CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunick

KAWAN by Ruhil Amani

   Close [Copy link]
 Author| Post time 2-8-2010 09:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 2-8-2010 09:31

Pukul sembilan pagi, Miko dah ada kat KL Sentral. Ni semua mamat eksyen tu punya pasal la.Kalau dia tak gelojoh nak keluar train malam tadi, tak ada la dia tarik beg Miko yang cantik tu. Sekarang tak pasal-pasal Miko kena datang KL Sentral untuk buat aduan pulak. Mamat eksyen ni memang nak kena, kalau Miko dapat jumpa dia mau kena belasah ala-ala suami kahwin lari kat sempadan Siam.


“Selamat pagi cik.”Miko cakap kat kerani kaunter yang cantik manis tu. Hatinya berbelah bagi nak bagi salam, muka macam Melayu tapi rambut dah tak warna hitam, kuku pulak warna biru tua. Sekarang ni kan ramai sangat orang yang kahwin campur bangsa sampai agama pun dah tak jadi hal. Nauzubillah….Jadi jalan yang paling selamat ialah ucap selamat pagi je.


“Selamat pagi cik, ada apa-apa yang boleh saya tolong?” Kerani kaunter senyum lebar kat Miko.


“Saya nak buat aduan, malam tadi ada orang tertukar beg dengan saya kat dalam train dari KLIA ke KL Sentral. Ada sesiapa yang datang buat report tak?”


“Sekejap ye cik saya cek.” Kerani itu bangun dari kerusi dan menuju ke meja belakang. Miko tengok dia selak-selak buku log yang ada kat atas meja tu. Kemudian dia angkat gagang telefon dan dengar dia cakap sesuatu yang kurang jelas di pendengaran Miko. Lima minit kemudian, dia datang balik kat kaunter.


“Maaf ye cik, kami tak dapat apa-apa aduan pulak tentang beg yang tertukar.”


Mamat eksyen tutak datang lagi? Miko dah menjerit dalam hati. Mamat tu memang sengaja nak cari pasal dengan Miko. Dia tak tau ke yang Miko ni ada keturunan Tok Gajah, pahlawan terulung dari Pahang.


“Belum ada? Habis tu macam mana?”


“Macam ni la cik,cik boleh buat aduan. Nanti cik tinggalkan nama dan nombor telefon, kalau orang yang tertukar beg dengan cik tu datang, kami akan bagi details tu pada dia. Tapi cik kena describe jugak pasal beg yang tertukar tu. Kami juga boleh letak memo kat notice board.” Panjang lebar kerani tu jawab soalan Miko. Dia menghulurkan sehelai borang aduan dan pen untuk Miko.


Selesai menulis maklumat yang dikehendaki di dalam borang, Miko terus keluar dari KL Sentarl yang makin sesak dengan manusia. Dia masih berkira-kira untuk pergi kerja atau balik rumah je. Penat outstation masih belum belum hilang lagi, balik rumah jela. Lagi pun Bunick pun cuti jugak hari ni. Nanti ada kawan nak sembang-sembang lepas bangun tidur.


Sampai je rumah, Miko tengok Bunick tengah kemas rumah. Bunick ni kalau datang angin rajin dia, sampah kat rumah jiran sebelah pun dia tolong kutip. Tapi kalau datang angin malas, suruh lah dia buat apa pun dia akan buat macam orang tak ada deria pendengaran je.


“Kau mimpi apa malam tadi Bunick kemas rumah macam nak raya ni?” Miko tanya Bunick sambil letak bungkusan nasi lemak atas meja makan. Sebelum balik tadi dia dah telefon Bunick tanya dah sarapan ke belum. Dia beli dua bungkus nasi lemak bila Bunick cakap dia masih belum sarapan. Nanti tengah hari Bunick kena masak untuk Miko la sebagai balasan beli sarapan ni. Pandai sungguh Miko merangka strategi.


“Aku mimpi ada gajah sembunyi kat dalam rumah kita ni. Mana tau kalau aku kemas rumah ni gajah tu dah tak ada tempak menyorok. Kalau nasib baik, cadar kau yang hilang tu pun boleh jumpa” Bunick tepuk-tepuk kusyen kecil kat atas sofa.


