku wat bodoh je coz mmg betul tp bila bab xmsk akal ni aku mmg marah.
so aku tanya dia, sapa yg bisik? dia kata ada sesuatu (aku ni speaking je dgn dia, walaupun org malaysia je kita ni) aku mmg bengang, aku hentam dia dia kata “sape?”, dia mmg xbole jawab la lahanat mana yg berbisik tu tp dia kata mmg selalu mcm tu, kalo ada je aku, family, kwn2 wat something xkena dgn cara dia or something nak jd mesti ada bisikan, so aku mmg bengang la dgn reporter xbergaji tu mcm nak melaga2kan aku dgn bf aku je.
So, 1 hari yg hening aku terfikir aku nak buang (aku rajin je tanya pakcik google walaupun xde kes) apa yg ada kat dia, aku trus email (kalo nak tau sape, pm ok) kata aku nak buang (masa tu aku xkenal lagi bro HK). Lepas aku buang, reporter xbergaji mmg xde, baran pun xde, mood dia baik je (dulu baran yg amat, tgl lagi xpenah kena je aku ni), bak kata drama dolu2 “beta bole buat apa yg beta suka! har, har, har” (kalo aku jahat ler) tp effect dia mmg kesian la, bf aku jatuh sakit 2mggu, nak balancekan badan lagi 2mggu, aku? Wat bodoh je, sampai skang, haram jadah dia xtau!
So kesimpulan dari apa yg terjadi kat TT bagi aku adalah jin yg berbisik coz kalo malaikat, dah sure2 la xbole buang dari bf aku, apa kata sahut je cabaran bro HK tu….
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 06:37 PM | Show all posts
Reply 514# idaramli

itu namanya SAKA.... syaitan yang membisikkan dan nak melaga-lagakan sesama manusia.... malaikat tak buat mcm tuhh... takde kerja dia nak berbisik-bisik pulak kat manusia.... untuk apa??
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 08:33 PM | Show all posts
Reply 515# edy137


    mmg ler, masalahnye bf saya tu xcaye menda2 mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2010 11:04 PM | Show all posts
Reply  edy137


    mmg ler, masalahnye bf saya tu xcaye menda2 mcm tu
idaramli Post at 11-10-2010 20:33


Tak percaye kenape pulakk... suruh dia selak Al-Quran Surah Al-Jin..... sampai ALLAH S.W.t khaskan lagi surah untuk golongan JIN nihh.... bukan sebab depa nihh 'special' tapi supaya kita sentiasa beringat yang kita dikelilingi oleh makhluk yang bergelan JIN dan SYAITAN sama ada jantan dan betina....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:20 AM | Show all posts
Saya bagi indikator mudah dan paling biasa diungkapkan oleh org tua2. Iaitu kalau org kate berkhadamkan malaikat dan sbgnya. Malaikat ini dari nur dan makhluk yg sentiasa berzikir pada dan martabat tinggi walaupun manusia lebih mulia di sisi Allah. Mulia hanya bg yang bertaqwa, kalu jenis bengong maka manusia itu lebih rendahlah dari malaikat.

Nak berkhadamkan malaikat kita manusia mestilah mempunyai level lebih atau setara dengan malaikat.

Bolehkah kita terima seseorang berkhadamkan malaikat sedangkan dia masing tinggi nafsunya, suka berkereta besar, tertarik kpd kebendaan, jemaah 5 waktu di masjid pun tinggal, tengok aweks pun mari rase raaa, masih suka mengikuti gosip artis, minat dengan lisa surihani ... jadi bagaimana kita nak terima malaikat jadi khadam die? Agak2 malaikat nak jadi khadam dia tak kalau begini jenis manusia?

Jadi kebanyakkan ngaku dia ada khadam malaikat sekian2, khadam surah sekian2 dari bangsa malaikat adalah sebenarnya dari kalangan jin - samada islam - alam bawah atau atas atau jin menyamar.

Cek dulu bagaimana keadaan kita, kalau rasa2 gelap masa depan bermakna bukan malaikatlah tu tapi jin.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 02:02 AM | Show all posts
org yg mengaku berkhadamkan malaikat atau ada ilmu khadam malaikat.. mengarut je tu. sebenarnaya dia tak sedar dia dah jadi khadam syaitan untuk sebarkan ilmu tak betul.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 08:30 AM | Show all posts
Bosan aku baca reply TT nih.Takde hujah konkrit,ikut sesedap rasa dia jek.
adwim79 Post at 8-10-2010 18:38


sekurang2nya TT ada jugak ilmu untuk berhujah bro walaupun ditentang oleh puluhan forumer yang tak sependapat dengan dia...dan hujah2 dia memang agak bernas dan masuk akal...

dah namanya forum...kalau ada ilmu, bahas..takde ilmu, duk dendiam je jadik silent reader..macam aku ni haa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.056257 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list