Miko yang dengar Bunick sebut tentang cadar dia yang hilang tu terus duduk kat atas sofa. Dia hampir lupa dengan misteri kehilangan cadar kesayangan dia. Satu rumah sudah mereka kumbah, namun cadar tu tetap tak ada. Takkan nak kena pergi jumpa bomoh pulak. Siapa la yang tak ada kesedaran sivik curi cadar dia.


“Aku pun pelik Bunick, kalau nak kata ada pencuri masuk dalam rumah kita takkan cadar aku je yang dia ambil. Banyak lagi barang berharga kat dalam rumah ni. Laptop, kamera,TV, peti ais, mesin basuh semua tu lagi mahal dari cadar aku tau.”


“Kau ingat pencuri  tu tak cerdik ke nak angkut masin basuh dengan peti ais siang-siang buta. Tak logik sungguh kau ni.”


“Misteri nusantara sungguh la….” Miko lunjurkan kaki dia kat atas lantai. “Jom makan dulu la, aku dah lapar ni.”


“Aku tak siap kemas lagi ni.”


“Ala, lepas ni kau sambung la. Lepas kau makan baru kemas. Nasi lemak yang kau makan akan membekalkan tenaga untuk kau kemas satu rumah jap lagi. Disamping itu juga, kau akan dapat membakar kalori yang terkandung dalam badan kau tu.” Miko cakap macam dia kerja instructor kat gym je.


“Aku buat air dulu. Kau nak air apa?”


“Aku nak milo kurang manis.”


“Banyak la kau punya milo kurang manis. Ingat mapley ke…” Bunick terus masuk dapur untuk buat air. Sebenarnya dia nak buat teh o, tapi saja je nak tunjuk baik dengan Miko.


“Mamat eksyen tu dah hantar belum beg kau?” Bunick tanya Miko sambil gaul nasi lemak dengan sambal.


“Belum, dia nak buat pekasam kot beg aku tu. Aku takut dia selongkar beg aku je. Tak pasal-pasal adik-adik aku tu kena buat pameran solo tanpa owner.”


“Kau selongkar beg dia takpe pulak. Win-win situation la kalau dia buka beg kau.” Bunick teringat pulak malam tadi bila Kia dan Chengkeh bersungguh-sungguh nak buka beg mamat eksyen tu. Rasa macam nak pecah perut mereka gelak bila tengok boxer mamat eksyen tu yang penuh dengan gambar Spongebob dan Patrick.


“Mamat eksyen tu memang tak boleh blah. Muka handsome, tapi pakai boxer Spongebob.” Miko gelak, malam tadi dia dah gelak sampai berguling-guling kat atas lantai. Yang tambah lawak, Bunick dengan Chengkeh pun ikut konvoi sekali berguling kat atas lantai sambil gelak.


“Mamat eksyen tu handsome ke Miko?”


“Alah, handsomepun kalau perangai tak semenggah buat apa.”


“Maknanya dia handsome la. Kau usha la dia Miko. Mana tau mamat tu jodoh kau ke.”


“Huh…tak ingin aku kat mamat muka orang Batang Kali tu.”


“Tak baik tau Miko benci sangat, nanti esok-esok jatuh cinta tak sedar diri baru tau…”


Miko mencebik bila Bunick cakap macam tu. Nama mamat tu pun aku tak tau, nak jatuh cinta pulak.Lagi pun mamat tu eksyen sangat, tak rela aku bersuamikan orang macam tu. Amboi Miko, macam la mamat eksyen tu berkenan kat kau. Miko tengah berperang dalam hati.


“Berangan la tu…” Bunick cucuk pinggang Miko. Nasib baik Miko tak simbah dia dengan air teh o suam. Dia bawak sisa bungkusan nasi lemak ke dapur. Nak kena sambung kemas rumah pulak ni. Masa semangat tengah membara ni, baik siapkan cepat-cepat kemas rumah, kalau tak memang asyik bertangguh je nak kemas rumah.


Miko terus naik atas bila dia siap makan. Bilik dia dah siap berkemas, rajin sungguh mek Kelate hari ni. Rasanya semua bilik kat dalam rumah ni dia dah buat room service kot. Miko bersandar kat kepala katil, nak tidur baru sangat lepas makan. Nanti tak pasal-pasal berut buncit pulak. Dia bangun dan keluar dari bilik. Dia tengok Bunick tengah kemas bilik Chengkeh.


“Chengkeh ni suka sangat buang sampah merata-rata. Macam tau-tau pulak aku nak tolong kemas bilik dia hari ni.” Bunick merungut sambil kutip cebisan kertas yang kat atas lantai. Dia terus masukkan kertas itu ke dalam plastik hitam yang diusung ke sana sini sejak dari tadi. Lagaknya dah macam orang kerja alam flora je.


“Kau main kutip je kertas tu. Entah-entah Chengkeh nak pakai lagi kot…” Suara Miko dari belakang mengejutkan Bunick. Hampir saja dia bersilat cekak musang bila dengar suara Miko.


“Bukan kau nak tidur ke tadi?” Bunick urut dada dia yang naik turun dengan laju. Nasib baik tak kena heart attack je.


“Baru lepas makan, macam mana nak tidur.”


“Kau tolong aku kemas rumah je la…”


“Sekian terima kasih je la Bunick, aku nak tidur.” Miko keluar dari bilik Chengkeh. Kalau dia tunggu kat situ lama-lama, tak pasal-pasal dia kena tolong Bunick pulak. Hari ni dia tak ada mood nak tolong orang.


“Tak nak tolong sudah.” Sayup-sayup kedengaran suara Bunick di telinga Miko. Dia terus masuk bilik dan baring kat atas katil. Tak sempat kot perut dia nak buncit kalau tidur sekarang….

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2010 09:33 AM | Show all posts
kalakolah pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 01:57 PM | Show all posts
bunick nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 02:17 PM | Show all posts
lama dah aku tak lepak umah ni....sungguh la takder masa skang....
aku terus lompat ke page neh.....yang belakang2 tak baca pun lagik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 02:17 PM | Show all posts
lama dah aku tak lepak umah ni....sungguh la takder masa skang....
aku terus lompat ke page neh.... ...
chengkeh Post at 2-8-2010 14:17



ko kena bca chengkeh sbb kt page blkg2 ada pakwe ko
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 02:20 PM | Show all posts
ko kena bca chengkeh sbb kt page blkg2 ada pakwe ko
bunick Post at 2-8-2010 14:17



sape plak dah yang jadik pakwe aku neh????
nadeem ker???aku kalau nak baca pun kena balik umah....
kat opis neh takleh nak baca....tak sempat...
konpem tak sempat....ni pun aku jenguk2 jek....
lompat terus page belakang sekali....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2010 02:22 PM | Show all posts
sape plak dah yang jadik pakwe aku neh????
nadeem ker???aku kalau nak baca pun kena balik uma ...
chengkeh Post at 2-8-2010 14:20



bukan lah, x brani aku nk curi hero detox tuh. nt blk umah ko bca la, miko kemain lg jeles ngan pakwe ko tuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 02:26 PM | Show all posts
bukan lah, x brani aku nk curi hero detox tuh. nt blk umah ko bca la, miko kemain lg jeles nga ...
bunick Post at 2-8-2010 14:22



hahahaha...aku suka miko jeles....
wakakakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2010 02:40 PM | Show all posts
nape lak miko nak jeles ngan pakwe chengkeh?
dia pun tgh angau ngan pakwe pilot tu...
merah rasa pakwe miko n chengkeh ni adik-beradik la...'
nama lebih kurang je...
betul x bunick?
pakwe bunick bila lak nak menjelma?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 02:44 PM | Show all posts
nape lak miko nak jeles ngan pakwe chengkeh?
dia pun tgh angau ngan pakwe pilot tu...
merah rasa p ...
merahsilver Post at 2-8-2010 14:40



masa tu pakwe miko x muncul lg, sbb tu dok jeles ngan pakwe chengkeh
adik badik ke....hmmmm
pakwe bunick last skali, lps pakwe kia
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 06:44 PM | Show all posts
Hijjaz Amin - pakwe mikoo ni bunick...
sedap nama..tentu handsome kan
yang pasti jgn AUUUU ye...
qimi08 Post at 31-7-2010 00:11

Assalammualaikum semuaa......huh!!! baru sempat nak bersiaran hr nie...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 06:46 PM | Show all posts
bukan lah, x brani aku nk curi hero detox tuh. nt blk umah ko bca la, miko kemain lg jeles nga ...
bunick Post at 2-8-2010 14:22


huh!!!!! secukup rasa laa ayat ko nie bunick...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 06:47 PM | Show all posts
hahahaha...aku suka miko jeles....
wakakakaka
chengkeh Post at 2-8-2010 14:26


amboiiii amboiii amboiii ko chengkeh,... x padan dgn br balik bercoti yek....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 06:53 PM | Show all posts
Reply 510# bunick

masa tu pakwe miko x muncul lg, sbb tu dok jeles ngan pakwe chengkeh <--- nie aku sokong, lps ko keluarkan hero pujaang hati ku si Hijjaz Amin tu, aku dah x kose nak jeles2 kat chengkeh dah...
adik badik ke....hmmmm <-- jgn!!!!! x nak aku nnt kena berbiras beras dgn chengkeh.. harus tunggang-langang hidup mamat 2 org tu nnt,,,,...
pakwe bunick last skali, lps pakwe kia <--- x de x de.... lps nie aku nak buat skrip pakwe ko si Epal Hijo tu keluar... kia nye lifetime partner last skali baru keluar...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 09:47 PM | Show all posts
Reply 514# mikoodette


   waaauuu.. ayat lifetime partner tuh sungguh menenangkan jiwa raga aku
betul tuh.. miko.. dah samb lom skandal epal hijo si bunick tuh???
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 09:50 PM | Show all posts
Reply  mikoodette


   waaauuu.. ayat lifetime partner tuh sungguh menenangkan jiwa raga aku
...
Kia_picanto Post at 2-8-2010 21:47



kia, alhamdullilah.... x sangka ayat spontan aku berjaya menenangkan jiwa ko tu..

sketsa n plot semua dah terpateri dlm kepala aku nie.. tp, x sempat nak taip masuk sini.. aku tetiba dilanda kebzan melampau pulak skang nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2010 10:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by mikoodette at 2-8-2010 23:06

Reply 452# Kia_picanto

nie sambungan drpd hasil investigation kia kat miko.....

***********part lepas ni version full detail dari miko pasal epal hijau**************

miko: camnie citenye kia, ko igt ade satu hr tu yg si bunick n chengkeh ni follow aku pg trekking kat sg. lolo hulu langat??? kan ke minah ronggeng scooby doo nie join aku dgn bebudak opis aku pegi mkn hangin kat ulu langat...

kia: ooooo ok ok, aku dah igt....... lps tu lps tu ape yg terjadi smpaikan si bunick tu dah mcm tersampuk dek jembalang epal hijau jek.. x pernah pulak aku dgr nama jembalang tu.... kalo jembalang tanah tu harus jugak....

miko: sabar laaa kia (dah keluar dah angin kus2 ikan lompat si miko nie)...ko cuba dok dendiam dgr aku cite...

bunick: mikooooooooooooooooooooooo, ko jgn laa cite kat kia!!!!!!!!!!! malu aku laaaa (muka bunick dah pink2 gile dah ms nie)

si chengkeh dok peratikan jek bebudak 3 org tu bergebang psl si epal hijau yg dia pun tau asal usul kisahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 11:56 PM | Show all posts
kia, alhamdullilah.... x sangka ayat spontan aku berjaya menenangkan jiwa ko tu..

sketsa n plot semua dah terpateri dlm kepala aku nie.. tp, x sempat nak taip masuk sini.. aku tetiba dilanda kebzan melampau pulak skang nie...
mikoodette Post at 2-8-2010 21:50


itu la kan... tapi kira sebab lifetime partner aku tuh mmg istimewa buat aku.. jadi kene wat last la ni ek??aku siap dah lupa pakwe si chengkeh tu skandal dia wat pe ek...
nasib baik aku ingat dia nye kes kene tahan polis trafik tuh kan?? adoi.. best gak skandal gitu
ko nye aku ingat sgt... sebab tertukar beg tuh...


ohh... tak pe.. take ur time babe..
yg penting plot dia kebabom habis kay
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 12:34 AM | Show all posts
Reply 517# mikoodette


   gempak ayat dah tu miko...ko macam memahami je niat aku nak letak unsur suspen dalam nih
mmg kita ni sehati sejiwa je...
samb lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 08:31 AM | Show all posts
Salam dan selamat pagi semua

Miko seharian semalam tak nampak rupanya dia menjelma waktu malam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.508922 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list